Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta
Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Dianggarkan lebih 200,000 peserta Bersih 4.0  membanjiri Dataran Merdeka semalam  setelah mereka yang berhimpun di lima lokasi sebelum ini, iaitu Sogo, Masjid Negara, pasar Seni, Dataran Maybank, dan Brickfields mula memasuki kawasan itu.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, usia dan latar belakang dihiburkan dengan nyanyian oleh kumpulan BangsArt sambil turut menyanyi bersama. Vokalisnya Amir Abd Hadi turut melaungkan Slogan “hidup rakyat” sambil diiringi ketukan dram.

DSC_0451 

Kelihatan beberapa pemimpin NGO dan parti politik, antaranya Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mat Sabu, dan ramai lagi mula memasuki kawasan itu.

Kumpulan dari Dataran Maybank yang turut ada di dalamnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba disambut dengan sorakan dan tepukan tangan peserta BERSIH 4.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin dalam ucapannya berkata, semua peserta perhimpunan hari ini datang kerana mereka adalah “rakyat Malaysia” untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan.
Kata Maria, Perdana Menteri tidak bertanggungjawab kerana amalan rasuah berlaku dalam negara ini.

“Oktober ini kita mesti usulkan undi tidak percara kepada perdana menteri,” katanya.








DSC_0478

GAMBAR GAMBAR



GAMBAR GAMBAR DARI :

 WRLR,
 ABU KASIM, AZRIN SHAH AZIZ,LAN AMPANG,Chin Siew Chin,

Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat

 Makluman: Gambar yang dikatakan pndemo memijak gambarHadi dan Najib adalah satu fitnah.Sehingga demontrasi ini berjalan...aku tidak nampak ada yang melakukan demikian , malah lebih tertumpu kepada hasrat mahukan kerajaan yang bersih cekap dan amanah...ini yang pendemo nak lakukan.

Jika perkara ini berlaku di luar dari kawalan,atau superimpose  maka tidak perlu melatah. Perlu disiasat terlebih dahulu .Isu kaum yang ramai..memang benar..cumanya kali ini kaum Tiong Hua lebih ramai hadir,Dari Masjid Negara hampir 10k pendemo Melayu hadir. Jika 20000 peserta anggaran kaum Melayu dalam 20k dan lebih sedikit.

Rata-rata yang hadir adalah anak muda dan  peniaga , malahan ada yang tidak hadir sebelum ini, hadir malahan yang  menjadi jutawan dan mereka merasakan bahawa polisi Najib dalam mencari pelaburan dan peluang baru hampir tiada. Duit nilai telah merudum malahan tidak laku di China , Arab dan beberapa negara lain menurut seorang peniaga.Ramai yang mula memindahkan simpanan mereka ke Singapura.

Gambar gambar akan di terbitkan dalam akhbar Suara Keadilan minggu hadapan.






Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat
Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat

Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat

Hari kedua perhimpunan Bersih 4 masih ramai lagi peserta berada dan tidak berganjak dari sekitar tempat berhimpun.

Dari Masjid Jamek kelihatan lebih kurang 1000 orang yang baru tiba dan berarak menuju ke Dataran Merdeka untuk menyertai para peserta yang lain.

Sebahagian dari peserta Bersih 4 ini telah bermalam di sepanjang jalan, kaki lima dan khemah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak termasuk beberapa pemimpin seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tony Pua dan beberapa pemimpin lain.

Masuk hari kedua ini, warga Bersih masih kelihatan bersemangat dan masih kekal meneruskan matlamat masing-masing menyertai himpunan tersebut yang utamanya menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib meletak jawatan.

Sebelum ini pihak polis telah mengistiharkan perhimpunan Bersih 4 ini adalah haram dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak hadir.

Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi juga turut mengharamkan kepada sesiapa sahaja berpakaian kuning dan yang memiliki tulisan Bersih 4.
Walaubagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia yang telah membanjiri bandaraya Kuala Lumpur telah berpakaian kuning dan bertulisan Bersih 4.

Setakat ini juga, peserta Bersih 4 telah memberi kerjasama sepenuhnya dengsn pihak polis dengan berhimpun secara aman dan tiada sebarang provokasi dari mereka.

Himpunan Bersih 4 ini dijangka akan berakhir pada 11.59 malam ini dan mencukupkan 34 jam rakyat Malaysia berhimpun.