APA KHABAR SAUDARA ANWAR

NUKILAN : YB DATO FAUZI ABDUL RAHMAN (PENGERUSI MPN PAHANG/MP INDERA MAHKOTA)

Apa khabar Pak Anwar
Sungguh lama tidak bersua
Air bergula ku rasa tawar
Garam segenggam tiada terrasa


Apa khabar Pak Anwar disana
Terlantar dilantai tiada beralas
Nyamuk berdaung mencari mangsa
Tidur mu nyenyak dihimpit tandas
Mengapa diPutra Jaya tidur tak lena
Dipasang pendingin dipasang kipas
Empuknya tilam pun serba tak kena
Tilam sekeras batu hawa seterik panas.


Apa khabar dikau Anwar
Dikau didalam begitu tenang
Orang diluar berhati gusar
Jiwa bergelora dihantui bayang
Kian hari berita berputar
Peristiwa celaka tersungguh malang
Jatuh berkali tangga menimpa
Tubuh bergoyang kepala bergoncang.


Apa khabar saudaraku Anwar
Kamu disana yang kami rasau
Apakah uzur apakah segar
Namun raayat yang kamu hirau
Teringat hamba di Kuala Kangsar
Sesama besekolah diwaktu lampau
Jiwa dikau senada tidak berubah tukar
Nasib si-marhaen yang sentiasa diimbau.


Salam REFORMASI dari kami semua
Dikau disana tidak pernah dilupa
Dikaulah symbol mercu tanda
Perjuangan RAKYAT memerdekakan jiwa
Kan kami cuba, cuba dan usaha
Agar perjuangan dikau tidak tersia-sia
Kepada Allah yang Maha Esa
Untuk keselamatanmu dipanjatkan doa.


Ya akhi saudara Anwar,
Allah Kurniakan ketinggian sabar,
Hamba yakin ‘kemenangan’ bekibar
Kerana sesungguhnya; Allah Allah Allahu Akbar

Najib, Jangan Lupa Saman Mahathir Sekali!!

 

 

shahbudin.com


Dalam usaha mempertahankan dirinya daripada serangan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dirinya dengan pengambilan dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta, Perdana Menteri secara terbuka menuduh Tun Mahathir Mohamad adalah dalang di sebaliknya.

Sambil mengatakan tidak pernah mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi sama ada dari 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti yang lain, Najib Razak mengatakan dakwaan terbaru ini adalah serangan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap diri dan keluarganya.

Katanya, serangan itu bermula apabila beliau enggan memenuhi beberapa tuntutan peribadi Tun Mahathir yang kemudian membuatkan bekas Perdana Menteri itu mencipta krisis berhubung hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion.

Sehubungan itu, Najib percaya bahawa Tun Mahathir, dengan kerjasama rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru ini.

Serentak dengan itu, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwanya mencuri wang negara itu.

Pihak yang melancarkan serangan ini patut berdepan dengan tindakan akibat dakwaan yang dilakukan itu. Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah untuk menggulingkan kerajaan, akan menemui kegagalan, katanya dalam jawapan melalui Facebooknya malam tadi.

Bagaimanapun sehingga ini tidak dipastikan siapakah yang bakal diambil tindakan undang-undang itu? Adakah ianya WSJ? Adakah ia  Sarawak Report yang sebelum ini banyak melakukan serangan terhadapnya dan didakwa bekerjasama dengan WSJ itu?

Atau adakah saman itu akan diambil terhadap "tok dalang" bernama Tun Mahathir yang dituduhnya secara terbuka memainkan peranan di belakang tabir serangan terbaru ini?

Melalui kenyataan yang dipetik dalam Sinar Harian oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Khairun Aseh, beliau hanya menyatakan bahawa Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ berikutan laporannya yang didakwa bersifat jenayah fitnah, berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah serta meragukan.

Tidak pula disebut tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun Mahathir sedangkan jika Najib sudah berani menuduh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai dalangnya, sudah tentulah beliau mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu

Apakah tuduhan bahawa Tun Mahathir  sebagai dalang itu disertakan dengan bukti yang kukuh atau sekadar khayalan Najib dengan sumber yang lemah dan meragukan juga?

Jika benar Najib mempunyai bukti mengenai peranan atau penglibatan Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ itu, sudah tentulah "tok dalang" itu perlu diambil tindakan undang-undang terlebih dahulu berbanding WSJ atau Sarawak Report.

Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenalpasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.

Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, "tok dalang" boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya.

Lagi pula, menuduh Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ yang mengaitkankannya dengan pengambilan wang untuk kepentingan peribadi sedangkan ia diketahui sebuah akhbar perniagaan berpengaruh di dunia dengan usia sudah menjangkau 125 tahun dan jumlah edaran sebanyak 2.5 juta sehari, adalah suatu pertuduhan yang berat dan serius terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Saman WSJ jika dakwaan palsu, Shafie Apdal beritahu Najib

 

 


Haron Din pertahan Najib, tuduhan WSJ tidak logik

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Julai, 2015. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Julai, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

"Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya tuduhan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umur dan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau juga menyeru rakyat bertenang sehingga siasatan selesai, dan yakin ia akan membongkar kebenaran.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. 

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. – 5 Julai, 2015.

Pimpinan PAS & G18 Buat Himpunan Berasingan Tarik Penyokong...PAS jangan terkejut.

 

 

 

Greenboc

Setelah terkejut dengan Majlis "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan profesyenal G-18 di Bakri Muar Johor pada pertengahan bulan lalu untuk persediaan kpeada penubuhan Pakatan 2.0, kumpulan ulama PAS pula cuba membuat perhimpunan "Istiqamah Hingga Kemenangan 2.0" atau ringkasnya PIHAK 2.0.

PIHAK 2.0 dilaporkan akan berlansung pada 11 Julai 2015 di Ayer Hitam.

Tak disebutkan apa tujuan diadakan PIHAK 2.0, mungkin untuk memperkenalkan barisan pimpinan PAS yang baharu. Yang pasti tiada ada apa-apa tema yang signifikan untuk perhimpunan itu. Mungkin akan keluar surat pekeliling untuk sekalian AJK PAS KAwasan Johor mmewajibkan mereka hadir seperti yang dilakukan di Pulau Pinang minggu lalu.

Beberapa portal sebelum ini melaporkan ahli-ahli PAS di Johor sudah muak dengan grup ulama malah ramai yang sedang menunggu kewujudan parti baharu Syawal ini untuk keluar beramai-ramai dari PAS.

Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor sebekum ini hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 52 AJK yang hadir itu hanya sekitar 20% yang hadir.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli dari 26 kawasan, iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.

Jadi ada kemungkinan Pesuruhjaya PAS Johor memohon bantuan AJK PAS Pusat untuk "beri taklimat" dan akan mengeluarkan pekeliling "memaksa" AJK Kawasan dan cawangan untuk hadir supaya Badan perhubungan PAS Negeri Johor dapat berfungsi. Dah cukup tenant PAS Johor sekarang ni.

Yang GB rasa agak sedikit lucu, di poster PIHAK 2.0 itu tertulis perkataan "Mempersembahkan". Ertinya perhimpunan itu hanya satu "persembahan" - mungkin persembahan drama atau persemhahan sandiwara oleh grup ulama. Atau satu perhimpunan yang "mempersembahkan" beberapa "pelakon" seperti selebriti wayang opera (?)



Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... apabila golongan profesional disingkirkan. Sampaikan buat poster pun sudah tidak profesional dan melakukan kesilapan yang memalukan.

Sekadar makluman, pada 5hb Jul 2015 (malam esok) ada dua program dari kumpulan progresif G-18 diadakan. Satu di selatan tanahair di Tongkang Pecah batu Pahat dinamakan Himpunan Badar Kubro dan satu lagi di utara, iaitu di Tapah Perak, iaitu Himpunan Nuzul Quran.

Sila rujuk iklan di bawah:





Ketumbuhan 4cm di buah pinggang, pindahkan Anwar segera – Peguam

Ketumbuhan 4cm di buah pinggang, pindahkan Anwar segera – Peguam 30 Jun

(Oleh Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 5 JUN: Tahap kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin merosot dan amat membimbangkan.

Pasukan peguam antarabangsa yang mewakili bekas Ketua Pembangkang itu mendakwa akses kepada rawatan yang amat diperlukan anak guamnya itu dinafikan.

Mereka menyarankan Anwar dipindahkan segera ke tahanan kediaman bagi mendapat rawatan perubatan yang seharusnya.
Sivarasa
Sivarasa

“Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, keadaaan ini diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan ketika beliau ditahan dengan salah.

“Amatlah penting beliau dipindahkan segera ke tahanan kediaman, di mana beliau boleh dibenarkan menemui doktor-doktor beliau sendiri untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dalam kenyataan.

Mei lalu, Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul mendedahkan kesihatan Anwar yang dijadikan mangsa tahanan politik sejak 10 Februari lalu didapati makin merosot.

Berat badan Anwar menurun dengan mendadak, tekanan darahnya tidak menentu termasuk terdapat kesan darah dalam sampel najis beliau.

Johari juga berkata, Anwar berulang kali membuat permintaan untuk mendapatkan rawatan perubatan namun kerajaan bertindak sangat lambat.

“Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan.
“Pada 2 Jun 2015, tahap kesihatan beliau telah dinilai di Hospital Kuala Lumpur, doktor secara lisan melaporkan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut.

“Ia berkaitan beberapa isu kesihatan dialami Anwar melibatkan tekanan darah yang tidak menentu, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten selain merawat ketumbuhan 4cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi secara intensif,” jelas Sivarasa lagi.

Amnesty International pada 17 Februari lalu membuat ketetapan bahawa Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun sejak 10 Febuari lalu merupakan seorang tahanan politik.

Mereka turut menyifatkan keputusan mahkamah tersebut adalah “penghakiman yang amat buruk, dan hanya merupakan satu lembaran terbaru dalam usaha pihak kerajaan Malaysia untuk mendiamkan pengkritik kerajaan.

“Datuk Seri Anwar sebenarnya telah dipenjara kerana beliau merupakan ancaman demokratik dan ancaman tanpa kekerasan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ini kali kedua Datuk Seri Anwar dihukum sebegini oleh rejim yang sama, penahanan itu berlaku di dalam konteks tangkapan, pendakwaan, malah penahanan begitu ramai pimpinan Pembangkang, wartawan dan aktivis di bawah Akta Hasutan dan undang-undang kuku besi,” tegas Sivarasa dalam kenyataan itu lagi yang turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan Pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pembebasan tahanan politik seluruh dunia.

PKR jelajah seluruh negara lepas Aidilfitri jelaskan Pakatan baharu

TMI

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2015.  

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2015. 
Pakatan Rakyat (PR) baharu hanya akan diputuskan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan PKR akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan mereka, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Naib presiden PKR itu pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam petang tadi berkata, jelajah berkenaan akan bermula di Sarawak pada 22 Julai dan akan diikuti jelajah ke seluruh negeri-negeri.

"Jelajah ini akan menyediakan parti untuk kemungkinan dan senario baru dan memberikan penjelasan mengenai masa depan parti," kata Shamsul.


"Naratifnya adalah menjelaskan kedudukan kami sekarang." Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, jelajah berkenaan akan turut disertai Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain bagi mempersiapkan jentera dan akar umbi parti.

Beliau berkata, antara jadual jelajah yang dirancang adalah di Tanjung Karang, Selangor pada 24 Julai, diikuti Pulau Pinang pada 25 Julai, Kangar (26 Julai), Ketereh, Terengganu (31 Julai).
Manakala jelajah di Kuala Lumpur akan dianjurkan pada 1 Ogos, diikuti Bukit Katil, Melaka (2 Ogos), Batu Pahat, Johor (8 Ogos), Sabah (11 Ogos), Ipoh, Perak (12 Ogos), dan Bentong, Pahang (15 Ogos).

Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 sebelum ini dilaporkan berkata, pakatan baharu akan dibentuk selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina PR yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

VIDEO: UNTUK KITA FIKIR DAN RENUNGKAN KRISIS PAS

 oleh: batu bara

 

 

Ulama PAS mula CEMAS RIMAS bro ! [VIDEO]


Bila PAS melalui beberapa taukeh besar mereka mendambakan UMNO sebagai rakan perkongsian baru mereka, walau pun ditentang hebat oleh kumpulan progresif dalam PAS..maka terhasillah seperti yg terjadi dalam Muktamar PAS ke 61 lepas, kumpulan progresif kecundang habis dibersihkan oleh mereka yg menggelarkan diri sebagai pro ulama? 
Akibatnya akhlak dan budi ulama2 ini tidak menunjukan bahawa mereka benar2 cintakan adab Islam dalam 'persaingan' antara dua kumpulan ini..mereka, 'ulama2' ini tidak dapat meraikan perbedaan pendapat dan pandangan dari kumpulan lain dari mereka..akhirnya nilai dan komitmen tinggi yg ditunjukan oleh kumpulan progresif ini, tidak langsung dihargai? malah mereka dilabelkan pula dgn berbagai label dan jenama baru yg mengelirukan, semata2 untuk mereka ulama ini meraihkan cita2 mereka menduduki 'puncak kuasa' dalam parti, bagi mencorakan parti mengikut faham assobiyyah yg jahiliah ! ia ibarat ketinggalan zaman dan terkeluar dari landasan pemikiran Islam yang sehat bro !  

Maka lahirlah gabungan baru, rakan baru PR 2.0. atau Gabungan Baru atau apa jua nama..ketika ini, barulah puak2 lobai dalam PAS mula cemas, mula rimas..berpeluh bro ! kah kah kah

So n So..kita lupakan saja PAS dengan mimpinya, dgn igauannya... 
Biarkan mereka berangan masih bersama dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan lobai-lobai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel mereka bro !..


Sekarang mereka nampak cukup cemas, cukup rimas dengan kesungguhan kumpulan progresif PAS dulunya, yang mula mengorak langkah menubuhkan rakan baru PR 2.0 atau dgn pelancaran G 18 yang membariskan 'think tank' PAS yg telah berjaya meyakinkan rakyat massa dari pelbagai bangsa, melayu, cina dan india ! sehingga sebelum ini PAS dapat diterima oleh mereka bukan melayu dengan begitu menakjubkan sekali..slogan PAS for all telah disambut baik sehingga hampir2 menumbangkan BN pada PRU lepas..

Mat Sabu, Khalid Samad dan lainnya menggempur kubu2 UBN seluruh pelusuk negara..lepas nie kita nak tengok, mampukah lobai2 jadian Muktamar 'CHAI' menggalas peranan yg pernah dilakukan oleh 'komrad' profesional PAS dulunya? Rasanya sukar bro ! Laa nie pun tak dak orang nak dengaq ceramah dan labun depa? Kasiann aku tengok ! Bila sekali orang menyampah ! orang meluat!? nak habaq apa pun orang dah tak ambik pot ! 

Itu pasal laa, kumpulan ini ditawar semula beberapa jawatan penting selepas mereka semua kecundang dulu di muktamar tu..kononnya untuk membantu PAS kembali yg telah dimamah usia tu? Kah Kah Kah

Tapi apakan daya bro ! sorang pun tak kebuloq lagi jawatan tu? setelah mereka dihina, ditohmah dgn begitu dahsyat, dan setengahnya merasakan mereka seolah telah dihalau, diperambat jauh2 supaya jangan lagi mendekati PAS? maka terjawablah segala yg tersirat..sehinggakan Mazlan Aliman pun melepaskan jawatan yg dimenangi satu2nya oleh kumpulan progresif itu..Barulah PAS nampak cemas sungguh..KAH KAH KAH







   Cemas 1   
Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap di mana baru sebahagian ahlinya dilantik







Usul putus dengan DAP, Majlis Syura bermesyuarat selepas Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Usul memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ulama selepas Hari Raya Aidilfitri. Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum..BACA ARTIKEL PENUH

Nak bincang apa lagi bro !
orang tak buat keputusan dua tiga kali !
Sat lagu tu, sat lagu nie ? kona banyak sangat !
silap kona? boleh kena bro !
Itulah bahana lidah bro ! sekali terlepas? payah mau
u-turn balik bro ! orang dah hilang keyakinan dan konsentarsi
dgn PAS ini ! patut pun DAP tak percaya lagi dgn taukeh Besaq PAS? kan ke dia sendiri yang bilang keputusan tu 'without Q'? tanpa bahas laa tu..nak kona apa lagi..memang dah mau lagu tu? terjadilah apa yg dah terjadi? susahlah mcm nie? tak faham2 ? Kah Kah Kah kah







   Cemas 2   



Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata buruk padahnya. Itu pepatah Melayu, terang dan jelas.

Setelah membawa syair Arab tentang "biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan", kini masih-masing cuba mempertahankan Presiden PAS... See More


Itu komen dari Dr. Asri ZA bro !
kalau ada ulama yang 'menjual' nilai ajaran Islam'?
maka 'de so called ulama' tu cukup hina bro ! HINA !!
macam anjing yg dok jelir lidah bro ! dok minta2' suruh
bagi makan? untuk kepentingan donia laa bro? 
'ulama' macam nie lagi hina dari anjing ! memang perangai?
perangai anjing laa...
Dahsyat 'tasyhbih' atawa perumpamaan itu bro !
sapa yg kena? mohon laa terasa sikit bro ! kalo pun
tak rasa banyak? Kah Kah Kah


Sila baca ini...
seperti yg dilakar oleh alhusseyn

HARAPAN DAN IMPIAN BARU
Tuesday, June 30, 2015
Jawatan Timbalan Ketua Ulama Sedunia : Hj Hadi tidak ada kena mengena dengannya..Continue Reading

Mohd Bob Burhanudin
Biar Gambar Bebicara
Kalau Komen Lebih-Lebih
Nanti Ada Yang.............????


      Cemas 3      
PETALING JAYA: Pas bimbang pengambilan masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh secara berperingkat ada hubung kait dengan persediaan UMNO/Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin At-Takiri berkata, kebimbangan itu ditambah dengan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemilihan UMNO tahun hadapan ditangguhkan 18 bulan.
Selain itu, katanya, pengambilan 1.5 juta pekerja asing itu bukan sahaja meningkatkan lagi masalah jenayah di negara ini malah menimbulkan ketidakstabilan sosial.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia, terdapat 6.7 juta orang warga asing dengan hanya 2.1 juta daripadanya memegang Pas Lawatan Kerja Sementara di negara ini..Free Malaysia Today
Buat2 cemas bro ? 
Kan ke taukeh2 besaq PAS suka sangat ngan Umnuu?
apasal cemas? 
Pasai nak berentap ngan PR 2.0, dgn G18 dengan Pasma
sekali? kata dulu..kemenangan tak penting sangat..asalkan?
Biaq mat2 bangla masuk bagi ramai lagi ! tengok depa pak lobai PAS boleh ke tidak sekat 'phantom voters' (kalo sungguh)? macam progresif dok buat dulu2 tu? Kah Kah Kah

    Cemas juga ke Nie?    
Tak dak sapa nak cemburu aihhh !
Lantak pi laa kalo dah hangpa suka sangat?
orang lagi syok ada ler bro ! senang nak buat kerja !
dgn PR bukan main liaq lagi? tapi dgn Umnuu? hangpa seghondoi sungguh !
ejas kalam elok pula tu..'tak seburuk firaun' ler !
tah macam2 lagi, 'berjiwa besaq' ler ! 
baguih ler kalo dok boleh masuk daun lagu tu !
cepat sikit Pas akan melingkup !

Kini enam tahun berlalu telah jelas di depan mata PAS memang telah hancur. Rakyat dapat menilai betapa hancurnya PAS sekarang. Yang tak rasa ianya hancur hanya orang orang yang mabuk pil kuda wala sahaja. PAS bukan lagi mertabatkan Islam'? Kerana ianya telah terlalu kontradik dengan segala tindakannya. 
Banyaknya perbuatan yang membawa fitnah kepada Islam dan juga fitnah kepada kemuliaan, kesucian dan ketinggian peribadi Rasulullah saw kesayangan umat. Rasulullah saw dengan jelas telah kita ketahui, baginda seorang yang mulia, ikhlas, amanah dan sangat menepati janji. Akhlak baginda sangat terpuji. Dengan akhlak yang terpuji itulah baru baginda dapat mengesahkan bahawa baginda di utuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam Surah al anbiya ayat 107:" Dan tiadalah kami mengutuskan akan engkau(wahai muhammad), melainkan (untuk) menjadi rahmat sekalian alam" Akhlaq berasal dari perkataan al-khuluq. Al khuluq bermaksud tabiat atau tingkah laku. Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Kerana ianya adalah kulit utama bagi gambaran isi kemuliaan islam itu sendiri. Umpama sebiji buah, andai kita ingin menarik orang merasa isinya, maka kulit luarnya hendaklah segar, tidak buruk, serta dapat meyakinkan orang untuk merasa bahawa isinya tentu manis sekali. Kemuliaan akhlak ini jugalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk diamalkan oleh para sahabat dan para pewarisnya. Kerana itu kita dapat mendengar berbagai cerita hebat tentang perangai para sahabat. Ianya juga diwarisi juga kepada para tabiin dan para ulama. 
Hari ini sesuatu yang kita asyik dengar, yang orang cuba kaitkan dengan Rasulullah saw adalah, "ulama pewaris nabi". Apa yang ulama ini warisi? Sifat sombong? ujub? riak? sumaah? mungkir janji? suka memfitnah?. Tidak. Untuk mengesahkan seseorang ulama itu adalah pewaris Nabi, maka dia patut juga mewarisi akhlak terpuji Rasulullah saw. Jika ia tidak mewarisi sifat terpuji Rasulullah saw, maka dia bukan ulama pewaris Nabi. Jika dia suka memfitnah maka dia adalah ulama fitnah. Sekalipun ada yang dilantik sebagai timbalan ulama Ke'dunia'an, sekalipun kononnya yang memerintah PAS sekarang semuanya adalah dari golongan ulama keduniaan, belum tentu ia mereka pewaris nabi. Kerana mereka semua ulama akhir zaman. Kalau tanya mereka sendiripun mereka dapat mengesahkan sekarang adalah 'akhir zaman' seperti mana semua tanda tanda yang Rasullah saw beritahu semuanya sudah muncul. Jadi kalau dah akhir zaman, maka sesuailah di akhir zaman ini sukarnya untuk mencari ulama pewaris nabi. Jangan kata hendak mertabatkan Islam. hudud pun jadi mainan politik ulama keduniaan. Modal untuk mengejar jawatan???...-detikdaily- 


Saari Sungib: kalau Kita Nak Ke Putrajaya, Pakatan Rakyat Mesti Solid, Mesti 1 Hati 1 Jiwa
Published on Jun 27, 2015
Otai Reformis: Forum "Tetap Bersama Mu", Kuala Lumpur 14/06/2015..mediarakyat


     Saat Paling CEMAS     



PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri
Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional. 
Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam...KELAB GREENBOC
Inilah yg paling ditakuti oleh grombolan UGs yg sudah pun mencapai impian mereka, dgn menduduki kerusi empuk jawatan dalam parti selepas muktamar lepas dgn pupusnya golongan progresif yg sebelum ini banyak sekali menyumbang kpd kebangkitan PAS selepas 2008 -

Kehebatan, dan popularnya kumpulan progresif ini memainkan peranan mereka ketika menduduki hiraki kepimpinan ini? tidak sangat digemari oleh Pro-Ulama bro ! mereka dilihat ketinggalan di belakang tanpa fikrah dan wawasan bernas terutama ketika perbahasan di Parlimen umpamanya, ada kalangan pro ulama yg 'bankrupt' idea untuk membahaskan isu2 tertentu? ruang dan kelompongan ini diambil alih oleh kumpulan progresif yg mempertahankan 'PAS' dari serangan UBN misalnya, jadi bila dah tak ada apa yang nak dibangkitkan? pro ulama tanyalah juga tentang 'mutu pengadilan bola sepak' umpamanya? Kah Kah Kah

Apa nak diheran bro? tiga kerusi utama kepimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen selalunya akan kosong satu bila adanya isu2 besar yang akan dibahaskan? Kah Kah Kah

Jadi selepas aidilfitri ini, politikMalaysia akan jadi lebih meriah bro ! dan tentunya yg selalu dok 'main mata' dgn UBN akan terasa cemas dan rimas..bahangnya sudah dirasakan sekarang..hinggakan keluar kenyataan pelbagai yang entah bukan-bukan dari setiap lapisan kepimpinan mereka? kah kah kah


PAS is past. Sekarang adalah masa untuk PR2.0
Anda Bersedia? 
Kah Kah Kah