Matlamat saya menyatukan aliran berbeza dalam PAS’

‘Matlamat saya menyatukan aliran berbeza dalam PAS’
on:
Pencabar bagi jawatan
presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau akan memperkukuhkan parti serta
menyatupadukan ahlinya yang mempunyai pelbagai latar belakang sekiranya
menang jawatan tersebut.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu perlu dilakukan memandang ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang presiden parti bagi memastikan semua ahli bersatu.
“Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan.
“Itu tugas dan kewajipan presiden,” katanya yang turut berharap supaya tiada perpecahan ahli PAS selepas muktamar pada awal Jun depan.
Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Hadi dalam pemilihan PAS kali ke-61 di Kuala Selangor.
Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.
Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
Berikut sedutan temubual Ahmad bersama Malaysiakini.
MK: Selepas tahun 1956 – selepas 13 tahun, kenapa baru sekarang ustaz bertanding jawatan presiden parti. Selama ini jawatan itu menang tanpa bertanding. Apa yang menyebabkan ustaz memutuskan untuk bertanding jawatan itu?
Ahmad: Bila kata mencabar, saya tak ambil pengertian “mencabar” presiden. Cuma saya menganggap saya ambil tanggungjawab memenuhi tuntutan atau permintaan daripada sebahagian ahli parti yang mencalonkan saya untuk jawatan tersebut. Dan dalam PAS, memang kita parti yang amalkan sistem demokrasi dan dalam perlembagaan, kita diberi hak kepada setiap ahli untuk dicalonkan apa jua jawatan dalam parti. Dari jawatan presiden sampailah ke peringkat ahli jawatankuasa.
Soal sebelum ini tak ada mana-mana pihak yang dicalonkan untuk mengisi jawatan itu, itu bergantung pada keadaan parti setiap masa. Mungkin disebabkan parti sekarang melihat jawatan presiden perlu ada calon lain. Calon presiden sekarang adalah golongan yang dilihat sebagai golongan agamawan atau ulama dan (calon) yang lain saya lihat tak ada persediaan (untuk bertanding), jadi saya menyahut dan hormati kehendak sebahagian mereka (ahli).
Jadi kecenderungan ramai mahu saya dicalonkan. Dan apabila saya fikir dan timbang serta hormati kehendak ahli, berdasarkan perlembagaan parti dan dari segi hukum agama pun tak jadi kesalahan jika seseorang bersedia untuk dicalonkan bagi parti gerakan Islam.
Ini bukan perlawanan nak tentang satu sama lain tapi ini satu pertandingan dan persaingan yang sihat dan sebagai persaingan idea, pemikiran untuk dilihat oleh perwakilan. Mereka boleh memilih bagi menentukan sama ada sesuai atau tidak menerajui PAS sekarang yang dilhat sebagai pertubuhan bukan hanya sebuah parti seperti zaman 30-an dulu yang macam kampungan. Kerana dalam PAS sekarang ada pelbagai ahli dari latar belakang berbeza. Jadi saya sahut cabaran untuk bersetuju menerima pencalonan ini setelah berfikir amat dalam.
MK: Ustaz dianggap memecah tradisi parti?
Ahmad: Saya menghormati beliau (Hadi) dan kalau jumpa pun saya panggil dengan panggilan mesra iaitu ‘ayah chik’. Itu menunjukkan kemesraan kami. Walaupun lima tahun sejak kebelakangan ini jarang bersama. Dan saya rasa tak timbul (pecah tradisi), saya tetap hormati dia sebagai rakan, sahabat dan juga salah seorang naib presiden Persatuan Ulama Sedunia. Saya pula ada menubuhkan cawangan Persatuan Ulama Sedunia dan dengan sendiri dalam konteks hubungan Persatuan Ulama Sedunia pun kami bersama.
MK: Dulu walau ada konflik dalaman parti, jawatan presiden tetap tidak dicabar. Adakah masalah yang melanda PAS sekarang begitu kronik sehingga ahli meminta ustaz bertanding?
Ahmad: Amalan demokrasi itu satu perkara. Macam kita lihat tadi, barangkali PAS dalam suasana politik hari ini berada dalam politik negara dan parti nasional kerana duduk di dalam Pakatan Rakyat dan ia merupakan saingan kepada BN. Jadi perkara mutakhir ini mungkin dirasakan sebahagian ahli untuk melihat persaingan di kalangan pimpinan dalam konteks kepimpinan iaitu pelaksanaan tanggungjawab dalam parti supaya lebih komprehensif yang menunjukkan kepada amalan kebijaksanaan dalam kepimpinan. Mungkin mereka kini nak lihat sesuatu yang lebih baik. Bukan bermakna sekarang tak baik.
MK: PAS kini dilihat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ahli PAS yang pro-ulama dan profesional. Ustaz yang mana satu?
Ahmad: Pada saya PAS hanya satu kelompok kumpulan sahaja iaitu ahli Parti Islam Se-Malaysia. Saya akui ahli mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang profesional, berpendidikan dan pelbagai arah pemikiran. Tapi kita melihat kepelbagaian pemikiran, pandangan, sudut pandang berbeza dalam parti itu sebagai satu perkara yang baik. Dan apabila diurus, dengan kepelbagaian itu capai objektif yang komprehensif dan keputusan bersama dapat diperolehi.
Berbeza pendapat, pandangan ini kepelbagaian yang cantik tapi perlu diolah dan diselaraskan sehingga lahir satu kesepakatan. Dalam Islam, ia mengaturkan prinsip dalam jamaah berdasarkan kepada permesyuaratan.
MK:Jadi ustaz tak meletakkan diri ustaz di mana-mana pihak?
Ahmad: Saya kira yang memberi gelaran pro-ulama dan sebagainya ini, pada saya ia masalah yang mesti kita perbetulkan dan selaraskan. Dan dalam PAS pun ada perlembagaan parti dan menjadi tugas pemimpin untuk menyatupadukan ahli dengan segala usaha dan ikhtiar dan menjadikan parti yang didukung ini, ahlinya bersatu dengan pendapat yang berbeza. Dan akhirnya, pemikiran yang terbaik itu akan dipilih untuk dijadikan keputusan bersama.
Berdasarkan pemilihan kawasan, Hadi dilihat mempunyai peluang dan kelebihan yang lebih besar. Mungkin ustaz ada strategi ustaz untuk berkempen memenangi jawatan ini?
Soal berkempen tak timbul. Tetapi bila ahli calonkan saya, saya setuju dan oleh itu saya kena berusaha. Mereka yang calonkan saya juga kena usaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Dalam pertandingan ada menang dan kalah. Kalau masuk untuk main-main dan tak nak menang, saya pun tak menerima pencalonan ini. Tapi saya melihat, kita berusaha dan ikhtiar dan ahli perlu beri dukungan. Dengan ikhtiar ini, insya-Allah boleh capai kemenangan.Semua itu kita serahkan pada perwakilan. Ini usaha kita. Ia bukan tak boleh dicapai. Kita percaya dengan keyakinan itu, kita serahkan dan dalam berusaha, kita juga perlu beri maklumat yang diharapkan sampai kepada perwakilan.
MK: Adakah ustaz meletakkan peratusan keyakinan untuk menang pada pemilihan kali ini?
Ahmad: Soal yang penting ialah usaha dan ikhtiar dan ia meyakinkan saya boleh capai kemenangan. Serah pada perwakilan. Benda ini bukan perkara yang tak boleh dicapai dan dari situ datang peratusannya.
MK: Apa ustaz harapkan apabila menjadi presiden? Dan apakah perkara pertama ustaz akan lakukan sekiranya menang jawatan ini?
Ahmad: Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan. Saya balik pada teras asal. PAS yang ada ini sudah baik dah, tetapi baiki berasaskan prinsip dan perlembagaan PAS. Itu tugas dan kewajipan presiden. Dan perkasakan Pakatan Rakyat. Tetapi sebelum ke sana, saya nak perkasakan jamaah dulu. Bagaimana cara nak laksanakannya, bagi saya menang dulu.
Saya tak mahu melihat yang kalah (dalam pemilihan) nanti diasingkan. Dan saya selalu mengetengahkan bahawa yang kalah jangan tubuh parti atau kumpulan lain. Saya percaya semua ahli PAS sayang parti seperti saya. Saya tak mahu terus ada perpecahan dalam PAS selepas muktamar. Usaha ini boleh dilaksanakan. Tambahan pula Majlis Syura ini terdiri daripada ulama dan mereka beri nasihat untuk membimbing agar jangan berlaku perselisihan faham pada jamaah.
MK: Jika ustaz kalah, adakah tetap akan meneruskan visi ini?
Ahmad: Insya-Allah. Saya bersama sahabat saya pun, tujuan kita dalam kedudukan PAS adalah untuk terus maju ke hadapan bersama Pakatan dan slogan “PAS For All” kita nak terus terbina. (PAS) bukan hanya untuk Melayu dan ahli PAS sahaja.
Dalam erti kata lain, adakah presiden sekarang gagal untuk menyatupadukan dan kukuhkan parti?
Yang itu saya punya visi. Yang orang itu, dia punya visi dia. Kena tanya dia.

Polisi tunggu dan lihat lepas Muktamar, Hadi mula beralah?

Komen terbaharu Presiden
PAS Hadi Awang menghadapi soalan wartawan ke arah manakah PAS akan
dibawa sekiranya beliau terpilih semula sebagai presiden parti itu dalam
muktamar ke 61, memperlihatkan pengenduran konfrantasi Hadi terhadap
Pakatan Rakyat.
Hadi hanya berkata ‘tunggu dan lihat’ selepas Muktamar. Beliau juga memberitahu PAS tidak boleh berjuang bersendirian dan memerlukan rakan sekutu dalam merealisasikan impian politiknya.
Dua komen tersebut menunjukkan Hadi seolah-olah tertekan dengan kemaraan kem pencabarnya Tuan Guru Ahmad Awang. Pada permulaan saingan, Hadi dengan lantang menempelak DAP. Malah pada kemuncaknya, beliau tidak peduli mengeluarkan kenyataan akan memutuskan hubungan dengan parti sekular itu.
Keluar PR
Kenyataan tersebut mengundang serangan balas bertubi-tubi dari Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP yang membayangkan kedudukan PAS dalam PR semakin goyang. Pemimpin DAP juga beranggapan tidak mustahil Hadi akan membawa usul di muktamar meminta PAS meninggalkan PR.
Namun apa yang dinyatakan Hadi pada 26 Mei lalu sangat berbeza daripada ungkapan sebelumnya. Mengapakah Hadi berputar 180 darjah daripada menghampiri Umno kepada kembali semula ke dalam dakapan PR? Tidak lain, beliau tentunya dinasihatkan agar jangan terlalu melawan kehendak atau cita-cita golongan profesional dalam parti.
Hadi maklum setiap Kawasan PAS akan menghantar 6 perwakilan. Tentunya ketua perwakilan, iaitu Yang DiPertua PAS Kawasan adalah orang beliau dan telah mengawal agar ahli bawahan agar mencalonkan Hadi untuk jawatan presiden. Namun adakah 5 perwakilan lainnya adalah penyokong Hadi?
Dalam banyak keputusan undian di peringkat kawasan, Hadi dituruti rapat oleh Ahmad Awang dengan jarak undi sekitar 5 hingga 20 peratus. Bermakna hampir separuh ahli-ahli PAS mahu Hadi dicabar dan mahukan seorang presiden baharu yang pro PR menerajui parti.
Bagaimanapun, oleh kerana undian dibuat secara ‘angkat tangan’ maka sekiranya ketua Kawasan adalah penyokong kuat Hadi tentulah banyak ahli akan memihak kepada beliau dan meluluskan pencalonan untuk Hadi. Namun undi angkat tangan tidak berlaku dalam muktamar. Peti undi digunakan dan pilihan adalah rahsia. Di sinilah wujud kebimbangan perwakilan akan berubah arah pada saat akhir.
Pengaruh Ahmad
Culaan sokongan antara Hadi dan Ahmad tidak menunjukkan perbezaan besar. Secara rambang penganalisis politik meramalkan Hadi akan mendapat sekitar 60 peratus undi manakala Ahmad mungkin 40 peratus.
Sekiranya analisis itu relevan maka pengaruh Ahmad agak meluas. Tambah menggusarkan penasihat Hadi adalah tindakan anak bekas presiden PAS Mujahid Yusuf (anak Yusuf Rawa) dan Faiz Fadzil, anak kepada Fadzil Noor yang mengkritik secara terbuka polisi anti PR Hadi dan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan yang menjadi faktor pecah belah PR.
Mujahid mengejutkan jemaah apabila kawasannya tiba-tiba beralih arah mencalonkan Ahmad Awang sebagai presiden. Sejak itu, Mujahid yang juga seorang ulama amat berani dan nekad menentang puak ulama yang walak 100 peratus kepada apa sahaja keputusan Hadi.
Perlawanan Mujahid mengejutkan calon-calon kepimpinan lain. Husam Musa, Salehuddin Ayub dan Mahfuz Omar kelihatan ‘pengecut’ kerana tidak mampu menegur polisi Hadi. Mereka memilih play safe dan berteka teki mengenai arah tuju masing-masing, sama ada menyokong atau tidak sikap konfrantasi Hadi terhadap DAP dan PKR.
Rekod Hadi
Mujahid menyonsang arus menjadi pengkritik tega Hadi. Bersamanya Tuan Guru Ahmad Awang yang sering membandingkan kaedah beliau memimpin PAS Perak dalam perundingan-perundingan bersama DAP sehingga melahirkan gabungan PR paling mantap di Malaysia.
Ahmad dilihat amat rasional dalam kebanyakan polisi, sama ada menghadapi PR mahu pun antara puak dalam PAS.
Ketokohan Ahmad juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Beliau bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Islam (Jakim) dan bersara pada 1991. Dalam hal pentadbiran, Ahmad lebih cemerlang berdasarkan rekod berbanding Hadi. Rekod tertinggi Hadi menjawat Menteri Besar Terengganu pada 1999. PAS kalah teruk di Terengganu dalam pilihan raya 2004.
Hadi dipecat rakyat berikutan polisi yang tidak berhemah. Sebaliknya Ahmad pula tidak pernah ditamatkan perkhidmatan di Jakim walaupun beliau diketahui terlibat dengan PAS sejak 1984.
Ahmad pernah memimpin agensi dakwah pusat dan tidak sukar untuk beliau memimpin sebuah parti yang berlatar belakangkan agama. Dari segi ilmu, Ahmad setaraf Hadi dan beliau juga boleh membaca kitab-kitab Arab, mantan hadis dan sebagainya.
Reformasi PAS
Oleh itu, analisis yang menyatakan Ahmad mampu merebut sokongan 40 peratus perwakilan bukanlah omong kosong. Kekuatan pencabar Hadi ini ditambah pula dengan serangan yang dilakukan Faiz Fadzil terhadap kepimpinan PAS hari ini yang menurutnya tidak mampu untuk memperbaiki jemaah.
Faiz lebih suka kepada agenda reformasi dalaman agar parti itu mampu menarik lebih banyak pengundi dalam pilihan raya umum ke 14. Bukannya memperkenalkan polisi yang menjauhkan pengundi, terutama bukan Islam.
Meneliti arus sokongan inilah, penasihat Hadi agak gelabah menjelang 4 Jun. Hadi akan dianggap kalah di mata ahli PAS sekiranya Ahmad mendapat 40 peratus undi. Selepas itu ahli PAS akan lebih berani mempersoalkan strategi Hadi.
Hadi juga akan terpaksa mendengar suara 40 peratus yang tidak bersetuju dengannya. Oleh itu, Hadi terpaksa mengendurkan serangan. Beliau cuba membujuk puak profesional dan membayangkan PAS akan kekal bersama PR. Tuduhan beliau menyokong Umno seboleh-bolehnya dilupuskan sebelum perwakilan mula membahaskan usul.
Sudah terlambat
Namun semua ini kelihatan tidak menguntungkan Hadi dan sesetengahnya telah terlambat. Terlalu banyak kerosakan dilakukan beliau dalam hubungan bersama PR. Majoriti ahli PAS yang sayangkan PR dan enggan menerima tahaluf siyasi bersama Umno akan ‘memberontak’ dalam muktamar.
Tidak mustahil strategi yang amat rapi diatur untuk memastikan presiden, timbalan presiden, naib presiden disapu bersih puak ulama akan menjadi sebaliknya. Tidak mustahil juga naib presiden PAS kali ini dimenangi kesemuanya oleh puak profesional.
Mat sabu mengekalkan jawatan timbalan presiden dan majoriti AJK PAS pusat puak profesional. Tentunya tekanan berat kepada Hadi sekiranya kekal sebagai presiden dalam keadaan terkepung seperti itu. Hadi terpaksa bergayut kepada Mursyidul Am Haron Din dan Majlis Syura Ulama untuk meneruskan hayat politiknya.
Keadaan akan menjadi lebih bergolak jika pemimpin bawahan menghantar memorandum perlembagaan PAS yang menyebut dengan jelas fungsi Majlis Syura Ulama terhad kepada perkara yang berkaitan hukum-hakam dan bukannya hal-hal siasah. Majlis Syura tidak sepatutnya campurtangan dalam strategi politik dan perlantikan pemimpin.
Apa pun Hadi kini berdepan cabaran paling getir dalam karier politiknya. Tidak kurang suara-suara nakal yang meminta Hadi mengundur diri daripada meneruskan pertarungan sengit yang lebih menyukarkan parti di kemudian hari.
PAS setelah melalui pergelutan dalaman sepanjang era Asri Muda (1970an) tidak sepatutnya menghadapi satu lagi perebutan kuasa pada era Hadi. Namun itulah yang terjadi akibat tindakan beberapa pemimpin parti Islam itu yang lebih mengutamakan Melayu dan menimbulkan cita-cita ingin bekerjasama dengan Umno yang ditentang oleh majorti bekas presidennya dan anak-anak presidennya.
Polisi tunggu dan lihat lepas Muktamar, Hadi mula beralah?
Posted By: Redzuan&amiruddin on:

PKR cabar 1MDB dedah perincian pembayaran hutang

Ahli Parlimen PKR Rafizi
Ramli, hari ini menggesa Putrajaya memberikan perincian bayaran hutang
1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula dari Januari tahun ini.
Katanya, ia bagi menangkis dakwaan yang pelaburan dana awam ke dalam syarikat pelaburan strategik negara itu sekadar untuk membayar hutang 1MDB semata-mata.
“Munasabah rakyat dimaklumkan apakah senarai hutang pokok dan faedah yang perlu dibayar 1MDB bermula dari Januari 2015 supaya spekulasi yang dana-dana awam disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang diperjelaskan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Gesaan itu dibuat ahli Parlimen Pandan itu selepas Kementerian Kewangan menolak permintaannya supaya diberikan jadual pembayaran semula hutang 1MDB.
“Perincian yang diminta masih belum diaudit dan menjadi amalan bagi syarikat untuk hanya mengemukakan perincian yang diaudit sahaja kepada umum agar maklumat yang diberikan adalah tepat, terperinci dan disahkan juruaudit,” menurut jawapan bertulis yang diterimanya.
PKR cabar 1MDB dedah perincian pembayaran hutang
Posted By: Redzuanon:

Kerajaan Selangor tak tumbang jika PAS tinggalkan PR

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hasnul Baharuddin (kiri)
berikrar akan terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor
jika keadaan dewan negeri tergantung benar-benar berlaku.
Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat.
“Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat,” katanya.
Hasnul dan seorang lagi ADUN PAS Saari Sungib sebelum ini tampil menyokong Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor ketika parti mereka belum membuat keputusan.
Sultan Selangor bagaimanapun memilih timbalan Azizah dalam PKR, Azmin Ali, sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS.
“Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini,” katanya.
Sekiranya PAS keluar Pakatan, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi DUN tergantung.
Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk Khalid yang kini ADUN bebas.
Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.
Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana kumpulan Hadi dijangka menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini terus membangkitkan kebimbangan sama.
Kerajaan Selangor tak tumbang jika PAS tinggalkan PR
Posted By: Pentadbiron:

Hadi sila jelaskan pendirian sebenar PAS, kata DAP

Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng menekan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
untuk menjelaskan pendirian sebenar parti Islam itu dalam soal kerjasama
dalam Pakatan Rakyat.
Dalam suasana kempen pemilihan PAS yang kini semakin hangat, Lim mengambil peluang untuk menekan Hadi ekoran kenyataan presiden parti Islam itu semalam yang mengaku masih bersama Pakatan Rakyat.
Beliau seterusnya membangkitkan semula lima tindakan dan kenyataan Hadi yang menyebabkan hubungan PAS-DAP renggang sebelum ini.
“Kenyataan Hadi ini adalah tidak konsisten dengan perakuan bertaat setia dan menyokong Pakatan Rakyat.
“Jika Hadi tidak boleh mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan Hadi atas dasar hormat dan percaya?,” kata Lim.
Berikut adalah lima soalannya:
“DAP tidak akan membiarkan dirinya dibisukan oleh pemilihan parti PAS bagi menghalang DAP daripada mengatakan apa yang benar dan mempertahankan yang hak dari yang batil,” kata Lim.
Tambahan pula, kedudukan Hadi sememangnya tidak akan tergugat dalam pemilihan kali ini, tambahnya.
Hadi sila jelaskan pendirian sebenar PAS, kata DAP
Posted By: Pentadbir on:
Dalam suasana kempen pemilihan PAS yang kini semakin hangat, Lim mengambil peluang untuk menekan Hadi ekoran kenyataan presiden parti Islam itu semalam yang mengaku masih bersama Pakatan Rakyat.
Beliau seterusnya membangkitkan semula lima tindakan dan kenyataan Hadi yang menyebabkan hubungan PAS-DAP renggang sebelum ini.
“Kenyataan Hadi ini adalah tidak konsisten dengan perakuan bertaat setia dan menyokong Pakatan Rakyat.
“Jika Hadi tidak boleh mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan Hadi atas dasar hormat dan percaya?,” kata Lim.
Berikut adalah lima soalannya:
- Kenapa Hadi mungkiri komitmen PAS pada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan Pakatan?
- Mengapa Hadi nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah kemelut skandal RM42 bilion 1MDB?
- Hadi mahu wujudkan kerajaan perpaduan bersama Umno?
- Mengapa Hadi enggan nyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh?
- Hadi isytihar bahawa umat Islam wajib yatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud. Namun Hadi tidak menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan-Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud. Tidakkah bantahan terhadap hudud bukan kerana hudud adalah sebahagian daripada Islam tetapi kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan?
“DAP tidak akan membiarkan dirinya dibisukan oleh pemilihan parti PAS bagi menghalang DAP daripada mengatakan apa yang benar dan mempertahankan yang hak dari yang batil,” kata Lim.
Tambahan pula, kedudukan Hadi sememangnya tidak akan tergugat dalam pemilihan kali ini, tambahnya.
Hanya muktamar khas beri kuasa PAS tinggalkan PR – Ahmad Awang

Calon Presiden PAS Tuan
Guru Ahmad Awang menolak kenyataan Presiden Hadi Awang sebelum ini yang
disiar Astro Awani bahawa PAS boleh memutuskan kerjasama antara parti
itu dengan DAP.
Menyifatkan kenyataan Hadi itu bersifat peribadi beliau menasihatkan agar ahli PAS tidak terikut-ikut dengan tindakan sesetengah pemimpin PAS yang terlalu gopoh mengeluarkan komen yang mengeruhkan hubungan antara komponen Pakatan Rakyat.
“Sebarang keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan PR mestilah dibawa ke dalam mukhtamar khas,” tegas Ahmad ketika dihubungi Suarapakatandaily.
Kata beliau lagi, keputusan yang telah dibuat dalam muktamar PAS terdahulu tidak boleh dibatalkan oleh sesiapa pun kecuali mendapat persetujuan muktamar akan datang.
“Sesiapa pun yang membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan muktamar hanyalah bersifat peribadi dan tidak mengikut lunas perlembagaan parti secara sah,” ujarnya lagi.
Mengulas pertentangan pendapat yang semakin meluas antara puak ulama dan profesional yang dalam parti, Ahmad berkata, perbezaan pendapat tersebut bukanlah sesuatu yang janggal bagi sesebuah organisasi namun pemimpin dan ahli mestilah berjiwa besar dan berdisiplin dalam menangani sebarang isu berbangkit.
“Perbezaan pandangan mestilah diuruskan secara berhikmah dan diselaraskan melalui fasa musyawarah bagi mencari jalan penyelesaian yang adil.
“Keputusan terbaik yang berlandaskan prinsip Islam penting diamalkan dan akan memberikan keuntungan kepada semua pihak,” katanya.