ANAK ALMARHUM FADZIL NOR TIBAI HAJI HADI DAN MSU

 OLEH: AL HUSSEYN


Hj Hadi sedang bawa kita ke lubang ular yang sama....


 Sejak dulu lagi aku dan beberapa bloggers saperti  Greenboc , Tulang Besi dan lain-lain dedahkan yang Presiden PAS, Hj Hadi ni memang dah tak boleh pakai kerana hala tuju PAS yang cuba dibawanya adalah membawa masuk kedalam lubang ular yg sama untuk dipatuk sekali lagi!

Kenyataan Hj Hadi di Singapura kali ini jelas menunjukan sikapnya yang amat tergila-gilakan mahu bersama dengan Umno.

Tapi ada yang tuduh bahawa gabungan Umno-PAS itu mengarut. Memanglah mengarut kalau bergabung dengan bermaksud PAS dibubar lalu diserap masuk kedalam Umno. Bukan begitu maksudnya...

Tapi adalah dengan bekerjasama sebagaimana orang Seberang Takir ni terangkan ..... 



Anak almarhum Ust Fadzil Mohd Nor, mantan Presiden PAS, Faiz Fadzil menulis difesbooknya:

Belum habis bincang isu UG yg didakwa diilhamkn oleh tg pres..dilaporkan pula bahawa ketua penerangan dewan ulama pas (us khairudin at-takiri) pula menyarankn agar pas sabah berdamai dgn umno kerana byk manfaat blh diperolehi..

 Oh us: lupakh yg us berijtihad yg gst tu haram sdgkn gst tu ciptaan umno..lets walk the talk..jgn lps ni ada pula org kata boleh makan hasil duit no ekor asalkan jgn main no ekor..

 Nak tanya us la: apa faedah damai & kerjasama dgn umno..sy tak tahu sbb arwah us fadzil noor tak pesan pula perkara ni..yg dia sebut umno ni tak boleh percaya adala..

 Oh us: sy pilih utk kerjasama dgn pkr & dap kerna mereka berkongsi prinsip yg disarankn islam: keadilan, bersih rasuah & penyelewengan, good governance & berkebajikan..rasanya tak ada semua tu kat umno..

 Takkan kerna isu hudud, gelap terus mata kita melihat kemungkaran & kezaliman di hadapan mata..jadi sy pegang pd konsep ikhtiyar akhaff addhararain..

  Mengenai kenyataan Hj Hadi di Singapura pula, Faiz Fadzil melalui status difesbooknya menulis berikut =>


Membaca laporan akhbar singapore dlm interview dgn pres pas tuan guru abdul hadi awang..ak tidak terkejut bilamana beliau mengatakan kerajaan perpaduan (ug) perlu dibentuk segera bagi mengembalikan kestabilan politik..

oh mr pres: ketidakstabilan politik wujud bila party pemerintah mula lemah..pengundi cina/india sudah berpihak kpd dap..pengundi melayu pula kepada pkr & pas..ketiga-tiga party mendapat manfaat pakatan ini apabila rakyat semua kaum mengundi mana-mana party pakatan..

oh mr pres: jika terbentuk ug..bila pula suara rakyat yg dizalimi, ditindas & ditekan blh didengar..sedar tak yg rakyat mula bangkit skrg hasil usaha perjuangan pas..

dulu pas berjuang dgn rakyat bg menentang umno..skrg pas tidak kesorgn lg..pas bersama pkr dap n rakyat menuju putrajaya bagi menggantikan umno bn..

oh mr pres: lupakan la hajat ug..balikla kpd rakyat..pas adalah hero rakyat..bersama pakatan kita kembalikn kestabilan politik, keadilan undang undang, perpaduan kaum & social & kemajuan ekonomi.. 

 laporan akhbar singapore: Menyelamatkn kestabilan politik negara bermaksud menyelamatkan kestabilan politik umno yg semakin lemah dek asakan pakatan & rakyat..

kestabilan politik umno bermaksud najip terus bertakhta..sdgkn 1malaysia sedar pentadbiran najib zalim dgn gst & seleweng duit rakyat dgn 1mdb..

jika najib step down ia adalah kejayaan rakyat..umno bn akn jd semakin lemah kerna party akan berpecah..

 najib tiada pilihan lalu melambung isu hudud..pemimpin pas keliru lalu menyambutnya sdgkn ia tidak boleh dilaksanakn dek kekangan undang-undang & lack of facilities & funds..

takkn pas harapkn pentadbiran najib utk laksana hudud sdgkn najib diam seribu bahasa, malahan najib tak akan menggadaikn bn's political survival di borneo setelah bn umum tolak hudud..

 Duhai MSU PAS: ana ada locus sbg ajk pas n utk kemuka isu ini kpd anta utk klrkn fatwa: antara isu hudud yg ditipu najib & isu ekonomi yg menzalimi rakyat; mana take priority (awlawiyat)? Fatwamu ana damba sblm rakyat memfatwakn anta..

Punca timbulnya label Anwarinas, Islam Liberal....

 

al husseyn

 

 

YB Khalid Samad sewaktu menyampaikan ucapannya dalam program penerangan Diskusi dan Dialog anjuran Pemuda PAS Ipoh Timur pada mlm tadi di hotel Seri Malaysia Ipoh , telah mendedahkan bagaimana mula timbulnya puncanya yg menyebabkan ada golongan-golongan yang menuduh bahawa PAS telah menyeleweng, bahawa pimpinan-pimpinan Liberal telah berkuasa dan sebagainya.

 Menurut Khalid ini kerana mereka datang kemudian dan tidak faham ijtihad yang dilakukan oleh al-Marhum Ust Fadzil Mohd Noor, latarbelakangnya, dan matlamat dan tujuan disebaliknya . 

 Bibit-bibitnya dilihat pada 2008, satelah PAS mencapai satu prestasi dlm pilihanraya yg baik, dan membentuk kerajaan dgn penubuhan Pakatan Rakyat.

 Khalid turut mengulangi kata-kata almarhum Ust Fadzil Mohd Noor dengan menyebut : 

 “Kemana sahaja kita pergi, orang menyebut tentanginginkan perubahan. Oleh itu ianya merupakan satu kewajipan bagi PAS yg merupakan wadah yg terlibat didlm arena politik untuk memungkinkan kehendak rakyat yang inginkan perubahan ini untuk tercapai 

 Maka ianya memerlukan satu keberanian daripada PAS untuk melakukan ijtihad siyasi yg memungkinkan gabungan dan kerjasama diantara PAS dan parti-parti lain utk mengemukakan ataupun membentangkan kepada rakyat pilihan dan alternatif selain daripada Umno dan Barisan. Tidak mungkin PAS akan mampu memerintah seorang diri. Lebih-lebih lagi di negeri-negeri di Pantai Barat.” 

Demikian lebih kurang kata-kata almarhum didalam ucapan dasarnya pada tahun 1998. Ini hasil daripada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan kemarahan rakyat, jelas Khalid.

 Khalid berkata, hasil daripada itu terbentuk Barisan Alternatif dan pada ketika itu PAS hanya menang di Kelantan dan Trengganu, dan kemenangan kita di situ, merupakan kemenangan yg tidak mengubah sangat suasana dan realiti politik bagi org-org atau ahli-ahli PAS, kerana di Kelantan memang PASlah walaupun dinamakan Barisan Alternatif, dan begitu jugalah di Terengganu. Ianya tetap merupakan ‘PAS dominated State Government’.

 Tetapi pada 2008, suasana yg baru telah dialami. Pembentukan kerajaan melalui Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi didominasi oleh PAS. Dan ini menyebabkan ada dikalangan org-org PAS yg tidak menghargai kemenangan yg telah diperolehi dimana ianya merupakan gandingan diantara PAS, PKR dan DAP, iaitu Pakatan Rakyat, dimana PAS tidak dominan; kerana mereka kehilangan support, dia tidak kehilangan wawasan dan halatuju, dia tak faham!” 

 Khalid memberikan contoh sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, PAS tidak dominan, maka bagaimnana kita nak bawa agenda kita? Tanya Khalid.

 Khalid turut mendedahkan bagaimana ada kalangan apabila ditanya apa agenda mereka? Apa itu agenda PAS? Mereka kata Hudud! 

 Dan masalahnya, kata Khalid, mereka ini merumuskan perjuangan Islam ini sebagai Hudud dan mereka menganggap kita berkompromi jika tidak bawa Hudud.

 Menurut Khalid, bibit-bibit perasaan kecelaruan ini bermula pd 2008 apabila PAS Selangor menang 8 kerusi dan Umno/BN 20. Maka timbul usaha dengan jumlah 28 itu, supaya PAS boleh dipilih untuk menjadi Menteri Besar. Khir Toyo tawarkan Hasan Ali jd Menteri Besar. Dengan 28 ni, terus jumpa Sultan, Sultan boleh terus suruh Hasan Ali angkat Sumpah - PAS yg akan menjadi Menteri Besar! 

 Maka ada kepimpinan PAS kebingungan dlm keadaan diberi peluang utk memegang kuasa memerintah di lima negeri - Selangor , Perak, Kedah, Trengganu dan Kelantan sebagai Menteri Besar dan berkemungkinan diperingkat Pusat sebagai Menteri dan disebut-sebut juga mungkin Timbalan Perdana Menteri. Maka kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini? 

 Apabila ada kalangan beberapa pimpinan PAS sepertinya menolak cadangan kpd usaha-usaha tersebut, lalu mereka di tohmah sebagai tidak pentingkan PAS kerana kononnya mementingkan Anwar; kerana kalau Pas pergi bersama Umno/BN, maka hancurlah Anwar! Tapi kerana nak bela Anwar peluang keemasan ini dilepaskan ! 

 Maka disitulah dimunculkan atau diperkenalkan istilah ‘Anwarinas’ – terlalu wala’ kepada Anwar, sampai mementingkan PKR dan DAP lebih daripada PAS itu sendiri! 

Khalid berkata, kalau kita pd 2008 mengkhianati Pakatan Rakyat atas sebab kita nak jwn-jwtn Menteri Besar sini, Menteri Besar sana, Menteri Besar situ , kononnya atas sbb kita sayangkan PAS maka kita nak semua jwtn-jwtn ini dipegang oleh PAS.

 Bila kita kena kembali balik kpd rakyat dan meminta supaya rakyat kembalikan kuasa dan mandat itu kpd kita sedangkan rakyat inginkan perubahan dan kita yg mendapat sokongan atas mandat itu, rakyat nak tolak Umno/BN, kita pula setelah dimenangkan atas mandat yg sebegitu, kita pula mengkhianati kehendak rakyat , kita pula yg menghidupkan balik Umno/BN di Selangor, di Perak di Kedah dan sebagainya oleh kerana kita besama mereka.

 Kalau dinegeri Selangor, lapan kerusi yg dimenangi pada ketika 2008, maka 8 kerusi ini sahajalah nanti PAS akan bertanding! Yang lain kita kalah dengan Umno. Takkan Umno nak serah kepada kita? Tanya Khalid. 

Khalid juga mengingatkan bahawa 8 kerusi itu pun atas mandat tolak Umno. Tiba-tiba kita khianat. Rakyat tak akan menangkan kita lagi. 

 Kita melihat jangka masa panjang pejuangan membina sokongan integriti, kredibiliti, politik baru bebas perkauman, bebas kronisma, bebas rasuah, terang Khalid. 

Itu adalah mesej Islam dan perjuangan Islam yg kita fahami bukan dirumuskan kepada Hudud semata-mata, tambahnya lagi.

 Bercakap mengenai istilah ‘Negara Berkebajikan’ berbanding dgn ‘Negara Islam’, Khalid menyatakan kesalnya kerana ada pimpinan dalam AJK PAS Pusat itu sendiri yang tidak faham. Pimpinan itu kata penggunaan istilah ini semata-mata untuk mendapatkan undi! Kita kompromi! Malah dia mempersoalkan apa salahnya dengan mengekalkan dengan ‘Negara Islam!

 Khalid menjelaskan, istilah ‘Negara Islam’ itu adalah kerangka kenegaraan yang berasaskan kepada Islam, yang hasilnya, isinya ialah sebuah negara berkebajikan, yg digambarkan didalam al-Qur’an dgn ‘Baldatun Thayyibatun Wa rabbul-ngapoor’ – tak digunakan Daulah Islam tapi menjelaskan, isi kandungan Negara Islam itu.

 Ataupun Negara yang dibina atas prinsip-prinsip Islam apa yang dikata ‘Negara Berkebajikan’, Negara Rahmat, Negara ‘Adil. Inilah istilah-istilah kontemporari yg sepatutnya kita sebagai ahli politik memahami. Tidak ada bezanya cara kita menjelaskan isi kandungannya dan bukan istilah dan nama.

Hadi buat u-turn; UG tali hayat Najib? – Abu Abdullah

Hadi buat u-turn; UG tali hayat Najib? – Abu Abdullah

Media Singapura di dalam satu wawancara dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melapurkan gesaan memeranjatkan beliau: untuk dihidupkan kembali gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Government - UG).

Lapuran yang bertarikh 1 Mei itu antara lain melapurkan Presiden PAS itu berkata masalah yang melanda sekarang ini adalah kerana kelemahan Umno. Ianya bukan sebab Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak mahupun Tun Abdullah Ahmad Badawi menurut lapuran Today Online.

Gagasan UG yang mula diperkatakan Hadi pada 2008 mendapat reaksi negatif ketika itu sehingga mengundang kemarahan Mursyidul Am PAS, almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ianya menjadi polemik hingga menimbulkan masalah dalaman yang hingga kini masih memberi kesan kepada PAS.


Namun setelah kematian Nik Aziz, usaha mendekati Umno semakin jelas dengan isu pindaan Rang Undang-Undang Syariah menjadi “jambatan”.

Apapun, kenyataan Hadi di Singapura ini amat mengejutkan.
Beberapa tahun lampau beliau menyatakan idea UG hanya terpakai di waktu Abdullah. Bahkan beliau pernah menyatakan Najib terlalu banyak skandal untuk UG dibincangkan bersama Najib.

Di musim “U-turn”, sekali lagi PAS melalui kenyataan Hadi ini membuat U-turn (setelah U-turn yang dibuat Pemuda PAS Penang beberapa hari lalu dalam isu sokongan calun di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh).

Gesaan UG Hadi ini juga memberi isyarat seoalah-olah beliau memberi sokongan kepada Najib yang semakin hebat diserang Dr Mahathir. Umum mengetahui, usaha membina jambatan UMNO-PAS dibuat kem Najib, tidak dengan kem Tan Sri Mahyuddin Yassin yang dilihat bersama Dr Mahathir.

Beberapa soalan timbul dari gesaan Hadi di Singapura ini.
Kenapa Hadi membuat “U-turn” dalam menghidupkan kembali gagasan UG, tidak sampai 6 bulan kematian Tok Guru Nik Aziz - penentang kuat gagasan UG?

Apakah PAS, melalui Hadi terikat dengan “hayat" Najib menerajui Umno?

Dan yang lebih besar, apakah ada pakatan “sulit” antara kem Najib dan Hadi dalam menghadapi serangan Dr Mahathir?

Kelihatannya, Hadi memberi talian hayat kepada Najib dengan hidupnya kembali gagasan UG. – 3 Mei, 2015.