Shahbudin.com
Dalam
temubual dengan TV3 baru-baru ini, Najib berkata, selain tidak
bersetuju dengan BR1M, Tun Mahathir juga sebenarnya tidak puas hati
kerana beliau enggan meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok itu bagi
menggantikan Tambak Johor.
Dalam
reaksinya mengenai perkara itu, Tun Mahathir berkata, Najib sebenarnya
pernah berjanji kepadanya untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi
akhirnya mungkir janji setelah memperoleh kuasa.
Kata
beliau, kemahuannya terhadap pembinaan jambatan itu bukan bersifat
peribadi atau berkaitan kontrak, tetapi demi masa depan negara serta
kepentingan rakyat dan negeri Johor.
Tambah
Tun Mahathir lagi, beliau juga pernah membangkitkan perkara itu
kemudiannya, tetapi Najib memberi alasan bahawa terdapat perjanjian yang
memerlukan persetujuan Singapura jika ingin membina jambatan itu.
Bagaimanapun,
apabila bekas Perdana Menteri itu meminta Najib menunjukkan bukti
adanya perjanjian itu, sehingga hari ini ia gagal dibuktikan.
Tun
Mahathir juga mendedahkan, berikutan dengan itu, Najib kemudiannya
tidak bertegur sapa dengannya selama kira-kira enam bulan.
Aduhhh....sampai begitu sekali sikap Najib terhadap Tun Mahathir!
Kenapa
Najib memberi alasan adanya perjanjian dengan Singapura itu? Adakah
beliau lupa Tun Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun
sebelum ini?
Jika
perjanjian seperti ada ada, tentulah tidak mungkin Tun Mahathir
bertindak mahu membinanya sebelum ini, termasuk sudah menyiapkan
rekabentuk dan melantik kontraktor untuk membinanya.
Dalam
konteks ini, tidakkah Najib sedar bahawa Sultan Johor juga pada 2010
pernah menyuarakan agar dibina semula jambatan itu bagi kepentingan
negeri dan rakyat Johor secara keseluruhannya?
Apa
yang jelas, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembinaan Jambatan
Bengkok akhirnya seperti menikam dan memalukan dirinya sendiri.
Ini
kerana, melalui penjelasan Tun Mahathir itu, beliau dianggap sebagai
pemungkir janji, sanggup memberi alasan yang tidak dapat dibuktikan dan
kemudian melayan bekas Perdana Menteri yang disanjung dunia itu secara
tidak wajar iaitu tidak menegur sapanya selama enam bulan.
Ia
juga menunjukkan layanan Najib terhadap Tun Mahathir lebih buruk
daripada apa yang dilakukan oleh Pak Lah yang juga diserang dan
dikritiknya sebelum in.
Setidak-tidaknya Pak Lah tidak pernah sampai tergamak tidak mahu bertegur sapa dengan Tun Mahathir.
Di
pandangan umum, ketika Tun Mahathir cuba dikaitkan semula dengan
Jambatan Bengkok, Najib sebaliknya dianggap mempunyai "hati yang
bengkok". ( SH 17/04/2015 )