Muhyiddin mula menentang Najib melalui 1 MBD sementara Khairy memberi ucapan di New York mengatakan bahawa hutang 1 MDB boleh membawa kepada hutang bank yang bertimbun dan membebankan bank dan seterusnya rakyat.
Putrajaya tidak wajar ‘bail out’ 1MDB, tegas Muhyiddin
Published: 6 March 2015 9:03 PM
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah pengauditan ke atas
1MDB dibuat dengan telus. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac,
2015.
Sebarang usaha menangani isu 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out)
syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam, kata Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.
Beliau juga berkata, Lembaga Pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan
tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan
jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.
"Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara
telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal
penubuhannya.
"Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap
dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat
sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang
diaudit oleh firma Deloitte," katanya dalam satu kenyataan sambil
menyambut baik arahan perdana menteri supaya Ketua Audit Negara
mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.
Beliau juga mengatakan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh
memulakan siasatannya sendiri terhadap syarikat yang dibebani hutang
RM42 bilion itu tanpa perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara siap.