Ust Ahmad Awang: Multaqa, Kempen Menjatuhkan Pihak Lain..tak dak kerja ka? asal bukan ulamak kena hentam.....
Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’
ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini?
Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf
dalaman PAS atau merenggangkannya?
Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.
Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa’, neqad, ijtima’
dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk
menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?
Amat malanglah
sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh
negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan
mereka dan menaikkan golongan sendiri.
Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan
menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.
Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini
dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus
kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang
membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna
kuasa yang terang dan nyata.
Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan
usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu
juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak
bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.
Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan
bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan
konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan
pada akhir tahun lalu.
Maka yang
tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan
Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke
arah keadilan dan negara berkebajikan?
Ingatan buat golongan ulama
Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa
dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama
sepertimana yang saya harapkan.
Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang
pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang
terkandung dalam firmannya yang bermaksud:
"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,
tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah
mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah
dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah
membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)
Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama
adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan
dokongan serta kedudukan dan jawatan.
Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan
dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan
memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.
Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan
"saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses
perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.
Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu
menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai
ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak
dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.
Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan
kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah
boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah
inginkan kebaikan baginya.
Ilmu bukan pada sijil, ijazah
Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak
mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya
berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).
Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.
Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau
taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman
masyarakat.
Jangan
perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi,
sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap.
Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama
perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.
Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka
dari amalan ‘politiking’ sempit dan sebaliknya membina imej mereka
sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau
kepentingan duniawi.
Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin
arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.
Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan
diri ke status ‘warasatul anbiyaa’. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan
membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya
sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.
Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama
mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini
masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus
diperkasakan. Jangan golongan ulama’ hilang fokus.
Oleh: Barua
Komen
pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi melalui akaun Facebooknya mencadangkan
PAS dan Umno bergabung melaksanakan hudud mencerminkan kehendak politik
terkini puak ulama Unity Government (UG) dalam parti itu.
"Jika
saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk
melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung
dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan
hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.
Sebahagian
ulama UG yang selama ini didakwa berunding di belakang tabir dengan Umno
demi mewujudkan kerajaan perpaduan kini telah semakin berani
melontarkan idea secara terbuka. Sekali gus menyerlahkan betapa
pentingnya kewujudkan PasMa yang mahu mengekalkan hubungan ahli PAS dan
Pakatan Rakyat.
Penyatuan Melayu
Kebelakangan ini ulama
PAS semakin terbuka dengan idea-idea Umno. Termasuk penyatuan Melayu,
isu-isu berkaitan raja, ekonomi Melayu dan Ketuanan Melayu. Isu-isu ini
menjadi kemarahan umum dalam PAS jika ditimbulkan sewaktu Tok Guru Nik
Aziz Nik Mat masih berkuasa dalam PAS suatu ketika dahulu.
Kini,
jarum Umno sudah mula mengait ulama PAS untuk bersama perjuangan
nasionalisme. Hujah-hujah yakin PAS mampu memperbaiki Umno kian kuat
kedengaran. Kononnya kronisme, nipotisme, kezaliman dan penyelewengan
Umno boleh didakwah dan diubah oleh ulama PAS.
Belum pernah
dilihat di mana-mana bahagian dunia malaikat dan syaitan bergabung
mewujudkan persekutuan yang baik. Sering terjadi gabungan itu akan
hancur berantakan. Ulama-ulama muda dalam PAS tidak mempunyai pengalaman
pahit bergabung bersama Umno.
PAS pernah melakukannya pada 1971
ketika mana penyelewengan dalam Umno masih lagi bertaraf kecil-kecilan.
Ketika itu belum ada projek lebuh raya berbilion ringgit, KLIA, KLCC,
MRT, 1Malaysia Development tidak wujud. Itu pun PAS akhirnya ditendang
keluar pada 1978 apabila Umno melihat parti itu sering tidak sehaluan
dengan mereka.
Memohon ihsan
Tentulah dengan skala
penyelewengan berbilion-bilion ringgit seperti sekarang ini lebih sukar
untuk PAS mendakwah Umno. Fenomena yang nyata, MB Kelantan Ahmad Yaakob
yang garang menyerang puak profesional dalam PAS seperti ‘melukut di
tepi gantang’ memohon belas ihsan PM Najib untuk membangunkan Kelantan.
Adakah
dengan keadaan meminta-minta itu Ahmad akan mampu mendakwah Umno? Kalau
terlebih dakwah tentunya Umno menarik balik pemberian. Adakah Ahmad
sanggup? Sebab itulah Tok Guru Nik Aziz rela Kelantan susah sementara
asalkan tidak menggadai maruah kepada Umno.
Selepas bergabung,
bagaimanakah kerusi-kerusi PAS dalam pilihan raya? Adakah PAS akan
bertanding satu lawan satu menentang Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen?
Sudah tentu senarionya amat menarik. Parti yang memperjuangkan kesucian
Islam kini menggunakan lambang dacing.
PAS akan kalah. Kalau PAS
bertanding menggunakan lambang sendiri pun ahli Umno masih alergi
untuk mengundi parti agama itu. Penyokong PAS pula alergi mengundi
parti mereka. Senario yang berlaku ialah pengundi BN tidak keluar
mengundi, pengundi atas pagar pangkah PR dan pengundi PAS akan undi PR.
Hasilnya PAS akan kalah teruk di kawasan-kawasan campuran.
Di
kawasan kubu kuat PAS di Kelantan dan Terengganu parti itu berisiko
dipulaukan oleh ahli. Mereka enggan keluar mengundi dan berkemungkinan
PR akan menang. Satu lagi senario ialah PAS meletakkan calon di mana PR
dan BN bertanding untuk memenangkan BN sebagaimana yang berlaku di DUN
Kota Damansara pada PRU 13 lalu.
Namun adakah ahli PAS akan walak
mengundi demi Allah dan Rasul? Jawabnya, pengundi Malaysia bukan bodoh.
Ketika PAS lawan PKR di Kota Damansara ahli PAS memilih pemimpin yang
lebih baik tetapi jika PAS bekerjasama dengan Umno, tiada lagi kebaikan
pada PAS.
Tong najis
Selepas tiga dekad berlalu, tiada siapa
menyangka sindiran PAS ke atas Anwar Ibrahim kembali menimpa PAS semula.
Pada 1982, apabila Anwar masuk Umno, ulama PAS mentertawakan rancangan
Islamisasi bekas Presiden Abim itu.Anwar beriltizam menyucikan
Umno dari dalam. Ulama PAS menyifatkan Anwar masuk ‘tong tahi’ dan
mencuci dari dalam. Akhirnya seluruh badan Anwar akan diselaputi najis.
Pada
2015, Anwar telah 17 tahun berjuang dari luar tong tahi tetapi PAS pula
bersungguh-sungguh ingin masuk tong tahi yang sama dan membersihkannya
dari dalam.
Sedangkan PAS merasai perit pengalaman 1971 – 1978 dikhianati Umno dan melihat pengalaman pahit Anwar 1982 – 1998.
Nabi
saw mengingatkan umat agar jangan jatuh ke dalam lubang sama untuk kali
kedua. Namun puak UG PAS ketagih menghulurkan kaki ke dalam lubang yang
sama berkali-kali.
Oleh: Jebon a.k.a Barua
Sejak krisis perlantikan
Menteri Besar Selangor pada 2014, ulama PAS sering menggunakan ungkapan
parti agama itu adalah berlainan daripada mana-mana parti di Malaysia.
Dalam
Multaqa Ulama Se-Malaysia II di Serdang, Selangor, semalam, ulama-ulama
PAS sekali lagi menegaskan parti itu ‘lain’ daripada PKR, DAP, Umno dan
sebagainya. Ungkapan lain merupakan pantang besar dalam mana-mana
gerangan dakwah di dunia ini.
Jelas apabila PAS menganggap diri
mereka lain daripada organisasi yang lain maka berkemungkinan parti itu
tidak mahu lagi dikenali sebagai gerakan dakwah. Sejak zaman Nabi
Muhammad saw ungkapan yang sering digunakan untuk menunjukkan perbezaan
adalah ‘lebih baik’ daripada yang lain.
Ungkapan lebih baik juga sering digunakan oleh dua tokoh besar PAS sebelum ini iaitu Fadzil Noor dan Nik Aziz Nik Mat.
Disisihkan masyarakat
PAS
bukan tidak pernah mengalami zaman yang aneh dan disisihkan. PAS era
1980an misalnya, dianggap lain daripada gerakan dakwah kontemporari.
Kaedah perjuangan agama yang keras dan sering menyalahkan orang lain
membuat masyarakat ketika itu menjauhi PAS.
Malah masyarakat
lebih reda menerima kunjungan jemaah Tabligh yang berdakwah dari rumah
ke rumah daripada ulama PAS yang menganggap orang lain sesat. Salah
seorang ulama yang paling kontroversi ketika itu ialah Hadi Awang. Hadi
dikaitkan dengan Amanat Hadi yang didakwa mengkafirkan orang Umno.
Namun
semua itu beransur-ansur dilupakan apabila presiden PAS Fadzil Noor
memulakan tahaluf siyasi bersama parti-parti sekular dan bukan Islam
pada hujung 1980an. Dakwah berhikmah Fadzil berjaya menongkah arus dan
memberi gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat umum mengenai jalur
perjuangan PAS. Fadzil menggunakan kaedah PAS tidak ‘lain’ daripada
anggota masyarakat tetapi ‘lebih baik’ kerana mengamalkan al Quran dan
sunnah.
Tahaluf pertama PAS pada 1989 adalah bersama Tengku
Razaleigh Hamzah dan Semangat 46 yang tersingkir daripada Umno. Melalui
tahaluf itu PAS menang di Kelantan pada PRU 1990. Tok Guru Nik Aziz
dilantik MB. Kaedah tok guru memerintah Kelantan juga melalui dakwah
berhikmah dan menolak pendekatan keras.
Menjelang hujung 1990an
pemimpin PAS aliran keras sedar cara ‘lain’ yang digunakan mereka tidak
berjaya meyakinkan masyarakat. Sedangkan mereka juga adalah manusia
biasa dan bukan malaikat apabila mengambil golongan sekular bekas Umno
sebagai sekutu.
Pada 1998, PAS lebih berani sewaktu
menggabungkan diri bersama perjuangan reformasi Anwar Ibrahim dan
menghimpunkan ahlinya menyertai demonstrasi-demonstrasi besar. Akhirnya,
cara tidak mengasingkan diri daripada perjuangan arus perdana ini
terbukti lebih berkesan kepada PAS dan muktamar meluluskan tahaluf
siyasi dengan PKR dan DAP.
Hal remeh temeh
Dalam tempoh
pentadbiran Fadzil, tidak timbul konsep walak kepada presiden lebih
utama daripada nilai bersama dengan komponen pembangkang lain.
Pembangkang masih lemah, bila-bila masa boleh dirempuh BN dan tidak
perlu hal-hal kecil dijadikan tajuk debat atau menghukum ahli yang tidak
walak sebagai pengkhianat.
Namun keadaan sekarang telah
terbalik. Ulama PAS tidak sedar yang mereka masih pembangkang dan
bila-bila masa boleh dimusnahkan oleh BN secara kekerasan atau penipuan
PRU. Mereka mula menyalahkan parti komponen PR. DAP mangsa utama dan PKR
dianggap tidak penting sama sekali.
Sikap pelampau kepimpinan
ulama ini amat dikesali. Jika mereka merasakan diri mereka hebat, maka
wajib diperingatkan sikap yang sama ini pernah ditunjukkan oleh ulama
PAS pada era 1980an dahulu. Memang benar ketika itu Hadi berpengaruh di
Marang, Terengganu. Tetapi ceramahnya di Selangor hanya dihadiri
beberapa puluh ahli PAS.
Tidak pernah ceramah Hadi menghimpunkan
lebih 100 orang. Di Johor kedatangan Hadi tidak diterima di banyak
kampung Melayu Islam. Apatah lagi untuk PAS mendapat undi.
Benci Anwar
PAS
terhutang budi kepada Anwar dan pengaruhnya yang mampu menghimpunkan
bepuluh-puluh ribu rakyat mendengar penerangan pimpinan PAS dan menang
banyak kerusi dalam siri pilihan raya 1999, 2008 dan 2013.
Selepas
jasa besar Anwar yang meletakkan PAS parti ‘dagang’ menjadi pemerintah
di Selangor, Kedah dan Perak maka PAS tiba-tiba melakukan pengasingan.
Termasuk tidak senang dengan keluarga Anwar dan memperlekeh peribadi
Anwar.
Apabila PAS mahu terasing dan ‘lain daripada lain’ maka
mereka perlulah bersedia untuk hanya mendapat beberapa kerusi parlimen
dan DUN dalam PRU akan datang. Apatah lagi pengundi India dan Cina tidak
melihat PAS parti yang boleh dipercayai.
Namun percayalah,
sekiranya PAS kalah teruk dalam PRU 14, maka mereka akan berharap agar
Umno bergolak. Ada pemimpin seperti Ku Li atau Anwar yang akan
tersingkir untuk mereka kutip dan nobatkan sebagai hero bagi memenangi
semula undi rakyat.
Tidak bosankah PAS melakukan tindakan
berulang-ulang; membina dan kemudian merobohkan kepercayaan, kemudian
membinanya semula. Meski pun PAS boleh berhujah perkara itu mendapat
pahala, bukankah Nabi saw bersabda agar umat bijaksana dan tidak
terjatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua?
Juruterbang pesawat Malaysia Airlines Kapten Zaharie Ahmad Shah
diandaikan ‘merampas’ MH370 sebelum beliau sendiri pengsan dan pesawat
itu kemudian digambarkan terjunam ke dalam laut Antartica dan hancur
berkecai.
Demikian antara paparan yang terkandung dalam dokumentari terbaru
rangkaian televisyen National Geographic berjudul ‘Air Crash
Investigation: Where Is Malaysian 370?’
Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat berkenaan yang sepatutnya
disiarkan pada 8 Mac ini sempena ulang tahun kehilangan pesawat Malaysia
Airlines itu, bocor dan dimuatkan dalam laman Youtube sejak 16 Februari
lalu.
Dalam paparan dokumentari itu, Kapten Zahari yang sudah berkhidmat
kira-kira 33 tahun dengan MAS, digambarkan mengunci pintu kokpit selepas
Pembantu Juruterbang, Farid Abdul Hamid, keluar untuk mengambil
minuman, ketika pesawat berada di suatu kawasan.
Lakon semula menunjukkan Kapten Zahari (lakonan Von Flores) kemudian
memakai topeng oksigen selepas pesawat berada pada ketinggian tertentu.
Beg oksigen penumpang juga ditunjukkan jatuh dari tempatnya,
sementara Farid (lakonan Adriano Sobretodo Jr) dan anak kapal (lakonan
Lisa Lau) mengetuk dan berusaha membuka pintu kokpit sebelum
kedua-duanya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen.
Paparan dokumentari kemudian beralih ke dalam kokpit yang menunjukkan
Kapten Zahari membuka topeng oksigen, sebelum beliau juga tidak
sedarkan diri dan pesawat itu terus menjunam ke laut.
Apakah ini dokumentari terbaru National Geographic yang dikatakan tidak akan disiarkan di Malaysia?
Sebelum ini, akhbar dan portal berita melaporkan bahawa rangkaian
televisyen itu akan menyiarkan dokumentari berkenaan pada 8 Mac, untuk
tontonan umum, namun kemudian mereka menyatakan bahawa dokumentari itu
hanya akan disiarkan di Britain sahaja.
Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat itu bakal disiarkan sempena
ulang tahun pertama kehilangan MH370 dengan menyediakan bukti terbaru
bahawa pesawat berkenaan terbang ke Antartika pada hari kehilangannya.
Dokumentari itu menemubual beberapa personaliti terkenal dalam
siasatan nahas pesawat, termasuk bekas penyiasat kanan NTSB, Malcolm
Brenner; Naib Presiden Kanan Inmarsat, Chris McLaughlin dan Penganalisis
Penerbangan ABC News, John Nance.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang ketika
dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada 8 Mac tahun lalu.
Selain daripada teori baharu daripada pakar, National Geographic juga
mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.
Berikut beberapa keping gambar, termasuk pakar yang ditemu bual dari
screenshot ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’ yang
sempat kami rakamkan sebelum dokumentari dengan judul itu dikeluarkan
dari laman Youtube dan Facebook.
[Sumber]