sakmongkol
Mungkin ramai
orang lupa isiu pokok negara ini ialah isiu kempimpinan atau secara lebih
tepat, ketiadaan nya. Akibat nya, pengurusan berkerajaan jadi huru hara. Si eksekutif
duduk joli sana joli sini, membisu seribu bahasa kerana dia fikir, membisu itu sunyi
mulia. Dia merengek dan kememe tak dapat tidur malam dan dijangkiti e- coli. Sultan Kelantan berendam dalam
air dan makan dengan mangsa banjir ok pulak.
Najib akan suka
isiu kepimpinan nya dan keruntuhan pentadbiran nya digerhanai oleh isiu2 seperti
isiu Eric Paulsen menghina khutbah; kita orang Islam nak paranoid sangat kenapa? itu
pandangan nya dan kita orang Islam mesti
dewasa dalam fikiran; jika orang Islam hentam agama lain mungkin dalam atau tidak dalam khutbah, maka
mereka mesti menduga mesti ada reaksi balas - orang lain akan mengecam Islam sama
ada kerana mereka sengaja melakukan atau kerana mereka jahil. Jika jahil dan
bodoh suatu jenayah- ramai orang Melayu masuk jel. kalau Paulsen salah caj dia
dalam mahkamah. Tapi kerajaan mesti lah jawab mengapa Ibrahim Ali yang
menganjur membakar Injil tidak dicaj dalam mahkamah dan tidak didakwa bawah
akta hasutan?
Atau paling
dibisingkan sekarang isiu gadis Melayu bertudung diciumi oleh penyanyi k-pop. Haramkan
sahaja konsert oleh penyanyi bukan Islam- bawa masuk ke Malaysia kumpulan dan
penyanyi Arab dengan tarian gelek padang pasir.
Mesti ada
sesuatu yang tdak kena- gadis2 ini hasil system social kita( ekonomi,
pendidikan , politik dan agama). Kem ibadah berlambak, program agama bersusun
susun, ustaz petah dan galak bercakap- budak2 Islam masih ramai mahu pergi
konsert, makan dadah, dan melakukan maksiat. Mungkin ada pertalian positif
antara kegiatan keagamaan Islam dengan perbuatan maksiat? Iaitu lagi banyak
program Islam, lagi banyak perbutan maksiat.
Anak siapa
mereka- anak orang kaya? Anak orang berpendidikan? Anak emak dan bapak kerajaan
hantar kursus ke England, US dan lain2? Anak ustaz? Kalau gadis2 muda ini diciumi
oleh Maher Zain bagaimana? Kita InsyaAllah InsyaAllah? Atau diraba dan di peluk
oleh kumpulan nasyid popular bagaimana?
Kita jangan
alihkan pandangan kita daripada isiu kepimpinan Najib yang lemah- itu isiu yang
paling penting. Isiu pimpinan yang lemah melibatkan masa depan seluruh negara. Jika
dia lemah dan bebal, kesan nya ialah kepada seluruh negara.
Ekonomi kita
misalnya- lebih tenat dibawah penjagaan Najib. Tapi tidak ada orang
bising. Kumpulan penjaga kepentingan ekonomi Melayu lupa UMNO
menjalankan dasar dan polisi bahkan semenjak tahun 1970 melancarkan
agenda ekonomi Bumiputera. Berapa lama lagi masa yang UMNO perlukan?
Selamanya pun tidak berguna jika fundamental dasar itu tidak betul.
apa akan jadi kepada bajet 2015 kerana sekarang hasil dari minyak mentah yang berharga kurang dari USD50 setong, tentulah cukai dan sumbangan dari Petronas akan merudum. Isiu akibat reseb asing yang berkurang keatas negara kita, kemerosotan nilai wang kita, barang buatan Malaysia akan jadi murah tapi adakah permintaan untuk nya yang akan melonjakkan pendapatan Negara? Dan orang yang menjadi menteri kewangan sebab dia kemaruk nak control semua ialah Najib.
apa akan jadi kepada bajet 2015 kerana sekarang hasil dari minyak mentah yang berharga kurang dari USD50 setong, tentulah cukai dan sumbangan dari Petronas akan merudum. Isiu akibat reseb asing yang berkurang keatas negara kita, kemerosotan nilai wang kita, barang buatan Malaysia akan jadi murah tapi adakah permintaan untuk nya yang akan melonjakkan pendapatan Negara? Dan orang yang menjadi menteri kewangan sebab dia kemaruk nak control semua ialah Najib.
Isiu 1MDB- 1
Malaysia Dalam Bahaya bagaimana dengan hutang yang dijamin kerajaan yang
mencecah RM42 billion, berapa kali tukar
CEO da…dan akaun syarikat yang lambat dikeluarkan. Jika CEO baru kata RM2
billion sudah di redeem sepenuhnya- redeem itu apa maksudnya? Sudah dipulangkan
oleh pengurus dana? Kita tidak lagi percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh
1MDB- kita mahu dengar apa kata Bank Negara. Tanggungan kerajaan atas pelaburan
1MDB bagaimana pula?Bagaimana nasib pemegang syer FGV yang sekarang sekitar RM2.13?
Sudahkan semua
syarikat besar yang tidak bayar cukai bernilai ratusan juta dan mungkin
berbiliun diatasi? Mungkinkah GST yang akan beroperasi sebagai pukat harimau
itu bertujuan menutup kelemahan atau keengganan kerajaan mengutip cukai yang
tidak dibayar oleh sector korporat?
Isu rasuah yang
makin meningkat bagaimana? Adakah cukup untuk mengatakan bahawa rasuah itu
hanya persepsi? Rasuah itu real bukan persepsilah Dol- keadaan ekonomi yang
makin parah, agihan pendapatan yang makin tidak adil. Semua ini berpunca dari
kualiti kerajaan dan standard pengkerajaan yang rendah yang semuanya pula
berpunca dari kepimpian Najib yang koro.
Ini isiu yang
dibangkitkan oleh tokoh seperti Dr Mahathir dan orang seperti Daim Zainudin. Saya
baca apa yang ditulis oleh rakan restoren Rajoo Tun Daim- Kadir Jasin dan saya suka
kalau lasykar siber UMNO terus menggasak Daim. Mudah2an Daim akan meninggalkan
Najib dan tanpa Daim, Najib akan hilang tali hayat nya yang akhir yang dapat
mengendurkan serangan Dr Mahathir. Dr Mahathir slow sedikit mungkin sebab
dinasihati oleh Daim. Jadi hentamlah lagi Daim itu samdol! Tingkatkan lagi
kebangangan.
Akibat dari
pimpinan yang lemah dan tandus, terdapat reput yang merebak luas yang menyumbang
kepada kemerosotan umum.
Sebaliknya kita
sibuk dengan isiu gelagat beberapa gadis Melayu yang bertudung dicium oleh
penyanyi k pop. Maka timbulah tiori konspirasi ang menyatakan bajhawa penyanyi2
k pop ini adalah ejen Kristian dan pengkristianan. Tidak ketinggalan ejen
Mossad. Penceritaan bangang seperti jangan dilayan oleh orang Melayu.
Berapa orang
sudah jadi Kristian akibat k- pop ini. Sepatutnya yang menjadi tumpuan ialah
kenapa gadis melayu bertudung menjerit terpekik terlolong bila dengar nyanyian
k pop dalam Bahasa yang mereka bukan nya faham.. anak muda melayu yang bertudung
dan tidak bertudung hanya bereaksi akibat darah muda sahaja. Janganlah lah kita
membaca gadis2 muda ini seolah olah mereka ahli falsafah yang jalan sana sini
sentiasa memikirkan apa orang politik dan orang dewasa fikirkan. Ini orang muda
yang bereaksi akibat darah muda. Janganlah kita pulak, yang semasa muda dahulu
mungkin lebih pelesit, mak bapak suruh belajar kita menyetan , sekarang apabila
sudah dewasa dan berada dalam pertubuhan nak berfalsafah dan berkhutbah mengenai kehidupan. Jangan
lah kita tiba2 ada honour killing punya mentality dan mahu menghukum anak2
muda. Salahkan mak bapak mereka, salahkan persekitaran mereka. Jangan kita galak
hendak membetulkan tingkah laku anak muda dengan menyalahkan pihak lain.
Disebabkan pimpinan
yang lemah yang tidak tahu bila menggunakan ketegasan, kita lihat reput atau
decay dalam insitusi dan pusat2 kekuasaan kerajaan. Kita lihat bagaimana
jabatan, bahkan kementerian beroperasi secara bersendirian yang menampakkan kerajaan ini tidak ada
coherence dan cohesiveness. Akibat nya, jabatan dan kementerian beroperasi
secara tidak terkawal.
Apabila Muhyidin
kata cabinet tidak tahu mengenai surat perakuan Zahid Hamidi kepada seorang
yang diketahui melakukan kesalahan undang2 dan pekara ini terdedah- keengganan PM
untuk censure Zahid amat mengejutkan. Ianya menandakan bahawa PM sebagai pemimpin
teratas tidak mengkomunikasikan pendirian dan dasar2 kerajaan nya sendiri. Para
menteri , jabatan, kementerian tidak cukup ditarbiyahkan.
Di UK dan di
negara demokrasi matang yang lain ketua polis atau Chief Constable tidak
bercakap mengenai soal2 dasar atau polisi. Pihak Polis ialah penguatkuasa
undang2 bukan jurucakap dasar dan polisi kerajaan. Jika kekucar-kaciran telah
menular ke peringkat jabatan2, ini menandakan bahawa system berkerajaan kita
sedang mengalami kerosakan yang dasyat.
JIka kita cari punca nya, kita akab bertemu nama Najib Razak, PM yang tak buat apa apa.
Wallahua'lam bissawab.
JIka kita cari punca nya, kita akab bertemu nama Najib Razak, PM yang tak buat apa apa.
Wallahua'lam bissawab.