BUAT DUA KERJA: MALAYSIA MENUJU NEGARA GAGAL
Buat dua kerja: Malaysia menuju negara gagal
Kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang mencadangkan rakyat melakukan pekerjaan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat terrus mendapat cemuhan.
Hari ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menempelak Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kerana memberi mesej yang salah kepada kakitangan perkhidmatan awam.
“Tentunya kakitangnan dan pegawai kerajan juga mengira diri mereka termasuk dalam golongan yang dimaksudkan itu kerana mereka juga golongan yang mengira pendapatan mereka semakin kurang kerana perbelanjaan semakin besar dengan kenaikan harga barangan sebagainya.
“Ahmad Maslan tidak menyedari kesannya boleh meruntuhkan nilai-nilai yang yang cuba dipertahankan dan diperkuatkan lagi terutama di kalangan kakitangan kerajaan,” tulis Zainuddin di blog.
Beliau yang mesra dengan panggilan Zam berkata sikap berkerja kakitangan awam sekarangpun telah merosot bagitu jauh jika dibandingkan dengan era Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita sekarang boleh melihat bagaimana kakitangan kerajaan lepak dalam masa kerja di kedai-kedai mamak terutama di Putrajaya kecuali jika diketuai oeh ketua-ketua jabatan yang diketahui benar-benar tegas dan keras,” katanya.
Menurutnya, kenyataan Ahamd Mazlan jelas memperlihatkan sikap menteri-menteri yang tidak memahami nilai-nilai untuk mengekalkan tradisi bekerja di kalangan pegawai kerajaan yang perlu diperketatkan dalam usaha membangunkan sebuah masyarakat wawasan 2020 yang rajin dedikasi, berinsiatif dan keperluan mengekalkan nilai-nilai yang telah membangukan maruah negara selama lebih 50 taun merdeka.
Sebaliknya beliau menyelar Ahmad Maslan kerana menambah merosakan displin kakitangan dan pegawai kerajaan terutama di kalangan guru yang sekarang pun, katanya, ramai yang terlibat dengan kelas tuisyen.
“Kenyataan Ahmad Maslan itu sekali gus mengingatkan saya terhadap sikap bekerja kakitangan pemerintah Indonesia yang hanya datang di waktu pagi dan hilang di waktu petang untuk membuat kerja sampingan lain.
“Saya telah hidup dari sejak zaman pemerintahan Soekarno di Indonesia dan memahami keadaan masyarakatnya yang terpaksa membuat dua tiga kerja sehari yang berlanjutan hingga ke era Jukowi sekarang ini. Kita menuju ke arah ini,” katanya.
Zainuddin mengakhir tulisannya dengan berkata kenyataan Ahmad Maslan itu sedang menambah kriteria untuk melayakan Malaysia menjadi sebagai sebuah negara yang gagal.
UMNO punca ‘malapetaka’ dan ‘malang’ sepanjang 2015
31 Disember 2015 oleh Fatih Hassan Nordin
GELANG PATAH 31 DIS: Selepas pelbagai krisis ekonomi mahupun politik akhir-akhir ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan 2015 sebagai tahun ‘Annus Horribilis’ bagi negara ini.
Perkataan Annus Horribilis dipetik Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada kenyataan media hari, berasal daripada bahasa Latin bagi mengambarkan tahun yang penuh ‘malapetaka’ dan ‘malang’.
Beliau menamakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion, pengenalan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Baju Merah, sebagai antara malapetaka itu.
“Dalam tempoh enam dekad sejak tercapainya kemerdekaan pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963, Malaysia sudah kehilangan arah tujuan,” katanya.
Kit Siang menyifatkan kerajaan UMNO BN kini jauh lebih teruk berbanding dulu lantaran berlaku kezaliman dengan menggubal akta baharu yang mencabuli hak asasi manusia dan kebebasan bersuara seterusnya mendatangkan ‘malapetaka’ terhadap negara.
Malah, beliau berkata, pimpinan sedia ada dalam UMNO BN langsung tiada inisiatif untuk membaiki kesilapan pemimpin terdahulu seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sedangkan, katanya, Malaysia ketika awal penubuhannya pada 1957 sentiasa dipandang tinggi kebanyakan negara Asia lain, malah menjadi negara kedua pesat membangun selepas Jepun.
“Beberapa dekad kemudian, Malaysia ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan. Pada 90-an, Malaysia jauh ditinggalkan gergasi besar ekonomi Asia antaranya Singapura dan Hong Kong,” katanya.
Berharap duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan dua negara itu, Kit Siang berkata, harapan itu tidak tercapai berikutan krisis ekonomi 1990 yang melanda negara dan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dalam membangunkan negara seperti dekad awal penubuhannya.
“Kini, Malaysia dihimpit dengan pelbagai krisis ekonomi, rakyat sudah hilang keyakinan diri,” katanya.
Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk mengembalikan semula keyakinan bagi menjadikan negara ini sebuah negara terbaik di mata dunia.
“Sudah tiba masanya untuk penjajaran semula kuasa politik yang progresif untuk menyelamatkan Malaysia dan menetapkan kepercayaan dengan visi kesatuan, kesaksamaan, kesederhanaan, demokratik dan kemajuan,” katanya.
AMANAH SOKONG HIMPUNAN #SHUTDOWNSUNGAIBESI, 31 DISEMBER
AMANAH sokong himpunan #ShutdownSungaiBesi, 31 Disember
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh usaha anak muda dan aktivis masyarakat yang mahu mengadakan himpunan aman di plaza tol PLUS Sungai Besi membantah kenaikan kadar tol pada 31 Disember, sempena malam sambutan tahun baru 2016.
Menurut Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, uasaha sedemikain wajar dilakukan bagi menyederkan kerajaan akan himpitan hidup rakyat yang semakin kekurangan wang akibat siri kenaikan yang dikenakan baru-baru ini.
“Keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol di 8 lebuh raya pada tahun hadapan bakal menambah lagi beban rakyat yang sedang dihimpit pelbagai tekanan ekonomi.
“Dengan kadar tambang semua pengangkutan awam dan terbaru tambang komuter dan LRT baru sahaja dinaikkan, ditambah kenaikkan kadar tol pula, ini benar-benar meletakkan rakyat tersepit tanpa pilihan.
“Mahu tidak mahu, rakyat sebenarnya dipaksa menanggung segala beban ekonomi akibat kegagalan pengurusan kerajaan BN disamping pelbagai skandal ekonomi yang membelit negara.
“Mewakili AMANAH, saya menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi yang akan berlangsung di Plaza Tol PLUS Sungai Besi pada malam sambutan tahun baru nanti,” katanya
Salahuddin mengesa agar semua lapisan rakyat berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sebagai usaha menamatkan segala masalah negara yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.
Himpunan malam ini juga turut disertai pelbagai NGO, seperti Solidariti Anak Muda Malaysia dan lain-lain
Bantah perlombongan bauksit, DAP sedia gerakkan protes rakyat
31 Disember 2015
KUALA LUMPUR 31 DIS: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mengajak rakyat menyokong protes besar-besaran terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, mengulangi kesungguhan membantah projek berkaitan sisa radioaktif Lynas sebelum ini.
“Sebut saja bila dan di mana. Kita telah berhimpun membantah Lynas. Apalah sangat berhimpun membantah pengusaha bauksit,” katanya pada kenyataan media hari ini bagi menyahut seruan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk melakukan bantahan.
Beliau berkata, DAP sedia menggerakkan orang ramai membantah tindakan rakus pihak tertentu mengaut kekayaan bumi Pahang tanpa mempeduli kesan buruk terhadap rakyat dan alam sekitar.
“Sehingga kini, tiada tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab ke atas pencemaran bauksit di kawasan terbabit. Sehinggakan tersebar luas tindakan penduduk setempat menuntut sendiri keadilan dengan membakar lori bauksit.
“Lebih aneh lagi, Ahli Parlimen Pekan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak langsung tidak memberi sebarang komen mahupun mengecam pencemaran itu,” katanya.
Lip Eng kesal kesal berikutan akhir tahun lalu dan 2015 menyaksikan banjir merah melanda Kelantan dan sebahagian besar Pantai Timur, dipercayai akibat kerakusan pengusaha bauksit di Kuantan.
“Umum menyedari Kuantan dan sekitarnya sudah lama berselimut dalam debu merah hasil perlombongan bauksit,” katanya.
Penduduk sekitar Kuantan mengeluh berikutan pencemaran bauksit sekitar kawasan Bukit Goh, Gebeng, dan Pelabuhan Kuantan boleh menyebabkan risiko kesihatan.
Bantahan orang ramai itu terhadap aktiviti keluar masuk lori bauksit turut tersebar luas di facebook, malah ada yang bertindak sendiri bagi meluahkan rasa tidak puas hati. – Roketkini.com
Rupanya Mamat ni cukup benci kepada Anwar!
mountweller
Dr Marzuki AJK PAS Pusat ni diserap oleh UMNO dlm PAS kira2 3 th lebih yg lalu, terus menang pmilihan cai mktmr PAS Ogos 2015
Sikap rasisnya sjak dulu mengalahkn UMNO. Cukup anti dgn DSAI sbgmna lebai2 PAS. Makian puak2 ni kpd DSAI bila berada sesama mereka mengalahkn UMNO. Puak2 PKR Jimin jer buat2 bodo
Sikap rasisnya sjak dulu mengalahkn UMNO. Cukup anti dgn DSAI sbgmna lebai2 PAS. Makian puak2 ni kpd DSAI bila berada sesama mereka mengalahkn UMNO. Puak2 PKR Jimin jer buat2 bodo
AMANAH JOHOR AZAM TUBUH LEBIH 100 CAWANGAN PADA 2016 – MAZLAN
Amanah Johor azam tubuh lebih 100 cawangan pada 2016 – Mazlan
Ahli Jawatan Kuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Mazlan Aliman optimis dengan azam menubuhkan 100 cawangan Amanah di Johor pada tahun 2016.
“Kita mensasarkan untuk membuka 100 cawangan menjelang hujung tahun ini (2015) tetapi sehingga kini hanya 70 sahaja.
“Memandangkan situasi sebegini, Amanah Johor telah menubuhkan dua jabatan khas untuk mempromosi Amanah di Johor, iaitu Jabatan Media Baru dan Jabatan IT untuk merancang strategi bagaimana hendak memperkenalkan Amanah kepada rakyat terutamanya golongan akar umbi,” kata Mazlan kepada Suara pakatan daily.
Beliau memberitahu, di Johor terdapat 26 kawasan Parlimen dan sehingga kini terdapat cawangan Amanah di setiap kawasan Parlimen tersebut.
“Sekarang ini Pemuda Amanah Nasional sedang menggiatkan ‘Kempen Sejuta Risalah’ di mana setiap minggu ahli dan pemimpin Amanah Johor akan turun padang ke tempat-tempat awam seperti pasar pagi dan pasar malam untuk mengedarkan risalah yang mengandungi maklumat perihal sejarah dan tujuan penubuhan Amanah.
“Para pemimpin Amanah juga memberi ceramah dan mengadakan forum serta dialog dengan orang ramai untuk memberi publisiti kepada parti
“Walaupun Amanah tak begitu terkenal tapi pemimpin-pemimpin Amanah seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan Khalid Samad dikenali ramai.
“Apabila kita tanya orang ramai ‘Adakah awak kenal parti Amanah?’. Mereka geleng kepala. Tetapi bila kita sebut nama pemimpin Amanah tertentu, orang ramai tahu,” ujar Mazlan.
Selain dari itu, katanya, Amanah juga mendapat respon yang baik dari kalangan bukan Melayu. Menurut Mazlan bukan Melayu dalam Amanah mendapat keahlian penuh (berbanding Pas, hanya Dewan Himpunan) dan boleh memegang jawatan tinggi jika berkemampuan.
“Baru-baru ini 100 orang dari masyarakat India telah menyertai Amanah dalam satu program bersama Mat Sabu.
“Kita yakin dalam masa satu tahun (2016), dengan usaha yang gigih dan penerangan yang jelas, Amanah akan dapat menambahkan jumlah ahli dan cawangan dan mendapat tempat di hati rakyat,” tambahnya.
REBAT PRABAYAR: PKR TOLAK PENYELESAIAN SEMENTARA KERAJAAN
Rebat prabayar: PKR tolak penyelesaian sementara kerajaan
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata rebat selama setahun bagi penyelesaian masalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kad pra-bayar telco tidak akan membawa penyelesaian tuntas terhadap masalah berkenaan.
Katanya, rebat 6% yang diumumkan oleh Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia kepada warganegara Malaysia sepanjang tempoh 1 tahun itu adalah langkah sementara sahaja.
“Kami percaya, ini adalah satu “compromise” antara Kerajaan dan syarikat telco yang cuba menenangkan kemarahan rakyat terhadap janji kerajaan yang tidak ditepati.
“Selepas 1 tahun, apabila rakyat telah lali dengan GST, rebat tersebut akan ditarik balik dan GST 6% akan kembali ke atas kad pra-bayar telco.
“Kad pra-bayar merangkumi 60% daripada jumlah pendapatan syarikat Telco. Dengan mengenakan cukai GST, syarikat-syarikat Telco akan mengaut keuntungan setinggi RM850 juta ringgit setahun.
“Keuntungan ini terlalu besar untuk dilepaskan oleh syarikat-syarikat telco,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Sim lagi, isu GST kad pra-bayar merupakan aduan yang paling tinggi diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), iaitu sebanyak 44%. Kegagalan ketajaan mencari penyelesaian muktamat, katanya, amat memalukan.
“Pengumuman ini dilakukan oleh satu NGO tetapi bukan kerajaan sendiri menunjukkan kerajaan tidak berani menghadapi masalah yang cukup serius ini. Adakah tidak ada Menteri yang berani mengumumkan penyelesaian ini kepada rakyat?
“Adakah mereka takut rakyat marah ke atas mereka kerana ini adalah satu penyelesaian yang sementara?
“KEADILAN tolak penyelesaian terbaru daripada kerajaan. Ini amat tidak adil kepada golongan pendapatan rendah, pesara dan orang muda yang percaya kepada janji kerajaan. Selepas 1 tahun, GST 6% kad pra-bayar akan kembali.
“Dalam soal GST kad prabayar ini, KEADILAN telah mencadangkan formula meletakkan kadar sifar terhadap kad prabayar. Ini sekali gus akan menyelesaikan masalah dan membantu golongan berpendapatan rendah.
“Tetapi kerajaan telah menolak cadangan tersebut kerana kerajaan perlukan duit GST tersebut,” katanya.
BERAPA KALI TUBUH JAWATANKUASA BARU KOS HIDUP DAPAT DIKURANGKAN?’
‘Berapa kali tubuh jawatankuasa baru kos hidup dapat dikurangkan?’
Tindakan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menubuhkan Jawatankuasa Menanggani Kos Sara Hidup dikecam oleh banyak pihak.
Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ke manakah hasil penemuan Jawatankuasa Petugas Khas Menanggani Kos Sara Hidup yang ditubuhkan pada 8 Januari 2014 di bawah Muhyiddin Yassin tahun lalu.
“Bukankah pasukan petugas khas tersebut telah menggerakan semua anggota kabinet untuk turun padang membuat tinjauan di pasar ikan dan pasaraya kononnya untuk memastikan tiada kenaikan harga barang?
“Saya percaya YAB Zahid TPM pun turun di pasar ikan di Bagan Datuk. Nampaknya yang turun ke pasar ikan dan pasaraya hanya lakonan untuk disiar di media semata-mata. Ia hanya permainan psikologi untuk rakyat agat memandang pemimpin kerajaan ini baik dan ambil berat tentang rakyat.
“Berapa kali pula Jawatankuasa Petugas Khas yang lalu bermesyuarat? Berapa kos perbelanjaan yang dibelanjakan di bawah program jawatankuasa petugas khas tersebut? Apakah langkah dan tindakan dihasilkan daripada jawatankuasa yang lalu itu? Apa jadi dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) darihal menanggani kos sara hidup?” tanya Mahfuz dalam satu kenyataan.
Tambah Mahfuz, penubuhan jawatankuasa yang baharu itu bukan mengurang kos hidup, sebaliknya akan menambahkan pula kos pentadbiran kerana mengadakan mesyuarat baharu dan elaun kepada anggota jawatankuasa.
“Dengan tertubuhnya jawatankuasa baru ini berapa kali pula mesyuarat hendak dibuat? Berapa banyak pula nak habiskan duit rakyat?
“Sedangkan kos sara hidup terus meningkat. Kesusahan rakyat bukan lakonan tetapi adalah kenyataan. Apa yang pemimpin nak berlakon lagi? Berhentilah berlakon.
“Kalau nak berlakon tukarlah profesyen daripada PM, TPM dan Menteri, masuk saja industri filem minta kerja dengan Erma Fatima. Boleh dia buat drama baru PAK CUN lakonan Najib Razak dan Zahid Hamidi. Menteri lain jadi pelakon tambahan. Berhentilah MENIPU RAKYAT,” sinis Mahfuz.
HARGA RON 95 SEPATUTNYA RM1.80, BUKAN RM1.95 – RAFIZI
Harga RON 95 sepatutnya RM1.80, bukan RM1.95 – Rafizi
Penurunan ketara harga minyak dunia namun harga runcit petrol dan diesel dalam negara tidak turun menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat negara ini.
Alasan kenaikan harga minyak juga salah satu faktor pengangkutan awam dibenarkan menaikkan tambang mulai November dan Disember 2015.
Susulan itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendesak kerajaan persekutuan membatalkan kenaikan tambang dan juga kekalkan tarif elektrik akibat penurunan harga minyak mentah.
Katanya, harga minyak mentah di pasaran dunia telah susut sebanyak 66 peratus sejak tahun lalu. Pada Julai 2014 harganya sebanyak USD110 setong manakala pada minggu terakhir Disember jatuh sebanyak USD37 setong.
Jelasnya lagi, beliau menganggarkan harga petrol RON95 bagi bulan Januari 2016 sepatutnya ditetapkan di antara RM1.80 hingga RM1.85 seliter,penurunan sebanyak 10 sen hingga 15 sen dari harga Disember 2015.
“Oleh yang demikian, kerajaan perlu hentikan semua kenaikan tambang yang telah diumumkan setakat ini yang melibatkan pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain untuk mengambil kira kos bahan api yang semakin murah dan telah mengurangkan kos operasi pengendali pengangkutan awam
“Dan mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25 sen/kWj dan membatalkan pengurangan rebat kepada 1.52 sen/kWj yang diumumkan baru-baru ini untuk memastikan kos elektrik yang ditanggung rakyat berkadar dengan kejatuhan kos bahan api.
“Oleh kerana keaadaan matawang tidak menentu, kerajaan harus mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Laporan “Weekly Petrol Prices Report” oleh Institut Petroleum Australia yang menyenaraikan harga RON95 seperti didagangkan di Singapura mengikut laporan Means of Platts Singapore (MOPS) bagi minggu berakhir 20 Disember 2015 ialah RM1.80 sen seliter hinggan RM1.85 seliter.
Laporan harga minyak mentah Brent bagi bulan Disember 2015 yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.
Selain itu, Rafizi yang juga merangkap Ahli Parlimen Pandan, mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk mengotakan janjinya yang mahu mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan tambang pengankutan dan tarif elektrik serta kenaikan harga barangan yang lain.
“Saya juga menunggu reaksi Saudara Khairy Jamaluddin kepada cadangan ini supaya rakyat dapat menilai sama ada beliau benar-benar akan membela kebajikan rakyat dari kenaikan kos yang tidak berpatutan seperti ucapan beliau di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini,” katanya.
KENAPA TIDAK CERDIK BOLEH JADI MENTERI?
Ketika berbual dengan kawan-kawan mengenai Ahmad Maslan yang didapati kerapkali mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal, pertanyaan seterusnya yang selalu kedengaran ialah bagaimanakah orang seperti beliau boleh menjadi seorang anggota pentadbiran kerajaan?
Sepanjang menjadi timbalan menteri sejak 2009, beliau merupakan pemimpin UMNO yang paling banyak diperbualkan dan menjadi persendaan rakyat berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.
Kalau ikut hukum akal atau sekiranya Najib Razak mengambil kira banyaknya rungutan, bukan saja di kalangan rakyat, bahkan di kalangan ahli UMNO sendiri, Ahmad Maslan sudah sepatutnya diketepikan daripada menganggotai kerajaan.
Terbaru dalam menggalakkan rakyat melakukan dua kerja untuk menangani peningkatan kos sara hidup, Ahmad Maslan jelas keliru dan tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan apabila mengatakan beliau sendiri mempunyai tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.
Sekali lagi timbul perbualan, bagaimana sebagai timbalan menteri tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan?
Tidak saja rakyat biasa, malah seorang mufti juga turut tidak dapat menahan diri daripada mempertikaikan kecerdikan dan kemampuan berfikir Ahmad Maslan itu.
Secara umumnya, apabila menjadi pemimpin dalam kerajaan, harapan rakyat ialah mereka mestilah lebih cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan beberapa langkah ke hadapan dari segi pemikirannya berbanding rakyat biasa.
Dengan demikian, barulah kepimpinan mereka boleh diikuti atau dijadikan pedoman. Itulah nilai seorang pemimpin di mata rakyat.
Tetapi berbeza dengan Ahmad Maslan, beliau seringkali saja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, tidak masuk akal, malah tidak menunjukkan berbezanya diri beliau itu sebagai pemimpin.
Dengan beberapa lagi pemimpin mempunyai watak seperti Ahmad Maslan dalam kerajaan seperti pernah menyarankan jangan makan ayam jika mahal, tanam sayur sendiri kerana harganya kian mahal, bertolak lebih awal untuk mengelak tol dan sebagainya, ia secara tidak langsung memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.
Mengapa di zaman Najib ini begitu banyak pertikaian mengenai kualiti menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya, sedangkan ia tidak pernah berbangkit sebelum ini?
Kenapakah orang seperti Ahmad Maslan lebih senang mendapat kedudukan dalam kerajaan berbanding ramai Ahli Parlimen lain yang jauh jauh lebih baik, lebih cerdik dan diyakini?
Mengapa sesetengah Ahli Parlimen yang baik dan cerdik pula, hanya sesudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat barulah dilantik menganggotai kerajaan, berbeza dengan Ahmad Maslan yang mula bertanding di Pontian pada pilihanraya 2008, tetapi terus dilantik sebagai timbalan menteri pada 2009 apabila Najib menjadi Perdana Menteri?
Jawapannya tidak lain ada pada Najib sendiri. Beliau bukannya melantik menteri dan timbalan menteri untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan negara, tetapi semata-mata untuk dirinya.
Sebab itu, beliau memilih mereka yang setia, suka mengampu, membodek dan hanya sedia memujinya saja. Faktor kemampuan dan keupayaan memikul tanggungjawab, kecerdikan berfikir atau memberi khdmat kepada rakyat, tidak lagi menjadi faktor paling utama.
Ada menteri yang diketahui umum dilantik semata-mata kerana kuat mengampu dan mengepung sehingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada memberinya ganjaran jawatan.
Pemimpin yang baik dan mempunyai keupayaan berfikir dengan cemelang barangkali hanya boleh dibilang dengan jari dalam pentadbiran kerajaan di era Najib ini.
Selain itu, Najib juga barangkali enggan melantik semua yang cerdik dan pandai dalam kerajaan pimpinannya kerana tidak mahu dirinya sendiri tenggelam. Hanya apabila di kelilingi oleh mereka yang tidak berapa cerdik, sering mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dan menjadi bahan persendaan rakyat saja barulah Najib kelihatan sedikit lebih baik dan menonjol.
Dalam ertikata lain, disebabkan tidak cerdik itulah mereka diberikan jawatan serta kedudukan dan menjadi tidak cerdik di zaman Najib ini nampaknya mendatangkan nasib lebih baik berbanding mereka yang pandai dan berkualiti. (SH 29/12/2015).
Guru buat #8kerja tapi satu gaji
| December 29, 2015
Guru telah lama mengeluh kerana dibebani tugas pentadbiran di samping kenaikan kos sara hidup
PETALING JAYA: Berbanding Datuk Ahmad Maslan yang melakukan tiga kerja, guru pula melakukan lapan kerja (#8kerja) tetapi hanya dibayar satu gaji.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, guru bekerja mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan peperiksaan, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.
Katanya, guru di negara ini sudah lama mengeluh kerana kerja banyak dan dihimpit kos sara hidup.
Namun, ada pula Timbalan Menteri yang menyarankan supaya melakukan #2kerja untuk menambah pendapatan.
“Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji. Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat #3gaji untuk #3kerja – Ahli Parliamen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO- pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah UMNO, gitulah gayanya,” sindirnya.
Saranan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial.
Dalam penjelasannya, Ahmad Maslan berkata saranan itu lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri kerana pekerja tetap perlu mematuhi peraturan syarikat.
Katanya, pekerjaan yang dimaksudkan ialah perniagaan atas talian atau e-commerce yang boleh dilakukan pada waktu malam dan hujung minggu.
HIPOKRIT: HALANG ATLET ISRAEL TAPI BERDAGANG DENGAN ZIONIS
Hipokrit: Halang atlet Israel tapi berdagang dengan Zionis
Bekas Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar mengecam kerajaan BN yang disifatkannya sebagai talam dua muka dalam tindakan menghalang kemasukan atlet sukan luncur angin Israel daripada menyertai Kejohanan Remaja Dunia (ISAF) di Langkawi.
Sedangkan, menurut Mahfuz, Malaysia diakui oleh para menterinya mempunyai hubungan dagang dengan Israel sekali gus membantu entiti haram penindas umat Islam Palestin itu.
“Walaupun kita bersetuju tindakan menghalang kemasukan ahli sukan tersebut tetapi bukan bermakna kerajaan tegas dengan keputusan tiada sebarang hubungan diplomatik, ekonomi dan perdagangan dengan negara haram Israel.
“Pada 18 march 2012, Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengakui Malaysia tidak mengiktiraf Israel kerana menindas rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama Malaysia ada menjalankan perniagaan dengan negara haram Israel.
“Pada saya inilah dasar kemunafikan Umno BN. Pada satu masa Malaysia membantu dan membela negara dan rakyat Palestin tapi dalam masa yang sama juga membantu pengukuhan ekonomi dan perdagangan Israel,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Suara pakatan daily.
Mahfuz juga memetik Khairi Jamaludin pada 21 Feb 2012 yang mengakui Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel sejak tahun 1996. Pada 1 Nov 2011 pula, Timbalan Menteri Luar Negara, Datuk Richard Riot menyatakan warga Israel dibenarkan memasuki Malaysia dengan tiga syarat. Penegasan dasar Malaysia ini dibuat di Parlimen dalam penggulungan Bajet 2012.
Kata Richard Riot, warga Israel boleh memasuki Malaysia untuk menyertai aktiviti sukan dan mesyuarat atau persidangan yang bersifat antarabangsa. Antara syaratnya ialah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri, aktiviti yang disertai tidak boleh diberi publisiti oleh media tempatan dan mereka dijemput oleh penganjur program.
Kerajaan Malaysia juga mengambil firma perunding yang mempunyai hubungan dengan kepentingan Israel, APCO Worldwide dalam memberi khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia.
“Kepada Khairi Jamaludin dan kerajaan Umno BN, usahlah bersifat hipokrit untuk tunjuk hero dalam isu tidak membenarkan ahli sukan luncur angin remaja dari Israel memasuki Malaysia atas dasar simpati kepada rakyat Palastin.
“Sedangkan dasar kemunafikan kerajaan Umno BN jelas menunjukan mereka sangat terbuka dengan dasar dan polisi dalam menjalinkan hubungan dengan Israel dengan berselindung di sebalik perniagaan, perdagangan, sukan dan persidangan.
“Beranikah kerajaan Umno BN membatalkan semua dasar dan polisi yang berkaitan perniagaan dan perdagangan dengan Israel? Beranikah kerajaan mengumumkan tiada lagi kebenaran yang akan diberikan pada mana mana warga Israel walaupun untuk menyertai apa-apa jenis kejohanan sukan serta menyertai apa-apa mesyuarat dan persidangan di Malaysia?
“Kepada semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama serta ideologi politik, perlu menjarakan pemikiran mereka daripada pemikiran hipokrit pemimpin Umno BN. Mereka seharusnya bersikap lebih sensetif terhadap perasaan umat Islam dan kemarahan terhadap kezaliman Israel,” akhiri ahli perlimen Pokok Sena itu.
PTPTN: PKR DESAK PEMOTONGAN AUTOMATIK UNTUK GAJI RM4,000 KE ATAS
PTPTN: PKR desak pemotongan automatik untuk gaji RM4,000 ke atas
PKR hari ini mendesak agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar tidak lagi melaksanakan potongan maksimum secara automatik gaji penjawat awam sebaliknya mencadangkan agar ianya dilakukan dengan mekanisme tertentu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, pihaknya mencadangkan agar bayaran pinjaman PTPTN hanya bermula selepas peminjam memperoleh gaji sebelum cukai sebanyak RM4,000 sebulan.
“Saya menyeru Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah supaya mengeluarkan arahan serta merta kepada pengurusan PTPTN untuk menghentikan amalan membuat potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik bagi penjawat awam yang mengundang kontroversi setakat ini.
“Saya menerima pelbagai aduan bagaimana sistem potongan cukai maksimum ini mengejutkan peminjam kerana mereka tidak dimaklumkan atau diberi sebarang amaran mengenai jumlah maksimum yang akan dipotong,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kaedah pemotongan maksimum secara automatik itu menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki puluh-puluh ringgit.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kaedah pemotongan maksimum secara automatik itu menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki puluh-puluh ringgit.
“Sudah tentu tidak ada sesiapa di negara ini yang boleh menampung sara hidup dengan baki gaji puluhan ringgit apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.
“Oleh yang demikian, wajarlah amalan ini dihentikan serta merta sementara satu langkah yang lebih adil dan praktikal dapat dikenal pasti untuk dilaksanakan,” katanya.
Beliau turut mengulangi cadangannya agar PTPTN mengambil contoh amalan di Australia yang mana peminjam pinjaman pendidikan hanya perlu mula membayar balik pinjaman sekiranya gajinya lebih tinggi daripada paras tertentu.
Beliau berkata, dasar itu bertujuan untuk memastikan peminjam yang terdiri daripada graduan muda dapat memulakan hidup kerjaya tanpa terlalu dibebankan dengan hutang pendidikan.
“Selepas keadaan kewangan mereka lebih stabil, mereka akan mula dikenakan bayaran ansuran yang berkadar dengan pendapatan mereka ketika itu.
“Maka, saya mencadangkan supaya PTPTN merubah kembali peraturan agar bayaran pinjaman PTPTN hanya bermula selepas peminjam memperoleh gaji sebelum cukai sebanyak RM4,000 sebulan,” katanya.
Sebagai pertukaran, beliau berkata peminjam perlu mengemas kini butiran pekerjaan dan gaji yang disahkan majikan setiap 6 bulan bagi memastikan mereka mula membayar secara potongan automatik mengikut jadual yang dipersetujui setelah gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan.
“Mana-mana peminjam yang tidak mengemas kini butiran pekerjaan dan gaji bolehlah dikenakan tindakan undang-undang kerana mereka ingkar walaupun skim bayaran yang lebih adil ditawarkan kepada mereka,” katanya.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau akan memfailkan satu usul pada sidang Parlimen Mac 2016 untuk membawa kembali isu PTPTN kerana ia menjadi beban kepada banyak keluarga muda.
“Saya juga akan mengusahakan dengan aktivis dan tokoh-tokoh anak muda untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan memperjuangkan nasib peminjam PTPTN dalam masa terdekat,” katanya.
Catatan: Membawa cahaya ke Kampung Ulu Papar
28 Disember 2015 oleh Hafiz Zainuddi
UDARA pagi yang nyaman menyapu wajah ketika menaiki kenderaan pacuan empat roda itu. Sesekali kami yang berada di belakang terpaksa menutup hidung apabila kenderaan menelusur sisa-sisa tanah merah.
Pemandangan sekeliling tak ubah seperti memasuki ke kampung Melayu di Manong. Ada rumah kayu, ada rumah batu, ada warung-warung kecil dan kedai runcit begitu juga dengan bengkel kampung. Bezanya, ada gereja-gereja kecil, ada banyak anjing di depan rumah.
Setiba di kota Jeselton, nama asal bagi Kota Kinabalu, saya sudah berada dalam hutan jauh di pedalaman Ulu Papar. Jalan ke situ melalui pekan Penampang, bumi Kadazan Dusun terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya itu.
Jantung luruh apabila melihat keindahan sungainya yang luas ditemani pokok dan padi bukit menghijau. Terpukau dengan keindahan itu, ia seperti pernah saya impikan sejak kecil. Atau mungkin pernah melihatnya di kaca televisyen. Syurga!
Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong, Kuala Lumpur bosan, sesak, banyak karbon monoksida, “Not adventure like here lah…” katanya sambil membetulkan duduk di sebuah batu tepi sungai. Hampir saya khayal merenung kocakan sungai.
Jimmy ramah, senang didekati dan sangat sederhana. Orang kata dia tak macam ahli politik lain. Dia aktivis! kata seorang kawan yang sungguh-sungguh mengagumi Jimmy. Dia pernah mogok lapar dan dipukul hingga membuatkan pihak berkuasa di Tawau terpaksa akur dengan tuntutannya melibatkan isu bekalan elektrik.
“Hafiz, hidup kau tak lagi flat saja… full off experience and exitement! Sini kita naik bukit, turun bukit, lompat-lompat belakang kereta, masuk kampung keluar kampung, mandi air gunung. Air sini tak sama dengan sungai sana…” kata Jimmy, ketawa kecil.
Saya hanya tersenyum mengangguk-angguk kepala ralit memerhati lenggok deru sungai yang makin membeku. Alangkah indahnya jika saya terbuang di sini tanpa perlu sibuk dengan media sosial, terpisah dengan dunia luar yang bingit dan hanya menguruskan kebun ubi kayu atau padi bukit.
Hari sudah santak petang. Alice, rakan sejawat baru turun ke sungai. Kawan-kawan lain ada baru hendak ke sungai, ada membantu kak Eton dan Francis memasak. Malam nanti katanya akan ada sebuah ‘persembahan magik!’
Jarak antara pekan Penampang dengan Kampung Pongobonon, Ulu Papar sekitar 20 kilometer dari pekan Penampang. Tetapi, kami menempuh perjalanan dua jam setengah untuk tiba dengan empat kenderaan pacuan empat roda akibat laluan tanah merah berlopak, tidak stabil dan berbatu-batu.
Mungkin jika tiada projek penanaman getah berkelompok, perjalanan kami akan mengambil masa lebih lama, antara tiga hingga empat jam. Mungkin jadi ‘sangat-sangat adventure‘.
Dengan projek penanaman getah berkelompok kerajaan itu, akses jalan tanah merah elok sedikit dari sebelumnya apabila traktor dan jentolak digunakan untuk meratakan tanah supaya mudah lori balak keluar masuk mengambil balak yang sudah ditebang bagi menyediakan tanah bagi anak getah pula.
“Pedalaman sudah kurang hutan. Kalau ada pun semua hutan sekunder,” kata Ayong masa berbual dengan Julian yang bertubuh lampai yang menjadi pelatih di Tonibung.
Patutlah tak nampak pokok-pokok besar. Paling-palingpun sebesar dua, tiga pemeluk, itupun tidak banyak. Yang lain hanya pokok-pokok hutan yang masih mentah dan pokok-pokok jenis palma, mungkin pokok rumbia yang tak laku.
Tak tahu bagaimana projek penanaman getah berkelompok akan menguntungkan penduduk kampung dan siapakah yang mengambil laba dari balak yang ditebang untuk menyemai anak getah – itulah yang saya, Ayong dan Julian bualkan hampir sepanjang perjalanan dua jam 30 minit sambil terlompat-lompat di belakang kenderaan pacuan empat roda.
Kira-kira separuh perjalanan, kami merentas anak sungai kecil berbatu. Kawasan itu ada beberapa kain rentang dan sepanduk dengan mesej “Hentikan Projek Empangan Kaiduan”, “StopKaiduan Dam” dan lain-lain yang mencela pihak yang memusnahkan syurga kecil itu.
Lewat sungai itu, kenderaan kami dipandu lebih perlahan, jalannya curam, berbecak dan lebih kecil.
“Sini lori tak masuk sebab itu jalan lagi teruk…” kata Ayong.
“Hmmm. Tengok sana habis semua…. Tinggal semak saja,” sampuk saya.
“Kalau dari satelit, memang nampak semua hijau…” kata Ayong.
“Main tipu itu bah,” tambah saya.
Daerah itu menjadi panas apabila kerajaan BN Sabah bersetuju membina Empangan Kaiduan bernilai RM2.8 bilion yang diluluskan pada 13 April 2009. Bagaimanapun, ia mendapat bantahan keras dari kumpulan sivik dan masyarakat Orang Asal.
Mengikut laporan bulan lalu, kerajaan mahu meneruskan projek itu atas alasan untuk menampung keperluan air yang mendesak. Bermakna, seluruh kawasan melibatkan sembilan kampung, akan tinggal kenangan manakala penduduk asal dipaksa meninggalkan tanah warisan nenek moyang mereka.
“Jadi pertanian kelompok itu seperti tindakan buffer (penampan) sebelum semua proses untuk melaksanakan Empangan Kaiduan siap sepenuhnya…?” soal saya.
“Nampaknya begitulah,” kata Julian.
Sepanjang perbualan dengan masyarakat setempat, pertanian berkelompok biasanya melibatkan isu sensitif, lebih sesuai dipanggil skandal melibatkan syarikat tempatan yang ada pertalian dengan agensi kerajaan. Ia tidak hanya melibatkan pertanian berkelompok tetapi juga pembalakan haram.
Saya percaya, masih banyak kawasan hutan di Sabah belum diwarta sebagai hutan simpan dan ada keresahan kuat bahawa hutan itu bakal digantikan menjadi hutan sawit sahaja.
Selepas mungkin 20 atau 30 tahun, ‘hutan-hutan sawit’ itu akan berubah menjadi hutan-hutan konkrit. Tanah berstatus pertanian akan ditukar kepada status komersil. Harganya melonjak dan sudah tentu kerajaan akan mendapat kutipan cukai lebih banyak.
Sebelum tiba di Kampung Pongobonon, kami berhenti makan tengah hari di salah sebuah rumah penduduk yang juga pusat komuniti masyarakat setempat di Kampung Buayan.
Kelilingnya ditanam pokok tembakau, jambu, betik, rambutan. Cuaca panas meruap tak mematahkan semangat walaupun lutut berasa longgar akibat terlompat-lompat di belakang kenderaan pacuan empat rodai.
Merasa juga saya masakan kampung masyarakat Dusun. Nasi ulam dan kerabunya dimakan dengan sup ayam dan beras padi bukit yang ditanam sendiri.
Sembat berbual dengan bekas JKKK kampung, Mositol Sondigon yang berusia 64 tahun. Katanya segala kemudahan percuma, bukan kerana diberi kerajaan tetapi diusahakan NGO. Kemudahan air menggunakan sistem paip air graviti manakala elektrik menggunakan sistem mikro hidro.
Kampung itu terhampar antara bukit dan lembah di pinggir Sungai Ulu Papar. Ia istimewa dengan kewujudan Sekolah Kebangsaan Buayan yang dibina tanpa akses jalan raya. Jarak antara rumah penduduk dan sekolah itu sekitar 300 meter sahaja.
Jadi, kami berjalan kaki menadah terik matahari. Biasanya, jika ada menteri datang melawat kampung, mereka naik helikopter manakala orang kampung terpaksa mengusung motorsikal mereka di jalan tanah merah.
Masa berkunjung ke sekolah itu, sempat bertemu beberapa guru. Rumah mereka hanya seberang padang sekolah. Masa cuti sekolah, mereka berehat santai tak berbaju sambil merokok. Saya bersembang dengan mereka.
Ada seorang guru dari Terengganu yang sudah berkhidmat 15 tahun. Tanpa menyebut namanya, saya bertanyakan pendapatnya tentang Kampung Buayan. Dia kata dia suka. ‘Tenang’.
“Macam mana dengan jalan cikgu?” soal saya.
“Itu kami memang dah biasa. Tak ada masalah…” katanya tersenyum. Mungkin tidak mahu mengulas panjang memandangkan kami bawa logo ‘Roket’.
Sebenarnya, DAP tiada masalah memasuki kampung pedalaman Sabah. Mereka sentiasa terbuka walaupun ada saja pihak cuba mengeruhkan suasan dengan melontarkan sentimen, DAP parti Malaya (semenanjung). Hakikatnya, DAP parti Malaysia.
Kami kemudian berangkat ke Kampung Pongobonon kerana perlu memasang khemah. Perjalanan ke pedalaman kampung itu bertujuan melihat kejayaan pemasangan sistem mikrohidro oleh NGO Tonibung dengan bantuan modal insan dari Impian Sabah supaya rumah orang kampung tidak lagi bergelap, malah dapat memperoleh elektrik percuma.
Namun, bukan sekejap orang kampung tunggu bekalan elektrik. Jika Tonibung dan Impian Sabah tidak masuk, mungkin penduduk tidak sempat menikmati kemudahan elektrik kerana air Empangan Kaiduan telahpun menenggelamkan semuanya sekali.
Kejayaan itu usaha keras Adrian Lasimbang yang menerajui Tonibung sejak penubuhannya pada 1991. Ia giat memberi perkhidmatan dan pendidikan kepada penduduk pedalaman melibatkan pembangunan modal insan dan kemudahan asas.
“Kos tak mahal tapi hairan kenapa kerajaan tak boleh buat?” kata Adrian.
“Kalau belum jadi kerajaanpun boleh buat, kalau jadi kerajaan lagi macam-macam boleh buat,” tambah Jimmy.
“Baiklah kita mulakan sekarang,” kata Adrian
“Satu, dua, tigaaa….yyeeaahh!” semua bertepuk tangan. Lampu di atas kepala kami di rumah pam bercahaya.
Jimmy memetik suis. Malam yang gelita kemudian diterangi lampu, bermula dari rumah pam kemudian rumah tuan tanah dan di tapak kem. Inilah ‘magik’ NGO Tonibung bersama Impian Sabah membawa cahaya buat penduduk kampung itu.
“Sistem janakuasa akan beri elektrik kepada 12 rumah sekitar sini,” kata Adrian.
Dari rumah pam, kami kembali ke tapak kem dengan menyeberang titi gantung, makanan sudah tersedia secara gotong royong, sup ayam, tumis ikan masin, ayam bakar, beberapa jenis kerabu, dua jenis nasi menjadi santapan kami malam itu.
Paling tidak boleh dilupa ialah keenakan ‘ikan polian’ dalam bahasa tempatan atau ikan kelah segar dari sungai Ulu Papar.
Bukan semua orang boleh ambil ikan di sungai itu, asal sahaja ia di Tagal, perlulah dapat kebenaran penduduk. Jika tidak, boleh didenda Jabatan Pertanian atau secara tradisi, boleh disoget (didenda) – biasanya dengan seekor babi atau kerbau.
Usai makan, Jimmy dan beberapa ahli jawatankuasa DAP Sabah masuk ke rumah bersebelahan kem bersama yang lain untuk beramah mesra dan memberi penerangan. Beliau duduk bersila di tengah-tengah, dikelilingi penduduk kampung.
Gayanya yang spontan dan sederhana itu begitu mencuri perhatian.
Gayanya yang spontan dan sederhana itu begitu mencuri perhatian.
“Kita sudah lama di sini. Kita sendiri tengok, parti-parti tempatan di Sabah datang dan pergi sesuka hati mereka. Yang penting bagi mereka ialah kuasa. Lepas dapat kuasa mereka diam-diam di sana.
Tak sama macam kita Roket, DAP. Kami datang terus masuk ke kampung-kampung berjumpa tuan-tuan….” kata Jimmy.
Asap rokok daun berhembus-hembusan. Sempat saya menyibuk di dapur melihat proses perahan tapai ubi yang telah diperam beberapa minggu lalu.
“Ubi-ubi direbus, dimasukkan dalam baldi ni, tabur yis. Biar beberapa minggu…” kata seorang makcik.
“Air yang mula-mula keluar itulah dipanggil ‘lehing’, sesuai juga buat ubat demam…” kata Francis yang memerah tapai. Baunya tak ubah seperti tapai ubi yang dibungkus dalam daun getah yang dijual di gerai Melayu di kampung. Proses pengeramannya sama sahaja.
Seperti mana-mana perkhemahan, tak lengkap jika tanpa lagu. Kebetulan Adrian, Alice dan Joe Lugai-Lugai boleh bermain gitar. Kami bersuka-ria malam itu dengan menyanyi dan bersembang politik hingga ke pagi.
Suara kami malam itu mengiringi deruan sungai dan salakan anjing di hutan memecah keheningan malam sehingga santak dua pagi.
Esok, ada tugas lain di Kampung Teriang. Entahlah bila lagi akan ke sini? Mungkin, suatu masa akan datang, mungkin beberapa tahun lagi, saya hanya mampu melawat sebuah empangan raksasa yang menelan segala memori manis saya di syurga kecil ini.