BONUS KAKITANGAN AWAM GAJI JANUARI 2015?

Tarikh Pembayaran Bonus Bajet 2015 Muktamad Pada Januari 2015. Tuntutan Cuepacs Ditolak!

   
00
pembayaran bonus 2015
Tarikh Pembayaran Bonus Bajet Muktamad Pada Januari 2015. Tuntutan Cuepacs Ditolak : Keputusan telah pun dibuat. Pengumuman telah pun disiarkan. Setelah tuntutan Cuepacs Malaysia masih juga tidak dilayan sebelum ini ketika waktu pembentangan Bajet 2015, Cuepacs telah melancarkan satu lagi tuntutan denganharapan mereka dapat meringankan sedikit sebanyak beban kewangan kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah menjelang pembukaan tahun baru 2015.
Oleh itu Cuepacs yang dikatakan membawa aspirasi jutaan penjawat awam di Malaysia telah berharap sangat supaya kerajaan Malaysia mempertimbangkan supaya pembayaran bonus kakitangan awam yang hanya dibuat bayaran pada Januari 2015 diawalkan dengan harapan mampu meringankan sedikit sebanyak beban kewangan yang ditanggung kalangan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan serdahana serta berkeluarga lebih-lebih melibatkan persediaan anak-anak mereka memulakan sesi persekolahan 2015 kelak.

Tarikh Pembayaran Bonus Bajet 2015 : Cuepacs VS Kerajaan Malaysia?

  1. Pengumuman Bajet 2015 : bayaran bonus bajet 2015 akan dibuat pada Januari 2015 kepada kakitangan awam
  2. Tuntutan Cuepacs : Kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember 2014
Kerajaan menolak bulat-bulat permintaan Cuepacs tersebut melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa mengatakan Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk kakitangan awam ini telah pun diluluskan dalam pembentangan Bajet 2015 Malaysia. Oleh itu mengikut peraturan kewangan ia sepatutnya bayaran bonus hanya boleh dibuat bermula pada 1 Januari 2015.
Nampaknya kepada kalangan kakitangan awam yang sudah berkeluarga bersedia atau tidak, perlulah menggunakan duit sendiri buat sementara waktu menjelang hujung tahun ini. Seperti tahun lepas pembayaran bonus Bajet 2014 contohnya telah dibayar pada 2 Januari 2014.
KLIK SINI: Tarikh Bayaran Bonus Disember 2012 & Januari 2013. Pembayaran Kali Kedua Minimum RM1,000!
Walaubagaimanapun berdasarkan rekod laporan Berita Semasa pada bonus Bajet 2013 pula, kerajaan telah membuat bayaran bonus pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013 kepada kakitangan awak tetapi tidak untuk kali ini. Apa respon anda pula?

Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs & Cadangan Anda?

Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs & Cadangan Anda?

   
gaji 2015
Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs Bakal Dituruti? : Ramai yang kecewa sebenarnya termasuk dizahirkan sendiri oleh pihak Cuepacs Malaysia yang mewakili keluarga besar kakitangan awam di Malaysia berjumlah 1.52 juta sekarang ini, apabila pengumuman pada Bajet 2015 telah seperti yang mereka harapkan. Ini kerana….
Ini kerana pada pandangan Cuepacs sekarang ini, semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 dan elaun naik lebih utama dan merupakan tuntutan yang mendesak berbanding pemberian bonus “one off”. Bukan mereka tidak bersyukur. Tetapi mengambil kira tiada berlakunya semakan kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun naik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib setelah sekian lamanya apatah lagi menjelang gelombang GST April 2015 kelak. Tambahan pula lain tuntutan yang dihantar Cuepacs, lain pula yang diumumkan. Jauh sekali angkanya.
  • Hantar : Tuntutan dua bulan bonus gaji kakitangan awam
  • Dapat : Pembayaran bonus setengah bulan gaji penjawat awam
  • Respon Cuepacs : Tidak berpuas hati
Jika sebelum ini, Datuk Seri Najib pernah berjanji kepada kakitangan awam untuk melakukan semakan elaun kakitangan kerajaan 2015 seperti di bawah ini :
KLIK SINI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik : Respon Ali Hamsa?

kenaikan gaji 2015Terbaru dan terkini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa tampil ke hadapan mengatakan kerajaan Malaysia sedang dalam usaha sekarang melakukan semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 & elaun naik selepas April 2015 berskala besar selepas ini.
Dan yang menariknya lagi apabila Tan Sri Ali Hamsa buat pertama kalinya setelah sekian lama sudah mula berjanji akan melakukan semakan terhadap tuntutan yang paling ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh sejumlah besar kakitangan awam di Malaysia apabila semakan kenaikan elaun perumahan naik 2015 dilakukan supaya kadar yang bakal ditetapkan kelak sesuai dan sedikit sebanyak dapat menampung beban dan tanggungan yang selari dengan kos semasa hari ini.
Tan Sri Ali Hamsa turut mengatakan yang mana ada beberapa siri kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam tidak boleh dielakkan lagi dan juga akan ada juga elaun yang akan dimansuhkan supaya munasabah dengan realiti hidup majoriti penjawat awam di Malaysia hari ini. Apa responbalas dan harapan mahupun cadangan 1.52 juta kakitangan awam terhadap usaha Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik berskala besar kali ini?

Dewan Ulama usul PAS keluar Pakatan?


OLEH : AMIRULMUKMININ

Akibat tidak bersetuju dengan perayaan anjuran sebuah syarikat swasta, Oktoberfest, Dewan Ulama Pas mungkin akan membuat usul agar parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibayangkan oleh Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata tindakan PKR dan DAP tidak mengendahkan pendirian Pas menentang Oktoberfest secara tidak langsung merumitkan lagi tahaluf siyasi bersama PR.

"Bantahan PAS sewajarnya didengari oleh sekutu parti itu, memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri pakatan pembangkang dan bukannya milik mutlak DAP dan PKR, terutama apabila melibatkan soal sensitif seperti penganjuran pesta arak," katanya.

Penyokong PR mungkin pening melihat telatah ulama Pas ini kerana perayaan seumpama itu telah dimulakan di Selangor sejak 9 tahun lalu. Ketika Khalid Ibrahim – anak emas Hadi Awang – menjadi  MB Selangor, Pas bukan sahaja tidak membantah malah tidak mengeluarkan satu kenyataan menegur sekali pun. Sama ada oleh hierarki tertinggi seperti Dewan Ulama mahupun Pas peringkat cawangan.

Khalid halal, Azmin haram

Tidak masuk akal jika Pas berkata mereka tidak tahu kerana terdapat empat exco di dalam majlis mesyuarat negeri yang meluluskan sebarang dasar kerajaan negeri. Kritikan pedas Pas kepada kerajaan PR Selangor ini memberi gambaran seolah-olah kelulusan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim satu ketika dahulu adalah halal tetapi perbuatan sama dilakukan oleh Azmin Ali jatuh kepada hukum haram.

Lebih bermasalah lagi tentulah salah faham yang akan timbul kepada masyarakat bukan Islam. Larangan ucara minum arak di kawasan parking kereta mungkin akan membawa kepada larangan pesta ‘makan besar’ yang selalu dianjur oleh masyarakat Cina.

Sejak merdeka lagi upacara seperti itu menghidangkan babi dan arak sebagai menu utama. Adakah sekiranya Pas memerintah maka acara itu tidak akan dibenarkan? Mungkin di Kelantan masyarakat Cina yang sedikit jumlahnya tidak menganjurkan pesta seumpama itu tetapi di negeri Pantai Barat ia sering dianjurkan.

Jika hanya mengenai arak yang diminum oleh bukan Islam Pas meninggalkan PR maka dengan parti manakah mereka akan bekerjasama selepas ini? Umno pun tidak akan bersama PAS kerana Umno bukan sahaja mengeluarkan permit pesta arak tetapi juga lesen premis judi dan kasino.

Salah satu perjuangan ustaz muda Pas yang digelar puak UG ialah menyatukan orang Melayu dalam satu parti. Hal itu dapat difahami kerana demografi menunjukkan kaum Melayu/Bumiputera adalah 70 peratus daripada penduduk di negara ini.

Sekiranya Umno dan Pas bersatu maka tentulah kaum Cina dan India tidak mempunyai kuasa dan mereka boleh dipaksa mengikut apa sahaja dasar yang ditentukan oleh kuasa politik Melayu. Perkasa dan Isma berjuang di atas landasan ini.

Kebelakangan ini Umno juga bersetuju dengan teori kebangkitan Melayu melalui penyatuan Umno - Pas. Dengan itu Melayu yang tidak bersetuju dalam PKR dan DAP akan mudah disenyapkan dengan pelbagai akta drakonian.

Pas secara prinsipnya tidak akan menentang penggunaan akta-akta keras bagi mendisiplinkan umat. Rujukan mereka di Iran dan Arab Saudi yang membenarkan penguatkuasan dilakukan terhadap semua aktiviti hidup manusia.

Bagaimanapun, sikap keras Pas ini membuat Umno berfikir dua kali. Umno telah terbiasa dengan budaya hedonisme. Perempuan pelayan, kelab hiburan, arak dan sebagainya adalah sesuatu yang tidak boleh diasingkan daripada budaya hidup kebanyakan pemimpinnya.

Jadi kera sumbang
Jadi bagaimanakah untuk berlakunya penyatuan?

Akhirnya Pas akan jadi kera sumbang. Meninggalkan PR kerana isu Khalid Ibrahim dipecat dari PKR dan pesta arak. Namun setelah keluar Umno pula enggan bekerjasama membentuk mana-mana kerajaan negeri.

Apakah nasib dan masa depan Pas? Hakikatnya selepas ini Pas akan menjadi parti kecil semula seperti era 1980an. Memang ketika itu kempen Pas adalah menampal poster di pokok-pokok mengajak umat menjauhi maksiat terutama arak.

Namun amat sedikit orang Melayu yang mengundi parti itu. Pada fikiran mereka Pas kolot dan tidak mungkin boleh menyatukan masyarakat berbilang kaum. Alternatif yang ada walaupun diketahui penuh rasuah dan penyelewengan adalah Umno BN.

BN walaupun mengambil banyak daripada rakyat tetapi mereka mampu mengekalkan keamanan dan tidak terlalu bising terhadap soal remeh temeh.

Namun pasca 2008, apabila PR telah menjadi kuasa pengimbang terkuat dalam sejarah negara, dijangkakan rakyat tidak akan kembali ke arah perjuangan lama. Sekiranya Pas meninggalkan PR maka perjuangan untuk menumbangkan BN tetap akan diteruskan.

Lagi pun majoriti ahli Pas tidak sanggup menghadapi kenaikan harga dan keruntuhan ekonomi dengan mengundi Pas sedangkan PR berjanji untuk mewujudkan pemerintahan lebih baik. Sebagaimana kebanyakan orang Melayu tidak sanggup mengundi Pas pada 1980an kerana Anwar berada dalam Umno dan menjanjikan masa depan yang lebih baik buat orang Melayu.