Selepas pemergian Khalid: Selangor Kini mahu kebebasan media
KENYATAAN MEDIA: Selangor Kini sebagai sebuah akhbar rasmi Kerajaan Selangor merakam ucapan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sumbangannya dalam memajukan media.
Pentadbirannya mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno BN yang menggunakan nama Era Jaya.
Namun, tahap kebebasan media perlu dipertingkat - tanpa mengikut telunjuk mana-mana pemimpin mahupun parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, sebaliknya menjadi saluran suara rakyat akar umbi.
Ini penting kerana operasi media negeri dijana melalui wang rakyat, sama sekali berbeza dengan penerbitan akhbar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan. Semua media negeri yang ditadbir Umno BN juga harus mengambil langkah ini
Selangor Kini berharap pentadbiran Menteri Besar yang baharu - walau sesiapapun - bersedia untuk memerdeka akhbar negeri ini dari sudut editorial dengan tiadanya campurtangan politik sebaliknya tertumpu kepada suara rakyat selain menjulang dasar kerajaan negeri.
Oleh itu, usaha tertentu harus dibuat tanpa menjejaskan kebajikan kakitangan sedia ada supaya proses kemajuan media negeri terus berlanjutan melalui pentadbiran baharu.
Fazallah Pit
Ketua Pengarang Selangor Kini