Khalid digesa berundur dengan terhormat
Empat pemimpin cabang PKR tampil dengan seruan agar Menteri Besar
Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi
menghormati keputusan parti.
Pemimpin akar umbi tersebut turut menyatakan sokongan tidak berbelah
bagi kepada presiden parti, yang juga ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.
Empat ketua cabang itu ialah R Sivarasa (Subang), William Leong
(Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat).
Para pemimpin cabang itu turut meminta anggota PKR menyokong keputusan
Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah
sebagai calon untuk jawatan itu.
“Akar umbi berpendapat peralihan kuasa perlu dibuat secara tertib, baik,
dan bermaruah. Oleh yang demikian, ingin kami menasihatkan Tan Sri
Abdul Khalid bin Ibrahim menghormati keputusan parti dan melepaskan
jawatan dengan baik dan penuh rela hati,” kenyataan itu dipetik.
Menurut para pemimpin cabang tersebut, Khalid perlu berbuat demikian demi kepentingan pentadbiran negeri Selangor dan rakyatnya.
“Tan Sri Khalid perlu ingat, jika beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut, ini hanya akan merosakkan imej beliau.
“Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil
sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan
Rakyat.
“Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan Rakyat
untuk membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri
Selangor,” kenyataan itu dipetik.
Leong pada pagi ini turut mengadakan sidang media bagi mengulangi seruan
tersebut dan turut mendakwa Khalid gagal mentadbir Selangor berdasarkan
manifesto Pakatan.
Para
pemimpin akar umbi PKR menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan
jawatan menteri besar Selangor secara sukarela demi kesinambungan
pentadbiran kerajaan negeri dan kesejahteraan rakyat negeri. – Gambar
fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2014.Beberapa pemimpin
Cabang PKR menegaskan pendirian menyokong penuh keputusan parti itu
untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri
besar Selangor baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan
menolak sebarang calon lain.
Pemimpin-pemimpin akar umbi PKR itu juga menggesa Khalid melepaskan
jawatan secara sukarela demi kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri
dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor.
"Kami ketua cabang dan ranting PKR ingin mengumumkan kesetiaan tidak
berbelah bahagi terhadap Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Sebagai presiden parti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kajang, beliau adalah calon paling kanan dan paling layak di kalangan
Adun PKR di Selangor untuk menjadi menteri besar," kata Ketua Cabang
Subang yang juga Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah, Ketua Cabang
Selayang William Leong, Ketua Cabang Klang Yew Boon Lye dan Ketua Cabang
Kuala Langat David Cheong dalam satu kenyataan malam tadi.
"Oleh itu, kami menasihatkan Khalid menghormati keputusan parti dan melepaskan jawatan dengan baik dan penuh rela hati."
Mereka turut memberi amaran sekiranya Khalid tetap berdegil, ia hanya
akan merosakkan imej menteri besar Selangor penggal kedua itu.
"Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil
sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan
Rakyat (PR).
"Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan untuk
membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri Selangor,"
kata mereka.
Empat pemimpin akar umbi PKR Selangor itu juga menggesa semua ahli PR
termasuk dalam pimpinan kerajaan negeri untuk menyokong penuh keputusan
yang ditetapkan dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai lalu.
"Kami menggesa agar semua anggota PR termasuklah Adun dan Exco dalam
pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan
pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan
Pusat iaitu untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar
Selangor."
Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar
Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10
Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.
Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu
keluar PR tersebar.
Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki
mencadangkan kemungkinan PASbekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan
kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai
menteri besar. – 2 Ogos, 2014.
Kejayaan perjanjian air dengan Putrajaya jamin tarif air tidak naik, kata MB Selangor
Sampai 2017.2018 caj air akan naik. Masa ini pilihanraya sedang atau akan berlangsung dalam jangkamasa terdekat. Elok lah langat 2 nak siap. Bila siap cai sudah tentu dikenakan kepada rakyat Selangor.
Bila ini berlaku baru nak melalak.
1.Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan
janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula
2.Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum
3.Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga
tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai
sebenar syarikatnya
4.Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar
yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak
kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah
itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail
5.Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni
Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor
6.Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian
antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan
semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1
Ogos, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan
dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan
datang selepas kejayaan penstrukturan semula industri air di negeri
terkaya Malaysia itu.
Khalid yang sedang ditekan PKR untuk meletakkan jawatan sehingga
menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat (PR) menandatangani perjanjian itu
antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan di Putrajaya
hari ini.
"Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan
penstrukturan semula industri air Selangor yang sudah diusahakan
semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan,"
katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Beliau berkata, pemeteraian perjanjian dengan kerajaan Pusat bagi
pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan
Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk
rakyat. Walaupun didesak PKR untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan
kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk
menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, Khalid mendapat sokongan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus berkuasa sehingga
menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin PKR dan DAP.
"Kerajaan negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 bilion yang diberikan
kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan
syarikat-syarikat terlibat," kata Khalid.
Menteri besar Selangor itu berkata kerajaan negeri sudah membuat
tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan
Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) menerima tawaran tersebut manakala
pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash)
masih belum dimuktamadkan.
Hari ini Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi penyelesaian
jangka panjang isu air Selangor bersama Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air.
"Kejayaan mengambil alih Syabas akan membolehkan kejayaan negeri
memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan
tujuan menurunkan kadar air tak berhasil yang pada ketika ini sangat
tinggi iaitu 34%," katanya.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan dan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Khalid dalam nada
berseloroh berkata: "Saya rasa beliau (Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili) lebih senang daripada saya, saya ada tiga 'political
mother in-law'... masih ada harapan tapi tidak boleh lagi."