Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor?
Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti
sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu.
Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai
Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin
Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.
Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini.
Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah
menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama
enam tahun.
Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.
Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut
menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.
Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan
menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan
menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.
Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu.
Setiausaha agung sahkan PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor
Setiausaha
agung PAS Datuk Mustafa Ali kata memang ada perbincangan di kalangan
pimpinan PAS secara tidak rasmi mengenai pertukaran Tan Sri Ibrahim
Khalid tetapi belum ada keputusan rasmi lagi. – Gambar The Malaysian
Insider, 21 Julai, 2014.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa
Ali mengesahkan, parti Islam itu sememangnya tidak akan menuntut kerusi
menteri besar Selangor jika Tan Sri Khalid Ibrahim ditukarkan.
"Memang menjadi pandangan umum pemimpin PAS, PAS tidak boleh menuntut
kerusi MB Selangor buat masa sekarang. Ia hak PKR," katanya kepada The
Malaysian Insider.
Mustafa juga berkata, memang ada perbincangan di kalangan pimpinan PAS
secara tidak rasmi mengenai pertukaran Khalid “tetapi ia belum ada
keputusan rasmi lagi”.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan berdasarkan sumber, PAS telah
bersetuju untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sementara itu, setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail
memaklumkan, PKR akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
malam ini untuk menentukan nasib MB Selangor itu.
Bagi beliau, keputusan PAS yang menegaskan tidak menuntut kerusi itu
adalah satu yang sangat positif demi kepentingan Pakatan Rakyat dan
untuk meredakan ahli peringkat bawahan.
"Kita harap pimpinan PKR akan mengambil tanggungjawab besar ini diikuti
dengan kebijaksanaan dalam membuat keputusan," kata Saifudin kepada The
Malaysian Insider.
Menurut beliau, mesyuarat MPP pada 14 Januari lalu telah membincangkan
perkara ini dan telah memberikan mandat kepada ketua umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim untuk menguruskan dan membuat cadangan mengenainya.
"Anwar telah membawa perkara ini dalam mesyuarat biro politik dan keputusan akhir akan dibuat malam ini," kata Saifudin.
Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider: "Kita
pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan
penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti
itu."
Isu MB Selangor panas sejak beberapa lama dan tidak selesai sehingga kini.
Ia dikatakan menjadi salah satu punca populariti Pakatan Rakyat jatuh
merudum di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada Pakatan jatuh
kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya itu. – 21
Julai, 2014.
Sultan S'gor tak perkenan Khalid Samad menghadap
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk diperkenan menghadap
baginda berhubung isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ia ekoran surat yang dihantar oleh Khalid bukanlah surat memohon ampun.
Khalid memohon perkenan untuk menghadap Sultan Selangor selepas baginda
murka terhadap tindakan MP Shah Alam itu menggesa supaya kuasa eksekutif
MAIS dihapuskan.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Banir mengumumkan
keputusan itu hari ini, dengan memetik kandungan surat yang dihantar
oleh Khalid kepada pihak Istana Jumaat lalu.
Portal berita Agenda Daily memetik beliau sebagai berkata, jika surat
itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan
mempertimbangkannya, tetapi baginda menolaknya kerana Khalid semata-mata
mahu memberikan penjelasan.
Menurut Munir lagi, baginda enggan menerima surat permohonan itu kerana "dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid".
“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada Tuanku. Adalah lebih baik
dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia
supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan," tambahnya.
Sementara itu, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak mahu mengulas mengenai keputusan sultan sekarang.
"Saya menganggap akan ada jawapan rasmi, kerana saya telah menulis
secara rasmi, dan saya akan memberi respons selepas saya mendapat
jawapan, jika perlu," katanya.