Saya
amat bimbang apabila Malaysiakini terus mengetengahkan spekulasi
perjanjian air di sebalik perkembangan di Kajang tetapi menutup mata
terhadap salah sebuah tindakan yang paling kontroversi iaitu
penyelesaian luar mahkamah antara Khalid Ibrahim dan Bank Islam.
Setakat
ini, hanya sedikit sahaja laman-laman web telah melaporkan isu itu.
Namun begitu, ia tidak membuat pendedahan yang mendalam terhadap
penyelesaian luar mahkamah itu memandangkan implikasinya yang agak
besar.
Potongan RM80 JUTA?
Dipendekkan cerita, The Edge Financial Daily
telah menyoal Khalid Ibrahim berkaitan terma-terma penyelesaian di luar
mahkamah kerana khabar angin mengatakan bahawa Bank Islam telah menarik
balik saman terhadap Menteri Besar Selangor dalam pertukaran potongan
menjangkau nilai RM80 juta.
Khalid
Ibrahim pernah meminjam RM60 juta daripada Bank Islam untuk membeli
saham dan apabila harga saham jatuh, dia akhirnya terpaksa membayar
sebanyak jumlah itu(ditambah pula dengan faedah) kepada Bank Islam.
Mereka
yang berada dalam bidang perbankan mengetahui bahawa penyelesaian di
luar mahkamah diketuai oleh Rashid Manaf yang juga dikenali sebagai
bekas peguam Daim yang juga kroni Umno melalui Renong dan transaksi -
transaksi lain.
Apa
yang mungkin tidak diketahui ialah Khalid Ibrahim telah menyembunyikan
semua perbincangan mengenai penyelesaian itu dari peguamnya, Malik
Imtiaz yang tidak tahu menahu walau sedikit pun.
Potongan muktamad selepas Khalid setuju serah aset air
Ini
berlaku pada masa yang paling sesuai - setelah Selangor mengumumkan
bahawa ia bersedia untuk menyerahkan aset air kepada kerajaan
persekutuan dan sikap berdiam diri Khalid Ibrahim dalam menangani
isu-isu agama dan kaum yang bermula di Selangor.
Kepada
rakyat Malaysia yang biasanya bersifat ingin tahu, siri perkembangan
ini boleh dikatakan sangat mencurigakan dan amat wajar jika penelitian
lebih dekat dilakukan terutamanya di pihak Khalid Ibrahim,
sekurang-kurangnya demi ketelusan dan integrity beliau.
Apabila The Edge Financial Daily
menanyakan soalan ini kepada Khalid Ibrahim, beliau dipetik seperti
cuba mengelakkannya dengan menyatakan bahawa ia adalah transaksi
peribadinya yang tiada kaitan dengan kerajaan mahupun parti.
Apabila
Haris Ibrahim mula menerbitkan isu ini di blog , saya merasa
bertanggungjawab untuk menulis kepada laman-laman web kerana demi
ketelusan dan integriti, Khalid Ibrahim dan Bank Islam perlu menjelaskan
apakah asas dan terma-terma penyelesaian .
Biar
rakyat membuat keputusan untuk diri mereka sendiri sama ada terdapat
mana-mana perjanjian yang terlibat kerana ia adalah perlu untuk
membersihkan nama mereka dengan segera. Jika tidak, khabar angin bahawa
perkembangan di Kajang bermula kerana Khalid Ibrahim berada dalam
situasi yang agak sukar akan terus menjadi buah mulut.
Oleh
sebab itulah saya fikir ianya adil jika laman-laman web seperti
Malaysiakini dan yang lain untuk melaporkan perkara ini dengan lebih
bersungguh-sungguh daripada mengejar spekulasi yang membayangi
perjanjian air.
Saya
faham bahawa imej Khalid Ibrahim begitu baik di mata orang ramai. Untuk
mempertahankan imej itu, beliau tertakluk kepada penelitian awam untuk
memberi penjelasan terutamanya apabila broker yang ada kaitan dengan
Umno seperti Rashid Manaf juga terlibat.
Saya kini menunggu untuk melihat sama ada Malaysiakini , The Malaysian Insider , The Malaymail Online, Malaysia Chronicle, fz.com , The Heat, FreeMalaysiaToday dan yang lain-lain akan mendedahkan cerita ini.
Jika
tidak (dan saya tidak hairan), mungkin masalah yang lebih besar masih
lagi media yang berat sebelah, hanya melaporkan berita untuk siapa yang
mereka sokong. - Rakyat Prihatin - MELBAG