Bangunan tertinggi di Malaysia akan dibina di atas bekas tanah milik Sultan Johor?

Bangunan tertinggi di Malaysia akan dibina di atas bekas tanah milik Sultan Johor?

Nasional


Enam bulan selepas mengejutkan dunia hartanah negara dengan membeli 116 ekar tanah di Johor Bharu bernilai RM4.5 bilion daripada Sultan Johor, pemaju hartanah daripada China, R&F Properties Co Ltd tidak mengambil masa yang panjang untuk membangunkan tanah bernilai tinggi itu.
 
R&F Properties yang berpengkalan di Guangzhou dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, merupakan salah sebuah pemaju hartanah terbesar di China.
 
Perancangan syarikat terbabit adalah untuk membangunkan tanah bekas milik Sultan Johor itu menjadi projek hartanah terunggul Johor,  digelar "Princess Cove" yang bakal muncul sebagai mercu tanda ikonik terbaru bandaraya selatan tanah air. 
 
Menurut sumber-sumber kepada Malaysia Gazette, projek hartanah "Princess Cove" di Tanjung Puteri itu bakal menampilkan dua buah bangunan pencakar langit, dengan salah satu daripadanya bakal dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, mengatasi Menara Berkembar Petronas.
 
"Bangunan pencakar langit yang bakal menempatkan ofis gred A bakal mempunyai ketinggian melebihi 550 meter dan akan menjadi mercu tanda ikonik terbaru bandar raya Johor Bharu, sebagaimana Menara Berkembar Petronas kepada Kuala Lumpur," kata sumber itu.
 
Sebuah lagi bangunan pencakar langit di projek hartanah "Princess Cove" itu pula akan menempatkan hotel lima bintang.
 
Kedua-dua bangunan pencakar langit itu katanya, terletak bersebelahan pintu masuk Tambak Johor dan berhadapan dengan kompleks Imigresen Singapura. 
 
"Ia (bangunan pencakar langit) itu seolah-olah sebagai mercu tanda ikonik yang akan menyambut kedatangan pengunjung ke Johor menerusi Tambak Johor," kata sumber itu lagi.
 
Selain bangunan pencakar langit yang akan menjadi mercu tanda terbaru Johor Bharu, fasa pertama projek "Princess Cove" itu akan meliputi pembinaan 3,000 kondominium mewah pelbagai saiz dan kompleks membeli-belah, yang dijangka siap 2017.
 
"Di dalam fasa pertama sahaja, akan ada 15 blok kondominium mewah menempatkan lebih 3,000 kondominium mewah yang harganya bakal mencecah jutaan ringgit," katanya sambil menambah, pembeli kondominium itu dijangka rakyat tempatan, Singapura, China dan negara luar termasuk daripada Amerika Syarikat dan Britain.
 
Lawatan Malaysia Gazette ke galeri jualan projek "Princess Cove" di Tanjung Puteri itu mendapati segala kemudahan termasuk rumah contoh telah bersedia untuk menerima pengunjung yang berminat untuk melabur bagi mendapatkannya.
 
Uniknya di galeri jualan itu adalah kesemua kakitangannya daripada pengawal keselamatan hinggalah ke tukang sapu, pembuka pintu, penjaga lanskap, pembancuh kopi, pelayan dan wakil-wakil jualan terdiri daripada warga tanah besar China. -- MALAYSIAGAZETTE

Tolak Kidex, penduduk Petaling Jaya mahu pengangkutan awam

ADA yang bagi komen aku galak dok kutuk khalid. kalau baca semua dan tahu latarbelakang peristiwa sudah tentu akan faham bagaimana Kedah jatuh, Terengganu jatuh. 

Jadi sebelum terlambat Selangor jatuh baik faham betul betul cerita kenapa khalid perlu ditukar.Blog ini tak dapat sekupang pun kalau nak bela Khalid. Jadi kalau rasa nak baca ...baca ja la...lagi pun aku kutip dari semua penulis berpengalaman yang tahu selok belok tentang kenapa Selangor perlukan MB baru.

 

Penduduk Petaling Jaya memberi sokongan kepada kempen bantah Kidex. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.Penduduk Petaling Jaya memberi sokongan kepada kempen bantah Kidex. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.





















Penduduk Petaling Jaya percaya pengangkutan awam yang mencukupi mampu menangani masalah kepadatan lalu lintas di kawasan itu, bukannya dengan membina lebuh raya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex).
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 19 Petaling Jaya Tan Yew Liong berkata, hasil maklum balas mendapati majoriti penduduk mahu lebih banyak kemudahan Aliran Transit Ringan (LRT), Aliran Transit Massa (MRT), dan Bas Aliran Deras (BRT) dibina dengan lebih cekap.

"Kami tidak mahu Kidex sebab ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah trafik malah mengganggu ketenteraman kami," katanya ketika ditemui selepas mengedarkan poster dan pelekat kereta 'No Kidex: No toll skyway over PJ' di Seksyen 17 Petaling Jaya, hari ini.

Risalah penerangan juga diberikan kepada pengunjung pasar pagi dan pemandu selain menandatangani petisyen bantahan Kidex.
  Tan berkata, selepas mengadakan beberapa siri bantahan, kumpulan Say No To Kidex (SNTK) kini mencuba usaha kempen baru dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada orang awam dengan lebih dekat.
"Kira-kira 2,000 poster dan pelekat kenderaan sudah dicetak dan selepas ini akan mengedarkannya di sekolah dan pasar malam.

"Kami akan teruskan usaha ini sehingga projek Kidex dihentikan," katanya.

Beliau bagaimanapun meluahkan rasa kesal kerana tidak ada wakil rakyat yang hadir menyokong tindakan mereka pagi tadi.

"Mereka dalam media menyokong bantahan Kidex tetapi bila kami jemput mereka tidak turun padang pun untuk memberikan sokongan," katanya.

Kira-kira 100 penduduk Petaling Jaya sekitar Jalan Harapan di Seksyen 17 dan Seksyen 19 kini digantung tidak bertali apabila kerajaan negeri sudah membekukan aset tanah kediaman mereka, namun tidak ada satu pihak pun tampil membantu apatah lagi memberikan pampasan kerana status mereka masih tidak dapat dipastikan.
"Kami sedar rumah kami sudah dibekukan penjualannya tetapi tidak ada seorang pun datang memberikan nasihat dan rundingan kepada kami.
"Tidak ada siapa tahu apa yang akan terjadi sama ada perlu berpindah keluar atau tidak. Setakat ini, kami masih belum dengar lagi isu pampasan daripada kerajaan.
"Jangankan kami, semua penduduk juga sangat marah jika dilayan sebegini," kata penduduk Seksyen 19 Jalan Harapan, Rachel Ho.
Setiausaha Jawatankuasa SNTK David Yoong pula berkata, pihaknya akan menghantar laporan mengenai kebimbangan dan alasan teknikal bantahan Kidex kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof minggu depan.
David berkata, pembentangan dilakukan dalam pertemuan antara Kementerian Kerja Raya dengan pemaju Kidex Sdn Bhd pada Khamis minggu lalu, namun Fadillah memberitahu agar kompilasi bantahan itu didokumen secara bertulis supaya ia dapat disemak secara teliti untuk dipertimbangkan.
"Sebelum itu kami mahu tunggu laporan daripada pemaju Kidex sebelum dapat menyiapkan dokumen untuk diserahkan kepada Fadillah.

"Kami bukan seperti anti-Lynas atau mana-mana kumpulan yang akan melakukan demonstrasi jalanan, sebaliknya mengambil pendekatan berbincang dengan semua pihak termasuk penduduk dan kerajaan," katanya.

Lebuh raya sepanjang 14.9 kilometer yang menelan belanja RM2.42 bilion itu akan menjejaskan lebih 3,700 bidang tanah termasuk rumah, kilang, kedai, pusat beli-belah dan sekolah.

Kidex merupakan antara enam lebuh raya bertol baru yang diluluskan pembinaanya oleh kerajaan Selangor, dan sebahagian daripada rangkaian bersepadu di sekitar Lembah Klang yang bersambung dengan Sungai Besi-Ulu Klang Expressway (SUKE), Serdang Kinrara Putrajaya Expressway  (SKIP), Eastern Klang Valley Expressway (EKVE), Lebuh raya Damansara Shah Alam (DASH), dan Lebuh raya Pantai Barat (LPB). – 6 Julai, 2014.

CIKGU BIUL

Guru Kelaku Gila Cadbury... tak jumpa abang long Kluang lagi, dia mintak surat baru hang tau..!! 

 

 

Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009.
 
Sebelum itu di sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu.
 
Guru besar sekarag adalah yang ke-3.

Guru besar sebelum ini pernah buat laporan tapi tidak sampai ke atas.
 
Ppd penah datang tapi kes senyap macam tu aje. Dulu dia langsung tidak masuk kelas. Sekarang masuk tp tak sepenuhnya. Sekarang dah start nak pukul budak. 
Via-Sukan Star
Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalau nak siasat tapi pentadbir tidak pasti.
Pentadbir itu Gb n Gpk. Ayah dia pernah buat repot pada PPD kata cikgu sekolah ni yang ganggu anak dia. Tadi guru2 sudah kumpul tandatangan untuk buat memo laporan tapi x pasti nk hantar ke sapa.
 
*nak tengok video hangpa google sendiri laa....

MB tempelak Anwar kritik Selangor

MB tempelak Anwar kritik Selangor


DARI KIRI: Abdul Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.
"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan, Anwar dikatakan bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Abdul Khalid.

Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.

Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.

Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.

"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.
Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.


"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.

DENGAR MACAM PELIK, TAPI ITULAH .......

Selangor tiada kuasa langsung atas Jais jika libat orang Islam, kata MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta Jabatan Agama Islam Selangor beri sendiri penjelasan berhubung kes tangkapan khalwat yang dikatakan tidak adil kerana pemantauan dilakukan hanya 5 minit. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta Jabatan Agama Islam Selangor beri sendiri penjelasan berhubung kes tangkapan khalwat yang dikatakan tidak adil kerana pemantauan dilakukan hanya 5 minit. Gambar fail The Malaysian Insider. 




























Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor tidak ada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika badan kerajaan itu mengambil tindakan ke atas orang Islam di negeri itu, lapor Selangorkini.

Malah, Jais hanya perlu memberitahu saja kerajaan negeri dan exco apabila mahu mengambil tindakan kepada orang bukan Islam tetapi tiada kuasa langsung jika membabitkan orang Islam.
"Malangnya, Jais hanya perlu memberitahu kerajaan negeri dan exco apabila membabitkan tindakan kepada orang bukan Islam. Tetapi kalau orang Islam, Jais tidak perlu meminta pandangan kerajaan negeri,” katanya sebagaimana dilaporkan laman web rasmi kerajaan negeri Selangor itu.


Kenyataan itu dibuat pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu semalam.
  Khalid berkata demikian ketika mengulas tindakan dua penguatkuasa Jais menahan empat individu yang didakwa melakukan khalwat ketika semua mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Dalam kejadian pada 22 Jun lalu, Hanisha Abdul Rahman, 29, ditahan bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerja lain selepas dipantau selama lima minit.
Ketika tangkapan dilakukan, Hanisha sedang berada di dalam rumah bersama dua kakitangan yang juga rakan serumah sementara Muhammad berada di luar.

Susulan itu,  Khalid meminta Jais sendiri memberi penjelasan mengenainya.

Khalid berkata, Jais seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya berlandaskan tatacara yang betul.

“Harap Jais dapat belajar sebab ada beberapa langkah yang diambil Jais tidak ikut tatatertib.

Penangkapan adalah perkara menyusahkan,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh media itu.
Pada 1 Jun lalu, Jais turut dikritik banyak pihak apabila menyerbu pengantin perempuan, Zarinah Abdul Majid kerana kekeliruan status agamanya.

Walaupun Khalid berjanji akan menyelesaikan isu agama Zarinah, namun tidak ada maklumat mengenainya sehingga kini.

Jais juga masih menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak dalam isu rampasan Bible Melayu dan Iban dari pejabat Persatuan Bible Malaysia yang tidak selesai hingga kini. – 6 Julai, 2014.