SHAH ALAM – Kedudukan jawatan menteri besar bukan agenda atau milik
peribadi mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama
antara PKR dengan parti komponen PR dan juga setelah mendapat perkenan
Sultan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya menegaskan bahawa semua Adun dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor itu,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.
Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.
Pas Selangor turut menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Abdul Khalid.