Tulisan di FB hak individu, kata NUTP

Tulisan di FB hak individu, kata NUTP


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendirian bahawa anggotanya tidak harus menjadi sasaran apa-apa tindakan hanya kerana tulisan di Facebook.

Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit.

"(Tulisan) Facebook ini hak individu... Siapa-siapapun jangan sentuh. (Kalau) dia sentuh dia tak faham apa maksud kebebasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas teguran oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang guru yang memuatkan poster pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud di laman Facebook.

Biar Facebook itu jadi ruang kepada semua, jadikan Facebook sebagai ruang untuk bersosial, bukan nak dipilih gambar ini tak boleh, kemudian nak ambil tindakan, itu (pemikiran yang) sangat cetek.

"Jika orang baca tak semestinya mereka ikut. Biar dia baca, apa salahnya?," kata Hashim lagi.

Bagaimanapun, guru berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika mereka memuatkan perkara yang bersifat menghasut.

Ditanya mengenai seruan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam agar para guru kembali ke pangkuan BN, Hashim berkata perkara itu juga tertakluk kepada kebebasan individu.

Katanya, mana-mana guru yang berminat untuk menyertai politik boleh memilih parti yang disukai, sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.

Namun, guru berkenaan perlu memastikan bahawa mereka kekal profesional pada setiap masa.

"Harap mereka profesional dalam perkara ini, jangan (biar) fahaman politik disalahgunakan masuk bilik darjah disebarkan masa mengajar, katanya.

Sekatan ke atas golongan guru dari menyertai politik secara aktif digugurkan pada tahun 2010.
 

Guru ada hak sokong parti pilihan mereka, kata NGO

Guru ada hak sokong parti pilihan mereka, kata NGO


Kumpulan pendidik tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyeru guru menyertai politik di bawah Barisan Nasional. Gambar fail The Malaysian Insider.Kumpulan pendidik tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyeru guru menyertai politik di bawah Barisan Nasional. Gambar fail The Malaysian Insider.

























Guru tidak sepatutnya dipaksa untuk hanya menyertai Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya perlu diberi kebebasan untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara untuk menyokong mana-mana parti politik yang mereka pilih, kata kumpulan pendidik, hari ini.


Mereka berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyeru guru kembali kepada politik di bawah sayap BN selepas mengakui tindakan melarang guru menyertai politik sebelum ini adalah satu kesilapan.


Kumpulan pendidikan, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik cadangan membenarkan guru menyertai politik, tetapi mengkritik tindakan Tengku Adnan itu dan berkata mereka mempunyai hak untuk memilih mana-mana parti politik yang mereka mahu.


“Guru sama seperti rakyat lain dalam negara. Seperti profesional lain, mereka mempunyai pendapat politik juga.
  “Mereka patut diberi kebebasan untuk menggunakan hak masing-masing,” kata Presiden NUTP, Hashim Adnan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Tengku Adnan itu dilihat sebagai langkah untuk menggunakan guru bagi kepentingan politik sempit dan bagi mempolitikkan pendidikan.

“Kenyataan Tengku Adnan tidak lebih daripada untuk membuat guru sebagai ahli propaganda Umno-BN. Ini adalah perkembangan tidak sihat untuk masa depan pendidikan negara, dan ia bertentangan dengan asas falsafah serta Pelan Pembangunan Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata Malaysia pada dasarnya adalah negara yang mengamalkan demokrasi tetapi realitinya, ia tidak begitu.

“Kita lihat banyak bentuk sekatan terutama membabitkan politik dan guru, jika seseorang itu bergerak walau hanya jauh sedikit daripada BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Perkara ini sudah lama berlaku, bila ada guru menunjukkan minat dalam politik yang bukan BN, mereka akan dipindahkan serta-merta,” katanya.

Nor Izzat, yang juga pernah menjadi mangsa dipindahkan selepas menentang Putrajaya berhubung sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), mendakwa kerajaan kini bimbang kerana semakin ramai guru kelihatan seperti menyokong pembangkang.

“JIka kerajaan lebih terbuka mengenai perkara ini, saya pasti guru akan kembali menyokong mereka tetapi dengan semua sekatan ini, kami sudah bosan,” katanya.

Pada Februari, Nor Izzat dipindahkan ke sekolah luar bandar di Pahang, kira-kira 80km daripada sekolah tempatnya mengajar di Jerantut, selepas merancang mengadakan perhimpunan untuk membantah pelaksanaan PBS.

Gagal dalam rayuannya membatalkan perintah pemindahan itu, Nor Izzat kini mengajar di sekolah baru, berulang-alik hampir 200km setiap hari dari rumahnya.

Beliau juga mengkritik Kementerian Pendidikan yang menggunakan kuasa sama terhadap seorang guru yang diarahkan menutup laman Facebooknya selepas beliau meletakkan poster kempen calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

“Ini perkara yang sama. Ia adalah persekitaran yang tidak sihat. Apa yang mereka lakukan sekarang tidak akan membuat guru menyokong mereka.

“Kami juga sebagai warganegara mahu kebebasan untuk memilih parti politik mana untuk disokong dan kami marah kerana tidak diberi kebebasan itu,” katanya.

Semalam dilaporkan, pegawai peringkat tinggi dalam Kementerian Pendidikan menghubungi guru berkenaan sejak minggu lalu, “menasihatkan” beliau untuk memadam gambar Dyana Sofya yang diletak di akaun Facebook kerana ia dilihat sebagai “anti kerajaan”.

Guru itu memberita satu portal berita, seorang pegawai khas ketua pengarah Kementerian Pendidikan memberitahunya supaya menutup laman Facebooknya dan dia sedang “diperhatikan”.

Sementara itu, Hashim berkata, guru dibenarkan menyertai politik adalah tindakan yang baik, namun, pendidik perlu memastikan mereka tidak membawa pandangan politik masing-masing ke dalam bilik darjah.

“Bagus jika mereka mahu menyertai politik. Tetapi mereka perlu tahu bagaimana untuk membahagikan masa mereka dan perhatian. Bilik darjah tidak boleh dikaitkan dengan politik.

“Mereka tidak boleh membawa masuk politik ke dalam bilik darjah dan mempengaruhi pelajar. Mereka juga perlu menjamin idea politik mereka tidak disebarkan kepada pelajar yang boleh menyebabkan kebencian di kalangan mereka,” katanya. – 4 Jun, 2014.

Sistem baru subsidi minyak tambah beban rakyat

Sistem baru subsidi minyak tambah beban rakyat

(Oleh Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 3 JUN: Kerajaan digesa membentangkan cadangan sistem subsidi baru petrol dan diesel di Parlimen untuk dibahaskan bagi mengambil kira bebanan rakyat yang sedia terbeban akibat menanggung kenaikan harga barang, sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.

minyak“Rakyat perlu diberikan masa secukupnya, sekurang-kurangnya setahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Jadi Barisan Nasional (BN) wajar membentangkan cadangan rombakan sistem ini ke Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya lagi dalam kenyataan.
BN dilaporkan kini sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel untuk golongan tertentu mengikut kadar pendapatan.

Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan adalah RM5,000 ke bawah, manakala individu berpendapatan lebih RM10,000 sebulan perlu membeli pada harga pasaran.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga bimbang kemungkinan wujudnya pasaran gelap petrol dan diesel jika sistem baru subsidi itu tidak diperhalusi serta dibincangkan secara terbuka.

“Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.

“Contohnya jika harga subsidi seliter petrol RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 seliter, pasaran gelap boleh berlaku apabila kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 seliter kepada ejen pasaran gelap, manakala ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 seliter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli melalui pasaran gelap,” ujarnya.


“Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa,” sambung Rafizi.


PERTUKARAN MENTERI KABINET DALAM MASA TERDEKAT




Kuala Lumpur -Sebuah akhbar  berbahasa Inggeris hari ini melaporkan  terdapat perubahan dalam 3 kementerian utama dan pertukaran 2 orang menteri kabinet yang sedang berkhidmat.Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Mah Siew keong  masing -masing sebagai Pengerusi MCA dan Gerakan akan di serap dalam kementerian tertentu.

Selain itu akan terdapat juga perjawatan baru dan timbalan kementerian kewangan,Timbalan Menteri plancongan dan timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Ianya dijangka akan dilaksanakan sebelum Ramadahan nanti,

Ini berikutan kejayaan njib yang mengatakan bahawa hubungan dengan Negara China amat baik dan amat berjaya. maka ketrana itu dua menteri berbangsa Cina di bawa masuk. Siapa yang akan digantikan tidak diketahui...


 Hassan malik kot.....menteri cap ayam...cuba lihat komen beliau...macam siot...terbaru pengerusi Bank Rakyat....SAH DIA NI KENA TUKAR.PEGANG SIAP-SIAP PENGERUSI BANK RAKYAT










jangan makan ayam








komen macam budak sekolah menengah


341 × 258 - pingje.org 

JANJI HIPOKRASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN-TENGKU ADNAN PELAWA GURU-KALAMANTHAN KATA JANGAN AKTIF

"Bagaimana seorang pegawai peringkat atasan mengenali seorang guru yang menggunakan FB jika tidak menjadi rakan FB. Ada pegawai atasan yang terbabait dengan skandal semasa menjalankan tugas luar dan berhubungan dengan kaum guru terutamanya yang masih bujang atau bergelar status janda.Ini harus kementerian pendidikan siasat dan bukannya mengarahkan kaum guru melakukan tindakan yang tidak bersalah diluar sebagai seorang guru melibatkan diri dalam politik."







Lim (centre) with Dyana Sofya (left) and her mother Yammy Samat during a press conference last week in Teluk Intan. - The Malaysian Insider pic by Afif Abf Halim, June 3, 2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia tak ubah sebagai satu puppet  yang hanya menjalankan kerja- kerja rutin yang biasanya dilakukan oleh sebuah jentera yang diprogramkan berjalan terus sejak zaman berzaman.

Tidak ada daya usaha untuk menggerakkan sekolah kebangsaan berbanding Sekolah Kebangsaan Cina yang nampaknya bergerak secara berasingan dan menampakkan kemajuan yang lebih cemerlang berbanding sekolah Kebangsaan dan yang  tercorot sekali ialah sekolah Keangsaan Iamil.Jerbanding sekolah Jenis KebangsaanCina yang mempunyai kemudahan fasiliti yang lebih baik dari sekolah kabangsaan dan Sekolah Jenis Tebangsaan Tamil. Oleh kerana kemajuan dan kemudahan yang terbaik didapati d isekolah sekolah Cina , kerana mereka membantu sekolah, maka kerajaan dilihat cuba menyamaratakan sekolah kebangsaan berbanding sekolah Tamil.

Semalam satu lagi helah hipokarasi muncul dalam arena politik negara apabila salah seorang pegawai kementerian berpangkat pengarah bahagian tertentu yang mengarahkan seorang guru wanita untuk mengubah atau memadamkan facebook guru berkenaan, Entah bagaimana pengarah tersebut mengenali guru dan menjadi rakan kepada guru terbabit,Bagaimana hanya beliau seorang sahaja yang dapat berkomunikasi dengan guu wanita tersebut?

Kedengaran juga banyak d iantara pengarah dan timbalan pengarah serta kakitangan  Kementerian Pendidikan mempunyai isteri lebih dari seorang kerana hubungan mereka dengan kaum pendidik dan pihak kementerian boleh menyiasat dengan terperinci pegawai pegawai mereka di kementerian. Malah ada timbalan ketuia pengolong pengarah yang menggunakan kelebihan dilaman sosial untuk berkenalan dengan kaum pendidik dan menjalinkan hubungan dengan laum pendidik, Pihak kementerian di minta menyiasat akan perkara ini.Jangan dengan menggunakan pangkat dan kelebihan menghentam kaum pendidik dan melebelkan secara berbeza antara guru yang pro Umno dan pro pembangkang.

Mnurut Lim Kit Siang pengerusi DAP , tindakan Tengku Adana Mansor yang mengajak kaum pendidik menyertai Umno dan parti yang seangkatan dengan nya dalam Bn adalah satu tindakan hipokrit kerana ianya bukan sahaja mendedahkan akan betapa Umno dalam kelemahan , malahan ianya menjadi satu tindakan hipkrit apabila di satu pihak lain menekan kaum pendidik , manakala di pihak yang lain pula mengajak kaum pendidik menyertainya.

Ini amat berbeza dengan keazaman PM Najib Razak yang menagatakan bahawa tindakan yang lebih demokratik terhadap isu isu politik yang akan di ketengahkan dalam sistem pentadbiran negara tanpa mengira fahaman politik.

Menurut guru berkenaan salah seorang pegawai berpangkat tinggi sentiasa mengawasi FB beliau dan mengarahkan beliau membuang gambar Dyana kerana dianggap sebagai anti kerajaan, Menurut beliau lagi, ada guru yang terbabit dengan skandal sex, tidak hadir ke kelas tetapi pegawai sendiri yang sibuk mahu mengawasi FB ., Terdapat beberapa pegawai di perinbgkat atasan menjalinkan hubungan dengan kaum pendidik dalam urusan  kerja mereka di luar kawasan pejabat terutamanya yang berpangkat.Mereka ini menggunakan pangkat untuk memikat kaum guru. Adakah mereka mampu untuk beristeri lebih dari seorang dari memikirkan tanggungjawab mereka di Kementerian Pendidikan?

 Ketakutan Bn terhadap calon muda seperti Dyana bukan sahaja akan menjadi fenomena arena politik negara malahan orang seperti Dyana ini akan muncul dengan lebih banyak dan ramai diluar sana yang memahami erti demokrasi tanpa megira ras dan bangsa dalam membentuk sebuah negara yang berbilang kaum.Demikian hujah Kit Siang semasa sidang akhbar mngutu tindakan Kementerian Pendidikan terhadap seorangguru wanita.

Umno/Bn kerapkali mengunakan cara kotor dalam kempen politik mereka . Ianya bukan sahaja berlaku di Teluk Intan malahan berlaku di kebanyakkan tempat. Selain mengunakan gambar artisFilipina yang berbikini, mereka juga memalukan ibu nya dengan mengatakan adanya skandal sex. Inilah cara Umno dalam setiap kempen pilihanraya mereka untuk menjatuhkan lawan.

Akan tiba masanya nanti , Umno akan kehilangan sokongan dikalangan pendidik sebagaimana yang sedang mereka alami sekarang.


Oleh:WRLR