CheguBard terima penggantungan.Tak kan PKR sama macam Umno?

CheguBard terima penggantungan

 
Penggantungan ini tidak menghapuskan matlamat perjuangan, kata CheguBard.
chegubardPETALING JAYA: Aktivis PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard menerima keputusan parti untuk menggantung keahliannya, namun meminta diberi ruang untuk satu sesi pendengaran untuknya membela diri.

“Saya ada berjumpa dengan Pengurusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Abd Malek Hussin untuk meminta diberi ruang kepada saya membela diri dalam satu sesi pendengaran,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Beliau hadir sendiri ke ibu pejabat PKR awal petang tadi untuk mengambil surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti kepadanya sebelum bergegas ke Teluk Intan untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi parlimen itu.

“Saya tidak kisah diambil tindakan sebegini namun ada juga individu-individu lain seperti Azmin (ALi), Zuraida (Kamarudin) yang juga membuat komen terhadap JPP untuk pemilihan parti kali ini jadi sejajarnya ia juga harus mengambil tindakan yang sama,” kata CheguBard lagi.

Tambahnya, satu surat telah diberi kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong untuk memaklumkan perkara ini.

“Saya terima penggantungan ini sampai siasatan ke atas saya selesai dijalankan. Harapan saya dan juga semua rakyat ialah PKR sebagai parti masa depan perlu dilihat berbeza walaupun ada masalah kita kenal pasti masalah itu dan tanganinya,” katanya lagi.

Apabila disoal sama ada beliau akan kekal bersama PKR setelah digantung keahliannya, CheguBard dengan tenang menjawab penggantungan ini tidak menghapuskan matlamat perjuangannya.

“Saya ada terima ratusan panggilan, pesanan ringkas dan juga tweet berkenaan penggantungan ini.
Respon saya mudah, kita kena sabar, tenang dan fokus kerana penggantungan ini tak hapuskan matlamat perjuangan kita yang masih jelas iaitu mahukan parti menerajui perubahan,” katanya mengakhiri perbualan.
Semalam, CheguBard telah didapati bersalah oleh mensyuarat Biro Politik PKR kerana membuat kenyatan media yang mendakwa proses pemilihan kotor dan tidak telus.

“Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan ‘Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali’ pada Mei 12 yang disiarkan dalam laman mysuara.net dan FMT.

“Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei bertajuk ‘Keputusan penuh penipuan: Chegubard”, menurut satu kenyataan yang diedarkan oleh Kee Kwong semalam.

PAS minta Bank Rakyat jelaskan pinjaman RM40j tanpa faedah






PAS menuntut Bank Rakyat menjelaskan mengenai dakwaan campur tangan politik dalam isu pembayaran balik pinjaman sebanyak RM40 juta oleh seorang usahawan permaidani.

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata Bank Rakyat dan kerajaan Malaysia perlu menjelaskan alasan dalam meluluskan pinjaman dan juga pembayaran balik tanpa faedah untuk pinjaman tersebut.

KETUA PENERANGAN Umno CELOK.... LARI TAKUT DITANYA WARTAWAN. KITA BACA KOMEN DARI PENGUNJUNG MALAYSIAKINI




Umno macam budak-budak ha.ha.ha

Sarodin Odin · Top Commenter · Football Player at Polis Diraja Malaysia
Nasib baik boleh lompat kalau tersadong kaki waktu tu coba anda bayangkan mesti orang ingat toyol siapa terlepas dalam parit.

Nuin Salleh · Top Commenter
Takut benar Maslan dengan wartawan Malaysiakini.

Apa nak takut? Bukan wartawan nak tembak pun. Cuma ambil gambar dan tanya je..Kalau tak nak ditemuramah pun berdepanlah sebagai menteri yang hebat. Katakan saja "no komen"

Lawak sungguh mentri ni. Takut ditanya wartawan..

keh keh keh...