SIAPA BAKAL SULTAN PERAK
Raja Di Hilir bakal Sultan Perak ke-35?
Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sembilan daerah besar dan lapan
daerah kecil. Hirarki sistem pemerintahan berajanya berlainan dengan
negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap bakal sultan akan melalui
tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri.
Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh
Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan
pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja
Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut
giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga
diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah
dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah.
Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya,
dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka
untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh
Dewan Negara. Oleh
itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda
terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut
akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru.
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang
layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang
diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan
darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak
lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak
benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-Undang Tubuh
tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik
seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada
Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu
daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada
mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan
diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan
yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang
Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang
Pertama.
Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja
Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah
diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.
Satelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah
dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran
yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir.
Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa
iaitu Y.A.Bhg. Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan
gelaran Y.A.M. Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.
Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana
yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum dilaksanakan
haknya atau menjalankan tanggung-jawabnya, Bakal Sultan dikehendaki
mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara.
Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang
yang dilantik. Kemudian barulah gelaran itu dianugerahkan mengikut adat
Melayu.
Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan,
seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang
jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja
Bergelar adalah seperti berikut,
1. Raja Kecil Bongsu.
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan dan Yang DiPertuan.
Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah
satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan
mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di
Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga
kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja
Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada
putera sulong Baginda.
Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak
menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama
hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib
susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap
orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya
sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am
daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.
SENARAI RAJA-RAJA BERGELAR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
1. D.Y.M.M.Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahulahu Shah.
2. D.Y.T.M. Raja Muda Perak.
Duli Yang Teramat Mulia Raja (Dato'Seri) Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
3. D.Y.A.M. Raja Di Hilir Perak.
Duli Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Ja'afar bin Raja Muda Musa.
4. Y.A.M. Raja Kecil Besar Perak.
Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Izzuddin Iskandar Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.
Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Izzuddin Iskandar Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.
5. Y.A.M. Raja Kecil Sulong Perak.
Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.
6. Y.A.M. Raja Kecil Tengah Perak.
Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Ashman Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
7. Y.A.M. Raja Kecil Bongsu Perak. (masih kosong )
BERITA INI SEMASA BERLAKUNYA RAMPASAN KUASA LALU.....DICERITAKAN SEMULA