Azmin tidak tersekat lagi, Anwar perlu kompromi, kata sumber PKR


Bahasa

Azmin tidak tersekat lagi, Anwar perlu kompromi, kata sumber PKR

Oleh Zulkifli Sulong, Pengarang Analisis dan Rencana
May 22, 2014
Penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hampir pasti berjaya mengekalkan kedudukan jawatannya dan menewaskan dua pencabar lain. Gambar fail The Malaysian Insider.Penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hampir pasti berjaya mengekalkan kedudukan jawatannya dan menewaskan dua pencabar lain. Gambar fail The Malaysian Insider.    Dengan hampir 90% cabang PKR sudah selesai membuang undi masing-masing, usaha untuk menyekat kemaraan Mohamed Azmin Ali daripada menjadi timbalan presiden PKR untuk penggal seterusnya sudah hampir pasti tidak akan berjaya.







Namun, pucuk pimpinan PKR dijangka berjaya menghantar mesej kepada Azmin "anda tidak mendapat sokongan penuh sebagai timbalan presiden PKR, jadi bersikaplah secara wajar".
Oleh itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berkompromi dengan Azmin jika beliau terpaksa masuk ke penjara sekali lagi dan meninggalkan PKR diuruskan isteri dan orang kepercayaannya.
Pada awalnya, pemimpin kanan PKR yang berlindung di belakang Anwar menjadikan misi mereka adalah menyekat kemaraan Azmin selaku timbalan presiden.

Ini kerana, Azmin didakwa terlalu ego dan tidak lagi menghormati Anwar selaku pemimpin utama PKR dan sanggup mempertikaikan peranan Anwar dan keluarganya.
Dalam masa yang sama, mereka juga tidak boleh menerima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menduduki kerusi nombor dua parti itu. Atas sebab itulah Datuk Saifuddin Nasution Ismail diletakkan sebagai calon.

Namun selepas pemilihan hampir selesai, Azmin terus berada di depan dengan mendapat undi terbanyak meninggalkan Khalid di tempat kedua dan Saifudin ketiga di kalangan tiga calon yang bertanding jawatan timbalan presiden.

Keputusan sehingga 11 Mei dikeluarkan PKR menyaksikan penyandang, Azmin mendapat 12,250 undi manakala Khalid memperolehi 8,123 undi dan Saifuddin pula 6,997 menjadikan Azmin hanya mendapat sokongan tidak sampai 45% untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, keputusan tersebut masih tidak rasmi memandangkan keputusan 27 cabang dibatalkan sebelum ini.
"Memang Khalid dan Saifudin masih mempunyai peluang untuk menang namun saya jangkakan Azmin akan menang tipis sebagai timbalan presiden," kata sumber yang terlibat secara langsung dalam pemilihan PKR itu.

Ketika Azmin  berada didepan, regu Saifudin iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli mendahului calon-calon lain untuk jawatan naib-naib presiden.

Ini bermakna, Azmin walaupun menang untuk jawatan timbalan presiden bakal tersepit di tengah-tengah antara presiden yang dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan para naib presiden.

Namun, penyokong Azmin mempunyai kedudukan yang baik untuk ketua wanita melalui Zuraidah Kamarudin dan ketua angkatan muda melalui Amirudin Shaari.

"Saifudin berdepan dengan dua tokoh yang mempunyai sumber kewangan yang banyak di samping mempunyai rangkaian yang kukuh seperti Azmin, manakala Khalid yang terkenal kerana kedudukannya selaku menteri besar," katanya.

Mereka pula, katanya, bergerak dengan sistem 'cai' iaitu senarai pemimpin yang perlu mereka pilih sedang Saifudin tidak mempunyai rangkaian yang baik di peringkat bawah di samping kekurangan wang.

"Nampaknya ahli sangat terpengaruh dengan 'sistem cai' yang digerakkan oleh kedua-dua tokoh ini menyebabkan calon alternatif yang kita kemukakan Datuk Saifudin (Nasution), tidak mendapat undi akar umbi.

"Sebenarnya kami boleh menggunakan kuasa yang ada untuk menyekat Azmin tetapi ia akan memberikan implikasi tidak baik kepada Anwar selaku pemimpin yang hendak diletakkan di kerusi perdana menteri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul semalam mengumumkan pemilihan di 35 bahagian terpaksa diadakan semula dengan 22 daripadanya akan mengadakan pemilihan di semua peringkat.

Ia berdasarkan pelbagai perkara yang kebanyakannya adalah kerana kekecohan dalam pemilihan mereka.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong juga memaklumkan, 15 ahli PKR diambil tindakan disiplin dengan empat daripadanya dipecat manakala selebihnya digantung kerana salah laku sepanjang pemilihan kali ini. – 22 Mei, 2014.


Umno/Bn MASIH TIDAK SEDAR CARA MEREKA MENJADIKAN RAKYAT MELUAT

Kempen pilihanraya Teluk Intan seperti mana-mana pilihanraya kecil masih lagi dicemari dengan cara ortodok . Ini berlaku apabila pihak- pihak yang sepatutnya menonjolkan imej kerajaan pemerintah berkempen dengan cara lebih bertamaddun, dan menghormati nilai-nilai demokrasi yang mengikis persepsi rakyat terhadap pemerintahan tersebut.

Di Pulau Pinang, dengan kempen yang sedang berjalan sekarang ini, insiden "orang Gila" kerap berlaku dan menarik perhatian ramai. Calon bukan berkempen dengan beretika, sebaliknya dengan cara yang keterlaluan



Namun masih ada yang begitu "lemah: pemikiran dengan taktik-taktik dan juga apa yang sedang berlaku sekarang, Janji dicapati dengan penurunan harga kereta, barang meningkat naik, harga minyak,tarif elektrik yang akan dinaikkan,isu saman polis trafik dan dasar-dasar kerajaan yang semakin hari semakin dilihat menekan rakyat , Namun masih ramai yang tidak menyedari akan perkara ini yang sedang mereka hadapi. Mereka masih juga menjadi penyokong yang buta tuli, penyokong yang hanya menyokong tanpa berfikir.

Di Teluk Intan imej Bn khasnya masih lagi ditahap lama.Menunjukkan kejahilan dan memperluaskan persepsi bahawa ini adalah satu sikap yang hanya akan merugikan sokongan kepada calon Bn sebenarnya. Masyarakat akan menilai bahawa cara samseng "Kampung Dusun" ini tidak akan menarik masyarakat untuk mengundi mereka dan menjauhkan pandangan positif masyarakat terhadap pemerintah

SAKSIKAN SIKAP PENDOKONG BN INI,




Oleh : wrlr

VIDEO BERITA TERKINI

Johari tak layan desakan JPP PKR letak jawatan






Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul enggan melayan desakan pihak tertentu termasuk ahli yang tidak berpuashati dengan perjalanan proses pemilihan parti itu yang diketuainya kali ini. Walaupun dengan pelbagai aduan, bantahan dan protes di depan ibu pejabat parti itu semalam, beliau menganggap desakan seumpama itu sebagai "biasa" kepadanya. 
 Cari makan macam macam-macam cara



MACAM MACAM CARA CARI MAKAN





PRK Teluk Intan: Dyana & Lim Kit Siang Dihalau Penduduk Melayu yang kurang cerdik