Pakatan lancar kempen bantah GST
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, kempen tersebut iaitu “Faham GST, Tolak GST” akan dilancarkan pada 20 Disember di Kelab Sultan Selangor Kuala Lumpur.
Ia akan disertai oleh pemimpin tertinggi parti temasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu Anwar berkata, sebuah jawatankuasa turut dibentuk dimana
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, Setiausaha
Publisiti Tony Pua dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly
Ahmad akan membentangkan satu kertas kerja bagaimana kempen anti GST
akan dilaksanakan.
Dalam pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan melaksanakan GST pada 1 April 2015 pada kadar 6%.
Bagaimanapun barangan asas seperti nasi, tepung, sayur, gula, ikan, ayam, garam, minyak masa, telur, daging, rempah ratus, cencaluk dan belacan adalah terkecuali. Begitu juga bagi perkhidmatan seperti pengangkutan awam, perbankan dan pendidikan.
Tindakan pelaksaan tersebut menyebabkan kerajaan diselar banyak pihak terutama PR apabila ahli parlimen parti itu menegaskan negara tetap akan berdepan dengan sitausi muflis dan pembaziran.
"GST akan menjadi punca bagi penyebab berlaku inflasi. Hasil kajian penyelidikan CIMB menunjukkan pelaksanaan GST akan menyumbang kenaikan inflasi sebanyak 5% kerana kelemahan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.
Putrajaya bagaimanapun mempertahankan pelaksanaan GST bukan sahaja mampu menguatkan ekonomi negara tetapi akan membantu golongan berpendapatan rendah.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan cukai GST tidak akan membebankan rakyat berpendapatan sederhana.
"Kesan pada golongan ini adalah neutral," Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksinya selepas pembentangan Bajet 2014, pada 25 Oktober lalu.
Sementara itu sebuah lagi jawatankuasa yang dibarisi Pengarah Strategi DAP Ong Kian Ming, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Pengarah Pilihan Raya PAS Mohd Hatta Ramli akan mengkaji pensempadan semula kawasan pilihan raya. - 3 Disember, 2013.