-
Selasa, 19 November 2013 01:39
-
Redzuan Shamsudin& Amiruddin Ahmad
-
Kemelut ulama atau profesional ditimbulkan semula dalam suasana kempen merebut kepimpinan tertinggi PAS.
Isu
yang telah selesai pada era ustaz Fahdil Noor itu sengaja ditimbulkan
oleh anasir-anasir di luar PAS apabila kesemua kerusi-kerusi penting
parti menempatkan calon dari kalangan ulama dan profesional. Kerusi
Timbnalan Presiden meletakkan Mat Sabu mewakili profesional dan Nik Amar
mewakili ulama, Naib Presiden Mahfuz, Salahudin dan Husam dalam
kelompok profesional manakala Tuan Ibrahim dan Abu Bakar Chik adalah
ulama. Begitu juga calon pemuda PAS Suhaizan Kaiyat dan Zulhasmi adalah
profesional sementara Kamarulzaman berpendidikan agama.
Walau
bagaimanapun istilah profesional itu sendiri pernah didebatkan dalam PAS
kerana ulama yang tinggi ilmu dan hebat dalam menyampaikan ceramah juga
dianggap profesional. Isu ini telah pun hilang buat sementara dalam
pemilihan 2011 lalu. Ketika itu pihak musuh - macai-macai Umno -
menggunakan istilah Erdogan pro Anwar dalam melabelkan kumpulan Mat
sabu, Mahfuz dan Husam. Manakala media pro Umno pula membuka ruang
kepada Nasharudin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan.
Isnin
lalu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengharamkan ahli dan
perwakilan PAS menari mengikut rentak musuh. Bermakna apa sahaja yang
dibawakan oleh pemimpin Umno dan media mereka haram dijadikan pegangan
oleh perwakilan dalam memilih saf kepimpinan.
Profesional, ErdoganPengharaman
itu amat wajar apabila label yang digunakan bertukar-tukar. Dari
profesional kepada Erdogan dan balik semula kepada profesional.
Sekiranya kandungan makanan dilabelkan seperti itu maka Kementerian
Kesihatan akan mengharamkan produk berkenaan kerana mengelirukan
pengguna.
Sesungguhnya musuh PAS amat terdesak untuk meletakkan
golongan yang tidak turun ke jalan raya menerajui parti. Mat Sabu
terlibat secara langsung dalam demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 manakala
calon Ketua Pemuda (sekiranya dipilih) Suhaizan Kaiyat terlibat
menjayakan demostrasi anti PPSMI yang menjadi duri dalam daging kepada
BN sehingga mereka memansuhkan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek
matematik dan sains. Selepas ini, idea menaikkan harga bahan bakar dan
barang keperluan pasti akan ditentang habis-habisan.
GST yang
akan dilaksanakan pada 2015 mungkin tertangguh sekiranya PAS mengerakkan
sejuta ahlinya berdemonstrasi saban minggu. Begitu juga idea untuk
mengurangkan jangka hayat kereta sehingga 12 tahun.
Malaysia
bukan lagi milik umno BN jika PAS dipimpin oleh aktivis. Rancangan untuk
menyembelih rakyat secara lebih meluas akan terbantut. Inilah
kebimbangan Umno yang mengerahkan pemimpinnya dan media arus perdana
menyerang dan membujuk perwakilan PAS.
Termasuk dalam rancangan
itu adalah adu domba perlaksanaan hudud di Kelantan. Tiba-tiba Annuar
Musa bebas melahirkan sokongan terbuka ke atas undang-undang hudud tanpa
dimarahi Najib Razak atau Dr Mahathir. Sejak bila Umno toleran kepada
Hudud? MCA pula menyalahkan DAP kerana tidak menentang Hudud. Shahidan
Kasim terbuka andai Hudud dibawa ke parlimen.
Strategi ini jelas
menunjukkan garis sokongan Umno kepada kelompok tertentu dalam pemilihan
PAS. Ia juga serampang dua mata, mengharapkan DAP akan melenting dan
memudahkan Umno mengipas perwakilan PAS agar mencadangkan parti itu
meninggalkan Pakatan Rakyat.
Hasan Ali Tiba-tiba
pula muncul idea untuk memasukkan semula bekas Naib Presiden PAS Dr
Hasan Ali ke dalam parti itu. Hal ini lebih pelik. Bagaimanakah seorang
pemimpin yang telah dipecat atas kesalahannya ingin dimasukkan semula ke
dalam parti. Tidak ada sesiapa yang wajar mendengar komen Hasan walau
apa pun alasannya. Hasan bukanlah pemimpin PAS yang berjasa. Beliau
masuk ke dalam PAS pada era Reformasi ketika parti berada dipuncak.
Hasan tidak sebaris dengan Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin dan sebagainya
yang menanggung jerih perih perjuangan ketika PAS dipulaukan masyarakat.
Hasan
Ali naik atas pengaruh Anwar Ibrahim yang mendekam di penjara. Kemudian
beliau menjadi penentang kuat Anwar di kalangan pemimpin PAS. Oleh itu,
ahli PAS sama sekali tidak boleh walak kepada Hasan dan memberi muka
kepada pemimpin ini untuk kembali.
Satu lagi yang menjadi ancaman
kepada pertimbangan perwakilan adalah kononnya Mat Sabu akan mengambil
alih jawatan presiden secara automatik. Hal ini juga ditimbulkan oleh
musuh PAS. Mereka tidak faham PAS dipimpin oleh Mursyidul Am dan Dewan
Ulama selain presiden. Calon pilihan raya PAS ditentukan oleh Dewan
Ulama sebelum diperkenankan Presiden. PAS akan tetap menjadi parti Islam
buat selama-lamanya tidak kira siapa pun presiden.
Sekiranya
ahli tidak mahu Mat Sabu menjadi presiden mereka boleh memilih ulama
lain untuk diletakkan di kedudukan itu. Barisan kepimpinan Pemuda PAS
telah menunjukkan sistem jawatan yang cantik untuk jadi panduan ahli.
Ketua
dan Timbalan Ketua Pemuda tidak mempertahankan jawatan. Jawatan bebas
diisi dengan tokoh-tokoh mengikut kehendak ahli. Cara ini juga boleh
dilakukan sekiranya dua tahun lagi Tuan Guru Hadi Awang ingin bersara.
Ahli PAS boleh mencadangkan sesiapa yang layak untuk dipertandingkan.
Mat Sabu akan kekal dengan jawatannya atau diturunkan.
PAS bukan
Umno yang jawatan tertinggi parti diambil alih timbalan. Sistem
pemilihan PAS telah teruji sejak sekian lama dan berjaya menaikkan
pemimpin berbakat untuk menerajui parti.
Kepada perwakilan,
pemilihan kali ini amat penting kerana barisan kepimpinan akan
menentukan rakyat terbela atau tidak. Sekiranya kepimpinan yang kurang
tegas dipilih maka 1001 cukai baharu akan menanti rakyat Malaysia. Pada
PRU ke 14 PAS pasti akan dihukum kerana tidak mampu membela rakyat
menghadapi penindasan BN.