Salah satu intipati Bajet 2014 sebelum ini yang dibentang oleh PM, Najib Razak;
Lantaran pada petang ini, sukacita saya
mengumumkan pula, bahawa Kerajaan juga bersetuju menambahbaik sebanyak
81 skim perkhidmatan dari pelbagai peringkat mulai bulan November ini. –
Bajet 2014
Pada 28 Oktober 2013, Berita Bernama. Satu pekeliling mengenai 81
skim perkhidmatan awam yang ditambah baik melalui Bajet 2014 akan
dikeluarkan bulan Noverber 2013. Penjawat awam diberikan peluang dari
segi peningkatan gred jawatan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr
Ali Hamsa.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang bersetuju
mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam. Ia ia telah sampai ke
peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan
persetujuan.
“Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita
bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua
jabatan dan ketua-ketua setiausaha,” katanya selepas perasmian
persidangan Capam 2013.
Berikut adalah senarai penuh 81 skim penjawat awam yang tersebar.
Sumber tak dapat dipastikan tetapi bolehlah sebagai maklumat sementara
mereka yang terlibat.
Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Harapnya penambahbaikan tersebut boleh melepasi atau menampung
kenaikan harga barang yang begitu hangat sekarang. Takkan ciput sangat
kan!!