[Kenyataan Media] Lee Chean Chung: Kerajaan Pahang Wajib Memulihkan Pilihan Raya Tempatan
Lee Chean Chung: Kerajaan Pahang Wajib
Memulihkan Pilihan Raya Tempatan
Kuantan:
ADUN kawasan Semambu YB Lee Chean Chung hari ini membidas Kerajaan Barisan
Nasional Pahang kerana Kerajaan Negeri enggan memulihkan pilihan raya tempatan
yang telah dimansuhkan semenjak tahun 1965.
“Dalam
sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas, salah satu soalan yang ditanya oleh
saya adalah berkenaan sama ada Kerajaan Negeri merancang untuk memulihkan pilihan
raya tempatan bagi memilih Ahli Majlis secara demokrasi.”
“Namun,
dalam jawapan bertulis yang diterima pada bulan ini, pihak kerajaan telah memberi
jawapan bahawa mereka tidak akan melaksanakan pilihan raya kecil di Negeri
Pahang.”
Chean
Chung berkata, jawapan yang diberi menunjukkan ego Kerajaan Negeri yang tidak
menghormati suara rakyat. Kerajaan
Pahang seharusnya meneladani Kerajaan Pakatan Negeri Selangor yang sedang
membuat persiapan bagi memulihkan pilihan raya tempatan.
“Tanpa pilihanraya tempatan, semua Ahli Majlis
akan dilantik secara terus oleh pihak kerajaan dan saya pasti bahawa kebanyakan
Ahli Majlis akan terdiri daripada warga Umno dan Barisan Nasional.
Persoalannya, Ahli Majlis berkenaan akan berkhidmat demi kepentingan parti atau
berkhidmat demi rakyat?”
“Itulah
punca utama projek pertukaran lalu lintas di bandar Kuantan telah diluluskan
oleh Ahli Majlis tempatan tetapi mendapat bantahan daripada penduduk Kuantan. Rakyat
sebagai pembayar cukai (tax payer) seharusnya diberi kuasa untuk memilih Ahli Majlis yang akan
memperjuangkan kepentingan rakyat.”
“Dalam
pelaksanaan GST yang akan membebankan rakyat, Perdana Menteri Dato Seri Najib
menegaskan bahawa GST telah dilaksanakan di 160 negara yang lain. Namun, kenapa
kerajaan tidak memulihkan pilihan raya tempatan seperti kebanyakan negara
demokrasi yang lain?”
Akhir
sekali, Chean Chung menegaskan bahawa Kerajaan Negeri harus memulihkan pilihan
raya tempatan dengan segera dan beliau akan terus memperjuangkan isu ini di
dalam Dewan Undangan Negeri yang akan datang.
Lee Chean Chung 李健聪
ADUN Semambu 士满慕州议员
ADUN Semambu 士满慕州议员
Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota 人民公正党英迪拉马哥打区部代主席
B-9766, First Floor,
Jalan Haji Ahmad,
25300 Kuantan,
Website: www.cheanchung.com
Twitter: @cheanchung
Twitter: @cheanchung