CIKGU KENA SOKONG BN? APA PUNYA PANDANGAN NI....

DARI AMENOWORLD KELAKAR NAK MAMPOS.MALAS AKU NAK ULAS PANJANG-PANJANG SEBAB TELAH DIULAS. AKU AMBIL TEKS INI SEBAB NAK TERANGKAN MINDA CIKGU-CIKGU



Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat mendedahkan ada segelintir guru yang mengajar dan menetap di Bahagian Sri Aman secara terang-terangan berkempen untuk parti Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas.

Atas dasar prihatin, beliau hanya merujuk nama beberapa orang guru kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Sri Aman sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

Jelas Masir lagi memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian.

Namun, atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang terlibat (guru) Ahli Parlimen Sri Aman itu tidak akan berbuat demikian.

Masir juga mahu para guru seharusnya memfokuskan kepada tugasan dan amanah diberikan kepada mereka dalam mendidik anak bangsa dan bukannya sibuk berpolitik.
 
Untuk rekod, ini artikel copy paste dari laman ini ==>  http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/08/masir-kujat-guru-yang-menyokong.html


Laman pro BN. Aku petik artikel tue, lepas baca, aku tergelak sambil terguling2 dekat seratus kali sebab kelakar nak mampos. Pandai dorang buat lawak eh.

Guru kena sokong BN = sebab kerja dengan BN.

BN = parti yang mentadbir negara neh. Yang di pilih melalui peti undi. Peti undi = pilihanraya = peluang yang datang 5 tahun sekali untuk tukar pucuk pimpinan pihak yang mentadbir dan menentukan hala tuju negara neh.

Ini bermaksud BN berada disitu sebab di undi. Mereka tak diletakkan disitu kerana diri mereka, tetapi kerana undian. Kebetulanya mereka menang setiap kali PRU, setiap kali mereka menjadi kerajaan pusat. Jadi adakah kerana itu mereka ada hak untuk besar kepala sampai menentukan secara peribadinya siapa patut seseorang GURU itu sokong dan siapa pula tidak?

Seseorang guru apabila dia bekerja dengan satu2 sekolah di bawah kerajaan Malaysia, dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang diuruskan oleh BN yang dipilih berdasarkan kepada proses demokrasi [PRU] di negara neh.

Bukan bermaksud dia bekerja dengan BN, tidak. Dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang di uruskan oleh BN yang terpilih menjadi pemerintah di negara neh melalui peti undi. Guru dibayar gaji oleh pembayar cukai, BN juga tiada beza. Kenapa? Sebab kedua2nya bekerja dengan KERAJAAN MALAYSIA. Bukannya BN yang bayar gaji guru2 tersebut.

Faham tak perbezaan neh? Tak faham? Takpe. Sebab aku dah terima nasihat. Kewujudan dan pemikiran2 bodoh sombong oleh sesetengah wakil2 rakyat pro UMNO dan BN bukan untuk difahami oleh aku, sebaliknya aku kena raikan. Raikan bukan bermaksud aku kena terima jika mereka zahirkan komen2 yang tidak cerdik, sebaliknya raikan dengan membuktikan betapa tidak cerdiknya pemikiran2 mereka dengan hujah.

Rumah pam rosak: Syabas gagal, Selangor biaya kos baik pulih

Rumah pam rosak: Syabas gagal, Selangor biaya kos baik pulih

SHAH ALAM 28 OGOS: Kerajaan Selangor kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali kerana kegagalan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

Selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.
MBKejadian terbaru berlaku semalam yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.

Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung kerajaan negeri.

Menurutnya, kegagalan berulang ini salah satu bukti kukuh Syabas tidak kompeten untuk menyelesaikan masalah berkaitan.

Ekoran itu, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi Syabas termasuk operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

“Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah,” kata Khalid dalam kenyataan.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55232

Ketua Wira Perkasa terus serang PM

Ketua Wira Perkasa terus serang PM

Abdul Aziz Mustafa, 29 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu murtad dan isu kalimah Allah pula.

Beliau mengaitkan kedua-dua isu itu dengan "betapa pentingnya kuasa yang menjadi penentu survival Islam Melayu di Malaysia ini".

"Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di Negara ini.

"Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang.

"Apakah ini umat Islam mahukan?" tulis beliau dalam posting bertajuk "Akibat daripada pimpinan yang lemah" dalam blognya http://irwanfahmi.blogspot.com

Ahad lalu, Irwan menuntut Najib meletak jawatan kerana disifatkannya gagal mengurus negara dengan baik.

Tuntutan itu dibuatnya dalam posting blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan".

Dalam posting tersebut, Irwan membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan".

"1Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti gagal.

"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat," tulis beliau.

Irwan juga dilaporkan berkata, Perdana Menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan.

"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius.

"Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Ordinan Darurat (EO) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.

"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya.

"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," kata Irwan lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.

"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam pilihan raya umum (PRU) lepas," katanya.

Pendirian Irwan tidak memeranjatkan kerana umum melihat pendirian tidak banyak berbeza dengan pendirian Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan yang disifatkannya tidak menghargai peranan mereka sebaik PRU berakhir.

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya," kata Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.

"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.

"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," kata Ibrahim lagi.