Kehebatan anak dan menantu dalam PAS - Nasrudin Hassan

Kehebatan anak dan menantu dalam PAS - Nasrudin Hassan

July 28, 2013
Sebentar tadi, saya menerima emel dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar, seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.


Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredebiliti ulama tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS. [Sebab itu gambar Tuan Guru Hj Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga diserlahkan dengan ketara.]
Saya memilih untuk respon artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

Justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini, malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]

Secara umumnya, semua bapa dan mentua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. Malah menjadi idaman setiap bapa dan mentua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.


Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam.
Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi saw yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq Rha sebagai bapa mentua Nabi saw yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw.
[Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mentua dan menantu dengan Nabi saw dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw]

Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila  berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.

Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam Umno yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis-habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN.

Akhirnya, Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib. Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihan raya ke-13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Ertinya, kejatuhan Pak Lah adalah faktor kelemahan dirinya sendiri dan Khairy bukanlah sasaran sebenar. Realiti ini dapat dilihat sejak awal selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, Khairy tidak lagi menjadi papan sasar mana-mana pihak dalam Umno mahupun dari pihak Tun Mahathir sendiri.

Kerana matlamat utama mereka hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan Pak Lah sudah jatuh. Maka tidak mengapa Khairy terus mengukuhkan penguasaan dan kedudukan politiknya dalam Umno dan BN.
Jika teori konspirasi  ini diguna dan dimaksudkan oleh Amin Iskandar sebagai main point dalam artikel Kebangkitan Pengaruh Menantu, ertinya Ustaz Zaharudin Mohamad bukanlah sasaran utama tetapi sebaliknya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sebagai sasaran mereka.  Persoalannya siapakah yang menyasarkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi?

Saya tidak percaya Tuan Guru Hj Abdul Hadi lemah sebagaimana Pak Lah walaupun telah wujud sebelum ini percubaan yang dilakukan oleh individu tertentu untuk melabelkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Sekali lagi saya kira tiada ahli PAS yang celik Gerakan Islam percaya dan menerima label yang diberi sedemikian rupa. Sebab itu percubaan tersebut bukan sahaja gagal tetapi terus lenyap ditelan jerebu yang melanda negara.

Apabila timbul isu kebangkitan pengaruh menantu ini dan percubaan menyamakan ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy dalam Umno membuatkan saya tertanya-tanya dan tercari-cari siapa yang berperanan sebagai Tun Mahathir untuk memukul Ustaz Zaharudin seperti Tun Mahathir pukul Khairy dahulu? Dan siapa pula yang akan mengambil tempat Datuk Seri Najib untuk dinaikkan kalau mereka berjaya menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi kelak?

Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar jamaah ini dipelihara oleh-Nya dari musibah dan porak peranda sedemikian rupa. Semoga mereka yang membangkitkan fitnah dan meniup segarkan fitnah itu dikurniakan petunjuk oleh Allah swt. Saya menafikan setiap spekulasi yang dikemukakan oleh Amin Iskandar dalam artikelnya dan ia adalah satu tanggapan salah jua merupakan satu fitnah.

Saya mengharapkan beliau menarik balik spekulasi yang beliau kemukakan kerana ia tidak berasas. Saya tidak tahu siapa yang salurkan maklumat sedemikian kepada beliau sedang beliau bukanlah pimpinan PAS yang boleh akses maklumat dalaman jamaah. Jika itu maklumat dipungut dari jalur internet atau ada individu tertentu yang salurkan maklumat kepada beliau, sekali lagi saya nafi kebenarannya bahkan ia adalah satu tohmahan yang tidak berasas.

Jika Amin Iskandar ingin meneruskan spekulasinya, beliau boleh berbuat demikian tetapi mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, ia kekal sebagai fitnah.

* Nasrudin Hassan merupakan Ahli Parlimen Temerloh merangkap Ketua Pemuda PAS.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

YTM YB TENGKU ZULPURI ADUN MENTAKAB MELAWAT PAIP


Masaalah air di Pahang ni bukan sesuatu yang baru. Malah aku telah menulis dalam Suara Keadilan berhubung dengan masaalah yang dihadapi baik dari Kuantan, sampailah ke penghujung hulu di pedalaman Felda Kemayan. dan paling dekat dengan Luala Lumpur iaitu Lanchang.

Semuanya menyatakan bahawa PAIP Pihak berkuasa air Pahang walau telah diswastakan, namun kualiti air amat teruk. Ketika aku berusia 7 tahun disekitar tahun 70an, sesedar aku ketika sekolah rendah di Pulau Pinang, ramai murid yang dahaga setelah bermain bolasepak minum air paip kerana yakin bahawa Pulau Pinang ketika tahun 70an sudah mempunyai bekalan air paip yang cukup bersih dan membuktikan bahawa air boleh diminum terus.

Namun jika anda ke Pahang sekarang ini, anda patut menadah air dahulu di dalam gelas sebelum anda berani meminumnnya. .......sebagai buktinya , anda boleh melihat permasalahan ini dimana kawasan dan tempat pemprosesan air nampak begitu ketinggalan .

Orang Pahang pula , sudah menerima hakikat jika berlakunya ketiadaan air hampir setiap bulan selama beberapa hari adalah sebagai perkara biasa. Ini menurut mereka , rakyat Pahang sudah menerima hakikat dan setiap rumah sudah bersedia dengan tangki air simpanan untuk anak cucu mandi ,cucian dan kegunaan harian. Malahan dalam musin kenduri kendara, mereka paling risau kalau-kalau pengantin tak dapat mandi wajib akibat ketiadaan air.

Apabila aku ajukan kepada Pak Jabit , seorang pelakon dan juga seorang aktivis yang seringkali mengkritik PKR bahagian beliau , iaitu Temerloh, beliau menyatakan bahawa PKR tidak peduli semua itu, malahan menyatakan bahawa Melayu ini cerdik sikit dari orang asal...Ya ka Pak Jabit? Melayu cerdik sikit dari orang asal? Beliau menyatakan bahawa orang Pahang ini suka bercakap di kedai kopi dan kuat mengeluh , tetapi takut untuk nak menyuarakan apa yang terpendam. "Tak ada air pun tak apa lah...nak buat macamana. Kita dah adukan ke YB. YB Amano...."

Terfikir aku, patut la payah sangat nak menang, rupanya Umno ini di Pahang macam tokong....kah..kah..kah
PKR bagaimana pula?? masih wujud atau tidak???? Elok cari lain la.....




 IMG_7938.JPGIMG_7934.JPG


Nor Azida bt Abd Rahman , penolong pengurus PAIP daerah Temerloh .Terima kasih diatas keperihatinan melawat dan air adalah asas bagi benda hidup, terutamnya manusia.

Encik Basir penolong operasi daerah Temerloh .

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=9a4a476b83&view=att&th=140147ea365fe20e&attid=0.1&disp=inline&realattid=b1cb9879c4e6ea71_0.1&safe=1&zw&saduie=AG9B_P_lUGaWGohfqK_SO2cbj-oP&sadet=1374995439612&sads=qdtfj_Jdp2tiLiU0-KMAsQ0SkoY&sadssc=1

Kebangkitan pengaruh menantu dalam PAS..


 ADA JUGA YANG BAGIM KOMEN KAT AKU YANG TAK AKU SIARKAN BAGAIMANA ANAK ORANG PAS PUN ADA YANG PAKAI PORCHE. SEBAB AKU TAK SIARKAN KERANA AKU KURANG PERCAYA . KALAU KATA ANAK ORANG Umno PAKAI PORCHE...MALAH LEBIH DARI ITU AKU TAU ORANG MALAYSIA PUN TAU. JADI BIAR DULU KALAU-KALAU ADA SESIAPA YANG NAK MENGESAHKAN BETUL ATAU TIDAK.



Sebelum Pilihan Raya 2013, nama Zaharudin Muhammad, menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum kecuali bagi mereka yang aktif dalam PAS.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.

Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama.

Golongan profesional yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu mempunyai satu kekurangan oleh kerana hampir semua kalah dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Selain Mohamad yang kalah di kerusi Parlimen Pendang, Salahuddin Ayub tewas dikedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.

Datuk Husam Musa kalah di kerusi Parlimen Putrajaya tetapi menang di kerusi DUN Salor, Bagaimanapun, Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakob.

Dr Dzulkefly Ahmad pula kalah di Parlimen Kuala Selangor.

"Ini memberikan peluang besar kepada Zaharudin dan golongan yang tidak gembira dengan penguasaan profesional dalam PAS untuk menang," kata satu sumber dari kepimpinan tertinggi PAS.

“Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas. Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat pengumuman “mengejut” pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," katanya.

Isu Kota Damansara 

Zaharudin yang dikenali sebagai Din Ayam itu disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara - sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila PAS turut sama bertanding melawan calon PKR, Umno dan tiga lagi calon bebas.

Hasilnya calon BN, Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding.

Jika dihitung undi yang diterima oleh Nasir 14,860 dan calon PAS Rizuan Ismail 7312, dengan mudah calon PR boleh menang besar dengan 22,172 undi.

Sumber dalaman PAS Selangor memberitahu The Malaysian Insider Zaharudin menggunakan latarbelakang sosialis Nasir sebagai alasan untuk mempengaruhi Abdul Hadi menandatangani watikah Rizuan walaupun Datuk Mustafa Ali yang mengepalai PAS dalam rundingan kerusi antara parti PR sudah bersetuju Presiden PSM itu sebagai calon Kota Damansara dengan menggunakan tiket PKR.

“Bila Nasir menang atas tiket PKR pada 2008, Zaharudin yang menetap di seksyen 8 Kota Damansara tak berpuas hati.

Katanya Nasir tidak cukup Islam, tidak selalu di masjid dan memuja Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin yang merupakan tokoh-tokoh komunis,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

“Mustafa Ali terpaksa turun ke Kota Damansara berceramah bersama Dr Nasir untuk jelaskan kedudukan sebenar kepada orang ramai akan tetapi program itu diboikot oleh PAS kawasan,” tambah beliau merujuk kepada Setiausaha Agung PAS.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi menyelar calon PKR yang dikatakan bermahzab sosialis walaupun tidak menamakannya secara terbuka.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? “Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Rusia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin dalam sebuah klip video di Youtube.

Abdullah-Khairy

Isu Zaharudin ini mengingatkan kita tentang kisah bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang dikatakan dipengaruhi dengan kuat dalam pelbagai perkara oleh menantunya, Khairy Jamaluddin semasa memimpin Malaysia.

Khairy disalahkan oleh pembesar-pembesar Umno yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menjadi punca BN gagal mengekalkan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen pada Pilihan Raya 2008 dan kehilangan penguasaan terhadap beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain gagal merampas Kelantan.

Akibatnya, Abdullah terpaksa bersara lebih awal pada 3 April 2009 untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya.

Abdullah kini sudah bersara daripada politik Malaysia akan tetapi Khairy masih bertapak sebagai Ketua Pemuda Umno dan dilantik sebagai menteri belia dan sukan selepas Pilihan Raya 2013.

Pilihan Raya 2013 juga menyaksikan keputusan merosot PAS apabila hanya mendapat 21 kerusi Parlimen berbanding 23 yang mereka perolehi pada 2008.

Rakan-rakan PR lain DAP dan PKR masing-masing mendapat 38 dan 30 kerusi pada 5 Mei lalu.

Negeri Kedah yang dikuasai PAS pada 2008 juga tumbang pada 2013 dan kedegilan Abdul Hadi yang tidak mahu menggantikan Tan Sri Azizan Razak dengan nama lain sebagai calon menteri besar negeri jelapang padi itu dikatakan menjadi penyumbang utama kekalahan.

Apakah isu menantu Abdul Hadi ini akan turut menjadi punca kejatuhan Ahli Parlimen Marang itu?

Setakat ini masih belum nampak kerana kuatnya pengaruh Abdul Hadi yang dianggap sebagai ulama berpengaruh dalam parti Islam itu.

Ketua Pemuda PAS Gombak nak jadi Hero tapi jahil undang-undang, dan buta politik

 DARI ASD

Sebelum itu.. Dalam hal ini untuk meletakkan kesalahan 100% kepada TG Haji Hadi adalah tidak wajar kerana beliau bercakap berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh orang-orang sekelilingnya..

Cuma silapnya TG Haji Hadi dalam hali ini ialah beliau gagal mendapatkan maklumat dari sumber lain untuk mengesahkan berita yang diterimanya itu.. mungkin faktor kekangan waktu yang menghalangnya pada masa itu..

Biasalah.. Pemimpin-pemimpin kita ni.. bila diaorang dah ketandusan isu apa saja yang kita sampaikan kepada mereka (kita disini maksudnya yang rapat dengan mereka), mereka akan cakap saja dalam ceramah..

Sama seperti maklumat yang Presiden PKR dapat semasa PRU13 lalu.. bezanya maklumat yang Presiden PKR perolehi itu disiasat dulu sumbernya dan kesahihannya..

DS Wan Azizah diberikan beberapa keping gambar yang menunjukkan puluhan buah bas diletakkan di sebuah kawasan letak kenderaan yang luas kononnya sedang menunggu pengundi hantu diturunkan di lapangan terbang untuk dihantar keseluruh Semenanjung.

Beliau menerima gambar itu semasa berada di Yayasan Aman, Penanti... secara kebetulan aku juga berada di bangunan itu pada hari itu..

Jadi diserahkannya gambar itu kepada aku dengan bangganya oleh Setiausaha PKR Permatang Pauh, minta aku draft kenyataan media bagi diadakan sidang media mengenai gambar itu..

Seperti orang mengantuk disurungkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang... he.. he.. he.. memang aku suka sangat nak buat kerja belasah UMNO/BN tu..

Walaupun begitu aku tak terus menyerbu membabi buta.. aku cari dulu sumber asal gambar tu..

Hasil cariannya didapati gambar tersebut bukanlah dirakamkan di dalam Malaysia tapi diluar negara..

Bila Presiden tanya "Mana Press Statement nya?"..

Jawab aku.. "Press Statement apa bendanya.. gambar tu bukan dirakan dalam Malaysia tapi di US pada tahun 1992 dulu...."

Ha.. nasib baik aku tak bedal terus UMNO hari tu.. kalau tak mungkin Presiden aku pun kena saman dengan UMNO/BN pasal fitnah..

Itu pasal Presiden PKR dan aku.. ini pula adalah kenyataan balas Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyatan Ketua Pemuda PAS Gombak


Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.

Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respons daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".

JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang.

Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh.

Namun, Ketua Pemuda Gombak nampaknya telah ingkar dengan saranan Timbalan Ketua Pemuda beliau sendiri.

Kenyataan jahil undang-undang sebegini tidak akan timbul jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan komen sebegini.

Apatah lagi, Ketua Penerangan di kawasan beliau sendiri adalah graduan undang-undang.

Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya lebih selesa untuk berlagak seperti hero membela Presiden.

Lebih-lebih lagi tatkala PAS akan berhadapan pemilihan pimpinan pada muktamar tidak lama lagi.

Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang.

Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman.

Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan. Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden.

Justeru, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Jila dilihat kepada kenyataan ugutan itu, ia timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin memuncak.

Maka sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.

Jadi, hanya mereka yang buta politik sahaja akan bersikap gopoh dan melompat terkinja-kinja untuk melayan kenyataan politik sedemikian.

Apatah lagi, melayan kenyataan politik sedemikian hanya akan memberikan bola tanggung kepada Barisan Nasional untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa.

Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.

Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut.

Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.

Perlu diingat bahawa JUHAM hanya akan memberikan respon kepada sesuatu isu undang-undang yang mempunyai merit di sisi undang-undang dan berlandaskan fakta, bukannya melayan karenah politik murahan sebegini.

Oleh itu, jika Ketua Pemuda Gombak ingin terus dilihat sebagai hero, silakanlah dengan segala hormatnya.

Namun, janganlah diheret sama JUHAM, Lajnah Undang-undang serta peguam PAS dalam karenah politik sebegini.

Ini kerana JUHAM tidak berminat dengan politik murahan menjelang pemilihan nanti tatkala pihak JUHAM sedang sibuk dengan pelbagai isu undang-undang yang lain terutamanya Petisyen Pilihan Raya yang sedang rancak berjalan di seluruh negara.

JUHAM dan para peguam PAS sudah lali dan sudah terbiasa dengan rasa tidak dihargai atas segala keringat yang kami curahkan walaupun tenaga serta harta kami dilaburkan tanpa henti.

Semuanya kerana Islam, PAS serta Presiden yang kami sayangi. Para peguam PAS tidak terbiasa dengan kenyataan bersifat "membodek" untuk mempamerkan rasa cinta kami kepada Presiden.

Hanya tenaga serta harta yang kami curahkan menjadi saksi di hadapan Allah SWT.


Noorazmir Zakaria
Ketua unit