10,000 rakyat Sulu sertai pertempuran di Sabah, dakwa pegawai MNLF

10,000 rakyat Sulu sertai pertempuran di Sabah, dakwa pegawai MNLF

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
March 05, 2013
Penyokong Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memegang sebuah poster semasa protes di hadapan Masjid Biru di Taguig, Filipina pada 1 Mac 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 5 Mac — Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.


Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.
“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.



Namun Inquirer turut melaporkan penafian berkenaan pergerakan tersebut daripada Ketua Angkatan Tentera Mindanao Barat Lt. Gen, Rey Ardo, dan juga pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Mujib Hataman.

Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka tidak pasti berkenaan perkara itu.

Jelas Mudjahab, bagaimanapun, 10,000 Tausug daripada Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah meninggalkan Filipina sejak malam tadi dalam menggunakan bot pancung melalui “pintu belakang selatan.” - laluan yang menjadi laluan pelayar.

Pegawai rasmi MNLF berkata halangan tentera laut juga tidak akan berkesan kerana mereka tidak biasa dengan perairan tersebut dan boleh melepasinya tanpa rasa curiga.


“Ia soal maruah dan harga diri, dan orang-orang kami sedia untuk berkorban,” tambahnya.
Awal hari ini, pemimpin MNLF,  Nur Misuari menafikan penglibatan dalam ketegangan di Sabah dalam satu sidang media, yang masih berterusan.




Penyanyi Yasin di ugut bunuh

Penyanyi Yasin di ugut bunuh

March 5, 2013 oleh  
Di dalam kategori Cari Pasal, Gosip, Panazzz, TV
yasin 1

Penyayi dan  komposer terkenal Yasin telah menerima ugutan bunuh selepas memuat naik lagu berjudul Reformasi nyanyiannya ke laman YouTube.Menurut beliau perselisihan faham adalah perkara biasa dalam kariernya namun ugutan bunuh adalah satu perkara yang serius.


yassin 2

yassin 3

Amaran juga diberi kepada pengguna dan pengunjung  mana-mana laman sosial sekalipun agar tidak sewenang-wenangnya memberikan komen berunsur ugutan dan fitnah sebelum beliau bertegas untuk ambil tindakan undang-undang.

Buat masa ini beliau tidak bercadang  untuk membuat laporan polis ke atas dua individu yang telah mengugutnya  dengan mesej supaya sesiapa sahaja haruslah menghentikan budaya tidak sihat ini kerana ia secara terang terangan membawa impak yang negatif kepada diri sendiri .


Jelasnya lagi dia tidak membuat sebarang kesalahan dengan hanya meluahkan perasaan melalui lagu dan tidak kira parti mana pun kita sokong  pertelagahan tidak seharusnya berlaku dan menegaskan kepada semua bahawa dia tidak terlibat dalam mana-mana parti politik tetapi hanya di lantik sebgai duta  malah dia tidak berminat untuk bergiat aktif dalam politik.


Tragedi Lahad Datu: Najib mengaku gagal jaga keamanan negara

 

 

 

Tragedi Lahad Datu: Najib mengaku gagal jaga keamanan negara

KUALA LUMPUR 5 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui gagal menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

Pengakuan itu terkandung dalam kenyataan beliau yang disiar beberapa portal berita pagi ini.
Ia khusus berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah hingga berlaku pertumpahan darah dan kematian anggota keselamatan negara.


najib-pening“Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh,” kata Najib dipetik.

Sebelum ini, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal bagaimana pencerobohan di Lahad Datu berlarutan hingga dua minggu tanpa tindakan serius Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri.

“Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata berlarutan selama dua minggu.

“Bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi dan kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu?” soal Azmin.

Semalam, Pakatan Rakyat syorkan supaya sidang meja bulat diadakan bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan negara.

Pakatan juga mahu sidang Parlimen khas diadakan berhubung tragedi pencerobohan itu.
Pada 1 Mac lalu, satu pertempuran antara anggota keselamatan dan penceroboh di Lahad Datu telah berlaku sehingga mengorbankan dua anggota keselamatan.

Seramai 100 penceroboh dianggar berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan polis menyatakan kumpulan itu juga menyusup ke dua kampung di Kunak yang terletak di antara Semporna dan Lahad Datu.

Dalam kenyataannya, Najib berkata, tentera Malaysia melakukan serangan pagi ini.
Namun, serangan yang dilancarkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu  jam 7 pagi tadi  hanya dibuat selepas kumpulan penceroboh bersenjata dari Sulu itu dibiar berada di negara ini selama dua minggu dan setelah lapan anggota keselamatan termasuk polis, terkorban.


Dilaporkan, beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan berkenaan.


Sejak jam 7 pagi, empat bunyi bom kedengaran dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46449


Kesultanan Sulu tidak bincang dengan pembangkan RADIOg

 

 

Kesultanan Sulu tidak bincang dengan pembangkang

Harakahdaily, 05 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Di sebalik bermacam tuduhan oleh kerajaan kononnya kehadiran penceroboh di Sabah ada kaitan pembangkang, Kesultanan Sulu pula tampil menafikannya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com semalam, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” katanya kepada agensi berita online Filipina itu.

Penafian itu sekaligus menolak dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini kononnya kedatangan penceroboh yang mendakwa penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu atas 'pelawaan' pembangkang.

Ianya termasuk laporan berita yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 2 Mac lalu dengan tajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala Buletin Utama TV3 pula menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu.

Pada masa sama Puteri Jacel Kiram juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.

BN Johor goyah, PR peluang menang 20 kerusi Parlimen

BN Johor goyah, PR peluang menang 20 kerusi Parlimen
4 March 2013



KULAI, 4 MAC: Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasanya di Johor malah di Malaysia mungkin sudah terjawab apabila satu kajian menunjukkan wujud peningkatan mendadak sokongan pengundi Melayu dan Cina negeri itu kepada Pakatan Rakyat (PR).

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran berkata, analisis yang dilakukan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong itu menunjukkan peningkatan sokongan 30 peratus dan 75 peratus bagi pengundi Melayu dan Cina negeri itu.

“Tidak dapat dinafikan bahawa angin perubahan bertiup kencang di Johor. Cuma persoalannya, ukuran sekuat mana angin perubahan itu cuma dapat dilihat pada keputusan pengundian nanti.
“Tidak ada jaminan lagi samada kali ini BN boleh menyelamatkan calon mereka di Johor yang dikenali sebagai kubu kuat mereka,” kata beliau.

Melalui analisis itu, berikut adalah kemungkinan yang boleh berlaku di Johor dengan mengambil kira sokongan pengundi India kepada PR adalah konsisten:

-Jika undi Melayu 25 peratus, Cina 65 peratus, PR boleh menang 1 kerusi Parlimen
-Jika undi Melayu 30 peratus, Cina 70 peratus, PR boleh menang 6 kerusi Parlimen
-Jika undi Melayu 35 peratus, Cina 75 peratus, PR boleh menang 16 kerusi Parlimen
-Jika undi Melayu 35 peratus, Cina 80 peratus, PR boleh menang 20 kerusi Parlimen

Dalam pada itu, Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menempelak tindak-tanduk Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang sering melakukan serangan dan dakwaan jahat ke atas DAP-PR.
“Soi Lek sering memainkan sentimen dan momokan jahat untuk menakutkan pengundi Cina. Dia memberi amaran bahawa PAS akan menjadi ‘bos’ kepada PR jika menang Putrajaya. Ini termasuk dakwaan PR akan melaksanakan hudud dan sebagainya,” ujar beliau.

Menempelak keras dakwaan itu, Kulasegaran berkata, dasar yang akan dilaksanakan PR jelas apa yang terkandung dalam Manifesto Rakyat.

“Semua parti dalam PR menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Yang peliknya, MCA kata PAS akan jadi bos, UMNO pula kata DAP akan jadi bos. Mana satu yang betul?


“Ini menunjukkan mereka ketandusan idea, walaupun lama memerintah, hujah mereka tidak matang,” tambahnya.-Roketkini.com


Marhaintua: Yang Bertanding & Bertandang (1) LM

Pada kali ini, gugusan Kepulauan Melayu sudah gawat.

Entah bila agaknya Malaysia menghadapi pilihan raya ke-13 (PRU-13)? Ramai pemimpin politik Malaysia mengatakan PRU-13 itu akan diadakan sebelum tamat tempoh kuasa kerajaan Barisan Nasional /UMNO sebelum April 28, 2013.

Akan tetapi ada beberapa tokoh pemimpin di Filipina mengatakan PRU 13 itu akan diadakan pada bulan Jun nanti. 

Isu Lahad Datu: Najib didesak dedah ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu


  • Isu Lahad Datu: Najib didesak dedah ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya.

“Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita.
“Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu,” kata Johari ketika dihubungi.

Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis. Dari facebook Esmail D. Kiram 11.
Gambar Esmail Kiram II dengan Najib dalam satu majlis. Dari facebook Esmail D. Kiram II.

Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk ‘Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia’, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

“Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang,” katanya dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.
“Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai ‘hero’ apabila menyelesaikan isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini, negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri Nur Misuari,” kata Johari.

“Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa,bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib sebagai lembap.


“Apa sudah jadi dengan jabatan perisikan, Cawangan Khas (SB) dan macam-macam lagi. Adakah mereka tidak lagi berfungsi atau hanya untuk pantau isu politik sahaja.

“Sudah 23 hari mereka (pengganas) ada di Lahad Datu, kenapa lembap sangat kerajaan bertindak. Ini umpama penceroboh masuk rumah kita, takkan kita nak diamkan,” tempelak Johari.