Dua pelawak ini mempermainkan menifesto politik.Kita tidak tuduh manifesto sesiapa, tetapi rasa-rasanya cuba mengutuk manifesto Pakatan kot...kalau macam itu, jika ada sesiapa yang terasa elok juga kita menghantar mesej jelas kerana yang menentukan siapa pelawak sekarang ini adalah atas sokongan rakyat tanpa fahaman kepartian.hiburan tetap hiburan, tetapi kalau lawak bodo cam ni rasanya tak lawak tu....fikir-fikirkan lah wahai rakyat....
Anwar Ibrahim: UMNO Barisan Nasional, Jangan Ingat Rakyat Lembu!
Anwar Ibrahim: Mahathir Saya Pun Maafkan, Tapi Tidak Bermakna Dia Boleh Buat Apa.....
Harun Taib Pun Menolak Projek Ku LI Sebagai PM?
Harun Taib Pun Menolak Projek Ku LI Sebagai PM?
Tulang Besi baru
mendapat satu maklumat yang mengejutkan. Namun Tulang Besi tiada bukti
cumanya sumber Tulang Besi itu solid dan kuat.
Sumber Tulang Besi
memberitahu Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib tidak bersetuju
dengan cadangan menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Beliau tak tergamak menghina diri beliau untuk menjayakan projek gila ini.
Sememangnya Tulang Besi
sebelum ini menyangka Ustaz Harun Taib adalah sebahagian dari konspirasi
ini, tapi rupanya beliau sekarang ini menjadi liabiliti kepada
pencadang2 projek gila ini.
Ertinya di kalangan geng perpaduang pun tidak sehati sejiwa dalam menyokong projek gila ini.
Walaupun Ustaz Harun
Taib dikenali sebagai anti Anwar Ibrahim dan antara penyokong tegar
gagasan PERPADUANG dengan PAS, namun dia tak sanggup menyokong idea yang
bakal membunuh PAS samasekali.
BUTIRAN BERKENAAN PROJEK KU LI JADI PM
Beberapa butiran berkenaan projek KU LI jadi PM ini:
1.0 PAS akan memastikan Ku Li menang tanpa bertanding dengan tidak meletakkan calon di Gua Musang2.0 Selepas itu, Ku Li akan diarak seluruh Malaysia sebagai calon Perdana Menteri (tapi tak sebut Perdana Menteri bagi parti mana satu, PR atau BN)3.0 Apabila menang, Ku Li akan angkat sumpah dan jadi PM manakala Anwar tak tau letak di mana4.0 Mungkin selepas dua tahun Ku Li akan letak jawatan dan Anwar boleh ambil alih, tapi tiada jaminan
Rasanya sesiapa yang
waras pemikiran akan melihat betapa gilanya idea ini. Soalan pertama
adalah kalau Ku Li ditabalkan sebagai PM, parti manakah yang dia wakili?
Pakatan Rakyat atau Barisan NAsional?
Kalau Pakatan Rakyat,
sudah tentu lah cadangan ini harus dibincang di mesyuarat Pakatan Rakyat
dan wajiblah mendapat persetujuan PKR dan DAP. Adakah PKR dan DAP akan
hilang kesiuman mereka untuk memberikan sokongan mereka kepada idea gila
ini?
AKIBAT PROJEK GILA INI
Sebaik sahaja PAS
isytihar Ku LI calon PM, PAS akan kalah di SEMUA KERUSI MELAYU. Dan di
kerusi2 campuran, calon2 PAS akan tergolek menyembah bumi apabila
pengundi2 Cina dan India beramai2 menolak PAS.
Agaknya inilah kehendak
dan kemahuan Ustaz Harun Din serta Che Gu Mustafa Ali. Mereka mahu
memberi kemenangan percuma kepada Ku Li dan juga kepada UMNO Barisan
Nasional dengan melaksanakan idea gila seperti ini.
MULUT CAKAP ISLAM TAPI HATI MASIH ASSABIYYAH MELAYU
MULUT CAKAP ISLAM TAPI HATI MASIH ASSABIYYAH MELAYU
Bagi Tulang Besi,
walaupun Ustaz HArun Din ini bercakap agama dan bersyarah agama, tapi
jiwa Harun Din ini masih tebal dan kuat dengan fahaman assabiyyah
Melayu.
Harun Din dan Mustafa
Ali ini tidak faham. Perpaduang Melayu ini tidak membantu Melayu. Yang
membantu Melayu adalah PERSAINGAN MELAYU YANG SEHAT. Parti mana yang
bijak memerintah, bersih, amanah, tidak korup maka parti itu akan
memimpin orang Melayu.
Mana2 parti yang remuk dan rosak, maka parti itu patut ditukar tidak kira parti itu 100% Melayu atau tidak.
Nasihat Tulang Besi pada
Ustaz Harun Din dan Mustafa Ali, berentilah berlakon. Eloklah kamu
berdua isytihar masuk UMNO dan berhenti jadi duri dalam daging.
Ucapan tahniah kepada
Ustaz Harun Taib kerana tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja
gila seperti ini. Namun, Tulang Besi tidak pasti samada Ustaz Harun Taib
masih lagi pro kepada agenda perpaduang Melayu bersama UMNO atau tidak.
Yang pastinya, projek gila melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri
sedang menuju kepada kegagalan.
Bulan enam nanti para
perwakilan PAS wajib membersihkan PAS dari segala anasir-anasir jahat
yang hanya merosakkan parti dan menguntungkan UMNO seperti mereka ini.
TULANG BESI
YEN YEN PULA DIMALUKAN DI MELAKA OLEH MASYARAKAT CINA
Ketika berkempen di melaka merayakan Chap Goh meh..Yen Yen dimalukan dengan beberapa sorakan Boo dari kaum Tionghua yang mempertikaikan peranan Bn membantu rakyat.