LAGI KEJAYAAN RAKYAT LAWAN PEMERINTAH


 

 

Kejayaan rakyat, pelabur terbesar Rapid Pengerang tarik diri

 


 

 

 











KUALA LUMPUR 27 JANUARI: Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.
“Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.





“Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan  penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.
BASF pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu.
Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid.
Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang kini mencari rakan niaga baru.
Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid.
Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan.
“Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan,” kata Hasnul.

Lajim yakin 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan

Lajim yakin 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan

(Oleh Norutul Ilham)
GEMAS 28 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin, yakin 18 kerusi Parlimen negeri itu akan berjaya dirampas pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Katanya, rakyat Sabah berani membuat perubahan walaupun diugut pelbagai cara oleh Umno BN.




“Sudah lama saya sertai politik, daripada umur 31 tahun. Kali ini melihatkan kebangkitan rakyat Sabah, saya yakin sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen Umno akan tumbang.

“Kalau kamu ke Sabah sekarang, tanya mood mereka, moodnya seperti tahun 1995 ketika berlaku perubahan kuasa,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam tadi.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, perjuangannya dalam karier politik untuk menentang Umno berlandaskan prinsip keadilan demi rakyat Sabah.
“18 tahun saya bersama Umno, tapi langsung tiada kemajuan dan pembangunan. Dulu gaji saya RM40,000 tapi sekarang 4 sen pun tak ada.



“Sabah adalah negeri paling kaya dengan hasil minyak sahaja RM20 bilion setiap tahun, tapi jalan raya, air ada masalah, elektrik tiga kali seminggu terputus, bukan salah ibu mengandung, tapi salah pilih kerajaan yang ada sekarang,” katanya disambut gelak 10,000  hadirin.
Tambah Lajim, sikap berterusan Umno itu akan membawa padah dalam PRU akan datang kerana rakyat Sabah sudah hilang kepercayaan kepada mereka.


“Walaupun Tun Mahathir (Mohamad) sendiri pergi kempen ke Sabah, sudah tiada guna. Kerana beliau sendiri akan tenggelam dengan labu-labunya,” katanya.
Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort.

Beliau menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan Rakyat.
Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga menyokong Pakatan.


PPPS dan APS menjadi wadah bagi memastikan negeri yang kaya sumber alam tapi paling miskin di Malaysia itu, ditawan Pakatan pada PRU 13.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43952

5 tahun saja jika langkah PR sumbang (LM)

PR langkah jangan sumbang

Di Pasir Gudang Johor, ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman.

Di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.