JOM TURUN...JANGAN JAGA PERUT DAN DIBAWAH PERUT....KALAU NENEK 61 TAHUN BOLEH TURUN..YANG MUDA-MUDA JANGAN JADI PENAKUT. DULU MUNGKIN ADA ALASAN TAK DAPAT KEBENARAN..TAKUT KENA TANGKAP..ANAK BINI TAK MAKAN...KALI INI TELAH DIBERI KEBENARAN....MAKA TURUN LAH....
DEEPAKGATE
SALMOMGKOL AK47
Isu yang besar sekarang ialah Deepakgate- yakni pendedahan Deepak mengenai penglibatan keluarga Tun Razak( Najib, Johari, Nazim) dalam menyelesaikan masaalah lapuran berkanun Balasubramaniam. Peguam Tan Sri yang mempunyai the highest of professional integrity- kalau dia honourable, mesti tampil kehadapan dan mengaku dia buat SD2 yang tidak bertika. Dia tidak berdepan bersemuka dengan Bala dan Bala bukan anakguam dia. Dia hanya berkomunikasi dengan seorang adik Dato Najib yang peguam. Setahu saya adik Najib yang peguam hanya Johari dan dia dulu pernah kerja se firma dengan lawyer Tan Sri berkenaan.
Dan
pendedahan Deepak mengenai bagaimana 223 tanah milik rakyat yang telah
amanahkan kepada MINDEF telah di jual kepada Raja Ropiaah seorang pemimpin
wanita UMNO. Juga dalam pamphlet Black Rose 01, kita membaca pendedahan
mengenai kemungkinan penglibatan Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.
Isiu
inilah yang memakutkan semua orang di NST- lubuk dan sarang pengampu Najib
nombor satu. Macam mana mau selesai ini isiu? Maka berhimpunlah segala bloggers
pro UMNO yang digaji oleh UMNO( 28-30 semua nya) memecahkan kepala bagaimana
mahu selesai ini isiu.
kita
tahu mutu kumpulan hanyalah perjumlahan mutu blogger2 individu. Kita tak perlu
takut dengan mereka. Kalau pemain tennis, tak layak main di Wimbledon, kalau
peninju tomoi atau muay thai, tak layak bertinju di Lumpini Stadium. Kalau peninju
belum boleh masuk Madison Square Garden.
Mereka
akan lakukan apa yang biasa dilakukan. (1) akan menghina dan mencerca deepak
dengan memusnahkan kredibiliti deepak. Orang yang tidak boleh dipercayai, tak
kenang budi, keciwa tak dapat kontrak besar dan sebagainya.
(2)
akhirnya, mereka akan guna senjata sulit mereka- melakarkan apa yang Deepak
lakukan sebagai sebahagian dari rencana besar bangsa bukan Melayu untuk
menaklok bangsa Melayu. Kalau orang seperti Deepak, dan PR memerintah, maka
musnahlah semua Melayu, Negara ini jadi Repablik Raja Melayu hancur lebur,
Agama Islam akan musnah dan kepentingan ekonomi orang Melayu tidak akan dapat
dilansungkan.
Apa
ekonomi Melayu? Beri tanah 223 ekar milik kerajaan dan bayaran pendahuluan RM27
juta? Kemudian membrokerkan supaya Deepak Jaikishan dapat berpakat dengan Raja
Ropiah? Melayu apa ini?
Memanglah
Pak Lah yang pecah tanah untuk memulakan projek rahsia ini. Maklumlah Puspahanas
pusat kajian yang rahsia rahsia. Sehinga dimana letak nya pun rahsia. Inilah pertama
kali dalam dunia, kita lihat kerajaan sebuah Negara meluluskan sebuah projek
halimunan- kita tak tahu mana benda Allah tu. Dimana woi, wok?
Yang
kerajaan dah serah body dan budi ialah 223 ekar tanah di Bukit Raja Kelang dan
RM27juta. Ini drawdown apa atau pendahuluan apa? Kita akan tahu nanti. Dengan tanah
itulah orang melayu Raja Ropiaah dapat berjuta juta dari Deepak dan Guppyunit
Sdn Bhd.
Mak ai- rayo koling kito kata orang Negeri Sembilan.
Mak ai- rayo koling kito kata orang Negeri Sembilan.
Tanah itu sepatutnya diletakkan dalam sebuah syarikat bersifat escrow- pegang sementara sehingga syarat terpenting dilakukan. Iaitu bila puspahanas disiapkan barulah tanah itu jadi milik raja ropiaah.
Soalan---
kalau raja ropiaah dapat jual tanah tersebut, bererti hakmilik kepada 223 ekar
itu sudah Raja Ropiaah punya. Macam mana ini boleh berlaku tanpa kerjasama dan
pakatan jahat orang dalam mindef?
Apa
yang menyebabkan Deepak berani membayar kepada RR sedangkan tentu sekali di
buat due dilliegence dan tengok dokumen yang RR ada untuk menyatakan bahawa 223
itu aku ahmad albab yang punya, bukan
kamu punya?
Deepak
lakukan 2 perkara. Besar kemungkinan RR telah menunjukkan award letter yang dia
dapat projek untuk buat RM100 juta Puspahanas. Dan sebagai imbuhan dia akan
dapat 223 ekar tanah yang dia janji akan jual kepada Deepak. Atau dia mungkin
ada sebenar benar nya, surat hakmilik keatas 223 ekar tersebut( yang dipecahkan
kepada 3 lot). Jika demikian kita kembali kepada soalan- bagaimana surat
hakmilik ada pada RR kecuai dengan komplot dengan orang dalam MINDEF?
Atau
Deepak kerana dia penjual karpet dan orang kesayangan kak mah, dia pergi tanya Najib.
Dato seeri- bos, betulkah you kasi 223 ekar tanah kepada RR. You see, this
Popiah has asked me to help. I yem not interested to do Puspahanas, but I yem interested
to buy land. Secure or not?
Dato
seeri jawab- ayoyo Deepak. You don’t trust me? I am DPM , Minister of
Defence,Pak lah the sleepy one- we just ask him to pecah tanah. Maybe allow him
to speak and you will see, he will lose himself halfway down his speech.