Isu hudud & perpaduan jadi senjata BN
Dalam tempoh teka-teki tarikh pilihan
raya umum ini, kelihatan BN cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan isu air
Selangor dan mengaitkannya dengan isu tajaan Soros.
Namun, kelihatan isu-isu kurang berjaya
menggugat Pakatan dan kadang-kadang dilihat menjadi senjata makan tuan.
Saya melihat ada dua isu yang menjadi senjata ampuh bagi Umno/BN yang
dilihat mampu mengugat Pakatan, iaitu isu hudud dan isu perpaduan.