Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi
dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia
Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.
Pertemuan tersebut - yang mula-mula
didedahkan oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan
Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel
mewah - Hotel Plaza di Manhattan.
Pertemuan perdana menteri dengan Soros,
yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada
27 September 2010.
Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut. Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.
DATUK SERI DR JAMALUDDIN MOHD JARJIS
AHLI PARLIMEN ROMPIN, PAHANG
BIODATA
Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut. Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.
DATUK SERI DR JAMALUDDIN MOHD JARJIS
AHLI PARLIMEN ROMPIN, PAHANG
BIODATA
- Berasal dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang.
- Pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974
- Tahun 1984 meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.
PENGERUSI TNB
- Menjadi pengerusi Tenaga NasionaL Bhd antara Ogos 2000 - 2002
MENTERI PUSAT
- Dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 – 2008
- Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002
DUTA KE AS
- Pada 2009 beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menggantikan Datuk Rajmah Hussain.
JJ ATUR PERTEMUAN NAJIB - SOROS?
JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010.
JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010.
- Sumber mendedahkan seorang pemimpin tinggi Umno menyertai Najib dalam pertemuan itu. JJ merupakan orang paling disyaki menemani Najib kerana beliau adalah penasihat Najib dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu.
- Pertemuan Najib - Soros didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan dana dari organisasi Yahudi.
- Pertemuan tersebut tidak mustahil dirancang oleh JJ berikutan rekodnya sebelum itu menjadi orang tengah pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi Jack Abrahamof bertujuan melobi Dr Mahathir menemui Presiden George W Bush di White House.
Guna pelobi Yahudi
JJ turut dikaitkan di dalam skandal Jack A. Abramoff. Abramoff adalah pelobi parti Republikan yang terlibat di dalam skandal “cash for access”
- Sebuah pertubuhan Malaysia - US Exchange Association yang diketuai oleh Tan Sri Megat Junid serta JJ dikatakan telah membayar AS$1.2 juta atau RM3.8 juta untuk mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002
- Pada tahun 2006, Dr Mahathir mengaku bahawa wang telah dibayar kepada Abramoff untuk mengatur pertemuan
- Skandal itu menjadi buah mulut pelbagai pihak, Mahathir menggunakan wang rakyat semata-mata untuk bertemu Bush tidak sampai sejam
JJ raba punggung wanita
Peristiwa berlaku di Kelab Havana hotel
Maridien, di KL Sentral ketika seorang pelayan wanita sedang menyediakan
minuman keras untuk Jamaludin Jarjis (JJ).
- Dalam keadaan mabuk JJ memegang tangan gadis itu
- Gadis itu memarahinya. Kemudian JJ didakwa mengekorinya dari belakang dan meraba punggung pelayan itu
- Gadis tersebut membuat laporan polis pada 19 April 2008.
- Dalam sidang Dewan Rakyat pada 2010, Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menyoal mengapakah Peguam Negara tidak mendakwa JJ di mahkamah.
- Kata Karpal, kalau gadis itu membuat laporan palsu maka beliau boleh didakwa kerana laporan yang tidak benar.
- Sehingga hari ini kedua-dua mereka tidak pernah dibicarakan.
Elaun tertinggi
- Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi sebanyak RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun. Beliau juga menjadi pengerusi beberapa GLC dan mendapat bayaran lumayan.
JJ keluarkan lesen judi
- JJ ketika menjadi Menteri Kewangan II pada 2002 didakwa telah meluluskan lesen judi kepada kroni Dr Mahathir, Vincent Tan
- Lesen tersebut untuk operasi di casino Bukit Tinggi, Pahang yang dimiliki Vincent
- Didakwa terdapat sekitar 2,000 buah mesin, seperti jack pot, baccarat dan roulette yang beroperasi di bawah lesen itu
Anak JJ dapat projek RM280 juta
- Anak JJ, Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25 tahun, didakwa mendapat projek sistem kawalan trafik udara yang baru.
- Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd
- Tirai Variasi pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AATS) yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta.
- Sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang yang dikawalselia AATS gagal berfungsi pada 12 September 2012
- Fungsi radar dan radio tergendala menyebabkan semua penerbangan tergendala
JJ tak layak ketuai TNB
Beliau pernah mempunyai syarikat EPE
Power Corporation Sdn Bhd yang terlibat di dalam bidang elektrik dan
merupakan kontraktor kepada TNB.
- EPE Power kemudiannya disenaraikan di papan kedua KLSE. Bagaimanapun ia jatuh merudum dan disenaraikan sebagai syarikat PN4 (syarikat gagal penuhi syarat kewangan untuk terus didagangkan)
- Tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin tinggi Umno beliau tetap dilantik sebagai Pengerusi TNB! Beliau dikatakan sering menunggang kuda bersama PM Dr Mahathir ketika itu
- Sebab hobi yang sama itu juga Dr Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kewangan II ketika Mahathir menjadi Menteri Kewangan I
TNB pakai arang baru
- TNB menggunakan gas asli menjana elektrik. Ketika itu 70 % penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas asli. JJ memperkenal loji arang batu ketika jadi pengerusi TNB.
- TNB bukan sahaja membeli arang batu dari Australia dan Indonesia, tetapi di bawah JJ, membeli lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada 2001 dari Dynamic Acres Sdn Bhd dengan harga AS$85 juta. Pada tahun 2006, TNB menjual lombong itu pada harga AS$19 juta. Rugi AS$66 juta
- Di bawah JJ juga, TNB disaman oleh bank UBS Warburg pada 2002 kerana melanggar kontrak berhubung urusniaga bon. TNB menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada UBS Warburg.
Dipetik daripada:
Sumber: