Ish..Ish dok simbah cat sana sini....nama saja negeri Hang Tuah...patut ikut macam hang Tuah...sokong buta tuli....Ikut la Jebat....awat akai tak dak....
KUALA LUMPUR, 8 Sept ― Lynas telah diberikan lesen
pengoperasian sementara (TOL) dengan syarat yang ketat, antaranya
syarikat perlombongan Australia itu sendiri yang akan membuang sisa
berbahaya nadir bumi itu, kata badan perlesenan tenaga atom (AELB) dalam
kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider, hari ini.
“Pada 30 Januari 2012, kami telah meluluskan TOL kepada Lynas dengan tertakluk beberapa syarat.
“Lynas telah mengemukakan dua surat akujanji, satu dari Lynas
Australia, yang berjanji akan membawa sisa merbahaya itu keluar, dan
satu lagi dari Lynas Malaysia Sdn Bhd, turut mengesahkan perkara yang
sama.
“Komitmen mereka juga diumumkan dalam kenyataan media dan sidang
media mereka, pada 27, 29 dan 30 Ogos 2012, dan dilaporkan secara meluas
di kedua-dua negara Malaysia dan Australia,” menurut kenyataan media
AELB tersebut.
Pada sidang media yang berlangsung semalam, segala syarat-syarat
telah diterangkan dan peraturan itu masih dikekalkan untuk Lynas,
termasuk dua syarat tambahan yang diberikan oleh menteri sains,
teknologi dan inovasi dalam sub-seksyen 32 (5) Akta Perlesenan Tenaga
Atom (Akta 304).
“Jadi ia tidak timbul masalah dan AELB sendiri akan memantau Lynas dalam hal ini,” menurut kenyataan media itu lagi.
Pada Khamis yang lalu, kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL)
berkata Lynas dan pihak berkuasa harus menunjukkan secara terperinci
pembuangan sisa, kerana Australia tidak akan membenarkan Lynas untuk
membawa sisa ke sana.
Pencinta alam sekitar juga telah berkata, perpindahan sisa berbahaya
melibatan sempadan negara dikawalselia oleh Konvensyen Basel, dan ia
hampir mustahil untuk Lynas mencari negara lain yang sanggup menerima
jutaan tan sisa nadir bumi ini.
Lynas berkata pada April yang lalu, kelewatan untuk mendapatkan lesen
untuk fasiliti tersebut, yang sepatutnya pada bulan Januari, telah
mengakibatkan kerugian serius, kerana jumlah harga nadir bumi yang
bernilai RM80 billion itu untuk 10 tahun yang akan datang.
Kemarahan orang awam terhadap Lynas telah menyuburkan gerakan hijau
di Malaysia dan mungkin memainkan sentimen pengundi dalam pilihan raya
akan datang.
Awal tahun ini, ribuan orang ramai berhimpun di Kuantan untuk
memastikan kerajaan untuk menutup pusat pemprosesan nadir bumi itu.
Minggu lalu, lima penduduk Kuantan telah cuba menghalang Lynas Corp
dari beroperasi apabila mereka mendapat perintah mahkamah untuk mencabar
keputusan menteri sains, teknologi dan inovasi menganugerahkan TOL
kepada pelombong nadir bumi Australia itu.