Umno Johor mahu Muhyiddin jadi PM sebelum PRU-13

PANAS!! Kempen 'Kami Mahu Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU' telah bermula...


Semalam The Malaysian Insider melaporkan Najib telah menggesa seluruh ahli-ahli UMNO agar merapatkan barisan untuk mempertahankan Putrajaya dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat slepas PRU13 nanti..

Nampaknya dari apa yang mula tersebar ialah Najib sepatutnya mengerahkan kesemua penyokongnya sendiri dalam UMNO supaya mempertahankan dirinya dari serangan penyokong Muhyidin.

Poster diatas telah ditemui dinaikkan dibeberapa pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu.

Poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor.

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang UMNO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.

Poster seperti di atas juga telah ditemui diedar kan di Pulau Pinang oleh beberapa orang ahli UMNO yang dipercayai penyokong Muhyiddin.

Dan lebih menarik lagi kempen oleh para penyokong Muhyiddin ini juga telah mewujudkan dua laman Face Book iaitu 'Kami sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri'dan 100,000 sokong Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin..

Jawapan yang dijangkakan dari pemimpin UMNO tentang kempen penyokong Muhyiddin yang telah terbongkar ini ialah "Ini adalah agenda Pembangkang untuk meretakkan hubungan baik antara Perdana Menteri dan Timbalannya..."

Tak percaya?? korang tunggulah...

Sumber: Anak Sungai Derhaka

Tempat dan waktunya tak sesuai la ngok!

E-mel Print PDF
Setelah pelbagai pihak bangun menghentam dan memperlekeh usaha penganjur perhimpunan 'Janji Demokrasi' gara-gara tindakan beberapa pemuda mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya / Saka Bulan Bintang', barulah sekumpulan anak muda menjelaskan bahawa mereka berniat menyedarkan masyarakat terhadap sejarah negara. Niat memang baik dan bagus, tapi tempat, suasana dan ketikanya tidak sesuai!

Tindakan anak-anak muda itu umpama memberi peluru pada ketika pengkritik 'Janji Demokrasi' ketiadaan peluru. Tindakan itu lebih banyak menyusahkan daripada memberikan manfaat. Malah, tindakan kalian kini dikaitkan Najib dengan Pakatan Rakyat

Jika betul-betul berazam untuk memperkenalkan semula 'Sang Saka Malaya / Saka Bulan Bintang', mengapa tidak dilakukan di perhimpunan 'Janji Ditepati' yang berlangsung di hadapan perdana menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil? Tunjukkan kepada Najib sebab dia yang berkuasa sekarang. Mungkin dia mampu melakukan sekarang demi 'Janji Ditepati'.

Jika itu yang dilakukan, anak-anak muda pasti akan disanjung oleh sekurang-kurangnya oleh pihak yang bersama-sama ingin menegakkan demokrasi. Sebaliknya, apa yang berlaku sekarang, tindakan kalian menerima cemuhan demi cemuhan.

Cemuhan daripada pihak umno/BN memang telah dijangka kerana mereka hampir kehabisan isu. Dan kini cemuhan daripada jutaan Rakyat yang ingin melihat demokrasi sebenar tertegak di bumi Malaysia. Kalian rugi kiri dan kanan. Yang paling malang, kalian menimpakan beban percuma ke atas bahu penganjur 'Janji Demokrasi' dan Pakatan Rakyat! Sekarang ada faham?

Tengok... Najib dah jadikan modal....

Najib dakwa PR mahu tukar Jalur Gemilang
SUNGAI BULOH, 1 Sept — Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab untuk mengubah bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Perdana Menteri itu juga berkata disebabkan Putrajaya masih lagi dikuasai Barisan Nasional (BN), hasrat PR itu tidak dapat dilaksanakan mereka.

"Semua mereka nak ubah... mereka juga ingin menukar bendera kita.

"Banyak perkara mereka nak lakukan, tapi tak boleh lakukan, kerana kuasa Putrajaya dalam tangan kita," tegas Najib disambut tepukan gemuruh lebih 100,000 hadirin yang menyertai majlis Rumah Terbuka BN Selangor di sini.

Najib turut melihat tindakan kerajaan Selangor tidak menjemput Sultan Selangor ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam Khamis lalu bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, Pengerusi BN itu menegaskan, kerajaan PR juga lebih menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.

"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegasnya.

Tambahnya, Sultan Selangor adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.

"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati."

Najib juga turut menegaskan Putrajaya akan kekal dikuasai BN selepas pilihan raya umu ke-13 akan datang.

"Kita  akan merempuh dalam pilihan raya akan datang dan pastikan Putrajaya kekal menjadi milik BN," tegasnya lagi.

Bagaimanapun, ketika sidang media hari ini, PKR turut mengecam keras tindakan sekumpulan individu yang mengibarkan bendera yang dikatakan akan menggantikan Jalur Gemilang semasa perhimpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka kelmarin.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, tindakan berkenaan bukan perilaku rakyat Malaysia yang sepatutnya dan PKR tidak mendukung tindakan sedemikian.

"Saya menegaskan ini bukan perlakuan yang perlu dibuat rakyat Malaysia. Ia tindakan tidak sopan dan bertanggungjawab dan PKR tidak mendukung tindakan biadap seperti ini.

"Ia pastinya bukan tindakan yang baik," kata Azmin kepada pemberita sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Bagaimanapun, Azmin menjelaskan, PKR tidak akan melakukan siasatan berhubung insiden berkenaan kerana program itu bukan anjuran mereka sebaliknya ia adalah anjuran badan bukan kerajaan.

"Perhimpunan itu bukan anjuran PKR, ia inisiatif NGO dan mahu ajak rakyat Malaysia menghayati semangat kemerdekaan.

"Tapi dalam perhimpunan besar seperti itu, ada individu yang cuba mengambil kesempatan," katanya lagi.

Azmin juga turut tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan menolak sekeras-kerasnya perilaku kumpulan berkenaan.

Oleh Mohd Farhan Darwis - Malaysian Insider

Sebab Mengapa Sang Saka Malaya dikibarkan!!!

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).  bla.. bla.. bla...
...  Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

- Najwan Halimi (Jika nak baca, selengkapnya di sini)

Diperangkap isu bendera & bontot

E-mel Print PDF
Sepatutnya pihak penganjur lebih pro-aktif dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan provokasi yang dirancang untuk memburukkan keadaan. Kita percaya usaha mengibarkan bendera 'sang saka' yang menyerupai bendera Indonesia dan Singapura itu adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu.untuk memberikan gambaran dan publisiti buruk terhadap penganjur Janji Merdeka. 

Pihak berkuasa khususnya PDRM telah 'memberikan layanan baik' terhadap peserta Janji Merdeka kerana 'kes' PDRM sedang dalam siasatan Suhakam. Jadi, sesuatu tindakan yang berbeza perlu dilakukan bagi memberikan gambaran buruk terhadap perhimpunan Janji Merdeka. 

Begitu juga insiden 'menunjuk bontot' kepada gambar-gambar Najib, Rosmah dan 'sengaja' meletakkan sehelai T-Shirt' Janji Merdeka' agar ia dapat dijadikan 'bukti' bahawa penganjur 'Janji Merdeka' terlibat dalam insiden yang tidak bertamadun dan memalukan itu.

Nampak sangat, tindakan pemuda berkenaan adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak tertentu kerana isu-isu sensitif sebegini amat mudah 'ditelan dan dihadam' oleh masyarakat kampung dan golongan tua di rancangan-rancangan Felda. Apa yang mereka tengok terpampang di dada-dada akhbar dan layar televisyen, itulah yang mereka terima dan cop sebagai tindakan liar pihak pembangkang.
Pihak penganjur sepatutnya segera mengenalpasti individu yang terlibat, merakam segala aksi mereka dan segera mengeluarkan kenyataan menolak sebarang hubungan dengan kumpulan atau individu berkaitan. Jangan menunggu pihak-pihak yang menentang Janji Merdeka atau Pakatan Rakyat untuk mengeluarkan kenyataan, barulah pihak penganjur bersuara untuk menafikannya.

Kita cepat lupa mengenai insiden kereta peronda PDRM melanggar peserta himpunan Bersih 3.0 di mana gambaran peserta menterbalikkan kereta peronda untuk mempastikan tiada sesiapa yang terperangkap di bawah kereta, telah dijadikan bahan tuduhan mengatakan peserta Bersih 3.0 bertindak liar!

Persenda ‘Jalur Gemilang’ tindakan biadap

September 01, 2012

KUALA LUMPUR, 1 September — Tindakan sesetengah individu yang membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang sewaktu Himpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka padfa malam ambang Kemerdekaan telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak dan tindakan itu juga turut disifatkan sebagai biadap.

Dipetik laporan Sinar Harian hari ini, beberapa individu dan organisasi menyuarakan rasa kecewa dan marah dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab membawa bendera seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia itu ketika perhimpunan tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyelar tindakan individu terbabit dan mempersoalkannya sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.

"Apa perlu kita ubah bendera? Apa niat yang cuba disampaikan? Kita selesa dengan apa yang kita ada dan membuat bendera bukanlah perkara mudah kerana ada rasional disebaliknya.

"Apakah kita ingin mentafsir semula negara? Itu tidak betul. Mereka tidak menghormati Jalur Gemilang. Ini gambaran sikap pembangkang yang ingin ubah semuanya? soalnya.

Sementara itu, sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa, Wira Perkasa menyelar kumpulan berkenaan dan menganggap mereka tidak menghormati raja-raja Melayu.

"Wira Perkasa memandang serius perkara ini, kami menganggap pihak itu tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati negara dan raja-raja Melayu.

"Sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab ini kebudak-budakan. Apakah tujuan sebenar mereka? Adakah mahu negara ini menjadi republik?" soal Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Sementara itu, Tokoh Belia Negara 2011, Mohammad Rizan Hasan melihat tindakan itu sebagai kurang ajar, dan perbezaan fahaman politik tidak seharusnya mengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.

"Demokrasi memerlukan rakyatnya matang menggunakan hak berfikir untuk melakukan sesuatu. Perbezaan fahaman politik tidak seharusnyamengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.

"Amat melampau dan kurang ajar pihak yang bersungguh-sungguh mahu menukar Jalur Gemilang kepada bendera lain seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia," katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau turut menegaskan sikap kumpulan terbabit menyemai rasa benci kepada negara amat menjijikkan dan ia merupakan perbuatan yang memalukan untuk diangkat sebagai warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang menegaskan mereka tidak memberi sebarang arahan untuk membawa bendera lain untuk menggantikan Jalur Gemilang bagi menimbulkan provokasi.

"Jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan sekumpulan remaja di Dataran Merdeka kelmarin.

"Oleh kerana ramai yang hadir untuk menyambut merdeka, saya tidak tahu siapa mereka sebenarnya.

"Sepatutnya mereka tidak boleh berbuat demikian kerana kita perlu hormat Hari Kemerdekaan," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap himpunan Hari Kemerdekaan dan Gabungan Janji yang berlangsung secara aman kelmarin.

"Saya tidak tahu tentang bendera ini walaupun saya hadir, namun saya berpendapat kemungkinan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mahu mencetuskan spekulasi.

"Saya harap semua pihak tidak merosakkan suasana sambutan Kemerdekaan dengan spekulasi isu bendera ini," katanya lagi.

Oleh Mohd Farhan Darwis - Malaysian Insider

(LM 02092012-1)  Diperangkap isu bendera & bontot