13 OGOS — Khairy Jamaluddin memberikan reaksi kepada
penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat
seperti orang yang sedang merasakan perasaan “jilted” dan bercakap
benar-benar seperti “attribute” yang ada pada Umno.
Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang Umno
dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah
orang tidak laku dalam BN khususnya Umno.
Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang
yang kena “jilted”? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar
perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin Umno apabila mereka
di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang “sour grape”.
Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam Umno kalau hendak dikaji
secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri
politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan
pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Ghaffar keluar dari
Umno.
Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam Umno bercakap seperti yang
dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam Umno
itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang
ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung
berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak
sanggah.
Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri
orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki
kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari
perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai
menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?
Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau
sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang
menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang Umno tetapi membuka
langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana
Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli Umno yang lain nescaya
Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.
Khairy harus sedar yang Umno itu sendiri tidak laku dan tidak ada
maknanya jika dia laku di dalam Umno. Apa faedahnya laku dalam Umno jika
Umno itu sudah tidak laku lagi? Umum faham yang mereka yang baik dan
sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam Umno kerana budaya
Umno itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin
yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata.
Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu
sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh
sesiapa waimma dari seorang buruh kasar.
Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa
berada dalam Umno itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang
ramai di luar Umno. Di dalam Umno Khairy adalah orang tidak laku kerana
beliau bukannya ada sokongan yang “legitimate” dalam parti itu.
Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau
mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa
tahun dahulu. Itu sahaja.
Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang
beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang Umno menjadi lemah kerana
pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan Umno tidak bergerak dan tidak di
hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya Umno
kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy
memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau
jika ada duit untuk bergerak.
Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak
bersusah payah untuk menegakkan Umno dan BN. Semasa mereka bergerak
dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada
kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum
pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu
tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban.
Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN.
Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya
Umno yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO
dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi.
Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy
kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan
faham tentang Umno hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di
mana-mana.
Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal… masak diluar mentah di
dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau
tidak di sabotaj oleh ahli-ahli Umno di Rembau sendiri, kerana dia
bukannya laku sangat pun dalam Umno itu.
Yang Khairy anggap tidak laku dalam Umno dan BN itu, sangat laku
kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku
inilah yang akan menurunkan Umno dari memimpin negara dalam PRU yang
akan datang ini.
Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini,
mereka yang kuat dalam Umno itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan
datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin Umno itu akan
menjadi laku dalam PRU yang akan datang.
Apa faedahnya laku dalam Umno, tetapi tidak laku kepada rakyat?
Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi
diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau
sebenarnya dalam Umno itu. — aspanaliasnet.blogspot.com
* This is the personal opinion of the writer or publication and
does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.