Kami gagal
bayangkan, makcik tua yang kurus, berdiri di depan kami sebagai seorang
penjual bunga, adalah orang kuat Parti Buruh pada setengah abad yang
lalu.
Siew
Sew Lan (gambar kiri), satu nama yang kian dilupai. Beliau berasal
dari akar umbi. Setelah bebas dari kem tahanan, beliau kembali semula
ke akar umbi. Siew begitu tenang ketika mengimbas pengalaman silam
dirinya, bagai mengisahkan cerita orang lain. Namun, jalan yang
diharunginya, sarat dengan pengorbanan dirinya.
Siew menyumbang
segala yang terbaik dalam zaman keremajaan dirinya kepada revolusi sayap
kiri. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, beliau ditangkap di bawah ISA,
dan ditahan selama 11 tahun. Dalam tempoh 11 tahun ini, kami cuba
membayangkan keperitan yang menyeksa dirinya. Tapi Siew tidak mengadu
kesengsaraannya, sebaliknya dengan bersahaja berkata, "Saya sangat sibuk
semasa dalam penjara. Banyak kerja yang perlu saya habiskan."
Ketika
ditanya sama ada beliau merindu sesuatu ketika dalam penjara, beliau
menjawab, "Tak ada rindu. Sayalah yang paling tak rindu."
Sememangnya
beliaulah yang paling tidak terikat dengan kerinduan. Siew kehilangan
ibu pada usia 13 tahun. Bapanya berkahwin kemudiannya. Siew membawa
empat orang adik untuk hidup secara berdikari. Oleh kerana kemiskinan,
Siew tidak pernah ke sekolah. Beliau bekerja untuk menyara hidup
keluarganya sejak usia belasan tahun, bekerja sebagai penoreh getah.
Oleh kerana upah yang diperolehi terlalu rendah untuk menyara hidupnya,
maka Siew mengambil risiko untuk mencuri getah yang dimiliki "kapitalis
asing".
Curi getah untuk sara hidupSiew
seorang gadis pergi menoreh getah bersama beberapa orang pemuda. Siew
curi getah pada sebelah malam. Siew melalui landasan keretapi, tanah
perkuburan, memikul getah yang beratnya berkilo-kilo ke rumah.
Demikianlah caranya membesarkan adik-adiknya. Itu juga punca kesakitan
pada pinggangnya. Dah rosak ditekan, gagal diperbaiki lagi, kata
doktor.
Siew pernah melalui hari-hari yang paling miskin,
membuatkannya amat berani ketika itu. Apabila melalui tanah perkuburan
selepas mencuri getah, Siew akan berjalan di depan, dengan lantang
menjerit, "Bagi laluan... Jangan panjangkan kaki kau ke sini. Hantu
miskin akan memijak hingga kaki kau patah." Orang yang sepasukan
dengannya bertanya, "Mengapa kau jerit si hantu miskin?" Siew menjawab,
"Apa-apapun hantu akan takut pada hantu miskin. Mampuslah sesiapa yang
bertemu dengan si hantu miskin. (Hantu miskin) tak takut apa-apa..."
Maka
si hantu miskin ini dengan keberanian yang ada, menyandang jawatan
Pengerusi Parti Buruh Bahagian Kepong, pada usia 22 tahun. Pada usia 30
tahun, Siew mencetuskan sesuatu yang menggemparkan. Beliau melanggar
perintah polis, merebut mayat rakan seperjuangannya, Lim Soon Seng yang
ditembak mati oleh polis. Siew percaya bahawa kejadian inilah yang
menjurus kepada penahanan dirinya di bawah ISA selepas 13 Mei 1969.
Pengerusi Bahagian KepongDalam satu temuramah bersama
MerdekaReview,
Siew Sew Lan mengimbas, ketika pilihan raya pada tahun 1955, Parti
Buruh hanya meletakkan dua orang calon di seluruh Tanah Malaya. Salah
seorang bertanding di Kepong. Ketika kempen pilihan raya, MCA
menayangkan filem, dan Parti Buruh pula menarik undi dengan nyanyian dan
ceramah. Siew hadir kedua-dua rapat umum yang diadakan kedua-dua parti
politik.
Ketika mendengar pemidato Parti Buruh merungkaikan
manifestonya bagaimana sumber negara diagih, Siew menganggap orang
miskin ada harapan. Siew amat mengidamkan masyarakat sebegini. Beliau
yang terpukau dengan rapat umum, terikut-ikut untuk berlakon bagai
pemidato ketika menoreh getah - meniru gelagat pemidato dari Parti Buruh
mahupun MCA.
Kemudiannya, Parti Buruh Bahagian Kepong mengadakan
aktiviti Hari Wanita pada 8 Mac. Siew dipilih untuk berucap mewakili
kaum wanita. Pada malam itu, buat pertama kali Siew naik ke pentas dan
berucap di depan ratusan orang.
Pada
tahun 1961, Pengerusi Parti Buruh Bahagian Kepong berpindah dari
Kepong, maka Siew Sew Lan yang mampu berpidato diangkat untuk menyandang
jawatan Pengerusi Parti Buruh Bahagian Kepong.
Siew mengerah
tenaga massa untuk membina jambatan, memperbaiki jalan, menderma untuk
warga emas. Melihat keadaan ramai yang tidak berpeluang untuk menikmati
pendidikan lantaran kemiskinan, maka Siew memimpin untuk mengadakan
kelas budaya, kelas bahasa Melayu, kelas tadika. Antaranya, kelas
tadika - selain diasuh guru, juga dibekalkan pengangkutan, penginapan
dan makanannya. Ibu bapa hanya perlu membayar enam ringgit sebulan,
disambut dengan respon yang cukup memberangsangkan.
Siew
mengisahkan kisah silam dengan catatan bertulisnya. Beliau tidak pernah
menerima pendidikan formal, namun dirinya sangat berminat untuk
belajar. Siew mempelajari bahasa Cina daripada adiknya ketika lapang.
Siew tidak kesal untuk dipenjarakan 11 tahun, tetapi mengakui kesal
kerana tidak tekun belajar dan menimba ilmu ketika berada dalam tahanan.
Seringkali
Siew mendakwa dirinya tidak berpengetahuan. Namun dari suntingan yang
dilakukannya dalam catatan perjuangan Parti Buruh dan Sayap Kiri, Siew
memandang serius catatan bertulis.
Mogok dan perarakanSelepas
menerajui Bahagian Kepong, Siew menoreh getah di sebelah pagi, dan
aktif dalam gerakan sosial pada sebelah petang. Hidpunya sibuk tapi
padat. Tugas utamanya adalah berpidato, mengutip derma dan menyebarkan
maklumat.
Pada 13 Februari 1965, Parti Buruh mengadakan satu
perarakan besar-besaran sempena ulang tahun kedua penangkapan Ahmad
Boestaman. Siew memimpin Bahagiannya untuk menampal poster dan
menyebarkan risalah. Ini kali pertama Siew ditangkap polis, dan ditahan
di Penjara Pudu.
Pada 30 Oktober 1966, Siew terlibat dalam
kempen "Sokong Vietnam Tentang US", turun ke jalan raya untuk
memprotes. Pada tahun 1967, Siew adalah orang yang bertanggungjawab
dalam kempen mogok di Selangor. Beliau mengetuai perarakan
besar-besaran Ladang Asahan di Melaka, dan mogok kerja di Triang.
Ketika mengetuai kaum buruh untuk berjalan kaki dari Melaka ke Kuala
Lumpur, Siew ditangkap polis di Melaka, dan dibawa untuk ditahan dalam
penjara Pudu.
Pada 9 November 1968, kerajaan melancarkan
penangkapan secara besar-besaran dengan ISA, antara yang ditangkap
termasuklah pemimpin Parti Rakyat, Parti Buruh, Kesatuan Kerja dan
pimpinan siswa. Siew Sew Lan antara nama dalam senarai 148 orang yang
ditangkap.
Selepas ditahan untuk dua bulan, Siew Sew Lan
dibebaskan dengan syarat. Namun Siew tidak mengendahkan syarat-syarat
tersebut. Beliau melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti Parti Buruh
selepas dibebaskan.
Rampas mayat dari polisPada
April 1969, Parti Buruh mengumumkan keputusan parti untuk memboikot
pilihan raya umum pada 10 Mei 1969. Siew mengetuai ahli partinya untuk
membuat publisiti. Pada 4 Mei, bunyi tembakan bergema di jalan Kepong,
ahli veteran Parti Buruh, Lim Soon Seng yang ditugaskan untuk
mengecatkan slogan di Kepong telah ditembak polis pada bahagian belakang
kepalanya, dan meninggal dunia.
Siew
Sew Lan memikul tugas penting untuk menyandang jawatan Pengerusi
Jawatankuasa Berkabung. Pada keesokannya, Siew bersama ahli cawangan
partinya menemani keluarga mangsa untuk mengambil mayat. Pihak polis
mahu bapa mendiang Lim bersetuju untuk menyemadikan mayat sebelum
mengeluarkan surat pembuktian. Bapa Lim menolak permintaan tersebut.
Suasana tegang berlanjutan. Akhirnya Siew mengambil keputusan untuk
merampas mayat, mengangkat mayat itu sendiri dengan bantuan orang ramai,
dan dibawa dengan kereta untuk dijalankan upacara berkabung di Jalan
Sultan.
Menurut catatan
Sejarah Perjuangan Parti Buruh Malaya,
sehari sebelum hari pengundian (9 Mei), mayat Lim dikebumikan.
"Perarakan yang disertai 30 ribu orang di pusat Kuala Lumpur, ribuan
kain rentang, bendera, slogan menjadi arus yang menderas. Laungan
slogan bergema bagai petir. Perarakan untuk mengiringi mayat Lim Soon
Seng menjadi perarakan politik yang terbesar dalam sejarah."
Enggan larikan diriSelepas
pilihan raya 10 Mei 1969, berlakulah peristiwa berdarah 13 Mei.
Suasana menjadi tegang. Rakan seperjuangan menganggap Siew akan
ditangkap kerana isu Lim Soon Seng telah menjadi gempar. Siew dinasihat
untuk melarikan diri dengan segera. Namun Siew menolak untuk berbuat
demikian.
Dengan
tegas Siew berkata, "Bolehkan saya meninggalkan sini dengan begitu
sahaja? Larikan diri untuk mengelakkan diri daripada ditangkap?
Semestinya anda boleh berkata, biarlah undur dulu sekarang supaya kita
mampu mara pada masa depan. Namun dalam keadaan sebegitu, memang gagal
untuk saya berbuat demikian."
Pada malam 15 Mei, Siew ditangkap
di rumah kediamannya. Turut ditangkap pada masa yang sama adalah adik
dan rakan seperjuangannya yang bermesyuarat ketika itu. Pada tahun itu,
Siew Sew Lan berusia 30 tahun.
Turun sekali lagi ke jalan rayaKetika
disoalsiasat, polis memaksa Siew untuk mengaku bahawa peristiwa 13 Mei
disebabkan peristiwa Lim Soon Seng. Namun Siew dengan tegas
menafikannya, malah mendakwa bahawa peristiwa rampasan mayat berlaku
disebabkan kerajaan.
"Hikmah saya, jati diri saya lahir kerana
desakan kamu, bukan saya miliki secara semulajadi. Saya tidak merancang
untuk merampas mayat. Tiada rancangan untuk melakukan sesuatu yang
begitu menggemparkan. Kamu (kerajaan) yang paksa saya, bukan arahan
daripada Parti Komunis," katanya.
Siew yang tidak pernah menerima
pendidikan formal memimpin revolusi dengan hikmah hidupnya, melalui 11
tahun dalam penjara, malah menyesuaikan diri dengan kehidupan baru
setelah dibebaskan.
(Bahagian pertama, bersambung)*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang
MerdekaReview. Wawancara ini dijalankan bersama Siew Sew Lan pada 21 Mei 2012, disiarkan pada 7 Jun. Diterjemah dan disunting dari
teks asal.