BRAHIM PUKASAM....HANG PATUT SIASAT YANG INI LAH...LAMA PUNYA HANG DOK KALUT BUAT APA?...BODEK KA?

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran “WWW 15” yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau.
Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa yang membuat pembayaran tersebut, timbalan presiden MCA itu mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak membayar untuk nombor tersebut.

Namun bila didesak, beliau teragak-agak untuk menjawab sebelum berkata “tidak pasti, saya perlu semak semula.”
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang turut hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat MCA itu, dilihat cuba membantu Liow mengatakan “duit itu datang dari tangan kiri, ke kanan.”

“Bila saya membidanya, saya tidak memikirkan kos tersebut,” kata Liow (gambar).
Beliau turut mempertahankan dirinya dengan berkata “proses (bidaan) diuruskan JPJ” dan bidaan itu dibuat kerana perubahan kereta rasminya.

Beliau berkata, “semua menteri perlu ada satu nombor (plat), saya tidak merasakan pilihan itu pada mulanya.”
Beliau menambah “nombor itu tidak penting, apa yang utama adalah servis kepada rakyat.”
Pada 28 Mei, JPJ telah mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, menewaskan bidaan hampir 10,000 pembida untuk WWW 1 dengan bidaan bernilai RM520,000.
Turut didedahkan Liow telah memenangi bidaan tersebut untuk “WWW 15”.


 KES BNM MAIN SPEKULASI- SILA BACA BRAHIM.....

Empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,  Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar  Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.




r. Rosli Yaakop, 05 Jun 2012
Pada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi: “Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn dlm satu forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.”  Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir.”
Apabila membaca mesej itu saya menjadi kelam kabut (tetapi saya tahu ayat terakhir itu adalah tambahan dengan maksud tidak sopan kalau saya menolak). Pertama, saya memang sudah ada program tetap di hujung minggu. Setiap minggu, kecuali ada hal yang lebih utama, mulai petang hari Khamis sehinggalah ke petang hari Ahad, saya mesti berada di Rembau – turun padang. Kedua, pada hari Jumaat, 1 Jun, saya mesti hadir bersama-sama rombongan dari Rembau ke program “Himpunan Hijau ke Putra Jaya” di Alor Star, Kedah. Ketiga, pada hari Ahad, 3 Jun, saya mesti kembali ke Rembau kerana majlis perkahwinan anak buah (anak adik) saya. Saya tahu ibu saya akan sedih jika saya tidak bersama di majlis itu.

Keempat, masa yang ada memang suntuk dan amat sukar bagi saya untuk membuat persediaan, tambahan lagi, ini bukan subjek yang mudah.

Kelima, maudhu’ yang akan dibicarakan sudah lama saya tinggalkan. Kali terakhir saya berbicara mengenainya ialah pada April 2006 bila pemberita akhbar Malaysiakini menemubual saya mengenainya. Betul, saya ada menulis mengenainya tetapi saya kena mentelaah kembali tulisan-tulisan itu kerana banyak perinciannya yang saya telah lupa.

Keputusan saya: saya kena tolak undangan. Namun, hati saya terus berbolakbalik di antara hendak kata ia atau tidak.

Saya akhirnya menalipon Syed Mikael menyatakan, dengan hati yang berat dan rasa terbeban, “setuju.”  Perkiraan saya ialah saya memang akan ke utara dan program mingguan di Rembau pun telah dibatalkan kerana ramai ahli yang akan ke Kedah menyertai perhimpuan hijau dan  setelah berjanji kepada ibu, saya akan berada di Rembau pada pagi Ahad itu, Insya Allah.

Saya dan isteri ke Pulau Pinang pada hari Khamis 31 Mei bertolak dari Subang Jaya pada pukul 5 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi.  Kami menginap di Hotel Equitorial. Berbekalkan sedikit maklumat yang saya telah kumpulkan sebelum bertolak, saya memerapkan diri di bilik hotel, mentelalah bahan yang saya bawa dan melayari internet untuk bahan tambahan dalam menyediakan satu power point presentation untuk dibentangkan di dalam forum.

Isteri saya merungut kerana saya tidak membawa beliau bersiar-siar di Pulau Pinang. Hendak menziarahi saudara mara pun terpaksa dilupakan. Dia reda sedikit bila pada sebelah senjanya, kami keluar makan malam di restoran Pak Su di Sungai Dua dan makan durian dari dusun Pak Su sendiri yang turut dijaja di situ. Kembali ke hotel saya terus menyambung kerja hingga lewat malam.

Sesudah subuh, hari Jumaat, 1 Jun, dalam hujan yang lebat, kami memandu kereta ke Alor Setar. Program di Alor Setar memang menyemarakkan semangat perjuang tetapi meletihkan. Bila kembali dari Alor Setar pada dinihari, Sabtu 2 Jun, saya menginap di Hotel Penaga, di Hutton Lane. Se awal selepas sembahyang subuh, saya menyambung kerja menyiapkan ppp. Ianya siap pada pukul 12.30 petang dan terus saya emelkan kepada Syed Mikael kerana saya telah berjanji akan emel kepada beliau pada sebelah pagi. Saya terlewat.

Saya tiba di Dewan Sri Pinang pada pukul 2.00 petang. Forum bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang kerana DSAI yang berkereta dari Kuala Lumpur terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa lima setengah jam berbanding  3-4 jam jika tiada kesesakan.

Kepada kira-kira 400 hadirin dan hadirat di majlis forum itu saya memberitahu ada sekurang-kurang lapan isu utama yang mengundang jawapan berkaitan dengan tajuk forum itu (forum diadakan dalam Bahasa Inggeris).  Saya kongsi isu-isu dan jawapan yang saya kemukakan di forum itu dengan pembaca Harakah.

Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?

Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.

Kedua, bilakah BNM mula  terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?

BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.

Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing.  Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.

BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera.  Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.

Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?

Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros,  “penyangak matawang.”  Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”

Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar.  Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari.   Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”

Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.

Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.

Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.

Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.

Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain - pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.

Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?

Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.

BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993.  Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.

Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham.  Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”

Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM).  Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku.  Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali  dan Tan Sri Aziz Taha.  Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan  daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan.  Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong  jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara.  Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,  Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar  Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung  atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.

Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung - “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.

Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.

Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.

Orang yang memberi  arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya.  Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung.  Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.

Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?

Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.

TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi  PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media - dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.

Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.

Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?

Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan.  Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.

YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.

Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini?

Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing.  TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.

Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?

Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Penang Institute kerana memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai.

KENAPA UMno TAKUT MELAYUCERDIK???

 1. BUKU TEKS TAK PAYAH PI AMPU JKKKK ATAU PEMIMPIN UMno
2. KALAU MELAYU CERDIK, MELAYU TOLAK UMNo SEBAB TOLONG KRONI DAN ANAK BINI
3. KALAU MELAYU CERDIK , MELAYU TAK SOKONG UMNO, TAPI SOKONG PAS.PAS GANTI UMNO.


Kalau dulu tak ramai Melayu buka kedai aksesori kereta, tapi sekarang sudah ada Melayu yang buka. Kalau tak percaya pergilah ke Shah Alam, berjalanlah ke Bangi, sebesar-besar papan tanda dipacak atas kedai; ‘HAK MILIK BUMIPUTERA SEPENUHNYA’.

Samalah juga dalam industri makanan, kalau dulu Melayu cuma bikin kuih bahulu di dapur belakang rumah, sekarang ramai dah buka bakeri, dah ada gerai dalam Tesco, dah ada ‘fried chicken’nya sendiri, salon dan spa pun berlambak-lambak.

Ini bererti, Melayu semakin mendominasi pasaran dan bersaing secara sihat di pasaran bebas. Kalau di Kuala Lumpur kita ada China Town di Petaling Street dan Little India di Brickfield, kita juga ada pasar Jalan Melayu di Masjid India.

Nak lagi…? Lihatlah juga di Semua House dan Wisma Yakin, orang Melayu juga sudah semakin ramai mendominasi perusahaan fabrik dan aksesori perkahwinan. Kalaulah Melayu memang ‘malas’ seperti dakwaan Tun Mahathir dalam Dilema Melayunya, suaplah dengan macam-macam bantuan kerajaan…pun tak jalan juga.

Apa pun gambaran negatif terhadap Melayu, sebenarnya Melayu telah lama berubah… semangat dan keberanian untuk bersaing wujud sejak pedagang Arab berlabuh di Selat Melaka lagi!
Tetapi, apabila ‘Melayu’ sampai kepada kerajaan UMNO-BN, Melayu cuba diikat kebergantungannya kepada kerajaan. Seolah-olah kerajaan menentukan segala-galanya. Seolah-olah kalau UMNO tak memerintah, habis Melayu kebulur. Bacul sangatkah Melayu ni?

Soal berniaga, Melayu memang sudah makin mendominasi. Memang tak seramai kaum lain tapi sudah mula menunjukkan kejayaan.
Tetapi, kenapa bila Melayu makin ramai menyertai DAP, ada pula puak-puak yang kata Melayu akan hancur? Ini sangat pelik.

Perkara Melayu sertai DAP ini samalah juga dengan bibit kejayaan Melayu dalam perniagaan. Maka bolehlah saya benarkan kata Dr Maszlee Malik: “Melayu makin mendominasi politik…kalau MCA dan MIC dibuka kepada umum, Melayu akan masuk juga. Maka baguslah. Melayu berani bersaing. Melayu berfikir jauh ke hadapan”.
Yang tak sukanya ialah UMNO, sebab semakin Melayu berfikir jauh ke hadapan, semakin UMNO jauh ketinggalan ke belakang, tak gitu?

Jadi, apa masalahnya Melayu sertai DAP? DAP terbukti bukan parti komunis, bukan juga parti Kristian. Kalau komunis, dah lama kerajaan haramkan. Sedangkan ke sekolah Convent pun orang Melayu berani hantar anak-anak bersekolah, inikan pula menyertai DAP yang memperjuangkan keadilan dan integriti. Takkan itu pun kita tak mampu fikir?

Sebenarnya peranan DAP yang sejak puluhan tahun dahulu menjuarai isu anti-rasuah, salah guna kuasa  dan mengangkat kepentingan bersama sememangnya ditakuti UMNO-BN. Bila dah tak mampu berhujah dengan akal dan fakta, maka nampaknya mereka akhir-akhir ini cuma mampu berhujah dengan telur dan batu…Kesian. – Roketkini.com

PENGUNDI JOHOR BAKAL BERUBAH????

Pengundi Johor bakal cetus ‘tsunami’ politik kedua
5 June 2012
PONTIAN, 5 JUN: Lanskap politik Johor kian berubah dan bakal mengepalai ‘tsunami’ politik kali kedua pada pilihan raya umum ke-13 apabila melihat kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat membela masalah rakyat Johor.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, demografi politik Johor yang hampir sama dengan Selangor memungkinkan tsunami 2008 berulang.

“Kita lihat pada 2008, kawasan-kawasan yang UMNO boleh menang berbelas ribu undi boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sedangkan ia merupakan ‘kawasan Melayu’, iaitu kubu kuat UMNO-BN sebelumnya seperti Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Langat dan sebagainya,” katanya kepada Roketkini.
Menurutnya, sambutan hangat orang Johor kini terhadap program Pakatan Rakyat adalah satu petanda besar bahawa rakyat negeri kubu kuat UMNO ini sudah kian terbuka untuk mendengar dan menilai  isu serta dasar yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

“Kita mendapat sokongan drastik dari masyarakat Tionghua terutama selepas 2008 dan nampaknya sekarang sokongan dari masyarakat Melayu semakin bertambah. Sambutan orang muda juga amat dirasakan dalam setiap program dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, selain isu nasional seperti skandal wang ternak lembu digunakan untuk beli kondo mewah NFC dan skandal PKFZ yang menjadi ketakutan UMNO-BN, isu-isu tempatan seperti bayaran pampasan pengambilan tanah yang tidak adil oleh kerajaan negeri di Tanjung Pelepas turut membuatkan kerajaan negeri bimbang dengan kedudukan mereka.

Katanya, bantahan kuat rakyat Johor dalam isu pengambilan tanah itu boleh dilihat dalam himpunan tanah yang berlangsung di Angsana seminggu selepas perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang berjaya menghimpunkan sekitar lima ribu orang peserta.

Salahuddin yang pada masa ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian (Kelantan) telah mengumumkan untuk kembali ke negeri asalnya Johor bagi membantu Pakatan Rakyat dalam kempen PRU13.
Difahamkan, kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri milik parti-parti komponen BN juga seperti MCA, MIC dan Gerakan juga bakal tumbang kepada Pakatan Rakyat.


Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN. Pada masa ini, BN memiliki 25 kerusi Parlimen dan menguasai kerajaan negeri dengan 50 kerusi DUN. – Roketkini.com
Print Friendly

TIDAK MENGAPA MAHATHIR.....HIJAU TETAP HADIR TANPA NASI BUNGKUS,BAS,BILIK HOTEL.....

 MUJAHID YUSOFF RAWA



WARNA ALAM

Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk semua kerana ia melambangkan kemesraan manusia dan alam sedangkan alam adalah lambang jiwa besar yang mampu menampung apa sahaja yang di dalamnya.  Apabila melihat lambang hijau ia memaparkan satu lambang tanggungjawab untuk memastikan alam ini terus menjadi tempat untuk didiami oleh semua.  Ingat hijau kita akan ingat impian kedamaian, keseimbangan dan ketenangan, ia adalah impian yang dikongsi oleh semua orang di alam ini.

EKSPRESI HIJAU

Di Alor Setar pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelematkan alam ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara dari pencemaran warna Biru Pekat yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau.
Sesiapa yang hadir dalam pertemuan Hijau di Alor Setar baru-baru ini tidak dapat menafikan bahawa Hijau bukan lagi satu kuasa yang boleh dipandang ringan, Hijau telah membuktikan juga bahawa ia berjaya mencapai matlamat 100 ribu yang disasarkan dan sekaligus ia mewakili sokongan padu rakyat kepada pejuangannya.

KEGILAAN HIJAU


Saya berada di Alor Setar satu hari lebih awal untuk meninjau bagaimana keadaan orang ramai yang hadir.  Saya membayangkan ia menjadi seperti aturcara tahunan biasa seperti Muktamar, namun mulai tengahari 1 Jun itu, suasana menjadi luarbiasa di mana bandar Alor Setar sesak dengan pengunjung dari seluruh negara.
Ada yang datang dengan bas rombongan, kereta, motor dan hampir semua kenderaan membawa bendera hijau dengan bangganya.  Bandar Alor Setar khususnya di sekitar stadium telah "ditawan" oleh gerombolan Hijau, satu "kegilaan" telah berlaku sejak tengahari tadi, semua berpakaian hijau membawa bendera hijau, memakai topi hijau dan bas dan kereta dihiasi dengan bendera hijau.

BERSIAP SEDIA
Paginya semua kepimpinan dari Dewan-Dewan dan Kawasan-Kawasan seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut untuk mendengar ucapan dari Presiden parti dalam rangka menyiapkan para petugas dan jentera parti berhadapan dengan PRU 13.  Dewan Markaz PAS Kedah itu dipenuhi dengan para peserta yang bersemangat.  Lagu Negaraku berkemundang pada permulaan majlis disertai dengan lagu PAS "Bersatulah!" cukup untuk membangkitkan semangat siapa sahaja yang mendengarnya.
Lagu PAS sendiri meremangkan bulu roma orang yang menghayati senikata lagunya, khususnya pada penghujungnya mengingatkan semua petugas dan pendokongnya: "Selamatlah Parti Islam melangkah, membimbing umah ke medan siasah, berpedomankan Al Quran dan Sunnah, suburlah hidupnya dan pasti berbuah".  Buah yang hendak dipetiknya kali ini bukan calang-calang hasil, PAS mengidamkan mara ke Putrajaya untuk menyelamatkan negara ini dan membebaskannya dari terus dinodai angkara gerombolan Biru Pekat yang menjadi "penjajah" baru negara.

MESEJ

Malamnya, banjiran manusia di tempat duduk stadium Darul Aman dan di atas padangnya menunjukkan parti PAS tetap menjadi pilihan orang ramai walaupun ia difitnah dengan berbagai tohmahan oleh musuh tradisinya dari parti UMNO.  Antara yang menjadi mentera di mulut pemfitnahnya ialah tuduhan bahawa ia telah lari dari perjuangannya dan sanggup bersengkongkol dengan parti "anti Islam". Mentera itu guna untuk menjauhkan orang Melayu daripada menyokong PAS.
Gambar dari Facebook.
Namun pada perhimpunan malam itu, dakwaan dan dakyah itu telah berjaya disangkal oleh PAS dengan kehadiran begitu ramai orang Melayu khususnya yang seolah-olah mahu membalas hujah fitnah itu dengan tindakan mereka hadir beramai-ramai di Stadium Darul Aman malam tersebut.  Inilah yang menggerunkan musuhnya, seolah-olah taktik fitnah sebegitu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana orang Melayu pun sudah mual dengan pembohongan UMNO ke atas PAS.  Perhimpunan malam itu bukan sekadar perhimpunan tetapi ia adalah "bahasa badan" PAS untuk mengatakan "mentera kamu sudah tidak terpakai lagi, carilah cara lain untuk berhadapan dengan kami".

PARTI NASIONAL


Patriotisma jelas terserlah pada malam itu, kibaran bendera hijau diselangseli dengan jalur gemilang di mana-mana.  Suasana malam itu adalah sesuatu yang menggalakkan pada PAS kerana ia telah meletakkan dirinya bukan sebagai parti lokal tetapi ia menjadi parti yang mencetuskan inspirasi nasional yang melihat kerangka Malaysia sebagai fokusnya dan bukan sekadar kerangka kedaerahan seperti hanya Kedah, Perlis atau Kelantan.

Bagi membuktikan kesungguhannya melahirkan patriotisma ini, PAS telah membariskan semua kelompok berpengaruh dalam masyarakat untuk berucap menyatakan pendirian sokongan kepada PAS.  Pernyataan ini penting kerana PAS mahu membawa mesej bahawa ia telah bersedia untuk memimpin negara ini.  PAS bukan parti eksklusif untuk kelompok tertentu sahaja atau PAS bukan lagi parti "menumpang" populariti orang lain, tetapi PAS kini parti nasional yang merangkul semua pihak berada di bawah payungnya.  Artis, sasterawan, bekas pegawai tinggi Polis dan bekas pegawai tinggi pentadbiran awam dan ramai lagi yang hadir adalah simbol penerimaan semua pihak kepada PAS.  Malam itu adalah malam PAS menasionalkan dirinya tanpa disedari dan ia sesuatu yang terbaik untuk PAS.

GENDANG DIPALU


Pengacara Mahfuz Omar malam itu menunjukkan PAS tidak akan mengalah dengan tohmahan musuhnya, Naib Presiden PAS itu memberi amaran bahawa himpunan hijau akan digerakkan ke seluruh negara dan rakyat akan dimobilisasikan untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada PAS dan rakan-rakannya.  Timbalan Presiden PAS pula memberi amaran, "jangan 'paksa' rakyat turun ke jalanraya dengan mencemarkan demokrasi kerana jika pilihanraya yang tidak telus tidak dibaiki, rakyat terpaksa ke jalanraya!"  Timbalan Presiden itu yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu seolah-olah mahu mengisyaratkan kemungkinan BERSIH 4.0 tidak dapat dielakkan jika regim hari ini masih tiada keazaman politik untuk membaiki sistem pilihanraya negara ini.  Bahasa dan konotasi ucapan adalah umpama paluan gendang yang sudahpun dipalu pada malam hijau tersebut.

KEKUATAN HAKIKI
Tidak ada mana-mana parti politik setakat ini yang boleh menampakkan imej keislamannya lebih daripada PAS.  Walaupun UMNO berusaha sedaya upaya untuk bersaing dengan PAS namun sukar untuk orang menerima bahawa UMNO lebih Islamik dari PAS.  Malam itu dimulai dengan solat maghrib berjamaah dan munajat memohon Allah memberkati usaha PAS mara ke Putrajaya.  Munajat adalah sinonim dengan PAS dan itu lambang kejituan asas keyakinan PAS kepada janji Allah bahawa kemenangan akan tiba akhirnya, kita hanya dituntut bekerja untuk kemenangan.  Inilah uniknya PAS, mereka sesekali tidak pernah kecewa dengan usaha mereka kerana keyakinan mereka disandarkan kepada bantuan dari Allah yang dengan kehendakNya memberikan kemuliaan kepada siapa yang dikehendaki dan memberikan kekuasaan pada siapa yang Dia kehendaki.

Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS membawa mesej tersebut dalam ucapan mereka.  Mursyidul Am PAS pula membaca bait syair Arab yang padat dengan pautan dan sandaran kepada Allah di saat manusia sudah kecewa untuk meminta kepadaNya.  Bagi PAS, inilah kekuatan hakiki yang mengikat gerak kerja parti dan ahlinya mencapai cita-cita politiknya.

PENUTUP

Kita perlu ingat hijau juga adalah lambang kemarahan satu watak kartun marvel yang dipanggil "orang hijau" beliau adalah Hulk yang bertukar menjadi hijau apabila dia marah.  Kata-katanya yang menjadi tagline ialah "anda tidak akan suka saya jikalau saya marah".  Saya harap Ekspresi Hijau bukanlah satu kemarahan kerana UMNO pasti tidak akan suka kalau PAS marah, saya lebih suka menganggap ia lambang tanggungjawab PAS untuk memelihara keseimbangan dan kedamaian bumi tercinta ini.
Untuk mencapai cita-cita tersebut halangan besar mesti diatasi terlebih dahulu, bagi PAS dan majoriti yang hadir malam itu halangan besarnya ialah UMNO dan bahtera BN yang dah rosak teruk.  Selagi UMNO dan bahteranya terus menerus "mencemarkan" bumi Malaysia ini cita-cita kedamaian tidak akan tercapai.  Sememangnya himpunan hijau di Alor Setar baru-baru ini satu mesej untuk rakyat Malaysia dan pastinya UMNO memahaminya dengan baik.

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

UNTUK PAKAR BAKAR JAMBATAN...PHd....PATUT LEBIH TAHU BELA MELAYU KA BELA SIAPA?

  • Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'
  • NONE"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.  

Syarat utama untuk berlakunya politik "gentleman" adalah memastikan pilihan raya berjalan secara bebas dan adil.


Kesemua tuntutan Bersih 2.0 harus ditunaikan. Pemantau bebas dalam dan luar negeri harus dibenarkan. 


Jika kerajaan Malaysia berkeras tidak mahu mereformasikan pilihan raya, maka mereka (BN) harus bersedia untuk berhadapan dengan "people power".


People power bukan berlaku kerana Anwar Ibrahim atau Datuk Ambiga. Ianya berlaku kerana rakyat sudah muak dengan penipuan demi penipuan pilihan raya yang telah berajalan sekian lama.



Termasuk juga project IC...dulu kan dibuat di Sabah tanya lah maha tua...Mahazalim......kalau ada 






DARURAT TAKTIK YANG DIRANCANG?WOIII RAIS NI BUKAN SAMSENG UMNO KAH?

Keganasan samseng Umno BN yang berleluasa dua bulan kebelakangan ini tidak mustahil dirancang untuk mendaruratkan negara.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tidak menolak seandainya samseng Umno BN bertindak lebih ganas maka keadaan darurat sebagaimana yang berlaku di Kelantan pada 1978 akan berulang.

“Tidak mustahil (darurat diisytihar). Di Kelantan cukup dengan membakar tayar dan tunjuk perasaan maka Mageran (pemerintahan darurat) dilaksanakan  di negeri itu pada 1978.

“Tetapi kerajaan BN jangan pergi sampai ke tahap itu. Jangan mencari ruang untuk mengelak dari dihukum rakyat melalui pilihan raya,” katanya.

Mahfuz melihat budaya samseng akan menjadi ancaman kepada kesuburan demokrasi. Pilihan raya tidak lagi dihiraukan dan pilihan rakyat diketepikan dengan taktik ganas lagi kejam sekumpulan   pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa.

“Budaya ganas ini akan memusnahkan demokrasi. Mereka tidak dapat menerima hak rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses undian.

“Peranan samseng untuk mewujudkan suasana takut dan tidak tenteram. Rakyat yang takut akan mudah diperkuda dan diperbodohkan,” sinis Mahfuz.arwah Megar Junid dia pun mengaku...