"Sumpah 513" telah
hilang mujarab apabila kaum ibu tidak gentar lagi untuk turun ke jalan
raya pada 28 April 2012. Di samping itu, ia juga petanda bahawa negara
ini sedang berada dalam tahap yang genting. Namun demikian, kerajaan
dan polis pula tidak banyak berubah, dengan minda yang masih berada
dalam zaman komunis.
Ahli
parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong (gambar kiri) berkata, sebelum
ini, setiap kali PRU diadakan, golongan wanita, terutamanya mereka yang
sudah lanjut usianya, akan bimbang berlakunya huru-hara, atau
berulangnya tragedi 13 Mei 1969.
"Jika ada lagi sisa-baki
keresahan ini... Pada 28 April, apa yang anda lihat tidak lagi serupa.
Pada 28 April, kita nampak kaum ibu turun ke jalan raya, kita nampak
kaum wanita turun ke jalan raya, kita nampak wanita yang usianya lanjut
turun ke jalan raya. Saya rasa, kita telah meninggalkan satu zaman -
dari ketakutan sebelum ini, hinggalah perubahan mula diperlihatkan."
"Padahal
sewaktu 8 Mac 2008, kita membuang undi secara senyap-senyap... Tidak
berani untuk memberitahu kepada orang lain. 28 April, mereka membawa
tubuh badan diri ke tempat kejadian... Sedar bahawa mungkin ada gas
pemedih mata, tahu mungkin adanya bahaya. Namun, mereka tetap membawa
anak ke sana, kerana mereka percaya bahawa negara ini perlu ada
perubahan. Ini kerana mereka percaya bahawa pembinaan negara ini
memerlukan penyertaan setiap orang, terutamanya kawan kaum Tionghua."
"Kaum ibu turun ke jalan raya pada 28 April, lambang sumpah 13 Mei telah hilang mujarab sepenuhnya," kata Liew Chin Tong.
Demikianlah
ulasan pimpinan DAP dalam satu forum berjudul "Kesamarataan gender:
Mengapa ibu juga turun ke jalan raya pada 28 April?", diadakan pada 17
Mei 2012. Selain Liew Chin Tong, forum ini turut membariskan panelis
Pengerusi AWAM Ho Yock Lin dan ahli parlimen Bukit Mertajam Chong Eng,
dengan Lee Chin Chen sebagai moderator.
Forum ini diadakan
sempena perlancaran buku tulisan Chong Eng. Ketua Parlimen DAP Lim Kit
Siang, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ADUN Teratai Jenice Lee dan
pimpinan DAP yang lain turut hadir memberi sokongan. Forum ini menarik
kira-kira 80 orang hadirin.
Petanda ibu turun ke jalan rayaChong
Eng berkata, kaum ibu adalah benteng terakhir. Ini kerana pada
lumrahnya ibu tidak akan turun ke jalan raya, dan tidak akan turun ke
jalan raya sewenang-wenangnya. Mereka lebih selesa dengan perwatakan
untuk mempertahankan keluarganya.
"Apabila
ibu turun ke jalan raya... Iaitu, pertama, dia menganggap anaknya dalam
keadaaan bahaya, maka dia perlu menampilkan diri; kedua, BERSIH telah
menembusi masyarakat, sehingga kaum ibu juga tahu bahawa dia perlu
menyertai. Kalau tidak, pilihan raya tidak adil, tidak demokratik,
negara tidak mempunyai masa depan - dengan kata lain anak juga tidak
mempunyai masa depan. Demikianlah faktor kaum ibu turun ke jalan raya."
Malah
Chong Eng (gambar kiri) mengambil contoh Wan Azizah Wan Ismail ketika
zaman Reformasi, Betty Chew ketika zaman suaminya Lim Guan Eng
dipenjarakan, dan pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi - untuk mengatakan
bahawa dari sudut politik, apabila kaum ibu tampil, ia bermakna
negaranya sedang berada dalam keadaan genting.
Chong Eng memetik
peribahasa Barat bahawa tangan yang menggoncang buaian boleh memerintah
dunia ini. "Apabila anda mendapat sokongan ibu, maksudnya anda boleh
membentuk kerajaan!" katanya, disambut dengan tepukan gemuruh.
Zaman komunisSelain
itu, Liew Chin Tong juga berkata, mantan Ketua Polis Negara Haniff Omar
mendakwa bahawa "sebahagian peserta perhimpunan BERSIH adalah bekas
anggota Komunis", tetapi lupa pula bahawa Pemuda UMNO telah menjalin
hubungan dengan Pemuda Parti Komunis China - jelas tidak sedar bahawa
senario telah berubah.
"Namun,
kerajaan dan polis tidak banyak berubah... Polis berkata hanya kerajaan
menguasai media, apa yang dilaporkan media kerajaan adalah kenyataan
rasmi, semua hanya menurut, bahawa itu adalah realiti. Kira-kira 300
anggota polis mengambil gambar ketika 9 Julai 2011; pada 28 April,
gambar media telah dihapuskan... Apa yang tersirat di sebaliknya, guna
hanya gambar polis."
Tetapi Liew Chin Tong menganggap polis telah lupa bahawa ini adalah zaman
Facebook, setiap orang mampu menggunakan telefon bimbitnya untuk dijadikan kamera, dan "terbit akhbar sendiri" di
Facebook.
"Zaman telah berubah, tetapi kerajaan kita masih terkurung pada zaman lalu, dan gagal terkeluar."