Patutnya sebagai "imam besar" , Jamil Khir dah usaha sebelum kemasukkan dia ke Malaysia lagi.Hassan Jati patut faham dah soal ni. Tapi dok kalut hal lain.Hal nak minta Umno join PAS....Cakap ja tu..ingat PAS tak ingat kah peristiwa dahulu.Muzakarah ini macam berdebat la juga....Elok disiarkan secara langsung muzakarah Umno dan PAS ni.Biar rakyat sama-sama jadi hakim sebabnya rakyat nak mengundi...Umno atau PAS.
Irshad bercakap di sebuah forum terbuka di KLSCAH di Kuala Lumpur, 19 May 2012. — Gambar oleh Choo Choy May
ALOR SETAR, 20 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera menyiasat buku terbaru hasil tulisan seorang aktivis muslimah liberal, Irshad Manji.
Katanya hasil pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, buku bertajuk “Islam, Liberty and Love” itu dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam.
Beliau berkata setakat ini, pihak berwajib termasuk KDN telah menjalankan siasatan dan membuat pemeriksaan di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor namun kuasa untuk menyekat penjualan buku itu di negara ini terletak di tangan KDN.
“Di Kuala Lumpur, tempat-tempat yang dia (Irshad) pergi tu pihak-pihak bertanggungjawab sama ada di Kuala Lumpur ataupun di Selangor telah pun mengambil tindakan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya tindakan memeriksa sama ada buku itu ada dijual atau sebaliknya, perlu dilakukan kerana tidak mendapat kebenaran untuk dijual.
“Tindakan untuk pengharaman buku ni di bawah KDN. Kita (Jakim) boleh bagi pandangan kepada KDN dan berdasarkan daripada pengamatan awal kita, buku ini merupakan buku yang berbahaya kepada umat Islam, jadi kita akan panjangkan pandangan kepada KDN untuk buku ni diambil tindakan,” katanya.
Irshad, seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di peringkat antarabangsa, dikatakan masuk ke negara ini tiga hari lalu untuk melancarkan buku terbarunya itu.
Dia telah melancarkan buku terbarunya itu semalam dan pulang ke Kanada malam tadi.
Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”.
Sebelum ini, Jakim dan KDN menyekat sebarang program melibatkan wanita itu kerana ideologi yang dibawanya boleh memberi implikasi yang buruk terhadap umat Islam di negara ini.
Ideologi tersebut juga jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), akta dan enakmen agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat. — Bernama