SHAH ALAM - Dakwaan penyebaran gambar mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali dengan seorang wanita dianggap propaganda Barisan Nasional (BN)
untuk menutup isu besar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu skandal itu hanya helah politik kerajaan BN untuk mengelak beberapa isu negara yang kian meruncing seperti Bersih 3.0 dan penyelewengan berkaitan syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp).
Menurutnya, dengan meletakkan nama Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sebagai mangsa dalam skandal baru ini, ia seolah-olah dapat memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.