Projek untuk habuan Kroni Akhirnya Terbengkalai

Projek untuk habuan Kroni Akhirnya Terbengkalai



TANJUNG KARANG, 12 MAC: Gara-gara obses dengan projek pembangunan yang menjanjikan pulangan lumayan untuk parti, kroni dan diri, undang-undang tidak lagi menjadi persoalan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Projek yang sepatutnya melalui prosedur dan kelulusan pihak tertentu sebelum kerja pembinaan dimulakan juga dipandang sebelah mata sekaligus menjadikan kemudahan yang dibina bakal menjadi satu lagi projek gajah putih BN.

Terbaru, projek pembinaan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bagan Pasir Penambang yang hampir 90 peratus siap juga tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak termasuk kelulusan kerajaan negeri.

Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini, projek yang menelan kos lebih RM22 juta itu juga tidak memiliki pelan yang diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

“Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan mestilah kemukakan Permohonan Kebenaran Merancang dari pihak kerajaan tempatan dan pihak berkaitan dengan mengemukakan Pelan Pendirian Bangunan dan Pelan Susunatur.

“Contohnya kelulusan Jabatan Alam sekitar, Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan dan kesemuanya lebih kurang ada 19 pihak perlu meneliti sesuatu projek.

“Oleh kerana ia melibatkan pembinaan jeti, projek ini juga mesti dapatkan komen dan kelulusan dari jabatan maritim atau pun marin.

“Komen-komen dari jabatan-jabatan atau agensi yang saya sebutkan ini amat penting sebab ia melibatkan struktur bangunan itu sendiri supaya tidak timbul isu keselamatan atau bangunan runtuh apabila diduduki nanti.

“Jadi bila dah tak ada kelulusan pelan pembinaan, macamana pihak MDKS nak bagi sijil menduduki (CF) bila siap nanti sebab dah tentu mereka tahu tiada jaminan jeti itu selamat digunakan.

“Saya pasti Jeti itu nanti akan jadi satu lagi projek gajah putih BN sebab tak boleh dapat CF.

“Ini memang jelas, kalau tanya pada pihak majlis pun, mereka akan ‘confirm’ tiada kelulusan” ujar Yahya.

Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan peruntukan RM22 juta terhadap projek yang tidak mendapat

kelulusan RM22 juta juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Kenapa Menteri Pertanian, tergesa-gesa mengeluarkan peruntuk yang besar tanpa mahu berbincang dengan kerajaan negeri dan menunggu pemeriksaan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan kelulusan?

“Adakah semata-mata mahukan projek ini jalan supaya dapat habuan untuk kroni, parti dan diri sendiri sahaja, maklumlah sekarang dah dekat pilihan raya dah ni.

“Sekiranya projek ini beri manfaat kepada rakyat Selangor dan mematuhi undang-undang saya pasti pihak kerajaan negeri tentunya tidak akan menghalang,” katanya lagi.

Selain itu Yahya turut mempersoalkan infrastruktur yang belum dibina meskipun proses pembinaan bangunan tersebut telah mencapai lebih 80 peratus.

Menurut beliau lagi, keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan pelan perancangan yang diluluskan.

Yahya turut menggesa pihak SPRM, Jabatan Audit Negara dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) segera campur tangan dalam isu yang melibatkan kepentingan awam ini.

Dalam isu yang sama, Setiausaha MDKS, Azahari Sairin memberitahu TVS hari ini, permohonan kelulusan pelan yang dihantar oleh pemaju telah tidak mendapat kelulusan pihak MDKS.

“Pemaju ada hantar pelan perancangan tetapi pihak MDKS kembalikan kerana didapati tidak menepati piawaian.

“Lepas itu mereka tak hantar semula untuk penilaian MDKS hinggalah sekarang yang menyebabkan pelan pembangunan Jeti LKIM tu memang tak diluluskan MDKS,” ujar beliau.

Guan Eng: Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan

Guan Eng: Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan


KUALA LUMPUR, 12 MAC – Pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri berkuatkuasa April depan disifatkan sebagai keputusan separuh rela memandangkan beliau masih belum bersedia melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya Shahrizat ingin meletakkan jawatan, beliau seharusnya melepaskan kesemua kedudukan yang disandang termasuk di dalam parti.

Menurutnya, tindakan Shahrizat itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau masih belum bersedia untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

“Dia (Shahrizat) nak letak jawatan sebagai menteri, tetapi tidak mahu lepaskan jawatan dalam parti.

Ini adalah keputusan separuh rela dan tiada kesungguhan. Kalau tak bersalah, kenapa nak lepaskan jawatan?

Dengan meletakkan jawatan, ia membuktikan salah laku yang telah dibuat. Shahrizat perlu melepaskan kedua-dua jawatannya,” tegasnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyarankan Shahrizat supaya mendengar nasihat Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee supaya segera melepaskan kedua-dua jawatannya dan tidak bermain tarik tali terhadap keputusan yang dibuat.

“Saya rasa eloklah Shahrizat mendengar nasihat Syed Ali iaitu ahli Umno sendiri.

Kenyataan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang mewakili DAP,” katanya.

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita Umno, beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

Sementara itu, Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu ‘drama’.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

SAMM gesa MP Johor Bentang Kes Pelik KPN

SAMM gesa MP Johor Bentang Kes Pelik KPN


SHAH ALAM, 12 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM) menggesa Ahli Parlimen terutamanya kawasan parlimen Johor bagi membentangkan dan membahaskan satu usul berhubung kes pelik bekas Ketua Polis Negara, AG dan ketua kongsi gelap.

Dalam satu laporan media Malaysiakini hari ini mendakwa Peguam Negara telah campur tangan dengan menggunakan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mengakses fail sulit yang digelar ‘Cicero’ dalam kes itu.

Penyelaras SAMM negeri Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata usul itu perlu dibahas agar tindakan proaktif dan siasatan terperinci dapat dilakukan untuk mengkaji kesahihan dakwaan ini dan seterusnya melaksana tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan ini terbukti benar dan sahih.

Katanya, SAMM menyifatkan pendedahan dakwaan ini merupakan satu perkara yang mengejutkan dan perlu diberi perhatian serius dan segera oleh pihak pemerintah.

” Satu siasatan menyeluruh perlu diadakan bagi menyiasat dakwaan yang ditimbulkan ini ekoran daripada ia melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang negara untuk melindungi kerja-kerja jenayah sindiket perjudian dan pengubahan wang haram di Negeri Johor.

” Kebelakangan ini, Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Negara sememangnya dalam ‘masalah yang besar’ dan dakwaan yang timbul ini berpotensi untuk menjerumuskan pandangan umum dan antarabangsa terhadap amalan penguatkuasaan perundangan negara ke tahap yang lebih buruk lagi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, Negeri Johor dewasa ini sibuk dengan pelan pembangunan Iskandar Johor, skandal ini boleh menghakis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap mutu keselamatan di negeri ini dan seterusnya meranapkan imej Negeri Johor sebagai wilayah pembangunan ekonomi Selatan Malaysia.

” SAMM turut menzahirkan ingatan kepada pihak Kerajaan Pemerintah agar menyiasat dakwaan ini dengan penuh ketelusan. Jangan ada niat untuk sekadar menutup kepincangan dan kejelikan yang wujud dalam agensi penguatkuasaan undang-undang Negara. Siapa yang bersalah wajib diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Jelasnya lagi, skandal itu tidak boleh dipandang mudah kerana rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjaga keselamatan rakyat bukannya berkompromi dan bersekongkol dengan aktiviti-akviti yang melanggar norma perundangan.

” Amanah rakyat terhadap pemerintah negara ini telah dipersiakan sekiranya kejahatan tersembunyi ini terus didiamkan demi mengekalkan kuasa.

” Kita merasakan perlunya pemerintah dan agensi-agensi yang terlibat untuk tampil membersihkan diri dari terpalit dengan skandal-skandal seperti ini.

” Kami, sebagai anak muda merasa amat belas melihat kesungguhan anggota-anggota Agensi Kerajaan yang selama ini telah mengerah keringat seikhlas hati demi menabur bakti kepada Negara tetapi terpaksa menanggung malu ekoran dari sikap beberapa ‘Orang Besar’ dalam agensi-agensi ini yang mudah ‘Gelap Mata’,” katanya.

Beliau menambah, sebagai pewaris masa depan negara, pihaknya merasa amat jelik dengan perangai sebegini dan menggesa agar ia dibanteras dengan segera.

” Cukuplah kerosakan dan kehinaan yang telah anda campakkan kepada sistem pemerintahan negara tercinta selama ini dengan isu-isu yang tidak terjawab,” katanya.

PERTUBUHAN HINDRAF MOHON BANTUAN NAJIB BANTU KELUARGA MISKIN



KALAU SAIFUL BOLEH BANTU NAK BELAJAR DAN MOHON BIASISWA , SUDAH TENTU ADUAN INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.SUDAH TENTU LAH IANYA MENDAPAT PERHATIAN PERDANA MENTERI DENGAN AMAT SEGERA.





Najib dimaklumkan 6 anak yatim perlu bantuannya
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suapaya membantu enam orang kanak-kanak, yang bapa mereka ditemui mati dalam tahanan polis pada tahun 2007.

Kanak-kanak itu menjadi yatim piatu apabila ibu mereka, R Letchumy, yang dirundung kesedihan yang melampau membunuh dirinya pada Februari 2009.

Bapa mereka, K Letchumanan, ditemui mati di lokap balai polis Raub pada 21 Disember, 2007. Polis mendakwa bahawa dia menggantung diri dengan selimut.

NONE"Saya telah bercakap dengan Sarasvathy, kakak Letchumanan yang kini menjaga kanak-kanak itu di samping lima anaknya sendiri," kata Ketua Pemuda Hindraf S Thiagarajan (tengah).

Selain itu, Sarasvathy juga menjaga lima anak lagi anak saudaranya yang lain, apabila seorang lagi adiknya, Chandran, meninggal dunia tahun lalu.

Kenam belas kanak-kanak itu diberi makan dan dijaga berdasarkan gaji yang tidak seberapa sebanyak RM900 yang diperolehi oleh Sarasvathy, yang bekerja sebagai tukang masak, katanya.

Menurut Thiagarajan, Hindraf membuat susulan kes itu apabila akhbar Kosmo mendedahkan keperitan hidup keluarga itu dan juga telah mengemukakan surat kepada Pejabat Perdana Menteri.

"Kami dengan ini merayu jasa baik anda dengan serta-merta untuk membantu kedua-dua keluarga ini dan juga anggaran 500,000 keluarga India miskin,” petik surat itu.

Thiagarajan berkata wakil Hindraf juga akan melawat Sarasvathy, yang tinggal bersama kanak-kanak itu di Kuala Lumpur.

PEMBERITAHUAN

KEPADA PENGUNJUNG SETIA WRLR.BLOG INI AKAN MENGHADAPI GANGGUAN UNTUK KEMASKINI DALAM JANGKAMASA SEBULAN INI KERANA PENGURUS WRLR SERINGKALI BERADA DI LUAR KAWASAN CAPAIAN INTERNET.

MASAALAH INI AKAN CUBA DIATASI DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN MENCARI ALTERNATIF TERBAIK SAMA ADA IANYA DI LEPASKAN KEPADA PENGURUSAN BARU BAGI MENGHIDUPKAN LAMAN BLOG INI ATAU DI KEMASKINIKAN SETIAP 3 HARI SEKALI.

SEBARANG MASAALAH AKAN DIATASI DENGAN SEBAIK MUNGKIN.TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN KEPADA BLOG INI SELAMA INI DAN PENGUNJUNG SETIA BOG INI BANYAK MEMBERIKAN SEMANGAT TERBAIK SEHINGGA BLOG INI BERTAHAN LAMA.

INSYALLAH , BLOG INI AKAN KEMBALI APABILA JALAN PENYELESAIAAN DI CAPAI.SALAM

PERLETAKAN JAWATAN BUKAN SEBAB MARUAH,TETAPI UNTUK SELAMATKAN UMNO DAN DIRI SENDIRI

Shahrizat sacrificed herself, says Najib

KITA PERCAYA PERBICARAAN ALA MAAYSIA INI MUDAH SAHAJA.ORANG YANG BERSALAH TIDAK PERLU DIBICARAKAN ASALKAN DIA NYA ADALAH ORANG BESAR, ASALKAN DIA NYA ADALAH AHLI UMNO DAN ASALKAN DIA NYA ADALAH KRONI KEPADA PEMBESAR ,AHLI POLITIK,ATAU APA SAHAJA YANG BERAITAN DENGAN PEMERINTAH, PEJAM SEBELAH MATA.

LIHAT KES TAJUDIN RAMLI,LEE LIONG SIK, DAN SHAHRIZAT JALIL.TAK PERLU NAK SEBUT KES RAZAK BAGINDA,ROSMAH BINI NAJIB,KHIR TOYO, MALAH KALAU NAK DISENARAIKAN LAH...MEMANG BANYAK.RAKYAT PULA SEMAKIN FAHAM DAN CERDIK.MAKA KERANA ITU KITA PERCAYA DI LUAR SANA RAKYAT BERSEDIA MENGHUKUM BN KALI INI, KECUALI YANG BODOH DAN BAHLUL MACAM LEMBU SHAHRIZAT.

Shahrizat letak jawatan sebagai menteri 8 April


KUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator.

Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.

“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri.

“Namun begitu, selepas berbincang dan memikirkan perkara ini, saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah masa yang terbaik untuk beliau mengundur diri malah beliau sudah menyediakan surat perletakan jawatan dan akan menghantarnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur, dan saya sudah siapkan surat perletakan jawatan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hari ini,” tambahnya.lagi.

Namun begitu, Shahrizat menafikan perletakan jawatan beliau disebabkan oleh skandal NFC, sebaliknya menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Salleh Mohamad.

“Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, saya tiada sebarang kaitan dengan NFC, hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC,” katanya lagi.

Dalam pengumuman tersebut, Shahrizat turut memberikan penghargaan kepada kepimpinan Najib sepanjang penglibatan beliau sebagai menteri.

“Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada pemerintahan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan rakan jemaah menteri kerana mendapat kerjasama yang baik selama 10 tahun sebagai menteri,” katanya selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Desa Water Park di sini.

Perletakan jawatan beliau itu dilihat selepas empat bulan setengah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap diri dan juga keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Projek penternakan lembu itu diketuai oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.

Mereka menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan pada 2006, ketika Shahrizat pada masa itu merupakan menteri Kabinet.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelum ini menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan oleh pemimpin-peminpin Umno dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap proijek berkenaan kerana beliau hanyalah merupakan isteri kepada Salleh.

NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran.

Sejak dari itu, pembangkang mula membuat beberapa siri pendedahan syarikat mereka menyalahgunakan dana projek berkenaan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan penternakan.

Ini termasuklaj pembelian condominium bernialai jutaan ringgit di Bangsar dan Singapura termasuk lot tanah di Putrajaya.

Polis malah telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah-pengarah NFCorp kerana telah melakukan kesalahan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan berkenaan.

Shahrizat dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 2001 dan mengekalkan jawatan selepas Pilihan Raya Umum 2008 walaupun beliau tewas ketika pilihan raya tersebut.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial sebelum menyambung portfoli Kabinetnya.