Konvensyen PR: Bersihkan Malaysia, Pinggir Kepimpinan Korup

PETALING JAYA, 11 JAN : Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang bakal berlangsung hujung minggu ini di negeri Kedah disifatkan sebagai pecutan akhir gagasan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Konvensyen yang bertemakan 'Bersihkan Malaysia' ini secara dasarnya akan memperincikan krisis politik negara yang tidak berpenghujung selain ingin mewujudkan suasana negara yang lebih sejahtera dengan meminggirkan kepimpinan yang korup.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, konvensyen ini juga adalah untuk memastikan gerakan kebangkitan rakyat seiring dengan arus perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat.

"Persoalan krisis yang bertentangan dengan amalan politik demokrasi di negara ini harus ditangani dengan meletakkan negara dilandasan yang betul iaitu melalui kepimpinan yang beramanah, integriti dan akauntabiliti untuk menerajui negara selepas pilihan raya nanti.

"Kita juga akan mengwujudkan suasa sebuah negara yang mana ia adalah milik kita semua, negara untuk semua kaum dan kita hidup sebagai satu keluarga yang bertanggungjawab membangunkan negara secara bersama," Mahfuz berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sudah tiba masanya untuk seluruh rakyat meninggalkan kepimpinan yang korup dan terbuka untuk menerima sepenuhnya pakej politik kepimpinan Pakatan Rakyat seperti yang termaktub di dalam naskah buku jingga.

"Kita mengharapkan konvensyen kali ini mampu memberi gambaran jelas kepada masyarakat Malaysia tentang komitmen kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mendepani secara segera segala tekanan, ketidakadilan dan bebanan hidup yang terpaksa ditanggung rakyat dinegara kita selama ini," jelasnya.

Hadir sama, AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden PKR, N.Surendran dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai

HUTANG NEGARA MERBAHAYA

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) - pinjaman besar-besaran dan perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara maju sepenuhnya terhutang budi sebelum akhir dekad ini, Lim Guan Eng berkata hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa hutang Putrajaya untuk nisbah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah meningkat setiap tahun dari 53,1 peratus pada tahun 2010 kepada 53,8 peratus pada tahun lepas dan dijangka mencecah 54,8 peratus tahun ini.

"Ini adalah sangat berbahaya, dan bahkan lebih bencana apabila ditambah pula dengan statistik daripada Laporan Tahunan Bank Negara 2010, yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir tahun 2010 adalah RM581 bilion, atau 76 peratus daripada KDNK, dengan itu memberi kita itu penghormatan yang meragukan daripada mempunyai tahap kedua tertinggi hutang isi rumah di Asia, selepas Korea Selatan.

"Dari segi mutlak, hutang kerajaan persekutuan meningkat sebanyak 71 peratus dalam tempoh empat tahun kepada RM456 bilion pada akhir () () 2011 daripada RM266 bilion pada akhir () 2007," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Setiausaha Agung DAP berkata dengan mengikuti kadar pengembangan yang sama, hutang negara akan menjadi satu unjuran RM780 juta pada tahun 2016 dan RM1.3 trilion menjelang 2020.

Kenyataan Lim sebagai tindak balas kepada satu kenyataan oleh Institut Malaysia Penyelidikan Ekonomi (MIER) dibezakan rakan-rakan Mohd Ariff Abdul Kareem, yang memberi amaran bahawa hasil kerajaan persekutuan telah berkembang terlalu perlahan untuk menyimpan sehingga dengan pinjaman yang yang melanda 53,1 peratus daripada KDNK pada tahun 2010.

Mohd Ariff memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini bahawa hutang negara Malaysia akan mencapai 100 peratus daripada KDNK menjelang 2019 Putrajaya perlu terus meminjam lebih daripada diusahakannya. Beliau berkata manakala saiz semasa hutang kerajaan relatif kepada KDNK tidak merisaukan, kadar pertumbuhan pada tahun-tahun kebelakangan ini adalah membimbangkan.

PUBLIC FORUM


2012.01.10

Dear NGOs / Individuals / Concerned Citizens

Invitation to attend forum on “Institutionalized Racism in Malaysia”

Racism in Malaysia is developing into a subtle, pervasive and increasingly aggressive form. What started as a defensive affirmative action program is now fast degenerating into aggressive form of institutionalized racism. This is sapping the potential of Malaysian society. The future on this trajectory is disastrous for all Malaysians. It will bring ruin.

The political, legal and administrative structures of our country – the anchors and sources of the institutionalization need to be fundamentally revamped. For this to happen, the public view of what is truly happening must become sharper. This is not an easy task - given the resources at hand for the beneficiaries of this racist system. Public opinion must first be aligned with this developing reality, before any change can happen. With the kaleidoscope with which we all view Malaysia the perceived reality now, is not disturbing enough to galvanize people to action. This needs to be addressed.

HINDRAF and CRC are taking upon themselves to educate the public to address the needed paradigm shift . Together we embark on the first of a series of forums to highlight and educate about the structures and processes that entrench racism into our system, the impact to the nation and to the future of the nation if this is all left unchecked. And also to inform of some early stage activities in this respect.

This is the first time this topic is being broached in a public forum. We wish to push this topic into the foreground of political discourse in our country. – in its barest from. This is part of the campaign of HINDRAF and Civil Rights Committee of KLSCAH to bring an end to racism in the country. We have been browbeaten to accept the status quo of this racist regime – but it only continues to reduce us as a people and as a nation. It is time we stood up and said no to institutional racism and begin the process of change.

We have an interesting evening planned at the forum. We invite all concerned Malaysians to attend this forum. At the forum besides what the panel of speakers plan to share, we also look forward to tapping the wisdom of the participants in the form of thoughts about attaining a racism free just and equal Malaysia.

Forum venue: Upstairs meeting room of The KL and Selangor Chinese Assembly Hall

Date: 17th of January 2012 , 7.30 pm.

The speakers are:

1) Mr.N.Ganesan, National Advisor to Hindraf

2) Dr. Kua Kia Soong, Director Suaram

3)Dr Azmi Sharom, Academic

Chair by: Dr. Lim Teck Ghee, Director of Centre for Policy Initiatives

Should you have further enquiry, please do not hesitate to contact the assistant secretary of the KLSCAH, Mr. Chia at 03-2274 6645.

Thank you.

Cordially,

HINDAF & CRC-KLSCAH

AMK: Adam Adli, Simbol Hapus PTPTN, Mansuh AUKU

SHAH ALAM, 10 JAN: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan terus mempertahan pendirian Adam Adli Abd Halim yang telah dijatuhi hukuman penggantungan selama tiga semesta oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini.


Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dalam kenyataan medianya berkata pihaknya Adam Adli telah dibicarakan melaui keputusan politik.

"Kami menyeru Anak Muda dan Mahasiswa menyambut semboyan kebangkitan rakyat menuntut perubahan dan keadilan. Malaysia bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum, satu wadah demokrasi untuk menumbangkan kerajaan BN-UMNO yang rakus dan angkuh.

"Pakatan Rakyat melalui muafakat Buku Jingga dan AMK Malaysia melalui Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia meletakkan komitmen untuk memberi ruang kepada mahasiswa di dalam membina Negara bangsa.

"Usaha memansuhkan AUKU dan akta-akta lain yang menyekat serta merubah sistem pembiayaan pengajian tinggi termasuk menghapuskan PTPTN sebagai tawaran AMK dan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaysia," ujar beliau

Berhubung pengantungan Adam Adli, beliau berkata pihaknya akan menggunakan pelbagai saluran bagi membantu pelajar terbabit.

"Mendepani isu penggantungan Adam Adli, pihak biro Mahasiswa bersama Peguam Untuk Kebebasan (Lawyers For Liberty) secara serius membantu dan meneliti langkah yang wajar diambil. Bersama-sama Adam Adli dan seluruh gerakan mahasiswa, Biro Mahasiswa Angkatan Muda keadilan akan terus menyokong gerakan menuntut perubahan yang diterajui Mahasiswa.'kata beliau.

Penggantungan Adam Adli, pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar.

Dr Rani calon terbaik ganti Hasan Ali, kata Pemuda PAS Selangor

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Selepas dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kini berdepan dengan tekanan agar melepaskan jawatan exco kerajaan negeri memandangkan beliau kini bukan lagi “wakil rakyat PAS.”

Semalam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melepaskan jawatan itu secara sukarela.

Beliau berkata ini kerana amat jelas bahawa beliau tidak lagi mewakili PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menghormati keputusan yang diambil oleh parti itu memecatnya.

Keputusan Khalid itu mendapat sokongan penuh Dewan Pemuda PAS Selangor agar pengganti untuk jawatan yang disandang Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri dari Barisan Nasional (BN) dapat dilantik.

“Menteri Besar juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota exco tersebut adalah untuk parti PAS,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.

Beliau menambah calon yang paling layak untuk memegang jawatan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar), juga merupakan Pesuruhjaya PAS negeri.

“Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut, bukan sekadar beliau orang nombor satu PAS di Selangor tetapi beliau cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan masalah rakyat,” katanya.

Kelmarin Hasan, ADUN Gombak Setia dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Hasan, sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

The Malaysian Insider awal pagi ini melaporkan Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin diadili semula.

themalaysianinsider/-

PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

Leong Khong




.
KISAH INI MEMBUKTKAN BODONYA MELAYU JOHOR DI KAWASAN FELDA NI.APA UMNO TAK KATA PADA MELAYU YANG SOKONG PEMBANGKANG.(WRLR)




PAS Johor mengesahkan bahawa partinya bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh, Johor dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, DAP turut memaklumkan bahawa partinya akan meletakkan seorang calon keturunan Melayu untuk bertanding di kawasan itu.

Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman (gambar kiri) mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA. Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

Ini kawasan pertama yang dikesahkan setelah dikhabarkan bahawa perubahan akan berlaku dalam beberapa kawasan yang ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat, menjelang PRU 13. DAP, sebuah parti politik yang lebih tumpu untuk bertanding di kawasan bandar, kini akan bertanding di kawasan FELDA di pedalaman.

Dalam PRU 12 pada tahun 2008, terdapat sejumlah 20,176 orang pengundi, dengan 80.04% Melayu, 16.72% Cina, 2.06% India dan 1.18% lain-lain. di Tenggaroh. Dengan peratus pengundian hampir 80%, calon MIC Murukasvary A/P S.Thanarajan meraih 11,789 undi, sementara calon PAS Shahar Abdullah memperolehi 3,556 undi, dengan perbezaan 8,233 undi.

Mengimbas rekod PRU 11 pada tahun 2004, calon BN mendiang Krishnasamy A/L Shiman (10,412 undi) menang dengan majoriti 8,287 undi, menewaskan calon PAS Sheikh Abdullah Said Salleh (2,125 undi).

Mazlan Aliman berkata, PAS kerap berceramah di kawasan FELDA DUN Tenggaroh, berdialog dengan penduduk tempatan dan membuat kunjungan ke situ, untuk menyebarkan maklumat Pakatan Rakyat. Beliau berkata, kini bukan isu DAP, tetapi muafakat dalam Pakatan Rakyat. Mana-mana parti yang bertanding, parti komponen PR mesti turun untuk membantu.

Ketika ditanya kemungkinan DAP menang di kawasan Tenggaroh, Mazlan tidak memberi jawapan secara langsung, tetapi menganggap suasananya menyerupai suasana "Reformasi", sebagaimana yang berlaku dalam PRU 10 pada tahun 1999. Beliau berkata, BN hanya menang dengan majoriti 4,000 undi di kawasan parlimen Mersing pada tahun 1999, pada masa yang sama DUN Tenggaroh dan Endau dalam kawasan itu dihakis undi majoritinya.

Kerusi Parlimen Mersing dan DUN Endau menyaksikan pertembungan antara calon UMNO dengan PAS sepanjang dua penggal PRU yang lalu. Mersing dan DUN Endau bersama DUN Tenggaroh kesemuanya dimenangi calon BN dalam tiga penggal PRU yang lalu.

Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau (gambar kiri) membuat pengumuman dalam Mesyuarat Agung DAP baru-baru ini, bahawa persetujuan telah dicapai antara PAS dan DAP, di mana PAS akan memberi laluan kepada DAP di satu kawasan yang asalnya ditandingi PAS. Boo Cheng Hau mengesahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu untuk menyarung jersi DAP di situ.