BALING BATU BUDAYA Umno
UMNO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT
Maran-Kehadiran Anwar ke Maran kali ini dikawal ketat oleh
Unit amal pas dan juga keadilan agar peristiwa yang berlaku sebelum ini tidak
berulang.Dengan kawalan yang begitu ketat, kehadiran beliau ke rumah salah
seorang peneroak jengka 4, anwar sempat bertemu dengan masyarakat felda dan makan
malam bersama.
Beliau kemudiannya bertolak ke kawasan perniagaan kaum cina
di kawasan felda . Selain bandar pusat jengka yang dikenali pusat tumpuan
masyarakat jengka ini, terdapat sebuah
lagi pekan kecil yang menjalankan perniagaan bagi penduduk sekitarnya di kenali
sebagai Tong Kiat. Anwar yang pertama kali dibawa melawat pekan kecil Tong Kiat
ini dan dihadiri oleh hampir 3000 masyarakat sekitar yang mahu mendengar cermah
beliau .Menurut anwar, inilah pertama
kali beliau hadir dan amat berbangga dengan kehadiran seramai itu walau ianya
berada di Bandar dan kawasan felda.
Sehingga dua tempat lawatan beliau ini, tiada sebarang
gangguan yang diterima.mungkin dengan kehadiran ramai masyarakat sekeliling,
tidak seperti minggu sebelumnya
sebagaimana peristiwa di Lembah Pantai dan Johor, kali ini anwar tidak diganggu
walau melalui jalan jengka.Ini adalah kerana kehadiran ramai pengiring dan kawalan
ketat unit amal juga sambutan dalam ceramah beliau.Sekalung tahniah , kepada
unit amal dan keadilan yang membantu.
Di sini anwar menjelaskan dasar-dasar pakatan Rakyat
mengenai rancangan reformasi para pimpinan pakatan rakyat iaitu mahukan
pendidikan percuma,membanteras rasuah,pembahruan sistem
kehakiman,pendidikan,melahirkan masyarakat yang tahu menghormati antara satu
sama lain.Malah budaya yang dibawa ahli Umno sejak akhir-akhir ini menunjukkan
budaya samseng dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.Beliau juga
mempersoalkan budaya ala samseng ini jika semuanya mahu bertindakbalas akan
menjadikan negara kecoh dan huruhara.malah pimpinan pakatan rakayt dan semua
rakyat mahukan perubahan dalam sistem pemilih dan perbetulkannnya dengan cara membuang undi.Saya cakap di
parlimen engenai adanya bukti
menggunakan warga asing yang boleh membuang undi. Kita punya bukti
terhadap kes ini namun , pengerusi SPR membisu.
“Budaya mengutuk tok guru nik aziz dianggap sebagai sesuatu
yang tidak patut.adakah nikaziz menghina sesiapa?seorang yang alim digelar
sebagai bapa kafir adalah budaya yang amat jijik, sedangkan semua orang tahu
siapa nik aziz yang meminpin kelantan selama lebih 20 tahun.Adakah Nik aziz
ambil tanah?adakah nik aziz ambil duit lembu?adakaha nik aziz memperkayajkan
anak beranak beliau?
“Apa yang berlaku kepada saya, adalah menunjukkan betapa
Umno tidak bertanggungjawab terhadap rakyat malah negara.Apa salah saya dan apa
salahnya berbeza pendapat , saya juga pernah menjadi ahli Umno dan timbalan
Presiden, akan tetapi dizaman saya tidak berlaku sedemikian rupa dan ini baiasa
dalam sistem demokrasi , namun membaling batu dan mengganggu ceramah Pakatan
adalah tidak bermoral sama sekali.Apa pula akan terjadi jika ini dilakukan
terhadap kediaman najib jika perbuatan melakukannya dihadapan rumah Datuk
Ambiga? Bagaimana pula kalau ahli Pas,PKR dan Dap pula bertindak balas ? Dimana
moralnya ahli Umno? Samseng kah?kita menyokong ambiga atas sebab pilihanraya
dan mahukannya dibersiahkan.Soal lain kita tetap menentang , itu demokrasi
” Soalnya dan teriakan hadirin yang
setuju .
Anwar menjelaskan betapa sistem pendidikan negara ini mampu
dilaksanakan tanpa pinjaman PTPTN kerana menurut beliau Umno yang sentiasa
salah dalam mentadbir kewangan negara menyatakan bahawa PTPTN membebankan
negara.Menurut anwar pimpinan Pakatan Rakyat telah berbincang dan menganggap
debat Khairy mengenai PTPTN menjelaskan hasrat sebenar kerajaan Umno yang tidak
mampu untuk melaksanakannnya dan lebih mementingkan golongantertentu dari
membaiki kehidupan rakyat.
“Hutang lembu bagaimana?Hutang MAS bagaimana? Kalau rakyat
kampong dan orang bawahan jumlah hutang kena bayar.?Kita perintah selangor dan
kita mampu membayar untuk kepentingan rakyat.ini yang kita yakin kita akan
dapat melakukannya jika rakyat memilih Pakatan Rakyat yang mampu
kamilaksanakan.” Demikian jelas beliau yang mendapat tepukan gemuruh yang
hadir.
MCA PROVOKASI CERAMAH ANWAR
Selepas berceramah di Pekan kecil Tong Kiat,beliau bergerak ke Bandar Maran.Keadaan agak tegang
apabila diberitahu bahawa MCA mengadakan pertandingan karaoke sejauh 200 meter
dari tempat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat bercermah.Risalah dan banner
memburukkan beliau terpampang malahan bertaburan dengan risalah memaki hamun
beliau.Sangkaan bahawa Umno memprovokasi ceramah meleset , namun kali ini, MCA
pula yang meniru perangai Umno.Pertandingan karaoke berjalan lancar, bunyi
bising mencecah telingan hadirin, namun sesekali kita melihat antara kaum
tionghua yang hadir menyeberang mendengar ceramah Anwar.Inilah yang menjadikan
lawatan ini mencapai matlamatnya.Di sini hampir 5000 orang hadir dari berbagai
kaum.Masyarakat cina yang mendengar karaoke menyeberang mendengar amanat Anwar
menjadikan hanya pembesar suara sahaja yang kuat namun kehadirannya boleh
dibilang.
Setibanya di jalan utama yang diiringi dengan penuh hormat
rakayat sebagai pimpinan, bunyi bising berhampiran bergema.namun Suara Anwar
tetap kedengaran juga dengan pembesar suara yang juga kuat.
Beliau memulakan ceramah beliau dengan menyatakan bahawa
negara yang kaya , namun rakyat menjadi miskin apabila kerajaan yang ada tidak
mahu membantu rakyat.dan melakukan banyak pembaziran..Beliau juga menyatakan
tentang sambutan pimpinan timur tengah dan juga pimpinan arab yangmasih
mempercayai
“Kita kena ingat nak suruh
orang cina , dan nak suruh orang India sokong
untuk apa? .Umno dok cerca kononnya saya ni dan kita ni nak bagi kat cina dan
India.Yang depa bagi kepada tauke cina dan tauke judi tak pa
pulak,bukit,pulau,gunung….mana dia orang Umno tak tegur..mana dia ulamak dan
mufti tak tegur….Tak malu kah sebagai
orang tak ada akhlak,mana dia imam dan mufti.Buat gerai banyak-banyak depan
rumah Ambiga.Mana ada islam hina orang, malah ada jenazah dizaman rasullah dia
sendiri hormat.Polis pi mana?tapi
mencerca kita macam-macam .Jangan kawan dengan orang sombong,baling batu pada
saya,simbah cat,laporan nik aziz terima rasuh,hantar kek taik kepada lim guan
eng.ada akai ka orang macam ni.Kita perlu ubah.Sudah tiba masanya kita
berubah.Menang saja pakatan rakyat, Insyallah akan ada seorang pelabur dari
negara arab yang berjanji mahu melabur dengan kekayaannya hampir 10 billion
US,Ayuh semua rakyat beri peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah,kita ubah
semuanya demi rakyat.”demikian kata Anwar dan disambut dengan laungan takbir
dan laungan reformasi..reformasi reformasi yang bergema di tengah Bandar Maran
menenggelamkan karaoke yang semakin hilang lantangnya walau hanya sedikit yang
menontonnya..
Buntut timur, demonstrasi barat?
Tidak berapa lama
dahulu, apabila suatu perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur, ada pihak
yang merungut bahawa demonstrasi jalanan adalah "budaya barat". Ini
kerana, kata mereka yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu,
demonstrasi lazimnya ada elemen kekasaran yang tidak secucuk dengan
"budaya timur" kita yang kononnya halus sifatnya itu.
Jadi tidaklah hairan kenapa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan baru-baru ini mengundang banyak kritikan (dan tindakan) yang serius dari pihak tertentu, termasuk golongan pemimpin dan kelompok lain dalam masyarakat Malaysia. Kritikan yang dilemparkan terhadap penganjur dan ribuan penyokong BERSIH 3.0 menjadi begitu lantang lebih-lebih lagi setelah perhimpunan itu berakhir dengan keganasan yang menimpa pihak tertentu.
Malah sejurus selepas BERSIH 3.0 diadakan, Majlis Fatwa Negara telahpun mengeluarkan fatwanya bahawa adalah "haram" bagi golongan Muslim menyertai apa yang dianggap sebagai perhimpunan "haram", perhimpunan yang kononnya tidak mendatangkan manfaat kepada umum, mencetuskan kekacauan dan merosak harta awam, memporak-perandakan Ummah dan juga bertujuan mengguling pemerintahan yang sahih melalui demonstrasi.
Nampaknya bukan sahaja perhimpunan dan demonstrasi seperti BERSIH 3.0 tidak sehaluan dengan "budaya timur" kita, ianya juga bercanggahan dengan Islam (dari sudut pandangan Majlis Fatwa tersebut dan kelompok lain di Malaysia).
Tapi jika dilihat apa yang telah berlaku sejak BERSIH 3.0 itu, nampaknya bukan semua demonstrasi dianggap "haram" atau tidak secucuk dengan "budaya timur" Kita. Sekurang-kurangnya "kesepian" dari segi teguran atau kritikan daripada pihak berkuasa dan kelompok pemimpin agama seolah-olah memberi isyarat bahawa, misalnya, berdemonstrasi di depan rumah pengerusi bersama BERSIH 3.0, S. Ambiga, adalah okay.

Gambar ini dipetik dari klip video Malaysiakini yang dimuat ke dalam Youtube. |
Dalam
kes ini, sekumpulan kecil bekas askar telah berdemonstrasi kerana
memprotes terhadap Ambiga dan rakan-rakannya dalam BERSIH 3.0 kerana,
mengikut pandangan mereka, perhimpunan yang dilancarkan pada 28 April
2012 itu mengaibkan imej negara di mata dunia. Jadi askar ini merasakan
menggoyang punggung mereka yang kedut itu adalah satu cara untuk
memperbaiki imej negara yang terpalit itu - selain daripada kemungkinan
usaha untuk mencipta rekod baru dalam Guinness Book of Records.
Implikasi daripada penggoyangan buntut ini ialah satu tanda tanya timbul sama ada demonstrasi buntut ini secucuk dengan "budaya timur" kita atau lebih penting lagi, selari dengan prinsip Islam - lebih-lebih lagi apabila pucuk pimpinan dan pemimpin agama nampaknya berdiam diri saja dalam hal ini. Ini selain daripada hakikat bahawa ruang peribadi Ambiga telah dicabuli oleh pihak berkenaan.
Perkara ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk mempertikaikan amalan berdemonstrasi dalam masyarakat. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah demonstrasi aman secara prinsipnya adalah sebahagian daripada amalan demokrasi, satu amalan universal yang tiada timur-baratnya. Yang membezakan satu demonstrasi dengan demonstrasi lain ialah peradaban yang diamalkan oleh pihak demonstran.
Lagipun, kebanyakan perbuatan dan tindakan tidak tamadun atau biadap itu juga bersifat universal. Ianya tidak dimonopoli oleh barat maupun timur. Beberapa contoh tindakan yang diambil oleh segolongan rakyat di masa kebelakangan ini menunjukkan perbuatan kesat dan kasar itu boleh wujud dalam "masyarakat timur" seperti Malaysia.
Apakah "timurnya" perbuatan, misalnya, menghantar kek bercorak tahi atau menghantar keranda simbolik kepada seorang pemimpin negeri semata-mata kerana kelompok berkenaan memprotes terhadap apa yang dianggap sebagai ketidakadilan? Tidakkah lebih bermanfaat dan bertamadun jika protes itu dibuat dalam bentuk, misalnya, petisyen atau demonstrasi aman di depan jabatan pemimpin itu? Atau berdiskusi dan berdebat antara pihak yang bercanggahan.
Apakah "timurnya" perbuatan segelintir manusia menyiarkan video lucah secara terang-terangan semata-mata untuk tujuan politik mereka? Adakah perbuatan "penayang porno" Ini lebih bermoral tinggi jika dibandingkan dengan pasangan yang ada dalam video lucah itu? Adakah ini satu nilai yang perlu dibanggakan oleh generasi muda dan kanak-kanak?
Apakah "timurnya", kalau tidakpun Islamnya, perbuatan media arus perdana menabur fitnah terhadap pemimpin politik tertentu, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu tidak diberi ruang dan peluang untuk menjawab fitnah itu atau membela dirinya? Tidakkah etika profesion dalam dunia kewartawanan mengharuskan hak menjawab bagi pihak yang merasakan dirinya dicemuh atau dikritik?
Apakah "timurnya" perbuatan memberi burger kepada Ambiga (gambar kanan) ketika umum tahu bahawa daging lembu adalah "haram" bagi seorang penganut Hindu? Tidakkah ini mirip perbuatan memberi daging khinzir kepada seorang Muslim?
Adakah perbuatan membaling benda yang merbahaya seperti batu ke dalam satu kawasan ceramah politik atau mengasari orang yang menghadiri ceramah hingga menyebabkan kecederaan satu tindakan yang berhemah tinggi warga timur? Tidakkah lebih bertamadun jika perbezaan pendapat itu diadakan dalam bentuk debat dan ceramah secara aman?
Sekurang-kurangnya amalan berdebat dan berbincang boleh menaikkan taraf keintelektualan dalam arena politik khususnya dan masyarakat amnya.
Apakah "timurnya" perbuatan seorang menteri besar pada suatu ketika dahulu yang menunjukkan isyarat tangan yang lucah semata-mata kerana dia tidak setuju dengan pendirian pihak lawannya? Adakah ini satu tabiat yang mencerminkan "kehalusan" budaya timur?
Insiden yang dialami oleh masyarakat Malaysia masakini dan lalu menunjukkan wujudnya faktor kuasa yang bermain dalam kancah politik dan budaya. Dengan kata lain, budaya lazimnya ditakrif oleh mereka yang mempunyai kedudukan kuasa (politik) dalam masyarakat yang akhirnya menentukan apa yang "positif" dan apa yang "sebaliknya" dalam "budaya timur" kita ini.
Penakrifan sesuatu amalan dan ciri budaya sepatutnya berlandaskan nilai dan prinsip yang universal dan bukannya dalam ruang lingkup sempit yang hanya melayani kehendak dan kepentingan politik golongan berkenaan. Keadilan sudah tentunya salah satu nilai yang perlu disanjungi.
Jadi, apakah perlu kita berasa terkejut apabila, contohnya, tarian poco-poco diharamkan dengan begitu pantas manakala pemimpin agama berpeluk tubuh bila berhadapan dengan gejala rasuah yang merasuk masyarakat kita masakini? Atau, apabila mereka berdiam diri terhadap dakwaan BERSIH 3.0 bahawa wujudnya ketidak-bersihan prosedur pilihanraya setakat ini?
Seperti askar yang menunjukkan buntut mereka di mata dunia, perbuatan membelakangi amalan dan nilai universal yang murni tidak akan dapat menaikkan taraf masyarakat kita sebagai masyarakat yang bertamadun lagi demokratik.
*Dr Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik dan budaya.

MAMAT NI SEBENARNYA DAH EXPIRED
Meskipun debat
"Perdana Menteri - Ketua Pembangkang Parlimen" semakin dinanti-nantikan,
tatkala langkah PRU 13 yang menghampiri, namun Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim hari ini menyatakan pendiriannya
bahawa beliau tidak bersetuju untuk mengadakan debat politik antara
Najib Razak dengan Anwar Ibrahim di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa. Tetapi kalau kita sumbang kepada rakyat, rumahnya, jambatannya, jalannya, ini lebih baik daripada lain," kata Rais Yatim (gambar kiri). Malah, beliau menyifatkan debat antara Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN yang diadakan sebelum ini sebagai "mainan politik".
Beliau berkata sedemikian ketika ditanya wartawan MerdekaReview, yang mengajukan soalan apakah debat Rafizi Ramli dan Khairy Jamaludin tidak memberi makna? Untuk Rais Yatim, debat tersebut hanya "mainan politik, dua-dua pun mainan politik."
"Saya mengatakan mainan politik yang mungkin disalahtafsir oleh pihak-pihak tertentu. Bagi BN, mereka akan mengatakan kita menang. Bagi pihak pembangkang, juaranya hebat." ulas selanjutnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan dalam program "1Malaysia Prihatin: Sentuhan Mengubah Kehidupan di Indian Settlement di Ladang Kam Seng, Batu 8, Gombak Utara", hari ini.
Minggu lalu, penonton menyahut cadangan moderator debat antara Rafizi dengan Khairy dalam isu PTPTN, iaitu Dr. Maszlee Malik yang mahu melihat perdebatan antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim. Malah Timbalan Menteri Pelajaran Saifuddin Abdullah juga bersetuju dengan cadangan tersebut, pada masa yang sama berpendapat debat antara Najib dengan Anwar akan mencipta sejarah tanah air.

*Lu Wei Hoong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal.
TAWARAN UNTUK GENERASI KEDUA FELDA LEBIH BAIK DARI DASAR Bn
Oleh:AMIRUDDIN AHMAD
Bersempena dengan lawatan Najib ke Jengka dan mengumumkan
“Durian Runtuh”ANAK telah melancarkan program dengan lebih releven dari
pemberian saham yang akan mengakibatkan kerugian kepada peneroka.ANAK yang
menyedari bahawa kerugian dan kekurangan ini boleh dilakukan sekiranya pihak
kerajaan yang memerah keringat susah payah peneroka dapat mememikirkan sesuatu idea yang lebih bernas selain dari
mengwar-warkan durian runtuh kepada peneroka dan memaksa peneroka menandatangani borang
pinjaman wang bank.
Tawaran yang kenali sebagai Tawaran bagi anak generasi ke 2
ini adalah berhasrat kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat , dan cadangan
ini adalah kerana kerajaan Bn tidak mempunyai jawapan konkrit dan hak anak
peneroka tidak dibela oleh kerajaan Bn.
Menurut Presiden ANAK Sdr Mazlan Aliman , Pakatan mempunyai
cadangan dan syor yang lebih baik dari Bn kerana ianya bukan sahaja mempunyai
cadangan bagi membangunkan negara melalui pelan yang dirancang akan tetapi
pelan jangka panjang buat generasi keduanya .ANAK mempunyai beberapa pelan yang
akan memberi lebih banyak faedah kepada generasi kedua felda antaranya
menubuhkan universiti felda khas untuk anak-anak felda dan melatih dalam bidang
biotek,pertanian yang boleh melahirkan cerdik pandai dikalangan anak-anak
peneroka.Hampir rm100 juta dibelanjakan diberikan kepada anak-anak peneroka untuk belajar di universiti lim Kwok
Wing dan ini boleh dialihkan kepada Universiti yang ditubuhkan.
Mewujudkan teknopelan, projek tanam semula diberikan kepada
koperasi felda, dan jika ada kelemahan dibaiki dan bekalkan input pertanian dan
wujudnya koperasi di peringkat induk , dan koperasi ada pendapatan begitu juga
dengan koperasi di blok-blok .Anak-anak peneroka dapat menjadi usahawan melalui
pengirisan kebun kebun mereka. Setiap tahun, kontrak tanam semula sebanyak
rm400 juta di kuasai oleh orang-orang tertentu .kegagalan tanaman semula adalah berpunca dari sikap
sebegini.Hampi 90% kontrak ini dikuasai oleh orang Umno dan pegawai felda lah
yang kena maki dengan peneroka.Pegawai felda pula tidak dapat berbuat apa-apa
kerana dikusai oleh orang-orang tertentu.
Pakatan , menurut Mazlan mempunyai pandangan untuk membina
rumah untuk generasi keduanya kerana berpandangan boleh berbuat demikian kerana
felda mempunyai keuntungan yang besar.kerajaan Bn tidak pernah memikirkan
keadaan ini.Selain itu juga , tanah seluas 360,000 hektar sebanyak 5 ekar,
boleh diberikan kepada pelan generasi ke dua.
“Saya lebih senang berjuang untuk membina rumah kepada
penyokong-penyokong Umno kerana kebanyakkan anak-anak ahli pas dan PKR sudah
memiliki rumah-rumah sendiri di felda-felda.Hanya anak-anak Umno sahaja yang
masih menumpang rumah-rumah orang tua mereka” jelas Sdr mazlan lagi.
Dalam masa yang sama juga Sdr mazlan menjelaskan bahawa ANAK
tidak akan menghalang sedikit pun peneroka menerima “Durian Runtuh” kerana
sudah wujud poster dan kertas-kertas laying yang mendakwa ANAK menghalang
peneroka mendapatkan “Durian Runtuh” yang di war-warkan oleh Najib.
Menurut Mazlan lagi Selama ini pun Felda Global Venture
mengalami kerugian di luar negara sebanyak 4 billion ringgit .Namun , peneroka
tidak pernah menyedarinya dan 54 kwasan felda inilah yang menjadi kawasan dan
peti undi tetap bagi Bn.
Menurut Mazlan lagi , pinjaman yang ditawarkan kepada
peneroka dan diberikan dalam bahasa inggeris kepada peneroka dan pinjaman ini
juga melibatkan 5% dalam pinjman mereka.“Saya bersedia menanggung dan bersedia
menanggung kerugian,caj,penalty,kos undang,dan apa duit perbelanjaan dikenakan
didakwa atau kena bayar walau apa juga kena bayar atau orang perseorangan yang
bertanggungjawab ke atas saya”
Selama ini pun kerugian dan kehilangan di felda Sg buaya di
bawah mohd mohamad taib, labu johson dan sedayan isa samad,felda cahaya baru dibawah
muhyiddin yassin. bila kita bg pandangan peneroka kata ianya takka pemimpin
melayu nak tipu melayu, lagi pula menteri besar, bila dah kena tipu peneroka
kata nak buat macam mana dah kena tipu, percaya qada dan qadar saja la…
APA KHABAR SEKHINCHAN IKAN BAKAR
Apa khabar Sekinchan Ikan Bakar?
IHSAN WARTAMAYA
OLEH SEBAB TAUKE DIA NI ENJOY SAKAN,MAKA SAPA SAPA YANG PI MAKAN DI RESTORAN INI BERSUBAHAT DENGAN APA YANG DIA BUAT....JADI MUDAH CERITA ..... RAKYAT BOIKOT......
Di atas ni .. di Kota Damansara. Tutup .... Di Bukit Tinggi, Kelang sudah 2 bulan .. Tutup .. .
Di Segambut .. .Lelong
Bersih 3.0 ni memang tak patut betul la ...
Sebab sehari Bersih .. semua restoran tutup
Tu pasal tokey dia meragan tak sudah ..
Kalu dia kata Jual Nasi Lemak .. doa dia mungkin jadi kenyataan ..
Tapi tak per la .. bleh pakai Ferrari lagi .. kira OK la ..
Wakakak !!! ..
Mahathir sedang mengumumkan Marina diperguna untuk gulingkan kerajaan Najib?
Rakyat Malaysia
patut berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri Mahathir kerana telah
menyediakan bukti kelima mengenai kempen fitnah untuk memburuk-burukkan
BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat dan mengapa "panel penyiasatan bebas"
yang diketuai oleh Haniff Omar tidak boleh diterima sama sekali dan
mesti ditolak dengan sekeras-kerasnya.
Empat bukti yang lain yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan dua bekas Ketua Polis Negara, yakni:
1. Dakwaan melulu yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah satu "kudeta" atau percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan;
2. Sokongan padu yang diberikan dengan serta-merta oleh bekas Ketua Polis Negara Haniff Omar bagi dakwaan Najib mengenai cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang juga menyatakan bahawa beliau telah mengenalpasti individu-individu pesimpati komunis di BERSIH 3.0 yang dilihat dalam peristiwa demonstrasi tahun 1970-an dengan lebih dakwaan bahawa kanak-kanak dan ejen-ejen provokasi digunakan sebagai taktik komunis.
3. Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara yang telah memberikan sokongan padu dengan serta-merta kepada teori menggulingkan kerajaan juga telah melemparkan tuduhan bahawa BERSIH 3.0 telah menggunakan taktik "Marxist" serta menuduh pihak pembangkang mahu melihat tumpahnya darah kerana tidak yakin akan dapat menakluk Putrajaya.
4. Dakwaan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dalam temuduga bersama Sunday Star pada 20 Mei bahawa "demokrasi telah dirampas" (hijacked) pada 28 April.
Tulisan blog Mahathir dua hari yang lepas bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah satu "penyediaan" oleh Pakatan Rakyat untuk mencetuskan kekecohan dan rusuhan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 sekiranya pihak pembangkang kalah adalah bukti yang kelima dalam kempen fitnah dan tohmahan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat yang melibatkan bekas Perdana Menteri, dua Ketua Polis Negara, walaupun mereka semua ini, sampai sekarang belum lagi membekalkan sekelumit pun bukti untuk menyokong pendirian dan pendapat mereka, yang telah dinyatakan pada bulan yang lepas.
Apa yang telah mereka lakukan dengan "melonggokkan" semua pendapat mereka itu adalah supaya "panel penyiasatan bebas" Haniff ditolak sama sekali kerana tiada sesiapapun yang akan percaya bahawa panel tersebut benar-benar bebas, adil dan objektif apabila wujudnya kempen fitnah yang dilancarkan terhadap BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat.
Malah, Haniff (gambar kiri), bersama-sama dengan Mahathir, Hishammuddin dan Rahim Noor haruslah tampil kehadapan sebagai saksi utama untuk memberi justifikasi dakwaan mereka di hadapan panel penyiasatan yang benar-benar bebas, adil dan kredibel berhubung apa yang benar-benar telah berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April dimana keganasan telah dicetuskan, tidak kira kakitangan polis, wakil-wakil media atau peserta-peserta yang telah berhimpun di sana.
Jika kelima-lima daripada mereka, Najib, Mahathir, Hishammuddin, Haniff and Rahim Noor - tidak mampu untuk menyediakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan mereka terhadap BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat, kesemua VVIP ini harus menarik balik dakwaan tidak berasas ini dan memohon maaf dengan mulia dan tertib kepada semua rakyat Malaysia.
Adakah gambaran ini memberikan idea bahawa Marina Mahathir telah dipergunakan oleh BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan Najib dengan menggunakan keganasan, seperi yang dinyatakan oleh Mahathir?
Adakah Mahathir sedang menggunakan alat yang sama untuk memburuk-burukkan imej 200,000 hingga 300,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur yang telah turun padang pada 28 April untuk menyahut seruan untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih di Malaysia?
Mahathir patut memuji anaknya Marina di atas semangat kerakyatan dan patriotisme dalam penyertaannya dalam BERSIH 3.0 pada 28 April dan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, daripada mengutuk dan mencemuhnya dan peserta-peserta yang lain dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Baca: Mahathir ramal demo ganas untuk gulingkan kerajaan pilihan rakyat
*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Raja Dato' Kamarul Bahrin Ahmad Shah - Ceramah Khas di Rhu Muda
KERABAT DI RAJA INI PERNAH MENCETUSKAN SATU FENOMENA SUATU KETIKA DAHULU.
KISAH BELIAU DAN BEKAS ISTERI WARGA AUSTRALIA

Heret FELDA ke mahkamah jika keadilan gagal diberikan
Program tanam semula ladang getah peneroka Felda Kepis melibatkan seramai 340 orang peneroka. Majoriti peneroka menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak pengurusan Felda atas kepercayaan dan keyakinan bahawa Felda dengan kemampuan dan pengalaman yang ada, akan mampu melaksanakan program tanam semula dengan lebih sempurna dan tersusun. Bagaimanapun, sangat mengecewakan apabila berlaku kelewatan dalam proses tersebut dan timbul beberapa isu yang tidak memuaskan hati para peneroka. Ketelusan dan kecekapan Pengurusan Felda dan kepimpinan JKKR dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mula dipersoalkan kerana peneroka menyedari telah berlaku penghakisan terhadap hak mereka secara sistematik dalam proses tersebut.
LATAR BELAKANG ISU
1. Keluasan tanah ladang getah peneroka yang terlibat dalam proses ini adalah 1474.49 hektar.
2. Pokok-pokok getah di ladang peneroka mula ditebang sekitar bulan September 2010.
3. Seramai 15 orang peneroka menebang sendiri pokok getah mereka dan menjual kayu getah tanpa berurusan dengan Felda. Mereka memperolehi hasil jualan sekitar RM 42,000.00.
4. Sebahagian besar peneroka yang lain seramai 325 orang menyerahkan urusan tersebut kepada Felda hanya memperolehi hasil jualan sekitar RM 30,000.00 hingga RM 39,000.00 sahaja.
5. Berlaku kelewatan yang tidak sepatutnya dalam proses tanam semula pokok-pokok getah peneroka yang bersama Felda.
6. Majoriti peneroka yang bersama Felda dalam program tanam semula menghadapi masalah mendapatkan penyata hutang dan tidak puas hati dengan bidaan harga kayu getah.
PERKARA BERBANGKIT
KELEWATAN TANAM SEMULA
1. Kelewatan menanam pokok-pokok getah di ladang peneroka telah menjangkau setahun lebih jika dikira dari tarikh penebangan.
2. Hingga hari ini, peneroka tidak diberitahu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran Felda bila tarikh tanam semula akan dilakukan.
3. Masalah dan kelewatan proses tanam semula kali ini sangat jauh berbeza dengan proses tanam semula felda lain.
4. Program tanam semula peneroka-peneroka Felda berdekatan (Bukit Rokan Barat) berjalan jauh lebih baik dibandingkan dengan Felda Kepis.
MASALAH HARGA JUALAN KAYU GETAH
1. Harga jualan kayu getah bagi peneroka Felda Kepis yang berurusan dengan Felda terlalu rendah. Harga tertinggi yang diperolehi hanya sekitar RM 39,000.00 dan yang terendah hanya RM 30,00.00.
2. Peneroka tidak pernah dimaklum dengan jelas dan terperinci harga sebenar kayu getah mereka yang dibida oleh pihak kontraktor.
3. Peneroka tidak diberikan surat jual beli atau perjanjian yang sah sebelum, semasa atau selepas proses penjualan kayu-kayu getah mereka.
4. Peneroka hanya diberikan wang hasil jualan sahaja tanpa dimaklumkan harga jualan sebenar.
5. Perbandingan dengan peneroka Felda Bukit Rokan Barat menunjukkan hasil jualan kayu getah mereka jauh lebih tinggi hingga mencecah RM 104,000.00 dan yang paling rendah menjangkau RM 98,000.00.
PENYATA HUTANG
1. Peneroka yang menyerahkan proses tanam semula ladang kepada Felda tidak diberikan penyata hutang yang jelas dan muktamad oleh pihak pengurusan Felda.
2.Peneroka telah menghantar wakil mereka untuk meminta penjelasan dari pihak pengurusan Felda berkenaan isu tersebut, tetapi alasan yang diberikan oleh Pengurus amat tidak memuaskan hati peneroka.
3.Hingga ke hari ini pihak pengurusan Felda masih lagi tidak menyerahkan penyata-penyata hutang tersebut kepada peneroka.
4.Peneroka tidak berpuas hati kerana hitam putih hutang-hutang peneroka tidak di beri dan dinyatakan dengan jelas menyebabkan jumlah hutang mereka tidak di ketahui.
PERSOALAN
Kelancaran dan kejayaan program tanam semula ladang peneroka Felda Bukit Rokan Barat serta kemampuan mereka memperolehi harga yang lumayan hasil jualan kayu-kayu getah adalah kerana kebijaksanaan dan keikhlasan pihak Pengurusan Felda dan JKKR Bukit Rokan Barat dalam menjaga kepentingan dan hak peneroka di bawah pentadbiran mereka. Permuafakatan, pertemuan dan perbincangan dengan peneroka dilakukan terlebih dahulu hingga peneroka bersetuju dengan harga tertinggi. Setelah dikemukakan surat jual beli yang sah dan mendapat kata sepakat dari peneroka,barulah proses menebang dan menjual kayu-kayu getah tersebut dilakukan. Mengapa proses yang sama tidak berlaku di Felda Kepis? Mengapa harga jualan kayu getah jauh berbeza sedangkan kontraktornya sama? Mengapa berlaku kelemahan yang sangat ketara dipihak pengurusan Felda hingga berlaku kelewatan yang tidak sepatutnya dalam proses tanam semula ini? Adakah kemungkinan berlaku penyelewengan atau salahlaku di kalangan pihak pengurusan Felda dan JKKR?
TUNTUTAN
1. Peneroka mendesak pengurusan Felda Kepis menjelaskan secara terperinci harga sehektar yang dijual kepada kontraktor.
2. Pihak pengurusan perlu memberi penjelasan yang munasabah mengapa harga jualan kayu getah bagi peneroka Felda Kepis terlalu rendah jika dibandingkan dengan Felda Bukit Rokan Barat.
3.Menuntut Felda menyegerakan proses tanam semula ladang-ladang peneroka yang telah tertangguh sekian lama.
4.Peneroka wajib diberi kebebasan oleh felda untuk mencari pembeli yang menawarkan harga tertinggi untuk jualan kayu getah mereka.
5.Peneroka berhak untuk mendapatkan penyata hutang yang jelas dari pihak Felda untuk mengetahui jumlah hutang yang dibebankan kepada mereka.
6.Pihak Felda mesti meneliti memorandum ini dengan saksama dan mengambil segala langkah yang perlu agar segala masalah yang berlaku dapat diselesaikan segera.
7. Siasatan juga perlu dibuat sekiranya terdapat penyelewengan dan salahlaku dalam proses tanam semula ini. Sekiranya terdapat bukti, tindakan keras perlu diambil terhadap mereka yang terlibat.
KESIMPULAN
Peneroka adalah pemilik sah tanah dan ladang manakala Felda hanya sebagai agen pengurusan sebagaimana kehendak asal GSA (Group Settlement Area Act) yang dibentangkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak (mantan Perdana Menteri Malaysia) di Parlimen pada tahun 1960. Oleh itu, sebagai pemilik dan "tuan" ke atas tanah ladang di Felda Kepis, kami mendesak agar segala hak kami dikembalikan dan segala tuntutan didalam memorandum ini dapat ditunaikan segera oleh pihak pengurusan Felda. Kami tidak akan berdiam diri selagi mana masalah ini tidak diselesaikan. Kami akan terus berjuang menuntut hak kami walaupun hingga terpaksa mengheret pihak Pengurusan Felda ke Mahkamah untuk mendapatkan keadilan yang gagal diberikan oleh Felda kepada kami.
"KEMBALIKAN HAK PENEROKA"
………………………………………..
MAD ZIN BIN MAHAT
Pengerusi Badan Bertindak Peneroka (F) Kepis
23 Mei 2012/01 Rejab 1433
*Teks penuh Memorandum Peneroka FELDA Kepos Negeri Sembilan Aduan kepada SUHAKAM masalah tanam semula ladang peneroka, diserahkan pada 23 Mei 2012.
SURAT TERBUKA KEPADA HASSAN JATI DARI DR MASLEE
Assalamualaykom w.b.t.
YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.
Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.
Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.
Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).
Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.
Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.
Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.
Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.
Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.
Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM
Surat Terbuka Moderator Debat PTPTN, Dr. Maszlee Malik Kepada Hassan Ali

— with Mohd Shukur Maa Takaful.
Gerakan Gantung Kain Kuning: Kembali kepada 8 tuntutan BERSIH
Berita keganasan polis telah mengalih perhatian daripada lapan tuntutan
BERSIH 3.0 selepas 28 April 2012. Lebih-lebih lagi ruang dada media
dihiasi dengan berita senaman punggung, gerai burger, pasar malam di
depan rumah Ambiga dan sebagainya, ditambah pula isu seperti "Perdana
Menteri Bukan Melayu", yang ditonjolkan secara tiba-tiba.
Gerakan Pendidikan Pilihanraya Bunga Matahari atau Sunflower Electoral Education Movement (SEED), satu pertubuhan daripada masyarakat sivil telah melancarkan satu "Gerakan Gantung Kain Kuning (GGKK)", bertujuan untuk menyeru agar rakyat Malaysia kembali kepada matlamat perjuangan asal BERSIH 3.0, iaitu 8 tuntutan yang dikemukakan.
Dalam satu kenyataan media, SEED menyeru agar rakyat menggantung kain kuning dengan tulisan BERSIH ini di tempat-tempat yang menonjol, seperti tingkap ataupun pagar pintu kediaman masing-masing.
Menurut SEED, GGKK memberi makna-makna tertentu. Pertamanya, ia meneruskan hasrat perjuangan BERSIH, yang tidak terhad pada 28 April 2012. Menggantung kain kuning di depan rumah secara jelas menyampaikan mesej kepada penguasa, bahawa rakyat akan terus bersuara tidak kira siang ataupun malam, panas mahupun hujan - sehingga tuntutan BERSIH dilaksanakan.
Kedua, menyebarkan mesej secara meluas. Apabila media arus perdana disekat kebebasannya, hak rakyat untuk mengetahui tercabul. Bukan sahaja berita keganasan polis tidak dapat dipaparkan secara menyeluruh kepada orang awam, malah tuntutan BERSIH yang berhubungkait dengan masa depan negara telah dipinggirkan. SEED berharap GGKK mampu mencungkil perhatian lebih ramai terhadap mesej daripada BERSIH.
Ketiga, sebagai penghormatan terhadap golongan yang tertindas. SEED merakamkan setinggi-setinggi penghormatan kepada peserta dan pengamal media yang dikasari dalam perhimpunan BERSIH 3.0, pada masa yang sama mengiktiraf keberanian dan ketabahan mereka. GGKK juga sebagai protes terhadap kerajaan yang mensabotaj dan menindas perhimpunan rakyat yang aman.
SEED menegaskan, meskipun pihak berkuasa cuba melabel BERSIH 3.0 sebagai perusuh, menyimpan motif untuk menggulingkan kerajaan, menimbulkan huru-hara, diperkudakan pembangkang dan sebagainya, namun taktik ini gagal menghalang tekad rakyat. Dari mula hinggalah penghujungnya, hasrat rakyat hanya untuk menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih.
SEED merupakan organisasi rakyat yang menawarkan pendidikan dan latihan pengundi, dengan matlamat untuk melatih sukarelawan menambahbaik pilihanraya, penyebar maklumat pilihanraya, merapatkan jurang antara bandar dan kampung, membolehkan maklumat menyebar ke setiap pelusuk. Untuk tempahan kain kuning atau maklumat lanjut, sila hubungi En. Pow di talian 012-9419289 atau layari http://facebook.com/GGKKBersih.

Mahathir ramal demo ganas untuk gulingkan kerajaan pilihan rakyat
ORANG TUA NI KALAU TAK NYANYUK DIA MEQABAN MEMANJANG PASAI ANWAR DAN JUGA PAKATAN PEMBANGKANG.SAPA MAU GADOH-GADOH.PAKAT ADA ANAK BINI NAK MAKAN.
CUMA RAKYAT RASA KERAJAAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT.PINJAMAN KDNK DAH GUNA 53% DARI 55% YANG DIBENARKAN PUN JAWAB MACAM NAK PERBODOHKAN RAKYAT.SKANDAL SANA SIONI MELIBATKAN PIMPINAN KERAJAAN DIAM....UNDI PUN NAK KECOH...RAKYAT DAH SEDAR DAN CERDIK DAH...ZAMAN DAH MAJU.....JADI KALAU HANG KATA PAKATAN NAK BUAT KECOH....HANG DULU KAMI TANGKAP SOALSIASAT SKANDAL PERWAJA.....DAN LAIN-LAIN LAH MAHATHIR...Oiiiiiii
1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan di beberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan di peringkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.
2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.
3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat. Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim (gambar kiri) tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.
4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.
6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.
7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.
8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.
9. Maka diciptalah BERSIH. Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.
10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.
11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.
12. Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.
13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.
14. Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.
15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.
16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.
17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.
*Dipetik dari blog Mahathir Mohamad (gambar kiri), Perdana Menteri keempat Malaysia, dengan tajuk asal Politik Malaysia.

Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak
Pendedahan
"skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal
kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO
semakin meruncing. Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional
semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk
menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI). Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda
bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.
Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.
Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya. Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis. Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.
Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah). Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.
Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai. Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti. Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."
Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.
"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan. Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya. Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.
Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".
Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO. Antaranya semestinya perebutan sumber. Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."
Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.
Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari. Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut. Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah. Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.
Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik. Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan. Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.
Musa berdepan dengan sekta yang berbeza
Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011. Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.
Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO. Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.
Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin. Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.
UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah. Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12. Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas. Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman. Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.
Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri. Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri. Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan. Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun. Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.
Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO). Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".
Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini. Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah. "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah. Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko. Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah. Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."
Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.
Empat tokoh profesional masuk PKR
KEADILAN dengan
berbesar hati ingin mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional
sebagai anggota KEADILAN. Mereka adalah Koh King Kee, bekas Pengurus
Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad,
Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatcab, Praba Ganesan, bekas
Pengarang laman portal berita internet The Malaysian Insider dan Dr.Abdul Aziz Bari (gambar bawah), bekas pensyarah undang-undang di Universiti Antabangsa Malaysia (UIAM).
Koh King Kee yang merupakan graduan lepasan Universiti Malaya, pernah menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau bergiat aktif memperjuangkan KEADILAN sosial. Beliau seorang tokoh korporat yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun pada ketika beliau menyambung pelajaran di University of Wisconsin dan berkhidmat di syarikat swasta di Beijing. Atas kepakaran dan pengalaman beliau, KEADILAN telah melantik beliau sebagai Penyelaras Penyelidikan bagi membantu usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat memenangi kerusi-kerusi dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.
Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khattab pula merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi. KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Perundingan Keselamatan KEADILAN.
Manakala Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru telah dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Parti KEADILAN Rakyat yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal menjelang.
Penyertaan Dr. Abdul Aziz Bari sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau begitu menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha me-"MERDEKA"-kan RAKYAT dari rejim UMNO dan Barisan Nasional.
KEADILAN sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin turut serta bersama KEADILAN dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia yang cerah.
*Kenyataan media oleh Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) selaku Presiden Parti KEADILAN Rakyat.

Imperialisme dan penjajahan minda
Susulan pengumuman
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa para mahasiswa dan mahasiswi
Malaysia perlu mementerai perjanjian "do's and don'ts", yang dipetik
daripada akhbar harian The Star bertajuk "Public varsity students must sign do's and don'ts contract,"
telah menimbulkan beberapa persoalan dalam minda saya. Walau
bagaimanapun saya hanya akan mengetengahkan beberapa persoalan utama
bagi kupasan penulisan kali ini. Persoalan ini ingin saya sampaikan
kepada semua warga Universiti dan juga masyarakat yang mendukungnya.
1. Apakah ini satu lagi mekanisme baru bagi menyekat dan membendung perkembangan minda siswa dan siswi Malaysia?
2. Beginikah budaya demokrasi dipupuk dalam insitutisi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Menara Gading?
3. Bukankah tindakan dan perilaku sebegini hanya menuju ke arah pemikiran yang tertutup dan sekali gus menafikan proses berfikir itu sendiri sama sekali?
4. Bidang Kemanusian dan Sains Sosial semakin berkembang pesat di Malaysia, dalam konteks itu adakah langkah yang dipelopori ini sejajar dengan perkembangan ilmu-ilmu ini?
5. Apakah yang cuba dicapai melalui pementeraan perjanjian seperti ini? Udang jenis apa di sebalik Mee Segera ini?
Ternyata, melalui cara sedemikian siswa-siswi secara halus semakin kehilangan hak bersuara, dan lebih parah lagi ialah keadaan yang mana hak untuk mempunyai pandangan serta pendapat juga disekat melalui permenteraan seperti ini. Malah tahap kepintaran, kecerdikan dan intelektual golongan mahasiswa juga diperlekeh serta diremehkan dengan pelaksanaan perkara sedemikan rupa.
Pergerakan siswa dan siswi di Malaysia telah pun bertapak sebelum 1930-an lagi. Kebanyakan aktiviti pergerakan pada masa itu dipelopori oleh siswa dan siswi dari Sultan Idris Trainning Collage (SITC) yang kini dikenali sebagai UPSI yang mana mereka menentang dasar-dasar British dan ke arah mencapai kemerdekaan. Pada era 1950-an pula, Universiti Malaya (UM) yang pada ketika itu berpusat di Singapura melahirkan begitu ramai aktivis siswa dan siswi, wartawan, penulis, cendekiawan dan pengkritik sosial.
Perlu dinyatakan di sini juga bahawa salah seorang yang vokal pada masa itu juga pernah diberi ruang menjadi Perdana Menteri ke-4 negara ini. Jadi suara dan pergerakan siswa dan siswi bukanlah sesuatu fenomena baru di tanahair tercinta ini, Malaysia. Yang menjadi teka-teki ialah mengapa kebebasan dan ruang dibenarkan ketika itu tetapi pada masa kini ia menjadi satu isu malah ia dikawal, diselia, dipantau, dikongkong dan juga diberi konotasi negatif?
Dalam perangkaan logik itu, bukankah pergerakan-pergerakan siswa dan siswi kini perlu dipergiatkan lagi dan menuju ke arah fasa baru dalam era siber maklumat, penuh globalisasi ini? Terutamanya pada lanskap pendidikan tinggi kini, yang mana hampir setiap negeri di tanahair tercinta ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah insitusi pengajian tinggi. Pelik tetapi benar, ramai dalam kalangan pemimpin kita, mahupun politik, ekonomi dan sosial pernah bergiat aktif dalam pergerakan sedemikan, tetapi kini apabila mereka berada di kerusi kuasa, mereka cuba pula menafikan dan membendung mahasiswa generasi baru ini untuk melalui pengalaman yang sama! Mengapa begitu? Apakah sebabnya? Menjaga kepentingan tertentu!
Komuniti mahasiswa adalah aset dan tunjang kepada masa depan negara, bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi juga dari segi intelektual dan sahsiah masyarkat. Mereka berperanan sebagai peneraju negara. Jika begini cara mereka dibentuk dan dicorakkan, maka kembalilah kita ke era budaya feudalisme dan zaman gelap. Malah akan diselubungi dengan pelbagai imperialisme-imperialisme baru terutamanya dalam bentuk penjajahan minda dan pemikiran.
Dasar-dasar, keputusan dan aktiviti ke atas para mahasiswa perlulah lebih rasional serta perlu dikaji terlebih dahulu secara ilmiah sebelum dipraktikkan supaya sejajar dengan kehendak zaman kini dan ke arah hadapan bukannya ke belakang. Isu penginsitusian para siswa dan siswi perlu diberi perhatian serius yang mana penginsitusian yang berlebihan terhadap golongan ini cuma akan merugikan negara. Daya kreativiti, pemikiran kritis dan rasional para Mahasiswa akan tenggelam bersama jika penginsitusian yang berlebihan seperti ini terus dipraktikkan.
Kebebasan akademik, menyuarakan pendapat kritikal dan bernas harus dipupuk sentiasa, bukan sahaja dalam ruang pendidikan tinggi tetapi juga di bangku sekolah rendah lagi. Praktis sebegini perlu bagi melahirkan dan mengembangkan budaya tinggi, mahupun mencapai status negara maju. Kemajuan itu bukan sentiasa dalam manifestasi fizikal tetapi ia berlandaskan budaya dan masyarakat yang mendukung budaya mencintakan ilmu pada asasnya.
Bagi merealisasikan budaya sedemikain, siswa-siswi perlu diberi lebih banyak ruang kebebasan untuk meluahkan pendapat, berdiskusi, pamerkan kreativiti dan mengkritik dasar-dasar atau isu-isu sosial negara harus dipupuk. Perkara sedemikan harus dilihat sebagai sesuatu yang sihat dan matang daripada golongan ini. Ianya harus diperhebatkan lagi dan bukanya diperkecilkan serta menafikan pergerakan mereka. Diharap tokoh-tokoh yang terlibat dalam industri pendidikan dapat memahami dinamika pergerakan Mahasiswa dan pentingnya pendapat serta pandangan mereka demi kesejahteraan tanah air tercinta ini.
*Pradeeb Kumar ialah Acedemic felo, Universiti Sains Malaysia yang kini berada di Humboldt-Universität zu Berlin, Germany.

Perjanjian perdagangan bebas dengan Australia disembunyi
Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Australia pada 22 Mei lalu. Bagaimanapun Parlimen dan rakyat tidak diberitahu mengenainya.
Hal itu, menurut Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, membangkitkan pelbagai tandatanya. Katanya, ahli parlimen sepatutnya dirundingi mengenai perjanjian tersebut sebelum ditandatangani oleh kedua-dua negara.
"PKR tidak menentang perjanjian perdagangan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua negara namun prosesnya perlulah telus.
"Syarat perjanjian FTA ini tidak pernah dibincangkan di Parlimen mahu pun forum terbuka. Kita hanya tahu mengenainya daripada sumber dalaman kerajaan.
"Ketiadaan ketelusan mendedahkan perincian sebelum FTA ditandatangani dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan
Katanya lagi, berdasarkan FTA di negara lain akan terdapat indusri tempatan yang terjejas dan perkara itu hendaklah dimaklumkan oleh kerajaan
"Adakah industri tempatan terjejas? Dalam kes Lynas pula FTA mungkin pada masa depan akan mengundang industri yang lebih merbahaya dari Australia untuk dioperasikan di negara ini
"Kita menyeru Kementerian Perdagangan mendedahkan butir kandungan perjanjian ini bagi memberi ketelusan dan menerangkan adakah FTA ini akan memberi kesan kepada projek Lynas (dari Australia) di Gebeng," akhirinya.
Angkatan Warga Aman
Malaysia (Warga AMAN) jawatankuasa pemandu diwakili lebih daripada 20
NGO India mengutuk keras serangan peribadi ke atas Pengerusi BERSIH
S.Ambiga baru-baru ini. S.Ambiga adalah bekas Presiden Majlis Peguam
yang terpuji kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan
hak asasi manusia. Majoriti rakyat Malaysia inginkan Pilihan raya yang
bersih dan adil, ini bermakna keseluruhan rakyat Malaysia menyokong
penuh dan keputusan ini adalah kehendak rakyat sendiri.
Persoalannya:-
1. Warga AMAN membidas DBKL gagal bertindak terhadap protes gerai burger tanpa lesen. Setakat ini tidak ada saman dikeluarkan oleh DBKL, malahan ada gambar dan rakaman video menunjukkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang bertanggungjawab.
2. Warga AMAN juga membidas DBKL kerana tidak mengambil sebarang tindakan / tiada saman dikeluarkan ke atas perbuatan vandalisme yang merosakan harta benda awan oleh kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dengan mengecat kuning tapak petak gerai atas di sepanjang jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara. Sebaliknya pihak DBKL mengecat kembali jalan itu dengan warna hitam.
3. Warga AMAN kesal di atas sikap pihak polis dan pihak DBKL yang bertugas di perkarangan rumah S.Ambiga tidak mengambil sebarang tindakan perbuatan vandalisme yang berlaku di depan mata. Padahal iklan-iklan yang tidak mempunyai permit dan lesen, pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera.
4. Warga AMAN mengesa Datuk Bandar DBKL Ahmad Fuad Ismail and pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab. Jika pihak polis gagal mengambil tindakan ke atas protes "gerai pasar malam" maka Warga AMAN akan berkumpul secara aman depan Bukit AMAN mengadakan perhimpunan dan vigil (nyalaan lilin).
*Kenyataan media oleh S.Barathidasan (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Warga AMAN.

Pertumbuhan ekonomi suku pertama 2012 pada kadar 4.7%
PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN DI MALAYSIA PADA SUKU PERTAMA 2012
TINJAUAN KESELURUHAN
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama
Ekonomi global berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada suku pertama 2012. Meskipun pertumbuhan bertambah baik di Amerika Syarikat (AS), beberapa ekonomi Eropah telah dilanda kemelesetan. Di Asia, aktiviti ekonomi terus berkembang, meskipun pada kadar yang sederhana, disebabkan pertumbuhan eksport yang lebih perlahan pada suku itu. Permintaan dalam negeri terus menyokong aktiviti ekonomi. Meskipun persekitaran luaran mencabar, pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan pada kadar 4.7% (S4 11: 5.2%). Permintaan dalam negeri kekal teguh, disokong oleh kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sektor swasta dan awam, manakala pertumbuhan eksport telah menjadi sederhana berikutan permintaan luar negeri yang lebih lemah. Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam kebanyakan sektor utama ekonomi terus mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama 2012. Ini disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih sederhana dalam aktiviti yang berorientasikan eksport telah lebih daripada mengimbangi pertumbuhan yang mampan dalam aktiviti berorientasikan dalam negeri.
Permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan sebanyak 9.6% (S4 11: 10.4%). Pertumbuhan penggunaan swasta kekal kukuh pada 7.4% (S4 11: 7.3%), disokong terutamanya oleh peningkatan pendapatan yang berterusan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil serta diperkukuh oleh harga komoditi yang tinggi, sentimen pengguna yang bertambah baik, dan pemberian bantuan kewangan daripada program sokongan pendapatan. Penggunaan awam meningkat sebanyak 5.9% (S4 11: 22.9%) dalam keadaan pengembangan yang berterusan dalam perbelanjaan emolumen serta bekalan dan perkhidmatan. Pembentukan Modal Tetap Kasar meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak 16.1% (S4 11: 8.4%), disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor awam dan swasta.
Pelaburan swasta berkembang dengan kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek pelaburan, terutamanya dalam sektor minyak dan gas. Bagi pelaburan awam, perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan telah disalurkan terutamanya ke dalam sektor perdagangan dan perindustrian, dan kemudahan awam, manakala perbelanjaan modal oleh perusahaan awam bukan kewangan disalurkan terutamanya ke dalam sektor pengangkutan dan perlombongan.
Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan terus menjadi sederhana pada suku pertama, mencerminkan pertumbuhan yang lebih sederhana dalam aktiviti berkaitan perdagangan serta pertumbuhan yang berterusan dalam aktiviti berkaitan dalam negeri. Pertumbuhan dalam sektor pembinaan bertambah kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek-projek kejuruteraan awam dan pembangunan projek kediaman. Sektor pertanian menjadi sederhana disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah dan getah yang lebih perlahan, manakala pengeluaran sektor perlombongan berubah arah untuk mencatat pertumbuhan yang kecil.
Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), menjadi sederhana kepada 2.3% pada suku pertama 2012 (S4 11: 3.2%). Inflasi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol adalah lebih rendah disebabkan terutamanya oleh kenaikan yang lebih kecil dalam harga daging dan penurunan dalam harga sayur-sayuran. Inflasi dalam kategori pengangkutan menjadi sederhana memandangkan kesan daripada penyelarasan harga petrol RON97 pada bulan Januari dan Februari 2011 semakin berkurang.
Dalam sektor luaran, lebihan akaun semasa lebih rendah pada suku pertama, tetapi jumlahnya kekal besar pada RM18.1 bilion, bersamaan dengan 8.4% daripada PNK. Lebihan yang lebih rendah mencerminkan lebihan barangan yang lebih kecil dan aliran keluar pendapatan yang lebih besar. Lebihan barangan lebih rendah kepada RM32 bilion disebabkan oleh pertumbuhan import mengatasi eksport.
Akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih yang lebih besar sebanyak RM10.3 bilion pada suku pertama (S4 11:-RM0.2 bilion), disebabkan terutamanya oleh aliran keluar bersih dalam pelaburan lain yang lebih daripada mengimbangi aliran masuk dana portfolio asing yang besar. FDI terus meningkat kepada RM7.5 bilion (S4 11: + RM6.5 bilion) pada suku pertama, disokong oleh aliran masuk modal ekuiti yang lebih besar dan pendapatan tertahan yang lebih tinggi oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang sedang beroperasi di Malaysia. Pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat-syarikat Malaysia terus meningkat kepada RM16.9 bilion pada suku pertama (S4 11:-RM14.7 bilion), mencerminkan pemberian pinjaman antara syarikat dalam jumlah yang lebih besar kepada syarikat subsidiari di luar negeri serta aliran keluar modal ekuiti yang lebih tinggi.
Imbangan pembayaran secara keseluruhan telah berubah arah untuk mencatat defisit sebanyak RM7.2 bilion pada suku pertama (S4 11: + RM6.2 bilion), berikutan lebihan akaun semasa yang lebih rendah dan aliran keluar bersih daripada akaun kewangan yang lebih tinggi.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM416.1 bilion (bersamaan dengan USD135.7 bilion) pada 30 Mac 2012. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi pengurangan nilai disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan beberapa mata wang utama dan serantau pada suku itu. Pada 15 Mei 2012, kedudukan rizab berjumlah RM417.5 bilion (bersamaan dengan USD136.1 bilion), memadai untuk membiayai 9.3 bulan import tertangguh dan ialah 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Dasar monetari terus menyokong kegiatan ekonomi
Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.00% pada suku pertama 2012. Paras semasa OPR ini mencerminkan keadaan monetari yang terus menyokong kegiatan ekonomi negara.
Dengan OPR yang tidak berubah ini, kadar antara bank purata bagi semua tempoh matang adalah secara relatif stabil. Dari segi kadar faedah runcit, kadar deposit tetap (fixed deposit, FD) disebut purata bank perdagangan stabil pada suku pertama 2012. Kadar pinjaman asas (base lending rate, BLR) purata bank perdagangan tidak berubah pada 6.53% sepanjang suku itu. Kadar pinjaman purata (average lending rate, ALR) berwajaran bagi pinjaman terkumpul kekal stabil pada 5.63% pada akhir bulan Mac 2012 (akhir Disember 2011: 5.66%). Kos peminjaman bagi sektor perniagaan dan isi rumah masih di bawah paras sebelum krisis.
Pada suku pertama, jumlah pembiayaan kasar yang diperoleh sektor swasta melalui sistem perbankan dan pasaran modal meningkat kepada RM259.9 bilion (S4 11: RM240.6 bilion). Pembiayaan yang lebih tinggi itu disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam terbitan sekuriti hutang swasta (private debt securities, PDS) bersih. Pada asas bersih, pinjaman sistem perbankan dan PDS terkumpul berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13.3% pada akhir bulan Mac (S4 11: 12.5%).
Dana bersih yang diperoleh dalam pasaran modal meningkat kepada RM43.5 bilion pada suku pertama (S4 11: RM19.4 bilion). Sebahagian besar dana diperoleh sektor swasta terutamanya melalui terbitan sekuriti hutang swasta. Selepas pelarasan bagi penebusan, dana bersih yang diperoleh sektor swasta berjumlah RM29.8 bilion (S4 11: 3.5 bilion). Dalam sektor awam, perolehan dana bersih berjumlah RM13.6 bilion (S4 2011: RM15.9 bilion).
Agregat monetari terus berkembang pada suku pertama. Wang secara luas atau M3 berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan 15% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2011: 14.4%), mencerminkan pemberian kredit yang berterusan kepada sektor swasta.
Ringgit menambah nilai sebanyak 3.6% berbanding dengan dolar AS pada suku pertama 2012, sejajar dengan trend mata wang serantau lain. Data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan, terutamanya di Amerika Syarikat, telah menyebabkan peningkatan dalam keyakinan para pelabur dan minat yang kembali pulih terhadap aset kewangan di rantau ini. Berbanding dengan mata wang utama lain, ringgit menambah nilai berbanding dengan yen Jepun (9.5%) dan euro (0.4%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan paun sterling (-0.1%). Ringgit juga bertambah kukuh berbanding dengan mata wang serantau lain dalam julat 0.1% hingga 3.8%. Pada tempoh 1 April hingga 21 Mei 2012, ringgit menambah nilai berbanding dengan euro (2.3%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan yen Jepun (-5.4%), dolar AS (-2.0%) dan paun sterling (-1.1%). Berbanding dengan mata wang serantau, ringgit menambah nilai berbanding dengan won Korea (0.7%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan baht Thailand, dolar Singapura, rupiah Indonesia, dan peso Filipina dan renminbi China antara -0.6% hingga -1.6%.
Risiko kepada kestabilan kewangan terus terkawal
Kestabilan kewangan kekal kukuh sepanjang suku pertama 2012, disokong oleh institusi kewangan yang teguh dan keadaan pasaran kewangan yang terurus. Pengantaraan kewangan yang terus berfungsi dengan berkesan telah menyediakan persekitaran yang diperlukan untuk kegiatan ekonomi.
Sektor perbankan kekal berdaya tahan pada suku pertama 2012 dan terus mengekalkan kedudukan penampan kehematan, keuntungan dan mudah tunai yang kukuh. Nisbah modal teras dan nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan kekal teguh masing-masing pada 13.0% dan 14.7%. Di samping itu, sektor insurans kekal berdaya tahan dengan nisbah kecukupan modal yang kukuh sebanyak 224.8%.
Ekonomi akan terus pulih pada kadar yang sederhana tetapi masih wujud risiko pertumbuhan yang lebih perlahan
Melangkah ke hadapan, krisis hutang kerajaan di Eropah masih memberikan risiko kepada ekonomi global. Harga minyak yang tinggi secara berterusan, yang didorong terutamanya oleh ketegangan geopolitik, menambah lagi ketidakpastian dalam persekitaran global. Walau bagaimanapun, pemulihan yang berterusan secara beransur-ansur di AS dijangka mencerahkan lagi prospek pertumbuhan global. Bagi Asia, walaupun kegiatan ekonomi mungkin terjejas oleh perkembangan luaran, pertumbuhan dijangka terus disokong oleh asas-asas ekonomi makro dalam negeri yang kukuh serta dasar yang fleksibel.
Bagi ekonomi Malaysia, meskipun persekitaran luaran yang mencabar masih memberikan risiko kepada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia, permintaan dalam negeri dijangka kekal berdaya tahan. Perbelanjaan sektor swasta yang terus meningkat, dan disokong pula oleh perbelanjaan sektor awam, dijangka dapat menyokong prestasi pertumbuhan secara keseluruhan.
*Siaran media oleh Bank Negara Malaysia.