YB SIM BERJAYA LAKSANAKAN PETI POS UNTUK RAKYAT






Bayan Baru: Bayangkan Bandaraya seperti Bayan Baru tidak mempunyai perkhidmatan pos? Tak Percaya? Tapi itu kisah benar.

“Selama 30 tahun, 800 keluarga Kg Sg Nibong Kecil tidak mempunyai perkhidmatan pos. Mereka hanya bergantung kepada En Rahim, seorang posmen sukarela sahaja. Kadang- kala surat lewat sampai, ada pula masalah privacy.” YB Sim berkata demikian.

ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin melancarkan Peti Pos Fasa terakhir iaitu fasa 3 & 4 yang mempunyai 300 peti di Kampung Sg Nibong Kecil pagi tadi. Seramai 300 buah rumah akan mendapat perkhidmatan pos buat kali ini.

Selepas mengetahui kesengsaraan hidup penduduk di kawasan ini, YB Sim telah memulakan projek pembinaan peti pos untuk penduduk kawasan ini. Sefasa demi sefasa, peti pos telah dibina untuk semua penduduk kawasan Kg Sg Nibong Kecil. YB Sim merasa lega kerana semua penduduk telah mendapat peti surat mulai Februari, 2012.

“Dengan adanya peti pos komuniti seperti yang ada pada pangsapuri, sekarang, setiap rumah akan dapat surat tepat masa dan surat tidak akan hilang lagi.” Tambah YB Sim lagi. YB Sim juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada posmen sukarela En Rahim atas usaha beliau selama ini.

YB Sim berkata, sebanyak RM50,000 dibelanjakan untuk menyiapkan kesemua fasa peti surat. Dia berasa amat berbaloi untuk memberi kemudahan kepada seramai 800 rumah kawasan tersebut.

Fasa pertama peti surat dilancar pertengahan tahun lepas sebagai projek perintis untuk mendapat maklum balas kesesuaian daripada masyarakat. Pengerusi JKKK En Samsudin yang hadir berkata setakat ini, projek ini mendapat sambutan cukup hebat. Fasa 2 telah disiapkan awal tahun 2012.

Dalam majlis tersebut, YB Sim juga menjemput pihak kesihatan memberi taklimat kepada penduduk setempat sebab kawasan tersebut adalah kawasan hitam denggi. Pihak Pos Malaysia juga memberi taklimat bagaimana mendapatkan surat pos lagu, pos berdaftar dan parcel.

Jika ada apa-apa soalan, sila telefon YB Sim 019-472 8099

NFC: Mengapa Muhyiddin Takut Pada Suruhanjaya Diraja

ULASAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menubuhkan suruhanjaya diraja tidak perlu bagi menyiasat penyelewengan projek Fidlot Nasional (NFC).


Katanya, penjelasan Jabatan Audit negara serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malysia (SPRM) memadai.

Selain itu katanya kerajaan juga turut melantik firma perunding perakaunan bagi menjalankan proses penilaian bagi melihat status kewangan syarikat yang mengurus projek tersebut.

Kenyataan Muhyiddin tersebut ekoran gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya dilantik suruhanjaya diraja bagi menyiasat NFC.

Isu NFC secara tersuratnya melibatkan dua faktor utama. Pertamanya sebagimana dipapar di dada media berhubung penyelewengan dan salah urus oleh NFC melibatkan pinjaman dari dana rakyat bernilai RM250 juta.

Keduanya, berhubung tender terhad yang membolehkan projek tersebut diberikan kepada suami seorang menteri. Manakala Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani ketika tender tersebut diberikan kepada suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul adalah Muhyiddin.

Dari sudut politiknya, isu penyelewengan dan salah urus oleh syarikat-syarikat yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno adalah perkara biasa berlaku.
Tetapi isunya adalah dana rakyat yang sebegitu besar diberikan kepada syarikat yang tidak ada pengalaman langsung dalam industri ternakan lembu.

Maka disinilah letaknya kesalahan Muhyiddin. Persoalannya mengapakah Muhyiddin sanggup memperjudikan RM250 juta wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai pengalaman.

Suapan politik

Begitu juga persoalannya mengapa Muhyiddin memberikan projek tersebut kepada suami Shahrizat sedangkan terdapat enam syarikat yang terlibat dalam permohonan untuk projek tersebut.

Dari sudut persepsinya menggambarkan tindakan Muhyiddin tersebut merupakan 'suapan' politik terhadap Shahrizat bagi mendapatkan sokongan wanita terhadap beliau menentang Najib.

Apatah lagi ketika era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin diletakkan sebagai 'check and ballence' untuk mengimbangi pengaruh Najib.

Shahrizat juga bersalah kerana sebagai seorang menteri yang hidup dalam gelombang politik tentunya menyedari risiko sekiranya orang ramai mengetahui projek tersebut diberikan kepada syarikat suami beliau.

Atau Shahrizat dijanjikan 'perlindungan' oleh Muhyiddin supaya rahsia projek tersebut tidak akan bocor kepengetahuan rakyat atau orang politik.

Ketika itu pula Muhyiddin adalah orang Abdullah. Maka jaminan perlindungan tersebut menjadikan Shahrizat mempunyai keyakinan bahawa 'rahsia' tersebut tidak akan bocor.

Bagi Muhyiddin pula, sokongan dari wanita Umno amat diperlukan setelah merasa selamat dan selesa dengan kedudukan Pemuda Umno yang diterajui menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin.

Kambing hitam

Paling lucu dan memualkan apabila entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba seorang ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail ditangkap dan dijadikan kambing hitam.

Beliau didakwa dengan dua pertuduhan menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat sebanyak RM1.755 juta.

Tidak sampai 45 minit didakwa di mahkamah Klang berhubung NFC Shamsubahrin juga didakwa atas pertuduhan menipu seorang majistret.

Demikianlah bagaimana 'licik' polis serta 'auta' pemimpin-pemimpin Umno-BN dalam menutup penyelewengan NFC.

Fakta asas untuk pelajar yang akan memasuki sekolah menengah pun tahu 'makhluk' pertama yang harus disiasat atau diadili adalah mereka yang bertanggungjawab mengurus tadbir NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat.

Bukan mencari kambing hitam sebagaimana kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dulu. Malah sehingga ke saat ini misteri pembunuhan tersebut tidak diketahui walaupun pembicaraan dijalankan bertahun-tahun.

Muhyiddin punca kemelut NFC

Muhyiddin juga tahu sekiranya siatan diraja dijalankan maka orang pertama yang akan disiasat adalah beliau selaku Menteri yang meluluskan pemberian projek

kepada suami Shahrizat.

Fakta pertama yang akan dipersoalkan oleh jawatankuasa siasatan tersebut adalah bagaimana beliau memberikan projek RM250 juta tersebut kepada suami seorang menteri kabinet yang tidak berpengalaman.

Penjelasan Muhyiddin kepada jawatankuasa siasatan tersebut akan menyerlahkan lagi betapa amalan kronisme berleluasa berlaku dalam pentadbiran Umno-BN.

Namun lebih membimbangkan Muhyiddin adalah terbongkarnya agenda sulit beliau dan Shahrizat menumbangkan bosnya sekarang, Najib Razak.

Najib juga menyedari Muhyiddin bersama team beliau mengintai pelbagai sudut untuk menyingkirkan beliau. Namun kesahihan belum dapat dibuktikan. Lantaran itu Najib tidak mahu mengadakan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno selama tiga tahun berturut-turut.

Muhyiddin juga sedar, Najib juga telah berjaya menghidu kelibat beliau bersama teamnya.

Memang agak menghairankan mengapa selepas lebih tiga tahun projek Fidlot yang merupakan salah satu dari pelbagai projek lagi didedahkan oleh Ketua Audit negara. Sedangkan progres projek-projek yang diberkan kerajaan kepada 'kroni-kroni' lain tidak didedahkan.

Apakah pendedahan penyelewengan NFC mempunyai kaitan dengan arahan dari Najib untuk menyingkirkan Muhyiddin?.

Berdasarkan fakta asas, sesiapa sahaja termasuk orang-orang Umno akan melihat punca kepada masalah NFC bermula dari 'anugerah' projek oleh Muhyiddin kepada suami kepada Ketua Wanita Umno.

Pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan tersebut telah meletakkan Umno berada dalam keadaan paling tertekan. Sehingga Umno disamakan dengan lembu.

Saat menghadapi PRU13 turut meningkatkan darjah kemarahan ahli-ahli dan pemimpin Umno kepada Shahrizat dan Muhyiddin.

Lalu usaha menolak untuk diadakan siasatan diraja dilihat Muhyiddin sebagai jalan paling selamat untuk menutup agenda tersembunyi beliau.

PAS Selangor Dedah Punca Hasan Ali Lempar Tuduhan Liar





SHAH ALAM 27 JAN : PAS Selangor hari ini mendedahkan punca kemarahan Datuk Dr Hasan Ali terhadap parti Islam itu sehingga sanggup membuat tuduhan liar dan mempertikaikan dasar parti itu.

Puncanya ialah kehilangan jawatan dan kedudukan di dalam PAS Selangor, dedah Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan yang membacakan kenyataan media semasa sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

"Kemarahan beliau(Hasan) terhadap PAS semakin melonjak apabila diketahui beliau tidak dicalonkan oleh PAS Gombak untuk kerusi Gombak Setia dalam PRU-13 walaupun dijelaskan keputusan itu bukan muktamad.

"Semenjak itu beliau mula mengambil sikap menyendiri dan mempertikaikan keseluruhan perjalanan PAS. Beliau mendakwa PAS tidak lagi dikuasai golongan ulama sedangkan amat jelas tindakan beliau sendiri melanggar nasihat dan arahan ulama di dalam PAS. Kalau ada yang membelakangkan ulama,ianya dirinya sendiri dan bukan PAS," kata Hasbullah.

Tambah Hasbulllah, kedudukan Ulama dan PAS terjamin dan diinstitusikan di dalam perlembagaannya melalui kewujudan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama di mana kedudukan ini jauh lebih mulia dan terunggul berbanding Ulama di dalam Umno yang mana hanya disediakan Biro Agama yang setaraf dengan Biro Sukan.

"Dasar perjuangan PAS juga tidak berubah seperti terbukti dengan tiadanya apa-apa pindaan yang dibuat ke atas perlembagaannya. Adalah 'common sense' atau kefahaman asas bahawa sekiranya dasar sesebuah parti ingin ditukar,maka perlembagaannya perlu diubah," ujarnya.

Justeru, rakyat diseru tidak tertipu dengan kata-kata nista daripada Hasan yang diberi galakan dan sokongan dari Umno-BN atas sebab-sebab kepentingan politik mereka.

"Umum menyedari,dalam soal merosakkan seseorang individu tiada yang lebih hebat dari Umno,dalam kes Dr Hasan Ali adalah bukti akan kehebatan Umno dalam soal ini," ujarnya.

Sidang media itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

Anwar Jawab Segala Fitnah dan Tomahan





DENGKIL, 28 JAN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil malam tadi menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada beliau oleh media milik Umno.


Antara tomahan dan fitnah tersebut berhubung kenyataan beliau berhubung amalan homoseksual dan isu Israel-Palestin.

Beliau juga mengumumkan kelogikan untuk menurunkan harga minyak, letrik dan tol sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ketua Pembangkang tersebut juga mempersoalkan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan beliau berhubung pelbagi isu melibatkan kepentingan rakyat.

Ikuti petikan ceramah beliau melalui vedio dibawah.

The Prime Minister of Malaysia: Dismantle all racist policies and protect Religious freedom in Malaysia


Why This Is Important

Malaysia has evolved over the last half century to become a country based on a subtle, pervasive and increasingly aggressive form of racism, characterised by the doctrine of “Ketuanan Melayu”, a doctrine that postulates that the Malay Muslims are the tuan (masters) of Malaysia. Other non-Malay non-Muslim Malaysians are supposedly considered “Pendatangs’ (Immigrants) beholden to the Malays for life for granting them citizenship in 1957 in return for a special position (interpreted as privileges) as set out in Article 153 of the Malaysian Constitution.
Article 153 was originally conceived as a temporary measure to uplift the disadvantaged Malay peasantry and address their insecurity vis a vis the other people in the Peninsula. The then leaders of the United Malays National Organisation (UMNO) gave the Constitutional Commission an undertaking that 15 years would be sufficient for this purpose and thereafter the provision would be revisited.
Article 153 has since been entrenched and has become the source of the racist policies in Malaysia to the disadvantage of the Non- Malay Malaysians. Article 153 is a brand of apartheid which runs counter to the Universal Declaration of Human Rights 1948 where about half the population have to experience the daily indignity of being unequals in their own land.
Questioning any matter, rights, status, privileges in Article 153 is considered a challenge to the Malay Muslim Supremacy or as insulting the Royal Institution and Islam and invites the common threat of violence and bloodshed by the leading UMNO political party and its outsourced racist NGO’s-Perkasa and Pekida and the notorious underworld para-military 3 LINE.
After 55 years or Independence it is time to correct this gross violation of fundamental principles of equality and human dignity if Malaysia is ever to rightfully sit in the comity of nations as a modern State.
There just cannot be two classes of citizens.
Further the Malaysian Constitution provides for freedom of religion; however, the government places restrictions on this right in a very definite and oblique manner. The Civil courts which have the constitutional position as the ultimate arbiter and guardian of the constitution in all matters relating to non-Muslim Malaysians is steadily losing this supreme position. The jurisdiction of the Sharia court has steadily encroached upon and eroded this position of the Civil courts in cases concerning religious conversions and in certain areas of family law involving disputes between Muslims and non-Muslims. Whenever there is a conflict between Muslims and non-Muslims, the tendency is for the Sharia court to adjudicate and invariably for the Muslim Law to prevail regardless of the merits of the case and of the provisions in the constitution of the adjudicating legal system.
All this is no-more than direct outcomes of the doctrine of “Ketuanan Melayu” a bigoted doctrine based on the narrow and selfish needs of a small Malay Muslim elite that is robbing all Malaysians of dignity. As the universal principle goes – there cannot be dignity where there is no equality.
Therefore:
WE CITIZENS OF ALL NATIONS CALL ON
1. The Malaysian Government to immediately act to repeal Article 153 of the Malaysian Constitution and to immediately dismantle all racist policies and provisions and provide for equality to all Citizens of Malaysia.
2. The Malaysian Government to immediately table an amendment to Article 121 to clarify the position of the Syariah Law, which is intended to adjudicate upon personal laws involving Muslims only, and take measures to ensure that all contentious matters involving Malaysians of other faith be adjudicated upon in civil courts.
3. The Malaysian Government to form a Royal Commission to inquire and report on all racist policies and violations of religious freedom in Malaysia.
4. The United Nations to make representations on behalf of almost 12.5 million citizens of other faiths to be treated equally with dignity and the removal of all racist and religious supremacist policies by way of Constitutional amendments and these fundamental rights to be entrenched under the Malaysian Constitution to protect the future Malaysian generation and in accordance to the various UN Covenants and Conventions.

Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa.

SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Tuan Ibrahim: Anwar Wajar Saman Utusan

SHAH ALAM, 26 Jan : Tindakan menyaman akhbar Utusan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM 50 juta disifatkan sebagai tindakan yang tepat bagi mempertahankan maruahnya yang sering diperkotak-katikkan di dada akhbar terbabit, menurut Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim turut menyatakan media milik Umno itu sering memainkan isu-isu yang bersifat fitnah dan jauh dari landasan fakta.

"Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman dilihat sebagai tindakan peribadi beliau mempertahankan maruah dirinya yang telah dirosakkan dan diaibkan sebegitu rupa.

"Dan kebanyakan laporan yang disiarkan di media seperti Utusan lebih berbentuk fitnah dan di luar batas-batas yang sepatutnya di patuhi oleh mereka," ujar Tuan Ibrahim yang ditemubual melalui panggilan telefon.

Lantas tindakan saman ini diharap dapat memberi pengajaran kepada seluruh media untuk bertindak lebih profesional dan matang menyampaikan maklumat.

Ujar beliau, tindakan berterusan media pro-BN yang berterusan menyerang Anwar dilihat sebagai strategi mencalar imej Ketua Pembangkang serta mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat.

"Di samping keupayaan menyatupadukan parti-parti pembangkang di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilihat sebagai seorang pemimpin yang dilihat rakyat sebagai pemimpin yang mampu menerajui kerajaan pakatan.

"Itulah yang dibimbangkan oleh kerajaan sekarang kerana walaupun dihina dan difitnah dengan hebat, rakyat terus menzahirkan sokongan kepada Anwar. Inilah karisma yang terdapat pada beliau," jawab Tuan Ibrahim.

Katanya segala tohmahan dan fitnah aib yang dipalitkan kepada Anwar perlu dihentikan dan berharap agar semua pihak dapat berpolitik secara matang.

"Diharapkan semua pihak dapat menghentikan serangan peribadi terhadap beliau kerana bagi saya beliau juga manusia biasa yang memerlukan ruang kehidupan yang tenang bersama keluarganya.

"Dan sudah sampai masanya untuk kita berpolitik secara matang. Marilah sama-sama kita fikirkan masa hadapan negara dari sudut ekonomi, sosial dan politiknya supaya tidak bersifat remeh-temeh yang tidak membawa sebarang manfaat kepada negara," ujar Tuan Ibrahim.

Polis Nafi Terbabit Dalam Serangan Ceramah Abu-Hindraf





SHAH ALAM 25 JAN : Polis hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan dan bersengkongkol dengan perusuh di ceramah ABU-Hindraf Sabtu lalu.

Ketua Polis Shah Alam, Zahedi Ayob berkata pihaknya tidak dimaklumkan oleh penganjur tentang ceramah tersebut dan hanya mengetahui kewujudan acara tersebut selepas kekecohan antara penduduk setempat dengan peserta ceramah berlaku.

Walaubagaimana pun, Zahedi menjelaskan pihaknya berjaya menahan sekurang-kurangnya enam individu lingkungan antara 17 ke 20 tahun yang didakwa terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka yang ditahan disiasat dibawah Seksyen 148, Kanun Keseksaan (Kesalahan Merusuh).

"Saya ingin ingatkan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan ke atas kedua-dua belah pihak sekirannya didapati melakukan kesalahan.

"Kita juga ingin menafikan bahawa pihak polis terlibat dan bersubahat seperti yang dikatakan oleh mereka yang tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam hari ini.

Ceramah umum gerakan ABU-Hindraf (Asalkan Bukan Umno-Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu) yang berlangsung di Dewan MBSA, seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.

Penganjur ceramah mendakwa samseng itu dipercayai penyokong tegar Umno dan bertindak ganas terhadap peserta India di ceramah itu.

Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Dewan Penyokong PAS cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Sementara itu, seorang pengerak ABU Badrul Hisham Shaharin, mendakwa salah seorang dari kumpulan perusuh itu adalah pegawai polis yang tidak berpakaian seragam selain mengesyaki polis bersubahat dengan kumpulan penyerang terbabit.

Sebuah portal berita melaporkan Badrul Hisham membuat dakwaan tersebut di dalam satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Selain memorandum, Badrul Hisham mengemukakan bukti rakaman video serangan malam kejadian dan gambar penyerang yang dikenal pasti.

HINDRAF would support any 3rd force against UMNO.

HINDRAF would support any 3rd force against UMNO.

HINDRAF would like to reiterate that it will continue to support any movement from Peninsular and East Malaysia in our attempt to dethrone UMNO and its mandores from their continued atrocity against the society in particular the poor & marginalized ones.

We have always been consistent that UMNO has to go but we will never be able to do it alone. HINDRAF’s decision to take a multi-pronged strategy and engage with any 3rd party opposition forces was taken at the 2nd annual convention held on 4th December 2011. HINDRAF will work with any forces that work in tandem with our agenda to uplift the marginalized segment of Malaysian Indians along with those in similar bracket by working in partnership and moving forward with any force that seek similar agenda similar to ABU on a political stance. Naturally, besides ABU, there are many other organizations like UBF from East Malaysia have sought justice for “Jus soli” of segment of their society that are continuously marginalized and discriminated due to the weakness of their representatives within the UMNO alliance.

HINDRAF’s position in working with other 3rd forces against UMNO is solely on a consensus that human rights and equality should be across the board starting with the poorest segment of the society like the Malaysian Indians and their fellow brethren amongst other Malaysians.

The recent statement issued on instructions of P.Uthayakumar the Secretary General of Human Rights Party with regards to our involvement with ABU was purely his personal view and we in Hindraf respect his views though collectively we differ from his personal opinions.

HINDRAF’s voice is a mix and marriage of the ground root supporters, not one based on an individual. All the national coordinators of HINDRAF from the various states in Malaysia had unanimously agreed that in order to address the issue of the poor and marginalized Malaysian Indians and those in similar position, it needs a concerted effort from all parties irrespective of the race, religion or creed and this is only possible if we heed the grass root supporters call to bring a fruitful success to upheaval social injustice perpetrated by UMNO and its mandores.

HINDRAF call upon all its supporters to continue their support for ABU and any other cause that can ensure the parity stretches amongst Malaysian in recognizing the cry of the poor and marginalized Malaysian Indians.


P.Waytha Moorthy

Chair

HINDRAF

26th January 2012.

6 JAHANAM DI TAHAN POLIS....MEMANG TAK CERDIK

6 remaja ditahan bantu siasat gangguan majlis ABU
Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

abu ceramah disturbed 220112 05Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Anwar berterima kasih kepada inisiatif "Ah Wah Gor"

Anwar berterima kasih kepada inisiatif "Ah Wah Gor"

MerdekaReview

"Terima kasih... Menghargai inisiatif ini dan saya teramat gembira dengan respon yang diberikan. Respon sepanjang menyambut Tahun Baru Cina sungguh memberangsangkan buat saya. Tahun Naga ini bakal menandakan satu permulaan untuk Malaysia yang demokrasi, adil dan bersatu-padu... Terima kasih."

(asal: "tq..apreciate the initiative and i'm extremely pleased with the response. i'm encouraged by the response during the chinese new year celeberations. the year of the the dragon would signify a new beginning for a democratic, just and united malaysia...xie xie")

Demikianlah respon Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kanan) terhadap penubuhan laman sosial bahasa Cina "Ah Wah Gor", secara tidak rasmi untuk dirinya. Beliau meninggalkan komen ini dengan akaun Anwar Ibrahim II-nya, pada kira-kira jam 12.48 tengah hari, tadi.

Penubuhan laman sosial "Ah Wah Gor" (Abang Anwar) di Facebook pada 20 Januari 2012 oleh penyokongnya, sebagai respon kepada penubuhan laman sosial rasmi bahasa Cina Perdana Menteri Najib Razak, yang dinamakan "Ah Jib Gor" (Abang Ah Jib). Bagaimanapun, bilangan warga internet yang "like" Ah Wah Gor berjaya memintas bilangan yang "like" Ah Jib Gor dalam masa 24 jam.

Sehingga jam 1 petang tadi, Ah Wah Gor telah mencatat lebih 38,000 orang peminat, sementara Ah Jib Gor hanya mencatat 18,615 orang peminat. Sementara itu, Ah Jib Soh (merujuk kepada isteri Najib) yang ditubuhkan untuk "memerli" Rosmah Mansor turut mencatat kira-kira 9,000 peminat.

Di samping itu, banyak laman sosial bahasa Cina yang ditubuhkan, misalnya Ah Siang Gor (merujuk kepada Lim Kit Siang), "Ah Eng Gor" (merujuk Lim Guan Eng), dan Ah Nik Gor (merujuk Nik Aziz).

Baca: Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

Anak dibawa turun ke jalan raya kerana yakin peserta bukan perusuh!

Aku sanjung tinggi insan ini, kerana bukan sahaja berani malah tahu akan hak rakyat.Beliau boleh melihat dan kenang kembali peristiwa di Perak dan lain-lainnya didalam blog ini.

Nashita Md Noor

"Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000." - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Berat hukumannya, gerun mendengarnya. Tujuannya tiada yang lain selain satu yang terlintas di hati. Menakutkan orang ramai untuk turun berdemonstrasi, tunjuk perasaan membantah kezaliman. Tidak mahu menunjukkan bahawa ramai yang berani turun berdemonstrasi menunjukkan rasa tidak puas hati, malah berani membawa anak-anak bersama bagi membuktikan bahawa perhimpunan yang bakal diikuti itu ialah sebuah perhimpunan aman.

"Itulah, lain kali jangan bawa anak. Kenapa bawa anak kecil ni!" Terjerit-jerit seorang lelaki di belakang memarahi kerana saya membawa bersama anak bongsu, Asiah yang ketika itu berumur tujuh tahun di tahun 2009. Saya langsung tidak memaling kepala untuk melihat siapakah lelaki itu yang terjerit-jerit memarahi saya.

Keadaan kecoh ketika itu dengan orang ramai berkejaran berlari menyelamatkan diri. Ramai yang terbatuk-batuk dan tersedak sambil terjerit-jerit dalam suasana yang kelam kabut akibat tembakan peluru gas pemedih mata bertubi-tubi kearah orang ramai yang berhimpun di perkarangan Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar, 6 Februari 2009.

Sambil berjalan, terbatuk-batuk dan ketakutan kerana terasa tidak dapat bernafas akibat bau gas pemedih mata yang perit, menyempitkan ruang pernafasan, mata pedih berasap, fikiran jadi tidak menentu dan hilang kawalan diri, serasa seperti putus nafas. Saya membimbing tangan Asiah berjalan menuju kearah Masjid. Asiah juga menjerit menangis dan terbatuk-batuk. Sangat cemas. Lelaki tadi masih memarahi saya. Dalam kelam kabut itu saya juga menjerit dan hanya menjawab, "Ini anak saya dan hak saya untuk membawa dia. Saya jaga dia." Saya membawa Asiah ke Masjid dan ada lelaki lain yang menyambutnya dan membawa dia ke tempat yang selamat.

(Di dalam perhimpunan ini yang berlaku dalam krisis rampasan kuasa Perak, suami saya telah ditangkap dan dipenjarakan selama empat hari tiga malam di Lokap Polis Kuala Kangsar. Anak-anak kami tidak gentar dan berasa malu atau takut dengan pengalaman ini. Hingga kini beliau dan 12 yang lain masih dibicarakan di peringkat pembelaan.)

Sifat tolong-menolong dalam menjaga keselamatan di antara satu dengan yang lainnya di antara para peserta perhimpunan aman adalah di tahap yang terbaik terutamanya terhadap wanita, anak-anak termasuk warga emas.

Keadaan perhimpunan yang bermula sebaik selesai solat Jumaat adalah aman dengan orang ramai turun berjalan dengan teratur. Keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal apabila pihak Polis, SB dan FRU mula merusuh dan menembak gas pemedih mata.

Kalau difikirkan mungkin serik dan takut untuk turun ke mana-mana perhimpunan aman kerana ianya tidak lagi aman apabila mereka yang sewajibnya menjaga keselamatan mula mengganggu keselamatan dan keamanan awam.

Perhimpunan PROTES pada 28 Mei 2006.

Ini bukan kali pertama saya menyertai perhimpunan aman, malah turut membawa anak-anak bersama di setiap perhimpunan aman yang kami pergi. Bermula 20 September 1998. Ketika itu saya sarat mengandungkan anak yang ketiga, tujuh bulan. Turut serta berjalan dari Masjid negara menuju ke Dataran Merdeka menunjuk perasaan membantah kezaliman yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim ketika itu. Sejak itu saya tidak pernah berpaling lagi dan hilang rasa gentar apabila berdepan dengan apa-apa isu kezaliman.

5 November 2000, Himpunan 100,000 rakyat dengan tema "Kembalikan Hak Rakyat" membantah kezaliman pemimpin kerajaan ke atas rakyat. Ketika itu saya sekali lagi mengandungkan anak yang bongsu tujuh bulan dan mendukung anak ketiga yang berumur 18 bulan. Saya tidak mahu ketinggalan walau suami menghalang kerana risaukan keselamatan isteri dan anak-anaknya kerana beliau tidak dapat bersama saya kerana bertugas sebagai salah seorang Jawatankuasa Penganjur. Saya tidak menghiraukan nasihatnya dan berkeras mahu bersama.

Perhimpunan berakhir di sepanjang lebuhraya KESAS apabila polis menyekat semua jalan masuk ke lokasi perhimpunan di Jalan Kebun. Sungguh bersejarah dan saya bangga kerana berada di dalam lipatan sejarah itu. Melangkah "divider" jalan dalam keadaan sarat mengandung. Bila keadaan nampak tidak terkawal dan polis mula tunjukkan tanda-tanda mahu bertindak, orang ramai menyelamatkan saya dahulu. Seorang pemuda mendukung anak saya yang kecil dan mengiringi ke kereta. Sekali lagi divider jalan dipanjat untuk pulang ke kereta yang diletakkan di tepi lebuhraya KESAS. Saya juga melihat seorang ibu muda bersama suaminya mendukung bayi yang saya kira baru berusia dalam dua atau tiga bulan. Mengapa mereka berani melainkan kerana mereka yakin semua yang hadir adalah peserta dan bukannya perusuh.

Suasana ini sungguh mengharukan hati dan meyakinkan bahawa sesebuah perhimpunan adalah aman dan mereka yang turun berhimpun dengan seikhlas hati kerana mengikuti sebuah perjuangan yang murni atas dasar benci kepada kezaliman dan mahu tunjukkan dengan jelas akan perasaan itu kepada mereka yang zalim. Peserta akan sentiasa menjaga keamanan dan menjaga keselamatan di antara satu dengan yang lainnya.

Maka perasaan gusar dan takut perlulah dibuang jauh-jauh walau ianya tetap akan timbul dalam hati. Tidak dapat dinafikan perasaan takut dan gusar itu tetap akan hadir kerana kita tidak pernah dapat menjangka tindakan Polis, SB dan FRU demi untuk membuktikan bahawa perhimpunan itu adalah ganas dan peserta adalah perusuh.

Perhimpunan Aman adalah juga satu ruang pertemuan rakyat secara besar-besaran, pertemuan keluarga yang besar, maka hingga hari ini saya masih membawa anak-anak bersama agar mereka lihat sendiri keberanian dan kebangkitan rakyat yang tidak mahu terus terusan "dibuli" oleh pemimpin negara sendiri yang tidak menghayati slogan mereka "Rakyat didahulukan" sebaliknya rakyat hanya didahulukan dalam hal-hal kesusahan.

Anak-anak juga tidak pernah mahu ketinggalan turut serta dan mereka juga tidak pernah merasa gentar walau pernah melihat kezaliman pihak polis di depan mata sendiri dan pernah melalui saat- saat yang mencemaskan bahkan anak yang kedua yang ketika itu berusia 13 tahun pernah ditangkap bersama saya dan dipenjarakan sehari semalam ketika mengikuti Perhimpunan Aman membantah Akta Zalim ISA pada 1 Ogos 2009. Ini juga tidak membuatnya rasa gentar dan terus mahu bersama seolah menjadi anak yang menjaga keselamatan ibunya.

Kita harus terus berani, tanamkan semangat juang dalam diri anak-anak agar mereka tidak mudah ditindas. Perjuangan perlu diteruskan, keberanian harus ditanam dalam diri. Kezaliman perlu ditentang dan tidak boleh berdiam diri dengan kezaliman. Perjuangan hari ini bukan untuk generasi kita sebagai ibu bapa namun ini adalah perjuangan bagi menjamin masa depan anak cucu kita agar tidak tergadai dek kerakusan pemerintah. Saya percaya dengan prinsip Kuasa di tangan Rakyat!

*Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA.

HAK KERAJAAN KE ATAS RAKYAT

Oleh: ALMAHDHA

Ramai tidak sedar bahawa sekarang kita dalam fasa penghujung dalam pengambilalihan kuasa pemerentahan negara kepada kerajaan baru. Bukan perkara angan angan lagi, ianya telah jelas.

Ramai antara kita masih lagi tidak dapat menafsirkan kedudukan politik negara sedang menuju perubahan besar kepada lebih matang dalam memastikan negara selamat dan maju.

Telah jelas kerajaan sekarang telah kehabisan daya dan usaha kerana pemerentahan yang ada sekarang tidak lagi sesuai dengan perubahan dunia. Pemerentah sekarang tidak lagi dapat melihat apa keperluan rakyat dan keperluan dunia menjalani kehidupan.

Rakyat malaysia kini sedang melihat satu kehidupan lebih maju dan berbeza dengan kehidupan masa lalu. Malangnya kerajaan sekarang tidak mamapu menurut perubahan dunia. Kerajaan tidak ada kemampuan untuk bersaing dalam mentadbir negara seperti dikehendaki rakyat.

Sedar atau tidak rakyat Malaysia sekarang telah maju kedepan lebih maju daripada yang dipandang oleh kerajaan sekarang. Pemikiran politik pemerentah telah terbukti semakin ketinggalan jauh kebelakang. Rakyat sekarang mahukan perubahan dalam pemerentahan negara.

Telah bertahun kerajaan diberi peluang membawa negara kearah kemajuan sejajar dengan kehendak dunia. Namun kerajaan gagal membuktikan kemampuan memberi kebaikan kepada rakyat. Rakyat sekarang menunggu menggunakan kemahiran sejajar dengan peralihan corak pemerentahan dunia.

Corak pemerentahan kerajaan sekarang lebih kepada mengajak rakyat mengikut cara kerajaan bukan memberi sokongan kepada rakyat dalam mengecapi corak pemerentahan dikehendaki. Terlalu lama rakyat menunggu kerajaan mengubah cara pemerentahan kepada lebih baik dan mesra rakyat. Namun ia kelihatan gagal.

Apa yang kerajaan lakukan lebih kepada menghendakkan rakyat mengikut kehendak kerajaan dan menghalalkan apa sahaja kerajaan lakukan. Rakyat tidak boleh mempertikaikan apa yang kerajaan lakukan kerana kerajaan telah banyak melakukan kebaikan kepada rakyat. Sepatutnya membiarkan dan menyokong setiap tindakan kerajaan sebagai membalas budi kerajaan.

Itu yang diajar kerajaan kepada rakyat agar menyetujui tindakan kerajaan walau apa sekali pun. Walau terdapat tindakan lebih kepada mengkhianati hak rakyat, bukan hak rakyat pertikaikan tindakan kerajaan. Rakyat hendaklah menutup mulut dan membiarkan sahaja kerajaan buat kerana kerajaan adalah betul.

Pelajaran yang diberikan kepada rakyat semenjak dari bangku sekolah supaya menyanjungi kerajaan dan menyokong tindakan kerajaan sepenuh hati. rakyat tidak lah boleh menghukum kerajaan kerana kerajaan telah banyak melakukan kebaikan kepada negara.Jika inilah caranya pemerintahan kerajaan, maka ianya boleh dikatakan sebagai pemeritahan yang diktaktor.kerajaan memberi dan rakyat hanya menerima tanpa boleh mengkritik kerajaan.Jika inilah coraknya, maka tunggulah kesan pemeritahan dan ajaran yang diberikan , akan kembali kepada kajatuhan kerajaan yang hanya tahu memberi dan tidak mahu dikritik.

SAMM Kecam MB Kedah Guna AUKU

SHAH ALAM, 23 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) segmentasi mahasiswa mengecam tindakan pimpinan PAS Kedah pimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang menggunakan akta zalim, AUKU ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).


Penyelaras SAMM Segmentasi Mahasiswa, Wan Farel dalam kenyataan medianya berkata tindakan Azizan tersebut bercanggah dengan janji Pakatan Rakyat yang termaktub dalam Buku Jingga.

"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga dianggap retorik dikalangan mahasiswa.

"Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah Azizan Razak secara jelas telah bertindak menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ternyata membelakangkan akur janji pakatan Rakyat tersebut.

"Walaupun memerima banyak kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa Azizan masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa." jelas beliau.

Menurutnya, golongan mahasiswa adalah kumpulan yang amat sensitif dengan isu-isu semasa yang melibatkan perjuangan golongan muda di masa depan.

"Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.

"SAMM berangapan mahasiswa adalah golongan yang tiada kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan." tegas beliau.

Katanya, jika Azizan terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah jangan terkejut sekiranya kuasa mahasiswa akan digunakan untuk menyingkirkan beliau nanti.

Sebelum ini Ketua, Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi dalam kenyataan medianya mempersoalkan tindakan Azizan tersebut.

Kenyataan Nasaruddin tersebut ekoran kenyataan Azizan pada 19 Januari lalu dilapor berkata AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan.

Kata Azizan, penggantungan lima mahasiswa KUIN tahun lalu adalah mengikut peruntukan bawah kesalahan AUKU serta pentadbiran berbuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

PKR: NFC Perlu Beri Penjelasan bukan Upah NGO





SHAH ALAM, 23 JAN : Tindakan Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang cuba menutup pelbagai penyelewengan berhubung salah guna dana rakyat secara politik disifatkan sebagai tindakan menutup isu asal berhubung pemberian projek kepada kroni yang menjadi amalan Umno selama ini.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak NFC seharusnya menumpukan sedikit masa untuk mengemukakan bukti bagi menafikan dakwaan yang dibuat berhubung penyelewengan dana rakyat oleh syarikat berkenaan yang gagal dilakukan sehingga hari ini.

Namun sebaliknya menurut Rafizi, NFC sejak kebelakangan ini dilihat menggunakan agenda politik dengan membawa masuk 'kaki-kaki pukul' seperti Perkasa untuk membela mereka.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan PKR, Dr Mohamad Nur Manuty, pihaknya tidak menolak kemungkinan NGO yang digunakan untuk memberi kenyataan kepada media dibayar untuk berbuat demikian.

Ikuti berita lanjut melalui vedio dibawah.

Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah? ... ada di Pulau Pinang — Aspan Alias

Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah? ... ada di Pulau Pinang — Aspan Alias

January 23, 2012

23 JAN — Ada sesuatu perkara yang saya mesti kongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Sejak saya menyertai parti berbagai kaum DAP baru-baru ini, saya telah mendapat kutukan dari beberapa orang termasuk seorang dua rakan blog saya yang saya kenali, dan itu memang telah saya jangkakan dari awal lagi.

Tetapi sebagai mempunyai blog kecil ini saya telah mendapat lebih galakan dari yang mengkritik saya. Yang mengkritik saya itu pun adalah kebanyakannya dari mereka yang masih baru dalam Umno itu atau hanya sebagai penyokong pemimpin dan “warlords” dalam parti itu. Yang mengatakan saya seorang yang bangkerap politik itu merupakan budak hingusan belum merasakan pengalaman bergiat di dalam Umno itu.

Tetapi yang paling saya seronok ialah sokongan dari orang-orang biasa dan menzahirkan sokongan mereka melalu ribuan teks pesanan ringkas (SMS) yang datang bertalu-talu serta sokongan melalui e-mail dan sebagainya. Sembilan puluh peratus yang memberikan sokongan itu adalah dari kaum Melayu yang saya kenali dan yang saya tidak pernah mengenali mereka.

Apa yang saya seronokkan bukannya kerana saya mendapat sokongan secara peribadi, tetapi kerana mereka sudah faham sebenarnya yang DAP itu bukanlah seperti yang dimomokan oleh Umno dan media masa perdana sejak berdekad-dekad dahulu. Saya merasa sedikit bangga kerana mampu membuatkan mereka menilai secara ilmiah yang mendalam serta sudah mengetahui yang parti DAP ini telah secara deras mendapat sokongan orang Melayu akhir-akhir ini.

Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam posting saya yang lalu, saya adalah penyokong kuat kepada slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang di popularkan oleh Dr Mahathir. Tetapi apabila setelah beliau menerajui negara lebih dari dua dekad, saya tidak nampak di mana bersihnya pentadbiran beliau. Saya tidak nampak kecekapan pentadbiran kerajaan kita dan amanahnya memang jauh sekali dari penglihatan kita.

Malahan dalam pentadbiran beliaulah bermulanya isu-isu rasuah yang besar dan tidak ada bersihnya. Melalui projek raksaksa runding terus itu telah mengembangkan budaya rasuah yang besar malahan ahli keluarga beliau sama-sama menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul kekayaan. Malahan kecekapan pentadbiran terdahulu itu bertambah lemah dengan isu-isu yang buruk yang tidak pernah kita lihat telah berlaku. Keseluruhan jentera kerajaan tidak beramanah.

Pendeknya Bersih, Cekap dan Amanah itu hanyalah retorik besar yang di ungkapkan semasa Perhimpunan Agong Umno sahaja guna untuk membuatkan perwakilan bertepuk tangan sehingga merah-merah tapak tangan. Dr Mahathir bijak memainkan sentimen orang Umno kerana beliau amat faham kelemahan yang ada pada kebanyakkan orang Melayu yang mudah terlena dengan alunan lagu yang berlirik indah dan mengkagumkan.

Tetapi sebahagian rakyat di negara ini telah mendapatkan nikmat dari slogan itu akhir-akhir ini. Kerajaan PR yang di tunjangi oleh DAP telah berjaya melaksanakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah anjuran Dr Mahathir itu. Walaupun kerajaan tunjangan DAP itu baru menghampiri empat tahun sahaja, banyak dari apa yang dimaksudkan oleh slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu telah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

DAP tidak pandai untuk mewujudkan retorik dan slogan besar, tetapi parti ini pandai untuk mencapai matlamat kepimpinannya; iaitu pentadbiran yang Bersih, Cekap dan Beramanah.

Bersih, Cekap dan Amanah yang di wujudkan oleh Dr Mahathir ini, di amalkan oleh DAP kerana DAP mengikut formulanya dengan betul. Seperti kita menjawab soalan ilmu hisab, kita mesti mengikut formula ilmu hisab itu. Jika kita hanya menghafal formula tersebut tetapi tidak mengikut formulanya dengan terperinci, kita tidak akan mendapat jawapannya dengan betul dan tepat.

Itulah sebabnya Umno tidak berjaya mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penting dengan betul kerana tidak mengikut formula yang mereka wujudkan sendiri itu. Dalam formula Bersih, Cekap dan Amanah itu tidak ada terselit elemen rasuah dan salahguna kuasa.

Tetapi apabila perlaksanaannya formula ini telah dikotori oleh rasuah dan salahguna kuasa itu, maka slogan BCA itu telah gagal sama sekali, malah wujud pula elemen-elemen negatif yang melumpuhkan negara dan pentadbirannya dengan rasuah yang begitu besar dan menakutkan rakyat. Maka slogan BCA itu hanya tinggal slogan dan telah pun dilupakan dan tidak hidup lagi dalam pentadbiran negara di bawah Umno ini.

Rupa-rupanya slogan itu tidak mati. Ia masih hidup segar. Rupa-rupanya DAP Pulau Pinang dan PKR Selangor dan kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah berjaya melaksanakannya dengan baik dan penuh dengan ketelusan. Perlaksanaannya tidak diheboh dan di gembar gemburkan. Dalam diam-diam DAP Pulau Pinang bersama rakan-rakan PRnya telah melaksanakan segala-gala yang di impikan oleh rakyat melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu.

Sekarang kita lihat yang fitnah serta momokan terhadap parti DAP yang “multi-racial” ini ternyata kian menumpul. Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam Malaysia yang akan bebas dari miskin tegar di kalangan rakyatnya dalam setahun dua lagi. Adalah dijangkakan yang Pulau Pinang akan merupakan negeri yang pertama dalam mana apa yang dikatakan sebagai perpaduan berbilang kaum itu akan tercapai dengan sepenuhnya.

Pulau Pinang juga merupakan sebuah negeri yang akan melupuskan segala hutangnya kepada Kerajaan Pusat. Dari RM630 juta hutang Kerajaan BN Pulau Pinang dahulu, Kerajaan PR Pulau Pinang telah mengembalikan sebanyak RM600 juta kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh tiga tahun pentadbirannya. Kejayaan ini bukannya kejayaan yang kecil tetapi ia merupakan satu pencapaian yang “outstanding” jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Walaupun begitu besar tohmahan terhadap DAP dan kerajaan Pulau Pinang oleh seterunya dalam BN, Kerajaan Negeri tetap melaksanakan apa-apa yang telah di juruskan oleh Perlembagaan Negara. Dikatakan oleh Umno yang DAP adalah anti Islam, tetapi dalam jangkamasa hampir empat tahun DAP dan PR mentadbir Pulau Pinang peruntukan untuk majlis agama Islam telah meningkat kepada RM62 juta dari RM12 juta semasa BN memerintah dahulu.

Kerajaan Pulau Pinang telah diperakukan oleh badan-badan penilaian antarabangsa sebagai sebuah negeri yang paling bersih dan beretika kepimpinannya. Pandangan ini bukan diberikan oleh saya atau sesiapa dalam PR, tetapi oleh badan-badan penilaian antarabangsa yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Banyak lagi yang dicapai oleh pentadbiran Lim Guan Eng tetapi satu soalan yang mesti diketahui umum; kenapa PR Pulau Pinang berjaya melakukan segala-galanya ini? Apa yang berjaya dilakukan oleh Lim Guan Eng ini jugalah janji-janji Umno sejak 30 tahun yang lalu, tetapi tidak juga kunjung berjaya. Apabila PR Pulau Pinang berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari empat tahun, ia tidak menyenangkan Umno pula.

Daripada berlumba-lumba untuk menjadikan kejayaan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh yang patut diikuti, Umno dan BN mengambil sikap menafikan kenyataan yang jelas tentang kejayaan PR (DAP) itu. Kejayaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor dan PAS di dua buah negeri yang lain itu amat menyakitkan hati pimpinan dan penyokong Umno dan BN. Tetapi orang ramai faham, kejayaan PR itu adalah kegagalan bagi BN/ Umno.

Kita sama-sama menilainya dan ambilalih keputusan setelah berfikir dan berfikir. Asalkan kita mengambil sesuatu tindakan setelah berfikir dengan sungguh-sungguh, apa-apa keputusan itu kita hormati.

Kata agama kita, “berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam”. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


Anwar : Media Malaysia Masih Mundur dan Lucu






KLANG, 22 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebebasan media di Malaysia masih belum wujud dan demokrasinya juga ketinggalan jika dibandingkan dengan negara lain.

Mengambil contoh India yang dikunjungi selepas dibebaskan dari tuduhan liwat selepas 9 Januari lalu, beliau berkata lawatannya bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk bertemu cucu Mahatma Gandhi, Raj Mohan Gandhi, menjadi bukti di mana negara itu mengamalkan kebebasan bersuara di kalangan rakyatnya.

Anwar berkata demikian di dalam ucapannya di Pesta Ponggul di Bandar Bukit Tinggi semalam.

Ikuti petikan video tersebu

1Malaysia Sebenarnya 1Melayu





KLANG, 22 Jan : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan semua kommuniti di Malaysia berhak menikmati hasil kekayaan negara dan tidak harus dibezakan antara satu dengan yang lain.

Dalam ucapannya di Pesta Ponggal di Bandar Bukit Tinggi disini, Anwar menyentuh slogan 1Malaysia yang sering dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengkritik prinsip itu dengan berkata ia lebih kepada memberi keuntungan kepada kroni Umno-Barisan Nasional daripada menolong rakyat bawahan.

Ikuti petikan video tersebut.

WARTAMAYA- REMAJA CERDIK DAN TIDAK CERDIK

Bezanya remaja berilmu dan tidak berilmu

Cer lihat berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah, tentang kumpulan Adam Adli dan pelajar yang buat sketsa pendek di ibunegara semalam,

Sementara golongan yang tidak berilmu, mengikut nafsu tapi bebas berbuat apa saja .. pada lapuran di bawah ini
Kenapa umporno kelihatan tidak berilmu di samping wajah yang kelihatan bangang tahap gaban?
Kerana golongan umporno terdiri dari spesis yang sama. Pada ketika ini, golongan ini terus menjadi lembab dan bangang kerana golongan ini tidak membenarkan para bijak pandai untuk mencampuri urusan mereka, bimbang kalau kalau yang bangang dengan jumlah yang besar ini akan diketepikan.
Kerana itu, untuk menjadi umporno, mereka mestilah angguk angguk, tidak berilmu, bangang dan bodoh sombong. Golongan ini juga kelihatan melakukan solat sunat lepas asar, selain dari langsung tidak bertamadun dan berbudaya. Golongan ini dilihat mendapat sokongan cuma dari golongan yang sama rendah mentalnya.

Jatuh kan golongan ini pada PRU13 nanti kerana bangsa ni lah yang menyekat kemajuan dan perkembangan mental anak anak muda. Merencatkan akal dan menZOMBIEkan fikiran remaja kita.

Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Lim Hong Siang

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya.

Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

Anwar : Kerajaan Pusat Harus Adil Dalam Rayuan Kes Liwat






Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat".


"Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata.


KITA NAK TANYA PULAK MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI KES RAZAK BAGINDA,DAN LAIN-LAIN KES YANG SEPATUTNYA DIBUAT RAYUAN.PATUT KE TIDAK MENTERI DALAM NEGERI BERCAKAP SOAL SEDEMIKIAN.



KLANG, 21 JAN : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.

Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar.

"Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes."

Pejabat Peguam Negara memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab.

"Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?".

PENYOKONG HINDRAF DI PUKUL PEKIDA


SHAH ALAM-21 Jan seorang penyonkong Hindraf telah di belasah oleh PEKIDA menurut sumber dari Hindraf .Ini berikutan adanya forum yang telah diadakan semalam.terdapat unsur perkauman yang di lemparkan keataspenyokong Hindraf dimana semua peralatan didalam dewan bagi diadakan forum .







Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Menurut sumber Hindraf lagi, kecederaan yang dialami agak serius dimana penyokong terbabit mengalami kecederaan bahu,dada,kaki dan tangan.Beliau di hantar untuk mendapatkan rawatan di Sentosa Specialist Hospital.


BERITA SETERUSNYA...PROGRAM PAS PAHANG SEMPENA TAHUN BARU CINA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.

PM CAKAP KOSONG LAGI UNTUK KAKITANGAN AWAM


Copy dari blog Guru Tertindas


SUDAH DILAKSANAKAN BARU BERCAKAP.BUAT APA?

ADA YANG MENGGELARNYA

1.SKIM BODEK PIHAK ATASAN
2.SEPAK BARISAN PAKATAN AMBIL
3.SKIM BANTAH PIHAK ATASAN
4.SISTEM BURUKKAN PEMIMPIN ATASAN

PM: SBPA mesti puaskan semua pihak sebelum dilaksana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di Kuantan hari ini.

Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib berkata kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.

Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka.

"Kerajaan boleh bagi tambahan gaji dan bonus tetapi ia perlu dikaitkan dengan produktiviti yang tinggi, kalau ekonomi menguncup, mana nak bagi kenaikan gaji dan bonus?," katanya.

Beliau berkata penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka.

"Penjawat awam adalah sekumpulan dalam pentadbiran negara, penting kerana apa agenda besar negara yang hendak dibawa kerajaan pada kesudahannya, kesampaiannya, bergantung kepada peranan dan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, sama ada di peringkat pusat atau negeri," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang dan akan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menggunakan strategi baru yang perlu didukung penjawat awam bagi mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Menjelang fajar 2020, kita hendak mencapai sebuah negara maju, saya anggap wawasan yang dibuat (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu impak kepada negara, itulah yang kita sambut ketika itu, dan kurang daripada 10 tahun, kita nak capai negara maju, inilah cabaran kepada kita," katanya.

Najib berkata kerajaan yang ketika ini melaksanakan pelbagai transformasi baru, juga melaksanakan pelbagai strategi baru bagi mencapai hasrat berkenaan.

"Ada kalanya strategi yang digunakan dahulu (pimpinan sebelum ini) baik dan tepat tapi strategi itu menjadi kekangan (pada masa ini) dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Justeru, Najib berkata pendekatan di bawah kepimpinannya ketika ini adalah menggunakan strategi yang dilihat mampu untuk mencapai kesinambungan dan harapan kepimpinan sebelum ini, dan ia perlulah didukung semua pihak terutamanya penjawat awam.



YA.....RAKYAT DAH TAU .....SEBAB SAIFOOL ORANG PENTING


Berlakon ja pun bila lepas tu....dan drama pun ibuat last minutes memang syok giler ...kononnya tak buat rayuan lah...peerrghhhh...tepat juga agakan teman-teman dan sembang kedai kopi....malahan kalau anwar masuk dalam..itu jam juga dekat pilihanraya...sebabnya kenapa?...semua sudah tau maaa.....

Anwar boleh menyatukan pakatan...kita percaya UBN ni takut juga...mana tak takutnya...dibawanya pecacai ,katak,dan semuanya ..paling ramai 500 orang yang datang dengar....

Mood untuk nak singkirkan UBN ni memang kuat..jadi bila kes ni dibuka semula..ramai tersentap kembali.Tapi percaya lah...kalau Anwar masuk ke dalam..imej Najib turut tercalar lagi diluar negara.



PRGUAM NEGARA FAIL RAYUAN


Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.

Umno TAK DAK MODAI





PETALING JAYA, 20 JAN : Pengedaran video aib yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini disasarkan kepada ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.

Yang peliknya, VCD tersebut diposkan di dalam satu sampul bersama surat yang memaparkan ajaran Islam tentang dosa orang yang mengumpat.

Terkini, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh dua orang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mahharul Ismail dan Halimey Abu Bakar.

Mereka mendakwa menerima salinan VCD video aksi seks lelaki dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan iras bangsa Cina dua hari lepas di alamat kediaman dan pejabat mereka.

VCD tersebut diposkan di dalam sampul beserta surat itu.

Antara kandungan surat tersebut adalah :

"Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat. Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau memburukkan orang melalui lidah."

"Kami membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat siapa yang menghantarnya tanpa penama dan diharap dapat juga menyiasat motif penghantaran VCD ini.

"VCD ini bukan sahaja diedarkan kepada ahli majlis MBPJ tetapi juga ahli-ahli majlis seluruh negeri Selangor ujar Halimey."

Maharrul berkata laporan itu juga dibuat sebagai tanda kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan VCD lucah tersebut.

"Ini juga merupakan satu kesalahan mengikut akta kesalahan jenayah atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah terutama diedarkan kepada penjawat awam," tegas Maharrul yang menerima salinan VCD itu di pejabatnya Rabu lalu.

Kedua ahli majlis MBPJ tersebut turut menyatakan kemungkinan pengedaran VCD ini bermotifkan fitnah politik kerana ianya disasarkan kepada penjawat awam dan diedarkan selepas Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

"Fitnah ini semata-mata untuk menggambarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Malaysia ini tidak bermoral.

Jadi kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana ini merupakan jenayah berat," kata Maharrul.

BERSAMA TUMBANGKAN Umno -HADIR BERAMAI RAMAI


The opposition front belongs to all
ABU Hindraf NGO's Civil Societies and Individuals
Pakatan should stop monopolising the opposition

join us - lets fight UMNO together.

NFC: Rafizi, Zuraidah Sedia ke Mahkamah

SHAH ALAM, 19 JAN: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin sedia ke Mahkamah untuk membuktikan segala pendedahan yang dilakukan berhubung skandal NFC adalah benar dan bukan bermotif politik.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, Rafizi berkata berdasarkan laporan berita internet hari ini bahawa Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100 juta terhadap beliau dan Zuraidah.

"Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

"Oleh yang demikian, saya dan YB Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak." jelas beliau.

Katanya peluang ini memang telah ditunggu-tunggu supaya kuasa mahkamah boleh digunakan untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

"Dato' Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan
mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.

"Jika pimpinan Umno seperti Dato' Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar.

"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat." kata beliau.

PILIHANRAYA 11 MAC?

SEREMBAN: PAS yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada awal Februari dan memanggil untuk pilihan raya umum ke-13 pada 11 Mac.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Hatta Ramli berkata parti-parti politik di Malaysia sekarang sekadar tinggal 50 hari untuk bersedia menghadapi pilihanraya.

"Berdasarkan maklumat dalaman dari Umno, Najib akan membubarkan Parlimen pada awal Februari. Pilihanraya akan diadakan sama ada pada 25 atau 26 haribulan dan kita hanya mempunyai dua minggu tempoh berkempen sebelum membuang undi pada 11 Mac.

"Oleh itu kita hanya mempunyai 50 hari lagi untuk bekerja. Tidak banyak masa yang tinggal untuk kita duduk dan berehat," Ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu 500 hadirin semasa majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.

Menurut Dr Hatta lagi, ini diperkukuhkan dengan hakikat bahawa cuti sekolah panjang yang pertama bagi 2012 adalah dari 10 hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

NFC : Polis Tak Faham Prosidur Siasatan

SHAH ALAM, 19 JAN: Tindakan Jabatan Peguam Negara (AG) memulangkan semula kertas siasatan berhubung penyelewengan syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) membuktikan pihak polis tidak berintegriti serta tidak memahami prosidur siasatan.


Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata walaupun AG mempunyai hak untuk memulangkan semula kertas siasatan kepada pihak polis namun tindakan ini memberikan persepsi buruk dimata rakyat.

"Pemulangan semula kertas siasatan kepada polis membuktikan pihak polis tidak profesional, lemah dan seolah-olah sengaja untuk melewat-lewatkan siasatan selain tidak faham prosiding siasatan.

"Ini juga bukti selama ini siasatan polis tidak menyeluruh dan mempunyai banyak kepincangan sehingga bila diserah kepada pihak yang lebih memahami prosidur siasatan seperti AG akan menolak kertas siasatan polis.

"Maka tak hairanlah sekiranya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) pada 30 November lalu berkata siasatan awal menunjukkan tiada unsur pecah amanah." jelas beliau yang juga bekas Setiausaha Agung PAS.

Menurut Idris, rakyat berhak mempertikai siasatan polis selama ini kerana pemulangan kertas siasatan tersebut memperjelaskan institusi keselamatan tersebut tidak profesional serta boleh dipertikaikan tindakan siasatan polis selama ini.

"Sebagai rakyat saya merasa amat kesal dan bimbang dengan masa depan rakyat negara ini yang diadili berdasarkan kelemahan siasatan polis.

"Kalaulah polis yang profesional setentunya siasatan mereka lengkap untuk di serahkan kepada AG sedangkan sememangnya polis ditugaskan untuk menyiasat.

"Kerja polis adalah untuk siasat sejak polis ditubuhkan lagi. Tak kan lebih 54 tahun buat kerja masih tak faham kaedah siasatan." kata beliau.

Jelasnya, Polis telah hilang kredibiliti disebabkan oleh kekangan pihak kerajaan Umno/BN terhadap institusi keselamatan negara tersebut

"Polis ni kalau kes pembangkang memang pantas dan lengkap dengan siasatan cara mereka tetapi kalau kes-kes libatkan pemimpin Umno seperti kes libatkan Sharizat ini buat siasatan sambil lewa sahaja.

"Bayangkan kalau kita terima sahaja kenyataan Khalid dahulu, saya anggap tak akan ada siasatan pada NFC lagi. Tetapi bila pakatan kemukan bukti tambahan baru nak mula kelam kabut nak siasat sampai siasatan pun sambil lewa dan di tolak AG.

"Begitu juga kes libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu pun macam-macam lapuran dari pihak polis yang dianggap tidak relevan dengan kes tetapi sengaja dilakukan untuk aniaya Anwar." jelas beliau ketika di hubungi TVSelangor

Siasat Juga Pembelian Aset Keluarga Shahrizat

Siasat Juga Pembelian Aset Keluarga Shahrizat


Sambil menyambut baik keputusan kerajaan melantik firma juruaudit bagi menyiasat dan membongkar penyelewengan dalam syarikat penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR juga mahu segala pembelian yang dibuat oleh keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga diaudit.

Dalam membuat cadangan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata audit mesti dijalankan termasuk pembelian aset yang dibuat oleh ahli keluarganya dari semasa kontrak dianugerahkan.

“(Ini) termasuk pembelian atas nama peribadi untuk menentukan sama ada dana NFC telah digunakan bagi tujuan peribadi,” katanya.

Skop audit, kata Rafizi mesti termasuk menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain, perbelanjaan oleh syarikat-syarikat lain yang ditanggung NFC dan segala operasi oleh pihak ketiga yang ditanggung atau berkaitan dengan NFC.

“Menyiasat setiap perbelanjaan oleh NFC untuk memastikan ia benar dan tepat dengan matlamat penubuhan NFC.

“Ini termasuklah memastikan bahawa setiap perbelanjaan adalah berpatutan, berpada-pada, diluluskan dan ada kena mengena dengan aktiviti penternakan lembu seperti yang dimandatkan kepada NFC,” katanya.

Rafizi, yang juga bekas seorang juruaudit turut mencadangkan empat lagi skop yang perlu dilakukan.

Menyiasat proses membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam meluluskan projek NFC serta penganugerahan projek kepada keluarga menteri.

Menyiasat proses pemberian dana kepada NFC oleh Kementerian Kewangan untuk menentukan ia mengikut prosedur Perbendaharaan dan amalan terbaik (best practices).

Menyiasat setiap pemindahan wang keluar dari NFC kepada pihak ketiga untuk memastikan tidak ada unsur penyelewengan. Ini termasuklah menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain.

Menyiasat setiap pembayaran besar dan berkala oleh NFC dan syarikat-syarikat berkaitan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk menentukan latar belakang pembekal dan individu terbabit yang berurusan dengan NFC.