Projek Fidlot Kebangsaan: Kepincangan kewangan dan "Conflict of Interest"

Projek Fidlot Kebangsaan: Kepincangan kewangan dan "Conflict of Interest"

Rafizi Ramli

KERAJAAN BERBOHONG MENGENAI JUMLAH PERUNTUKAN YANG TELAH DISALURKAN KEPADA NATIONAL FEEDLOT CORPORATION SDN BHD

Saya merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa "pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya".

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

-Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.
-Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.
-Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.
-Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
-Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).
-Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.
-Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.
-Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN RM250,000,000
GERAN KERAJAAN RM6,082,518


-Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN
-Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.
-Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.
-Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.
-Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.
-Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).
-Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.
-Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.
-KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA SHAHRIZAT JALIL

-Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil.
-Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham).


-Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my
-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000).


-Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my
-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.
-Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.
-Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.
-Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil.
-Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI


-Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Shahrizat Jalil.
-Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.
-Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Shahrizat Jalil.
-Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Shahrizat Jalil (gambar kiri) tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.

*Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR.

HAJI EKSPRESS NAMA DIA TU TUAN MUFTI....SELAIN HAJI MABRUR...DAN NAIK HAJI. SATU LAGI DAM HAJI

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

ISHHH...ishhhh...AWAT SENGKEKSANGAT MELANCONG BALONDUIT RAKYAT? AWAT TAK TAU MALU KE?

Keluarga menteri melancong dengan dana NFC
Suami dan anak-anak seorang menteri kabinet, pemegang saham serta ahli lembaga projek kontroversi oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dilaporkan melancong ke luar negara atas dana syarikat itu.

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata, akaun teraudit syarikat projek ternakan lembu itu menunjukkan mereka membelanjakan lebih daripada RM800,000 untuk lawatan ke luar negara itu.

Parti pembangkang itu mendakwa bahawa pendedahan berkenaan adalah hanya satu daripada perkara bermasalah yang menggunakan wang rakyat yang ditimbulkan oleh mereka.

Bajet Selangor 2012 Kejutan Untuk Golongan Ibu dan Belia




SHAH ALAM, 8 NOV : Belanjawan Selangor 2012 yang dijadualkan akan dibentang esok dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan ibu dan belia di Selangor.

Difahamkan sejumlah yang besar akan diperuntukan bagi membantu menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja. Dasar ini dilihat selari dengan bajet alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.

Didalam bajet alternatif tersebut setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.

Kerajaan negeri juga dijangka memperuntukkan sejumlah yang besar bagi penambahbaikan proses demokrasi melalui pilihan raya di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan bajet esok.

"Berita baik memang ada tapi tentang menyaingi (Bajet 2012 Kerajaan Pusat) ataupun apa tu...kena tengok esoklah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Green Development : The Economy Of The Future di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin yang dihubungi TV Selangor menjelaskan halatuju Bajet 2012 akan memberikan fokus kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 dalam usaha mengurangkan ketirisan dan melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Dan iktibar dari laporan audit 2010 menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan, agensi, jabatan, kementerian langsung tidak menjadikan laporan audit 2009 sebagai iktibar bagaimana untuk mengurangkan ketirisan yang berlaku di setiap jabatan dan agensi dan juga kementerian.

"Kita lihat ketirisan yang berlaku pada 30 peratus daripada peruntukan yang diberi, ini bermakna jika peruntukan di Selangor adalah RM1.6 bilion tahun lepas ini bermakna kita berjaya selamatkan RM400 juta,"katanya.

Amanah Juga Mahu Penambahbaikan Sebelum Pilihanraya Umum

KUALA LUMPUR, 8 NOV : NGO Pro-Barisan Nasional, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), hari ini menyuarakan sokongan mereka supaya pilihanraya hanya di adakan selepas cadangan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) dilaksanakan.

Ketua Amanah Tengku Razaleigh Hamzah berkata pentadbiran Najib perlu melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan pilihan raya yang bakal dicadangkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

"Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan khas Parlimen. Kerajaan perlu mengambil dalam semua pandangan, termasuk orang-orang yang sebelum Bersih dan selepas, untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil,"katanya.

Pada Nov 5 gerakan NGO "Massa" memberi amaran kepada kerajaan persekutuan agar melaksanakan proses penambahbaikan pilihanraya sebelum pilihanraya umum. Jika tidak, wakil Massa Badrul Hisham Shaharin, berkata massa akan mengerakkan protes rakyat terhadap kerajaan BN secara besar-besaran.

Timbalan Presiden Amanah, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kerajaan persekutuan masih mempunyai kesempatan untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya memandangkan mandat hanya akan berakhir April 2013.

"Jika mereka mengadakan pilihan raya sebelum PSC telah melakukan tugasnya, maka ia seperti utama-utama saja. Ia hanya drama, dan yang tidak begitu baik," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang berkata mereka memilih untuk menubuhkan Amanah sebagai platform bagi menyuarakan pendapat ekoran beliau dan pemimpin Amanah lain semakin dipinggirkan oleh parti-parti masing-masing.

"Saya memilih untuk bersama teman-teman dalam Amanah ini adalah kerana disini kami mempunyai ruang untuk mencambahkan pendapat dan menyuarakan sesuatu perkara untuk kebajikan rakyat, ini cara kami, sekirannya dalam parti sudah tiada ruang inilah caranya,"jelasnya.

Sementara itu, Abdul Kadir yang juga merupakan mantan menteri pelancongan menjelaskan keadaan didalam parti telah banyak berubah berbanding dahulu dimana ahli-ahli parti bebas menyuarakan pendapat dan menzahirkan kritikan.

"Sekarang siapa yang mahu bercakap didalam perhimpunan agung, ianya perlu dipilih dan diluluskan oleh pucuk pimpina terlebih dahulu, susah payah laksana perhimpunan agung Umno yang akhirnya hanya membawa perkara-perkara yang lunak didengar."

Turut hadir, bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Najib dan Noh Didakwa Bohong Tentang Status Projek Keluarga Shahrizat

KUALA LUMPUR, 8 NOV : Kerajaan Persekutuan digesa menjelaskan dakwaan penyelewengan wang rakyat di dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diusahakan keluarga menteri dan sehingga kini sudah menelan belanja RM250 juta.

Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Seri Shahrizat Jalil juga harus menjelaskan tentang pembohongan yang berlaku mengenai status pinjaman yang diberikan kepada NFC.

Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata, tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman yang diberikan kepada NFC adalah perkara serius.

Justeru beliau menggesa Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Bagaimanapun menurut Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan kesemua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

"Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

"Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC," katanya.

NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.

Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.

"Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain," ujar Rafizi.

Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.

"Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri," tegasnya.