BIAR DIA KALAH.....

Biar dia kalah kerana dasarnya hanya melompat dari satu parti ke satu parti......jika membaca kisah di awal pemecatan Anwar...dia lah orang yang paling tak berguna kepada rakyat...


PRU-13: Ibrahim Ali akan tewas jika tanding lagi di Pasir Mas, kata PAS

October 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Okt ― Datuk Ibrahim Ali yang memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tiga tahun lalu akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13, kata parti Islam itu.

Justeru, kepimpinan PAS berkata jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.

Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas.

“Kita yakin kali ini, kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya-Allah kita akan menang,” katanya dipetik Harakahdaily.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata bahagian parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira “selesai.”

Beliau berkata, pimpinan PAS sentiasa patuh kepada arahan daripada pimpinan.

“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umumk ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’. Itu kemungkinan besar.

“Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

“Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera DUN masing-masing, di samping menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu,” katanya.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi. Ibrahim memperoleh 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi Mahmad mendapat 19,682 undi.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim (6,198).

Membasmi Aedes Dengan 'Nyamuk'.

PUCHONG 29 OKT : Usaha mencegah dan mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menulardipergiatkan melalui pelepasan kira-kira 400 ekor nyamuk Toxo di Kampung Sri Aman di sini petang tadi.

Nyamuk TOXO yang dibawa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang adalah spesis naymuk yang jentik-jentiknya memakan jentik-jentik nyamuk Aedes. Tetapi nyamuk tersebut tidak menggigit manusia.

Program pelepasan yang dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim itu merupakan kerjasama antara pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), CIMB dan USM. Ia menerusi satu M.0.U yang ditandatangani pada Julai 2009 dengan peruntukan sejumlah RM60,000.

Teresa dalam ucapannya menjelaskan, nyamuk Toxo adalah spesies nyamuk yang dijumpai di kawasan hutan dan memerlukan persekitaran yang mempunyai tumbuh-tumbuhan untuk hidup dengan baik.

Katanya, nyamuk jenis ini tidak menggigit manusia, sebaliknya hanya memakan madu bunga.

"Pihak MPSJ telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk melepaskan nyamuk Toxo dan Kampung Seri Aman adalah salah satu lokasi yang didapati sesuai.

Melalui pra-kajian yang dilakukan, MPSJ telah meletakkan 60 MLTD dan keputusan yang diperolehi mengesahkan kesesuaian tempat ini untuk pelepasan nyamuk Toxo," ujar Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara.

Program pelepasan nyamuk Toxo sebelum ini telah dilaksanakan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar di USJ 1 pada JUn lalu, namun ia menghadapi masalah ekoran tindakan pihak pemaju yang memulakan kerja pemajuan dan mengganggu pengumpulan data keputusan kajian.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Dr Roslan Mohd Hussin dan Dekan Fakulti Pengajian Hayat USM, Profesor Abu Hasan Ahmad.

Dalam pada itu, Teresa turut memaklumkan, setakat ini sebanyak 368 kes denggi telah dilaporkan di kawasan pentadbiran MPSJ di mana 202 kes adalah positif dan satu kematian dicatatkan tahun ini.

Bagaimanapun ujar beliau, walaupun kes denggi menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu, faktor cuaca yang tidak menentu terutamanya musim hujan sekarang ini menyebabkan banyak wujudnya takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Justeru menurutnya, penubuhan Skuad Denggi JKP Zon 12 dilihat sebagai projek perintis bagi menggerakkan masyarakat setempat dalam usaha mencegah dan mengawal demam denggi.

"Sebagai projek perintis, skuad denggi yang ditubuhkan ini akan diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pihak Jabatan Kesihatan MPSJ.

Antara peranan dan aktiviti skuad ini adalah memastikan kawasan mereka bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes selain dari membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada masyarakat setempat tentang cara terbaik untuk mencegah dan mengawal demam denggi," katanya.

Ujar beliau lagi, untuk pelancaran program kali ini, MPSJ telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

UMNO Guna Taktik 3R Tarik Sokongan Melayu

SHAH ALAM 27 OKT : Dalam rancangan Umno untuk menawan balik Selangor dan Pulau Pinang, parti itu menumpukan usaha bagi menarik sokongan Melayu dengan bermain sentiment agama, perkauman dan institusi raja.

Sambil menyifatkan pendekatan itu sebagai "3R" (race, religion, royalty) Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ini dapat dilihat di dalam isu-isu seperti Mat Indera dan kritikan Sultan Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Strategi ini digunakan setelah Umno merasakan yang ia telah hilang sokongan di kawasan bandar dan di antara komuniti bukan Islam, katanya.

"Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

"Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak," katanya di dalam satu laporan di laman lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

Contoh terbaru aplikasi 3R ini adalah di dalam kes pakar perlembagaan Prof Aziz Bari, yang digantung tugas di Universiti Islam Antarabangsa, kata Mohamad, yang lebih dikenali dengan nama "Mat Sabu".

Aziz digantung tugas oleh institusi tersebut selepas sebuah komentar yang beliau tulis dikecam oleh penyokong dan blogger pro-Umno. Beberapa laporan polis juga telah dibuat keatas Aziz berhubung artikelnya.

Di dalam artikel itu, Aziz berhujah yang rakyat berhak mempersoal titah Sultan asalkan mereka tidak menyentuh kedudukan institusi Raja-Raja Melayu sendiri di dalam perlembagaan.

"Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah' raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu," kata Mat Sabu.

Aktivis Pakatan, Wartawan Di Serang Semasa Tinjauan ' Projek IC'



SEPANG 28 OKT : Sekumpulan aktivis Pakatan Rakyat diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Turut diserang krew TvSelangor yang mengikuti tinjaun aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'.

Kumpulan lelaki tersebut menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan TvSelangor dalam kejadian itu.

Namun tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 6.20 petang semalam.

Sebelum itu, Pasukan Pemimpin PKR dari cabang Sepang berkata mereka menerima maklumat dari sumber yang dipercayai berhubung operasi itu dan bertindak membuat tinjauan kasar.

Ketua Cabang Keadilan Sepang, Borhan Aman Shah ketika ditemui TvSelangor berkata operasi tersebut ada kaitannya dengan pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Hari ini ada empat buah bas yang dikenal pasti telah membawa warga Indonesia, saya telah menemu bual pemandu bas dimana beliau telah mengesahkan ada membawa kumpulan warga asing ini dari Greenwood, Gombak. Menurut pemandu bas tersebut, warga asing itu dibawa untuk satu kursus keusahawanan.

"Warga asing ini dikatakan dibawa masuk ke resort untuk mengikuti kursus keushawanan, persoalannya sekarang adakah golongan ini datang ke Malaysia untuk berniaga ataupun untuk bekerja, kalau benar mereka mengikuti kursus keushawanan, atas fakta apa mereka mengikutinya," katanya.

Borhan berkata sekiranya benar terdapat satu usaha untuk memberi IC kepada warga asing, mereka bukan sahaja menjadi warganegara malah akan layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

"Ini kali kedua, sebelum ini tersebar luas di media dimana enam buah bas memuatkan warga asing masuk ke kawasan ini dan hari ini kita jelas ada empat buah bas.

"Saya tidak menuduh, tetapi perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku."

Ekoran daripada maklumat tersebut, Pasukan Jingga 13 bergerak ke resort itu bersama-sama krew TVSelangor untuk meninjau lokasi yang dimaksudkan.

Setiausaha Gerakan 'Jingga 13', Saifuddin Shafi Muhammad berkata tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri sama ada dakwaan yang dimaksudkan itu benar.

"Waktu itu hujan renyai-renyai, kami berhenti seketika di dalam kawasan resort untuk membuat pusing 'u' (ekoran jalan terlalu sempit), kemudian kami diserang dan diancam oleh sekumpulan lelaki, saya menganggarkan lebih kurang lima orang lelaki.

"Tindakan mereka mengamcam kami dari awal membuatkan kami tidak selesa dan bertindak melarikan diri.

"Apa yang sempat kami rakam ialah imej seorang lelaki yang bertindak menyerang kami, saya juga percaya lelaki yang sama ini turut menendang kenderaan wartawan TvSelangor."

Akibat kejadian tersebut, Krew TvSelangor yang terlibat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Manakal PKR Cabang Sepang telah membuat laporan di IPD Sepang.