Kaum Cina Suka Pemimpin Amanah, Bersih Walaupun Dari Parti Islam.




SHAH ALAM 27 OKT : Dakwaan seorang ahli akademik kononnya kaum Cina cenderung memilih pemimpin yang korup berbanding pemimpin yang menegakkan negara Islam ditolak pemimpin Pakatan Rakyat berbangsa Cina.

Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata kenyataan Dr Ridhuan Tee Abdullah dari Universiti Pertahanan Malaysia adalah satu provokasi yang ekstrem sedangkan pada hakikatnya kehadiran beliau tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat cina.

Tze Tzin berkata majorit kaum cina hari ini membuat pengiraan kepentingan kebajikan dan persekitaran ekonomi yang sihat dalam memilih pemimpin.

"Itu tidak benar (kenyataan Ridhuan), kita sedia maklum ramai pemimpin PAS mendapat tempat dihati kaum cina seperti Nizar Jamaluddin yang mana beliau mendapat undi lebih 80 peratus daripada kaum cina di Bukit Gantang, pemilihan ini dibuat atas sebab karisma dan peribadi baik beliau dan berjaya membawa pembaharuan di Perak.

"Walaupun beliau PAS, tiada masalah untuk kaum cina memilih beliau."katanya.

Ridhuan Tee yang juga merupakan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melontarkan pendapatnya itu dalam Wacana Sinar (Siri-8) Hudud-Dilema dan Pelaksanaan dipremis Kumpulan KarangKraf baharu-baharu ini.

Beliau berkata hujahnya berasaskan kajian yang pernah dilakukan ke atas tren pengundi Cina.

Sementara itu Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut berpendapat bahawa kaum cina lebih cenderung memilih pemimpin yang berwibawa seperti apa yang diterjemahkan pada pilihanraya lalu.

Lim menambah, kejayaan Pakatan Rakyat merampas lima buah negeri adalah antara bukti bahawa kaum cina di Malaysia bertindak memilih pemimpin yang berintegriti, berkebolehan, bersih dan amanah tanpa mengira mana-mana parti yang dipertandingkan termasuk parti Islam PAS.

"Perkara ini telah dibuktikan pada 8 Mac 2008, dimana masyarakat cina majoritinya telah menolak kepimpinan Barisan Nasional.

"Walaupun ia kelihatan hanya pada lima buah negeri, tetapi saya yakin tren ini akan berterusan pada PRU-13 dimana masyarakat cina sudah bersedia secara majoritinya 70 peratus ke atas sekali lagi akan memilih pemimpin yang amanah, bersih dan telus."jelasnya.

Lim yang dihubungi TvSelangor turut menyifatkan kenyataan Ridhuan sebagai pandangan peribadi yang berkait rapat dengan pengalaman lampau penceramah bebas itu.

Mengulas lanjut, Lim berkata tiada masalah untuk masyarakat majmuk menerima undang-undang Islam sekirannya diberi penjelasan yang tepat serta tidak menimbulkan konflik dan ketengangan antara kaum.

"Tetapi harus diingatkan bahawa dunia sudah berubah, sekirannya terdapat satu benda yang baik (kepimpinan) dan mampu ditarbiah untuk penjelasan yang meyakinkan, masyarakat majmuk semua akan menyokong kecuali perkara itu banyak menimbulkan kontroversi."katanya.

Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim berkata peranan Ridhuan dilihat seperti agen Umno dan kenyataannya itu secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau terperangkap dalam kekeliruan dirinya sendiri.

"Seorang yang keliru dari segi pemikirannya, kenyataan yang dilontarkan itu (kajian) tidak tepat kerana keputusan pilihanraya lalu membuktikan kaum cina dan masyarakat bandar memilih PAS, walaupun parti itu berpandukan ideologi Islam."katanya.

Teresa turut berpandangan kaum cina berharap untuk melihat sistem dua parti diamalkan di Malaysia dalam merealisasikan negara demokrasi.

Ambiga: Rahim Noor umpama diktator, tak faham perlembagaan

Pakar melebamkan mata insan yang terbukti telah bersalah kini nak cuba aktif kembali dalam arena politik..baik awal2 dulu masuk politik.Namun syabas beliau pencetus kepada kebangkitan rakyat....selain mahathir....


Ambiga: Rahim Noor umpama diktator, tak faham perlembagaan


KUALA LUMPUR, 27 Okt ― Datuk Ambiga Sreenevasan mengecam Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor sebagai “diktator” yang tidak faham semangat Perlembagaan kerana bekas ketua polis negara itu sanggup menyamakan gerakan hak asasi manusia negara ini dengan komunis.

Pengerusi gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya ini berkata, ucapan Rahim pada perhimpunan agung tahunan Perkasa semalam menunjukkan beliau kurang faham tentang hak asasi manusia dan status fahaman komunis pada hari ini.

“Ia satu pandangan yang hanya dipegang oleh diktator-diktator dan rejim-rejim yang menindas mahu membisukan suara berlawanan,” kata beliau (gambar) The Malaysian Insider.

Semalam, Rahim menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.

“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.

“Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang marxisme, sosialisme,” kata Rahim.

Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai “agama baru”, Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai ‘laman spiritual’ mereka dan melebarkan pengaruh mereka.

“Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia,” kata Rahim sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.

Sehubungan itu, Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam berkata Rahim harus memahami Perlembagaan Persekutuan yang menyediakan kebebasan fundamental dan hak asasi manusia.

“Terbukti bahawa bekas ketua polis negara ini tidak sedar yang Malaysia juga berada dalam Majlis Hak Asasi Manusia dan kita menganggotai majlis dengan membuat janji dan komitmen kukuh berkaitan hak asasi manusia,” kata Ambiga.

Bersih 2.0 meneruskan perhimpunan meskipun pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dan halangan termasuk mengharamkan gabungan itu.

Perhimpunan itu menghimpunkan sekitar 50,000 orang di ibu negara dan hampir 1,700 pula ditahan polis.

Susulan perarakan itu, pada awal Ogos lalu pentadbiran Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi membincangkan pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada Sabtu lalu, gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mengadakan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam khusus untuk membincangkan isu pemurtadan. Ia dihadiri sekitar 5,000 orang.

Di akhir tempoh perkhidmatannya sebagai ketua polis negara, Rahim mengakui telah mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan di Bukit Aman.

Hudud : Hukum mencuri Mee Segera dan Cincin RM24 juta.



SHAH ALAM, 27 OKT : Hampir 20 syarat dikenakan untuk menjatuhkan Hudud yang melibatkan hukuman potong tangan, jelas Exco hal ehwal agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut Mohd Amar kejahilan berhubung pengertian sebenar hudud menyebabkan umat Islam menolak pelaksanaan undang-undang tersebut.

Di dalam klip ini Mohd Amar memberi contoh bagaimana hukum potong tangan boleh dijatuhkan.

Nik Amar berkata demikian dalam Wacana Sinar (Siri-8) Hudud-Dilema dan Pelaksanaan dipremis Kumpulan KarangKraf semalam.