DAP bidas kenyataan berunsur perkauman MCA

SHAH ALAM 2 OKT : Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago menyifatkan kenyataan MCA kononnya kerajaan Pakatan Rakyat (PAS-DAP-PKR) mengabaikan nasib dan kebajikan kaum lain sebagai suatu kenyataan tidak berasas.

Charles berkata apa yang dibahaskan dalam Perhimpunan Agung MCA itu hanya satu penyelewangan fakta demi meraih sokongan rakyat khusunya masyarakat cina.

"Masyarakat Cina di Selangor dan Pulau Pinang contohnya, mereka kini lebih matang, mereka melihat dan menilai pentadbiran Pakatan Rakyat, kenyataan MCA ini suatu yang akan memakan diri sendiri yang mana hari ini mereka sedar bahawa mereka telah dipinggirkan oleh masyarakat cina,"katanya.

Pewakilan MCA Kelantan, Liew Koon Yan, ketika membahaskan ucapan Ketua Pergerakan Pemuda MCAdi Wisma MCA semalam berkata Pakatan Rakyat menafikan hak masyarakat Cina mendapatkan tanah untuk membina sekolah.

"Di Perak, dengan bantuan MCA, sekolah-sekolah swasta Cina menerima peruntukan berjumlah RM2.5 juta. Mengapa bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya boleh bercakap tetapi tidak menyampaikan," katanya.

Menurut laporan Selangorkini pada 23 April Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010 kepada semua rakyatnya tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.

Kerajaan negeri Selangor bawah pentadbiran Pakatan Rakyat meluluskan bantuan kepada sekolah-sekolah Cina di negeri itu sebanyak RM6 juta,

Mengulas lanjut, Charles yang juga Ahli Parlimen Klang menasihatkan kepada seteru politik khususnya MCA agar bersaing secara sihat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan bukannya menerusi tohmahan tidak berasas.

("Kalau mahu kritik, kritiklah dengan bijak, perlu sertakan dengan bukti bukannya dengan melontarkan fakta palsu, realitinya, sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat dari 2008 sehingga 2011 banyak tanah dan bantuan sekolah diberikan kepada kaum lain"

Charles ketika dihubungi TVSElangor turut berpendapat bahawa hak untuk mengkritik ialah ditangan rakyat, dan mana-mana kerajaan yang ada pula, bertanggungjawab untuk merealisasi apa yang diimpikan oleh rakyat.


Belia Selangor Ke Jerman Untuk Belajar Pembuatan Kapal Terbang

SHAH ALAM, 3 SEPTEMBER - Golongaan belia terutama mahasiswa di negeri Selangor berpeluang mengikuti kursus berkaitan teknologi pembuatan kapal terbang bersama beberapa syarikat dari Jerman, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri mencapai persetujuan dengan pihak syarikat dari Jerman berhubung perkara itu menerusi lawatan kerja yang diadakan ke negara itu pada 11 hingga 16 September lalu.

Menerusi perbincangan itu, beberapa syarikat dari Jerman menyatakan persetujuan menerima peserta terdiri dari belia yang dihantar oleh kerajaan negeri bagi mengikuti kursus tersebut.

Katanya, ia adalah satu peluang keemasan bagi golongan belia terutama mahasiswa untuk mendapat ilmu pengetahuan atau menceburi bidang teknologi pembuatan kapal terbang dari negara maju itu.

"Satu program yang akan dibuat oleh kerajaan negeri ialah untuk memasukkan anak-anak muda kita dalam kursus yang ditawarkan oleh syarikat Jerman yang menjalankan program membuat dan membaiki alat-alat kapal terbang.

"Syarikat Jerman itu bersetuju untuk membenarkan kerajaan negeri menghantar 50 hingga 100 peserta dalam sesuatu masa untuk mereka diajar di sana," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian pelancaran program "Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor" (RKSS) anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Kerajaan negeri akan membiayai peruntukan awal bagi kumpulan belia yang berjaya mengikuti kursus tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan sehingga mereka memperolehi sijil tamat latihan.

Menurutnya, sekiranya mereka didapati sesuai bagi mengikuti kursus selanjutnya maka mereka akan dipilih dan dibiayai pula oleh syarikat dari negara Jerman itu yang akan dikenal pasti menerusi perjanjian dibuat dengan Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Ngeri akan mengumumkan senarai nama syarikat dari Jerman yang terlibat dalam program itu sedikit masa lagi.