DUIT JUDI BAIK UNTUK PELABURAN PENDIDIKAN

RM100 juta hasil keuntungan judi untuk pendidikan, kata Najib

Aku takmau kata apalah..beberapa bulan dulu tuduh kerajaan Pulau Pinang bagi duit pada warga emas guna duit judi..sekarang ini bantuan dari duit judi kepada sekolah vankular dan juga mubaligh kristian dan lainnya dengan duit judi...wah bertambah kaya dan mewahlah sekolah india dan sekolah Cina...aku tak tahu pulak bagaimana sekolah-sekolah ni boleh menerima duit judi untuk masa depan anak-anak di Malaysia...kelak akan ada orang mengatakan bahawa bangsa cina dan india maju dengan duit judi...atau macamana ka?

mungkin kurikulum dan nilai murni di kalangan pelajar India dan cina tidak diajar bahawa berjudi itu tidak bagus...aku pun tak tahu bahawa judi itu baik untuk orang cina dan juga orang india......


TERKINI @ 07:12:35 PM 26-09-2011
September 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri (gambar) berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.

“Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil,” kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.

Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang banyak pada pilihan raya umum 2008.

Najib yang dijangka memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat menambah, “penyelesaian kreatif” akan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua.

“Kami tidak boleh memenuhi kesemua keperluan komuniti,” katanya.

Kata Najib, adalah penting “model-model baru” diusahakan untuk mencapai apa yang kerajaan sasarkan.

Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports.

Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.

82 Penduduk Sg Besar Terima Notis 5A

SABAK BERNAM 26 SEPT : Seramai 82 penduduk sekitar kawasan Sungai Besar di sini menerima surat hak milik tanah (notis 5A) yang diserahkan kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau dalam Program Khas Mesra Rakyat di Sabak Bernam hari ini.

Rata-rata yang menerima notis 5A adalah waris kepada peneroka tanah yang selama ini menanti lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Penyerahan ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janjinya untuk memberikan hak milik tanah kepada rakyat.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, penerima notis 5A diingatkan agar tidak menjual tanah tersebut kepada pihak lain.

Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan sijil ASB kepada 45 orang penduduk setempat.

Pemerhatian TV Selangor melihat penerima kelihatan gembira dengan pemberian notis 5A oleh kerajaan negeri.

Dalam majlis itu juga, rakyat berpeluang berdialog dan menyuarakan pandangan mereka secara terus kepada Menteri Besar.

Sentimen Patriotik, Agama Tak Halang PR Tawan N. Sembilan

SHAH ALAM 26 SEPT: Pakatan Rakyat yakin isu hudud dan Mat Indera tidak akan menjejaskan usaha gabungan itu untuk melebarkan jajahan ke Negeri Sembilan pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya menurut ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, keyakinan rakyat terhadap komitmen parti itu meningkat dalam usaha menangani isu-isu kritikal seperti Felda yang lebih mendapat perhatian.

"Jadi kita perlu tekankan kelebihan manfaat rakyat berbanding soal prinsip dan dasar khususnya Hudud dan sejarah," kata beliau ketika dihubungi Tv Selangor.

Malah Kamarul berkata isu sejarah yang dicanang kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) itu turut menjadi pertikaian pelbagai pihak berdasarkan terjemahan yang mengelirukan antara ahli akademik dan ilmuan.

Justeru berdasarkan pengamatan beliau, rakyat di Negeri Sembilan lebih cenderung ke arah pendekatan untuk menyelesaikan tuntutan dan hak peneroka Felda yang sering dipinggirkan agensi kerajaan itu.

Pada tahun lalu, 766 peneroka Felda Serting dan Gugusan Raja Alias menyaman Felda di Mahkamah Tinggi berjumlah RM200 juta berikutan dakwaan wujudnya konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit selama 15 tahun.

Felda dan Felda Palm Sdn Bhd dinamakan sebagai defenden pertama dan kedua didakwa menggunapakai 18.9 peratus sebagai pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit sedangkan kajian yang dijalankan Lembaga Kepala Sawit Malaysia menyatakan nilainya antara 24 hingga 25 peratus.

Akibat dari itu katanya, setakat ini sahaja setiap peneroka telah kerugian hampir RM80 ribu berdasarkan kadar tersebut.

Bagaimanapun, Kamarul tidak menolak peranan media pro Umno-BN membawa kesan besar terhadap persepsi rakyat di Negeri Sembilan terutama golongan Melayu berkaitan isu partiotik dan Islam.

Semalam ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu di Seremban kecoh apabila bekas askar dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerbu lokasi ceramah sehingga tercetusnya pergaduhan.

Hasil pergelutan itu dua penyokong PAS cedera di bahagian kepala.

Namun kata Kamarul, penerangan berterusan kini giat dijalankan Pakatan Rakyat di seluruh negara memandangkan wujudnya ura-ura bahawa pilihan raya umum akan berlangsung pada bulan November tahun ini.

Sehubungan itu beliau yakin reaksi positif yang ditunjukkan rakyat di negeri itu akan memberi impak besar terhadap keputusan pilihan raya akan datang malah tumpuan lebih diberikan kepada pengundi atas pagar.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 15 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di Negeri Sembilan.

Sementara itu ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook berkata, isu melibatkan prinsip agama harus diselesaikan secara berhemah.

Katanya Barisan Nasional akan tetap mencari jalan mengalih perhatian rakyat daripada isu pengurusan sumber negeri dan tatakelola baik dalam pentadbiran.

"Walaupun isu hudud penting tapi kita perlu membuat penyelesaian cerdik dan berhati-hati tanpa mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

"Kita perlu fokus kembali kepada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat iaitu ekonomi, kos kehidupan dan rasuah yang menjadi persoalan utama dan penting kepada kita (PR) dan rakyat," kata beliau lagi.


Bajet 2012 Najib Perlu Tangani Beban Rakyat- Anwar



PETALING JAYA 25 SEPT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Belanjawan Negara yang bakal dibentang bulan depan perlu mencakupi perihal yang memberi kesan besar kepada rakyat seperti perumahan awam dan harga barang.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan seharusnya memberi perhatian terhadap rakyat dan bukan hanya menumpukan kantung kroni.

Menurut beliau, kegagalan mengawal ekonomi negara sejak lebih sedekat lamanya sehingga mengakibatkan berbilion ringgit wang negara dibazirkan menyebabkan negara kurang daya kompetetif di peringkat antarabangsa.

"Kita dah masuk tahun ke 14 defisit, kawalan kewangan tidak bertanggungjawab. Tiada perubahan besar dalam menentang korupsi. Yang kaya mendapat faedah besar menerusi IPP dan penswastaan. Mereka mesti ambil perhatian isu inflasi, isu gaji golongan berpendapatan rendah dan perumahan awam di golongan menengah dan rendah," kata beliau kepada para wartawan di rumah terbuka aidilfitri Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 menyatakan ketirisan sebanyak RM28 billion setahun mendatangkan kejutan kepada rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat menganggap ketirisan sebanyak RM 28 billion setahun adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan itu berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara yang sudah menjadi budaya tegar mereka.

Hasil pemerhatian tersebut, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga yang menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara dan menutup segala ketirisan dalam sistem kewangan negara.

Teori yang sama dipraktikkan di Selangor dan Pulau Pinang dan buktinya kedua-dua negeri itu mempunyai lebihan pendapatan.

Malah menurut Anwar, beliau tidak yakin janji Najib bahawa belanjawan yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan adalah inklusif, menumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Ujarnya, Najib sudah melaungkan perkara sama demi mendapatkan populariti sejak memegang kementerian itu tiga tahun lalu namun masih tiada apa yang berubah.
Beliau memberi contoh pemansuhan ISA sebagai bukti kenyataan beliau.

"Seperti ISA, tiada apa yang berlaku? Apa idea di sebalik pengumuman pemansuhan itu? untuk membebaskan masyarakat dan menghormati demokrasi. Ini masih tak berubah,"katanya.




Konsensus Pakatan Dalam Isu Hudud Rabu Depan




PETALING JAYA 25 SEPT : Pakatan Rakyat akan membincangkan isu hudud dalam mesyuarat bulanan mereka Rabu depan kata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau berbeza dengan Barisan Nasional, Pakatan bergerak menerusi persetujuan bersama semua komponennya dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.

"Kontroversi diperbesarkan di media daripada (keadaan) sebenarnya kerana (ia) bukan isu baru. Sebagai Muslim saya menyarankan sesiapa tolak hukum Islam kalau pemimpin Umno nak buat, itu hak mereka. Tetapi mesti ada muafakat dalam Pakatan Rakyat, mesti ada perbincangan dalam perjanjian ikut perlembagaan. Itu akan dibincangkan Rabu ini.

"Kita dengar kebimbangan dia (Karpal), tapi bagi saya ini bukan perkara baru. Kita sedia bincang. Ini prinsip Pakatan Rakyat. Kita bukan Umno. Mengarahkan. Kita mesti ada konsensus,"katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat, di sini, hari ini.

Isu hudud disensasikan media aliran utama yang mendakwa hubungan Pakatan Rakyat semakin retak disebabkan isu ini.

Hari ini muka depan surat khabar Mingguan Malaysia dengan jelas melaporkan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaaan isu ini.

Khamis lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun, menurut Anwar, persoalan mengenai hudud ini adalah cubaan untuk mengalihkan rakyat dari isu yang membelenggu kerajaan Barisan Nasional.

Beliau menyatakan isu ini adalah isu yang berlarutan dan boleh dibincangkan dalam kerangka berbeza di peringkat Persekutuan dan Kelantan.

Malah, Umno turut dikecam MCA dan Gerakan berkenaan isu ini.

"Dalam konteks Persekutuan, kita akan dikekang rangka perlembagaan. Dan (perbincangan) dapat lihat bagaimana PAS artikulasikan visi mereka dan untuk DAP untuk suarakan pendapat mereka. Itu semangat yang kita perlukan. Saya tak fikir apa-apa akan berlaku dengan cepat tapi media digunakan untuk sorok isu korupsi, pembunuhan, salah guna kuasa. Isu ini digunakan dan MCA, ambil kesempatan masuk, apa yang baru dalam hal ini?," soal beliau.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Muhyiddin berkata, pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS.