|
|
KUALA LUMPUR 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald. Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah. Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan. "Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram. "Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian. Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005. Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti. Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam. "90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya. Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA. Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama. Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian. Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label. Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia. Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu. |
Mustahil Sperma Dikesan Selepas 8 Jam
Ulama Muda Umno : Media Arus Perdana Harus Telus
Pindaan Undi Pos Dijadual Dibentang Oktober Depan
Kredibiliti Jabatan Kimia Malaysia Dipertikai
KUALA LUMPUR 25 OGOS: Integriti Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dipersoal apabila mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia jabatan itu mengabaikan garis panduan penting ujian DNA.
Perkara itu didedahkan pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald yang menjadi saksi kelima kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Brian dalam keterangannya menyatakan bahawa ahli kimia dari JKM, Nor Aidora Saedon mengabaikan prosedur penting ketika menjalankan analisis sperma yang dikaitkan dengan Anwar.
Katanya, Nor Aidora mempunyai peluang untuk memperbetulkan keputusan ujian tersebut namun tidak berbuat demikian.
"Apa yang beliau ada merupakan bukti campuran (DNA), lebih daripada seorang. Tapi beliau secara khusus mengabaikan perkara itu," jelas Brian di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.
Peguam Ram Karpal dalam prosiding hari ini menimbulkan kesangsian terhadap ujian sampel sperma yang diambil dari dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendakwa ianya milik Anwar.
Pasukan forensik PDRM kemudian mengambil sampel DNA pada sehelai tuala muka 'Good Morning', berus gigi, botol air mineral dan sehelai rambut yang ditinggalkan Anwar untuk dikaitkan dengan 'lelaki Y' iaitu DNA sperma.
Peguambela kemudian mendakwa polis sengaja memerangkap anak guamnya dengan meletakkan barang-barang tersebut agar Anwar meninggalkan sample DNAnya.
Sehubungan dengan itu berdasarkan ujian oleh ahli kimia JKM termasuk pakar Dr Seah Lay Hong mengesahkan 'lelaki Y' adalah ketua pembangkang.
Sankara yang ditemui media selepas mahkamah berehat berkata,JKM seharusnya mengemukakan bukti foto sampel air mani yang diambil untuk mengukuhkan dakwaan.
"Kaca (spesimen) diletakkan di bawah mikroskop dan terus anda boleh nampak sperma mati atau hidup. Sebab itu kita minta foto ditunjukkan di mahkamah," ujar beliau.
Katanya sehingga kini JKM gagal berbuat demikian.
Menurut Sankara lagi, makmal JKM mempunyai dua garis panduan dalam menjalankan ujian DNA malah jabatan itu tidak mempunyai akraditasi penuh dari panel antarabangsa.
Beliau menyatakan bahawa ujian DNA yang dilakukan oleh Seah dan Nor Aidora berlainan.
"Kedua-dua mereka perlu menggunakan garis panduan yang sama di dalam makmal. Prosedur ujian perlu sama," katanya.
Kredibiliti Anwar Dari Kandang Tertuduh Tidak Perlu Dipersoal - Wan Azizah
Anwar dalam keterangannya sebelum ini berkata, walaupun beliau sedia untuk memberi keterangan secara bersumpah (pendakwaan boleh menyoal balas), namun katanya cara pengendalian perbicaraan oleh hakim dan pendakwaan mewujudkan keadaan yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.
Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat menambah, pendakwaan terpilih yang diamalkan juga menjadikan sistem pentadbiran negara kian songsang.
PAS Edar Sampul Duit Raya Kuning, Poster Kekalkan Momentum Bersih
Pakar DNA McDonald Beri Keterangan
McDonald, juga dari Australia, disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan akan diikuti dengan pemeriksaan balas oleh peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan, yang mengetuai pasukan pendakwa.
Prosiding hari ini bermula kira-kira 9.15 minit pagi, di mana saksi keempat itu mula disoal oleh peguam bela, Ram Karpal.
Menurut McDonald, selepas menerima data daripada kedua-dua ahli kimia Malaysia, beliau telah membuat satu laporan berasingan.
Laporan bertajuk ''Report of Malaysian Version in the case of PP vs AI' disediakan beliau pada tahun 2009.
Dalam keterangannya, McDonald menjelaskan tentang beberapa terma dalam ujian DNA.
McDonalds menjelaskan terma seperti starter, peaks, polymerase Chain Reaction (ujian PCE), dan electropherograms.
Beliau juga menjelaskan tentang istilah 'short tandem repeat' (STR) dan 'loci' dalam ujian DNA.
Jelasnya lagi, DNA dari darah, mani darah, dan sampel badan seseorang itu, adalah sentiasa serupa.
Oleh itu katanya, terdapat garispanduan standard antarabangsa agar ia boleh ditafsirkan di peringkat antarabangsa.
Ulama Punya Peranan Dalam Politik - PAS
PSC : PR Beri Tempoh Sebulan Lagi Pada Najib, SPR
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat memberi masa sehingga bulan hadapan sebelum membuat keputusan tetap untuk bersama dengan PSC yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kami (belum lagi) buat keputusan untuk boikot (PSC) tapi kerajaan perlu buktikan mereka serius dengan memastikan SPR buat perubahan.
"Kami juga mahukan jaminan mutlak daripad Perdana Menteri bahawa beliau mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Kami juga mahu beliau jamin bahawa pilihan raya hanya diadakan selepas cadangan dari PSC dilaksanakan," kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, lewat petang semalam.
Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan PSC untuk membawa perubahan pada sistem pilihan raya Malaysia setelah ia mendapat kritikan keras rakyat sehingga mereka sanggup turun ke jalanan pada 9 Julai lalu.
Bagaimanapun beberapa hari kemudian Najib tampil dengan kenyataan berbeda apabila memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.
Menurut Najib, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan SPR sebagai badan bertanggungjawab dalam pilihan raya di negara ini tidak perlu menunggu PSC untuk melakukan reformasi pilihan raya.
"SPR kadang-kadang kata mereka tak ada kuasa, sekarang kata ada kuasa.
"Hakikatnya SPR ada kuasa seperti penggunaan dakwat hitam dan tempoh berkempen serta bersihkan daftar pemilih tak perlu tunggu PSC," kata beliau.
Manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mempersoalkan mengapa pelbagai alasan diberikan kerajaan untuk penambahbaikan pilihan raya sedangkan mereka tahu ia dituntut semua pihak.
"Pengumuman PSC ini merupakan pengakuan ada sesuatu yang salah dalam sistem pilihan raya negara kita.
"Kita nak tahu sejak Bersih (2.0), apa di antara lapan tuntutan Bersih yang akan diambil tindakan oleh SPR? Kita tidak mahu SPR atau kerajaan jadikan ia satu alasan untuk tidak bertindak," katanya.
Hancurnya Mitos Najib? Defisit dan hutang negara yang melonjak
Mengikut pengalaman yang lalu, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan akan bertambah pada tahun berlangsungnya pilihan raya umum. Strategi "menggula-gulakan pengundi" adalah taktik terbaik untuk meraih sokongan. Pada hakikatnya, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan menunjukkan pertambahan yang jelas dalam dua PRU, yang berlangsung dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Misalnya, pada tahun 2004 ketika berlangsungnya PRU ke-11, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan bertambah 21.4% kepada RM91.3 bilion. Jika dibandingkan dengan tahun 2003 dan 2002, perbelanjaan operasi hanya bertambah pada 9.5% dan 7.7% masing-masing.
Selain itu, lebihan kos perbelanjaan operasi juga berlaku secara mendadak, iaitu RM11.3 bilion, atau bersamaan 14.1%, berbanding anggaran asal belanjawan RM80.0 bilion.
Pada masa yang sama, pola yang sama juga berlaku pada tahun 2008. Perbelanjaan operasi kerajaan bertambah 24.7%, mencecah paras RM153.4 bilion. Jika dibandingkan dengan tahun 2007 dan 2006, pertambahan perbelanjaan operasi hanya pada kadar 14.2% dan 10.3% masing-masing. Selain itu, kerajaan mencatat rekod lebihan kos perbelanjaan tertinggi dalam tempoh 10 tahun, dengan RM22.2 bilion pada tahun 2008.
Melihat kepada pengalaman lalu, nampaknya PRU 13 bakal mengulangi jejak langkah dahulu. Daripada ramalan yang sedia ada, kerajaan Najib mungkin mengadakan PRU 13 antara November 2011 hingga Jun 2012.
Defisit belanjawan mungkin melonjak
Jika ia benar, belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan adalah belanjawan terakhir sebelum PRU 13. Ia adalah PRU pertama Najib selepas menerajui tampuk kerajaan, malah ujian sama ada "mitos Najib" bakal dilanjutkan. Padahal ia sama dengan keadaan ketika Abdullah Ahmad Badawi berdepan dengan PRU pada tahun 2004.
Ramai yang menjangka bahawa Najib yang mengutamakan "ekonomi" akan mempertaruhkan nasibnya dalam belanjawan kali ini - untuk mewujudkan suasana feel good agar kuasa kerajaan, dan kerusi PM-nya mampu dipertahankan. Bekas PM Abdullah Ahmad Badawi menggunakan taktik menambah perbelanjaan operasi pada tahun 2004 untuk mewujudkan suasana yang memihak kepada dirinya dalam pilihan raya.
Najib hanya mempunyai kira-kira dua bulan lagi untuk menyediakan Belanjawan 2012. Namun, kerajaannya kini berada dalam dilema - iaitu membentangkan belanjawan pilihan raya (maksudnya angka defisit perlu diperbesarkan), atau belanjawan yang menyediakan negara untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi dunia (double-dip), yang semakin tinggi risikonya.
Seandainya kerajaan Najib mengambil langkah menyediakan belanjawan pilihan raya, dan kemelesetan ekonomi global pula melanda - maka kerajaan Najib mungkin perlu menjana pakej rangsangan ekonomi, sebagaimana yang dilakukan dengan pakej RM67 bilionnya pada tahun 2009. Langkah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi ini dianggar bakal melonjakkan defisit kewangan negara kepada paras 8%, sekurang-kurangnya.
Masalah struktur
Kerajaan persekutuan sebenarnya berdepan dengan satu masalah struktur, yang mengakibatkan kerajaan Najib agak sukar untuk mengurangkan defisit kewangan. Sistem kakitangan kerajaan yang besar (1.2 juta orang) menyebabkan kerajaan persekutuan perlu menanggung perbelanjaan operasi yang tinggi setiap tahun.
Sehingga tahun 2011, gaji dan wang pencen kakitangan kerajaan mencatat jumlah RM57.8 bilion, iaitu 35.5% daripada perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan. Menurut maklumat Rancangan Malaysia ke-10, gaji dan wang pencen kakitangan awam dijangka melambung ke paras RM78.0 bilion pada tahun 2015, atau 38.1% daripada perbelanjaan operasi.
Bukan sahaja kerajaan Najib tidak menyelaraskan keadaan sumber manusia yang melambak dalam sektor awam, sebaliknya menambah institusi kerajaan atau jawatankuasa yang pelbagai untuk melaksanakan tugas "transformasi" di bawah programnya. Lebih-lebih lagi, kerajaan perlu "menyerap" graduan-graduan yang tiada pekerjaan. Oleh itu, boleh dijangkakan bahawa perbelanjaan untuk gaji dan wang pencen akan melambung dalam masa beberapa tahun yang akan datang.
Hutang yang membebankan
Di samping itu, kerajaan telah memikul beban hutang yang berat lantaran pengurusan kewangan yang tidak cekap dan sikap yang membazir. Sehingga tahun 2010, hutang tertunggak yang dipikul kerajaan persekutuan telah mencecah RM408.2 bilion, atau bersamaan 52.7% GDP.
Hampir 98% pendapatan kerajaan persekutuan dibelanjakan untuk perbelanjaan operasi, maka kerajaan tidak mempunyai lebihan modal untuk perbelanjaan pembangunan. Oleh itu, cara kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara adalah dengan menerbitkan bon.
Perlu diingatkan, bon yang belum dijelaskan (dibayar) oleh kerajaan persekutuan antara tahun 2010 dengan 2020 berjumlah RM326.1 bilion. Cara kerajaan menyelesaikan hutang ini adalah dengan menerbitkan bon baru, yang akhirnya menyebabkan hutang semakin memberat. 【Baca: Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?】
Misalnya, kos perkhidmatan hutang kerajaan persekutuan adalah RM14.2 bilion dan RM15.9 bilion, pada tahun 2009 dan 2010, dengan purata kadar pertambahan tahunan yang melebihi 11%. Ia mencatat RM18.5 bilion pada tahun 2011, dengan pertambahan mendadak 16.6%. Menurut anggaran kerajaan persekutuan, kos perkhidmatan hutang bakal melonjak kepada RM24.9 bilion pada tahun 2015, dengan pertambahan 34.6% berbanding tahun 2011.
Banyak projek mega di bawah Program Transformasi Ekonomi, termasuk projek sistem MRT yang melebihi RM50 bilion, projek pembangunan hartanah Sungai Buluh yang bernilai RM10 bilion, projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion dan sebagainya.
Antaranya, banyak projek yang dijalankan dengan terbitan bon daripada kerajaan persekutuan, misalnya projek sistem MRT. Seandainya projek ini bermasalah, misalnya kerugian berlaku, maka kerajan perlu menanggung hutang ini, yang semestinya menjurus kepada defisit kewangan yang lebih ketara.
Di pinggiran muflis?
Kerajaan persekutuan kini berdepan dengan masalah perbelanjaan melebihi pendapatan. Lebih penting, pendapatan kerajaan ditunjangi sumber petroleum. Seandainya keadaan ini berterusan, maka kerajaan perlu berhutang lebih untuk menampung perbelanjaan harian - umpama orang yang menampung belanja harian dengan kad kredit - semestinya berdepan dengan nasib muflis seandainya gagal menjelaskan hutang.
Pengkaji ekonomi Universiti Sains Malaysia, Suresh Narayanan dalam satu tulisannya menyebut, kerajaan persekutuan bergantung kepada pendapatan petroleum dan simpanan wang dalam negara untuk mengendalikan masalah defisit kewangan. Beberapa sumber pendapatan tradisional kerajaan memperlihatkan pola menurun, atau bertambah pada kadar yang perlahan, untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan ini menyebabkan kerajaan bergantung kepada cukai petroleum, dividen Petronas dan sumber pendapatan petroleum yang berkenaan untuk menampung perbelanjaan kerajaan.
Namun, beliau mengingatkan, petroleum bukan sahaja sumber semulajadi yang tidak boleh dikitar-semula, malah bergantung kepada harga pasaran yang tidak stabil, maka ia boleh dikatakan sumber pendapatan yang tidak stabil untuk kerajaan. Justeru itu, kerajaan perlu lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan, tidak memboros dan menerokai sumber pendapatan yang lebih stabil. (Bahagian kedua, tamat)
Bahagian pertama: Hancurnya Mitos Najib? Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.